PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Friday, June 29, 2012

PAS Juga Kena Tipu Akibat Lynas!?!

Puak PAS yang masih turun untuk menentang Lynas memang tidak mendengar beduk!  Thorium yang dikatakan mengandungi radioaktif cuma seperti lampu pam minyak gas! Kalaulah Thorium itu berbahaya maka semua orang Melayu sudah menjadi mutan akibat terkena sinaran lampu minyak itu!?! Kini Anti-Lynas menjadi semakin kurang dan cuma segelintir sahaja yang masih diperkudakan oleh pembangkang! Mereka yang sudah sedar kini duduk di rumah dan menggunakan lampu minyak gas untuk bersantai bersama keluarga!

Anti Lynas hilang steam

Posted by The Unspinners
 

Gerakan anti Lynas nampaknya hilang 'steam' apabila pembohongan mereka terdedah. Lengang sekali usaha PAS di Penang yang seperti baisa tak tahu cerita mengenai isu ini. Malahan MP mereka sendiri yang pakar nuklear sendiri pun akui Lynas bukan radioaktif. Parlimen telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) yang mana pembangkang memboikot kerana tahu isu ini adalah non-issue. Baca di sini. Mereka telah mengadakan dua sesi pertemuan dengan NGO-NGO di Universiti Pahang Malaysia di Gambang pada Mei 10 dan 11hb. Pihak yang menuduh bukan-bukan tidak pun membentang bukti saintifik mereka, malahan hanya retorik saja.


Bodoh PAS tersangkut dalam isu perkauman yang mana Cina yang dah kaya mewah masih tamak bila Melayu dapat penglibatan dalam projek ini yang mereka tidak dapat bahagian. Tapi muka tak malu mereka ini satu hari nanti akan kerja di kilang Lynas juga. Sebenarnya Thorium yang mereka timbulkan itu tidak ada isu. Seluruh hiodup orang Melayu dan orang luar bandar mnembesar dengan Thorium. Ingat tak lampu pam?
 
Mentol lampu pam ada Thorium. Ada cerita orang kampung kena radioaktif? Cina menimbulkan isu alam sekitar seolah-olah rare earth dan industri Malaysia sama macam di China yang lepas sekali. Baca sini.

 

Kenapa Wakil Rakyat DAP Lambat Bertindak?!

Langkah bijak daripada Menteri Muda Kesihatan Awam tatkala jumlah kes asma semakin menular akibat IPU yang tinggi.  Semoga usul yang dibawa oleh Dr Jerip akan disegerakan untuk tindakan oleh Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar.  Ini akan mengurangkan lagi ancaman HFMD dan kes asma di Sarawak.

Sepatutnya wakil rakyat yang berpusat di bandaraya mengusulkan hal ini tetapi mereka tengah sibuk untuk merebut kerusi parlimen sehinggakan lupa tanggungjawab kepada rakyat.  Inikah contoh wakil rakyat DAP yang proaktif?  Mereka juga yang banyak menjadi wakil rakyat di bandaraya dan kota di Sarawak!  Kenapa apabila isu kesihatan timbul maka mereka tidak berbuat apa-apa?  Wakil rakyat sebegini tidak patut dicalonkan baik di dalam Dewan Negeri atau Dewan Rakyat!
Pembenihan awan harus disegerakan di kawasan catat IPU tinggi: Dr Jerip

Posted on June 29, 2012, Friday

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil mahu pembenihan awan segera dilakukan terutama di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

“Kita sekarang sudah mengalami cuaca kering selama tiga minggu, sepatutnya pembenihan awan bermula serta-merta supaya hujan dapat membantu menurunkan IPU,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau yakin Jabatan Meteorologi Negeri kini sudah merancang bagi tujuan tersebut dan hanya menunggu waktu pelaksanaannya.

“Mungkin Jabatan Meteorologi sedang menilai situasi kerana ia bergantung kepada atmosfera.

“Walaupun pembenihan awan dilakukan, jika hujan tidak turun ia juga tidak akan membantu.

“Jadi, saya rasa Jabatan Meteorologi bersama pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar sedang mencari masa yang sesuai untuk menjalankan pembenihan awan bagi impak maksimum untuk memastikan hujan turun,” katanya.

Jelas beliau, musim kemarau yang berlarutan kini telah menyebabkan banyak kampung yang mendapatkan bekalan air menggunakan sistem graviti terjejas.

Berhubung masalah kesihatan rakyat, Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh berkata setakat ini ia masih dalam keadaan terkawal.

Tambah beliau, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan, keadaan agak baik dengan jumlah kes tidak begitu serius selain jumlah kesan sampingan kepada kesihatan juga tidak begitu banyak.

“Di Miri, laporan tidak terlalu teruk… saya telah berhubung dengan hospital di sana dan seperti biasa kebanyakan kes adalah kes asma, tiada peningkatan.

“Begitu juga di Kuching, tiada peningkatan kes kecuali bagi serangan asma biasa,” katanya.

Mengenai penularan penyakit, Dr Jerip memberi amaran bahawa penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mungkin akan menular meskipun sekarang ia masih dianggap pada paras selamat.

“Ia (HFMD) mungkin akan meningkat lagi… kita boleh menganggap ia akan timbul semula disebabkan musim kemarau,” katanya.

Selain itu menurut beliau, kadar IPU yang tinggi juga boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti hidung tersumbat, sakit kerongkong dan sebagainya.

Namun demikian, Dr Jerip memberi jaminan bahawa semua penyakit ini sedang dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan ia terkawal.

Tambah beliau, fokus pemantauan juga akan diberikan di kawasan yang terjejas teruk.
Terdahulu, Dr Jerip menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM85,500 kepada sembilan organisasi di sini.

Antaranya ialah Jawatankuasa Sosial – Ekonomi Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Simunjan sebanyak RM5,000 untuk menampung keperluan mangsa-mangsa kebakaran di Sebuyau baru-baru ini), Gereja St Mark (RM30,000), Gereja Anglikan St Bernard Sadir (RM5,000), Gereja St Ambrose Kampung Kopit (RM10,000), JKKK Kampung Kopit (RM10,000), CUEPACS Sarawak (RM5,000), Persatuan Klan Jong Kuching/Samarahan (RM15,000), Kawasan Rukun Tetangga Taman Siniawan (RM5,000) dan Unit SABERKAS Taman BDC (RM500)

Wednesday, June 27, 2012

PAS Kantoi Menipu Penduduk Rumah Sengkabang!!

PAS kantoi menipu lagi!  Kali ini cuba memainkan isu myKad yang tidak siap.  PAS memang sudah terdesak sehingga semua benda kecil yang masih dalam proses pembikinan telah dibangkitkan.  Cubalah PAS mainkan isu kenapa tiada hujan di Sibuti atau di Miri?  Ini barulah isu yang paling tepat sekarang ini?

Lain kali cubalah dapatkan situasi sebenar dan jangan hanya mendengar sebelah telinga sahaja!  Maklumat yang disampaikan pun menjadi tidak jelas.  Gara- gara Jofree ingin menjadi calon PRU13 PAS di Sibuti!!?
Tuduhan PAS penduduk Rh Sengkabang tiada MyKad tidak benar

Posted on June 27, 2012, Wednesday

MIRI: Tuduhan liar PAS yang mendakwa penduduk asal Rumah Sengkabang, Sibuti tidak memiliki MyKad adalah tidak tepat sebaliknya ia hanya satu pembohongan nyata parti pembangkang.

Kaunselor Engkamat Juna berkata, semua tuduhan tersebut adalah tidak benar sebaliknya penghuni rumah terbabit sudah memohon MyKad sebelum ini.

“Mereka sudah memohon kad pengenalan atau MyKad tetapi ia sedang diproses oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semua tuduhan tersebut tidak tepat sama sekali,” katanya.

Beliau memberitahu, isu itu sengaja dibangkitkan oleh pihak PAS berikutan mereka ketandusan idea bagi meraih sokongan daripada penduduk setempat terutama majoriti masyarakat Iban.

“Sebahagian besar penduduk Rumah Sengkabang memiliki MyKad manakala selebihnya masih dalam proses pendaftaran dan akan siap dalam tempoh yang dijanjikan,” katanya.

Sementara itu, PAS menerusi Timbalan Pesuruhjayanya Jofri Jaraiee mendakwa bahawa penduduk rumah panjang itu ibarat pendatang asing kerana tidak memiliki dokumen pe-ngenalan diri yang sah.

“Antara nama-nama yang dikesan tidak memiliki MyKad ialah Linda Renggie, 32, Connylia Bunga Kubong, 7, Degeles Ingkie Kubong, 6, dan ramai lagi,” katanya.

Beliau memberitahu, masalah penduduk asal tidak memiliki MyKad akan menyebabkan masalah dokumentasi seperti dalam permohonan pekerjaan, pelajaran dan sebagainya.

Jofri turut menjelaskan, antara faktor penduduk luar bandar gagal memohon MyKad adalah disebabkan kemudahan jalan raya yang masih lagi daif dan kos pengangkutan.

KJ Ganti Nik Aziz Jadi Menteri Beso Kelantan?!

Nik Aziz serik menjadi Menteri Beso Kelantan kerana masih gagal untuk membawa pembangunan ke Kelantan?  Kini nama beliau sudah menjadi kabinet bayangan yang memerlukan Nik Aziz ke parlimen. 

Apa kaitan KJ dalam hal ini?  Kenapa KJ dikatakan akan mengganti Nik Aziz?  Adakah ini disebabkan atas desakan demi desakan oleh Anwar?  KJ yang dimaksudkan bukan Ketua Pemuda UMNO tetapi Kamarudin Jaafar, pakar strategis PAS!?   
Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?
 
Oleh Zaini Hassan
Adakah Anwar Ibrahim berbisik ke telinga Nik Aziz Nik Mat supaya membuat percaturan memberi laluan kepada pakar strategisnya, Kamaruddin Jaafar (gambar kanan) menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU Ke-13 ini?
PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.

Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.

Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.

Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.

Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.

Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.

Maka itu, benar kata PM beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini. Tepat sekali strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata mereka menang.

Yang lama dan yang sudah bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi oleh para pengundi.

Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang.

Tapi bagi orang Melayu, tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air, iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi majoriti kaum itu.

Kedah bagi saya, BN boleh ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.

Jika Kedah kalah kali ini, maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas selama-lamanya.

Tapi saya lebih berminat kali ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.

Dia pernah mencabar Dr. Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya.

Difahamkan kali ini, buat ke sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit.

Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki.

Dia tahu kelemahannya. Dia tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?

Saya diberitahu, bukan Husam. Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.

Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.

Apakah Anwar, akhirnya mahu menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang Pas di Kelantan.

Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak. Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.

Semua orang tahu markas Anwar di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR menjadi Timbalan MB Kelantan?

Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.

Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar.

KJ dan Anwar pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam permilihan UMNO.

Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.

Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.

Kamaruddin dikatakan boleh melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.

Nik Aziz amat mempercayai keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Jika perkembangan ini benar berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di negara ini.

Persoalannya adakah Pas akan berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.

Antara Janji Ditepati Najib Razak dan Janji Ditaburi Nik Aziz?!?!

PAS memang sah parti politik yang banyak menabur janji.  Mesti orang-orang HAM-PAS ini sudah lupa janji kerajaan PAS yang masih belum ditunaikan.  Ikutilah pendedahan oleh KL BOYZ Channel di bawah ini.  

Adakah PAS mampu menunaikan janji atau tidak mampu langsung?  Najib baru memerintah selama 3 tahun sudah nampak banyak pembaharuan dan pembangunan, apa yang dapat dibawa oleh Nik Aziz sebagai Menteri Beso Kelantan?  Balak sudah habis siapa yang konyang?!!

PAS DAH MULA LUPAKAN HAL NI..!!!


Oleh kerana PAS termimpi-mimpikan ke PutraJaya walaupun pernah dimaki hamun kroni mereka pembukaan PutraJaya adalah satu pembaziran, mereka terlupa akan janji-janji manis yang dibuat mereka masih tak ditunaikan lagi.

Janji hanya sekadar janji, jangan cakap PAS tak punyai duit, kerana Kerajaan Pusat BN tetap menyalurkan wang peruntukkan kepada kerajaan PAS sehingga nilainya mencecah jutaan ringgit Malaysia. Persoalannya dimanakah perginya hilang duit tersebut..???

Satu sajalah yang paling ketara dan nampak sangat sehingga lebih 20 tahun pun masih tak selesai lagi adalah sumber air yang dibekalkan kerajaan PAS kepada rakyatnya. Tak disuling dan tak dirawat sebaiknya dan dah macam teh tarik warna air yang keluar dari paip setiap rumah rakyat Kalantan.

Beratus juta dah kerajaan Pusat BN salurkan kepada kerajaan Nik Aziz untuk memperbaiki kelemahan mereka menyediakan air yang jernih dan bersih untuk setiap rakyat Kelantan, tetapi yang hairan masalah tersebut masih tak diselesaikan lagi sehingga kini.

Dimanakah hilangnya duit yang telah disalurkan..?? Ada hati nak mintak royalti minyak untuk Kelantan..??

Tak pasal-pasal dah dapat duit royalti tersebut nanti, apa pun tak dibuat demi kebaikan rakyat Kelantan..!!!

Duit tu pula hilang ghaib emtah kemana arahnya, bukan rasuah tapi ghaibkan duit tu tak salah kata Nik Aziz...!!!

Apa Pendirian PAS Berhubung Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual!?

PAS diminta menjelaskan pendirian mereka berhubung isu LGBT, pluralisme dan liberalisme?  Adakah PAS faham maksud yang dikemukakan kepada mereka?!  Sekiranya faham kenapa masih bersekongkol dengan fahaman sedemikian!!?
Pas perlu nyatakan pendirian isu LGBT, pluralisme dan liberalisme
 
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pas perlu tampil menyokong pendirian tegas kerajaan dalam menolak budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada bertapak di negara ini jika benar parti itu memperjuangkan akidah Islam seperti didakwa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga menuntut Pas menjelaskan pendiriannya berhubung ideologi pluralisme dan liberalisme yang diketahui diperjuangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun bertentangan dengan Islam.

Menurut beliau, amalan LGBT serta fahaman pluralisme dan liberalisme jelas terkeluar daripada ajaran Islam tetapi beliau pelik kenapa Pas yang mendakwa parti Islam boleh bersekongkol dengan pakatan pembangkang yang ternyata menyokong perkara itu.

"Saya harap Pas jangan menyokong melulu tanpa meneliti apa sebenarnya yang ada dalam LGBT. Jangan kita memberi sokongan secara semberono semata-mata demi kepentingan politik kerana ia akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

"Dalam hal ini, banyak unsur-unsur negatif akan berlaku jika budaya LBGT menjadi amalan pemimpin pembangkang. Perjuangan itu (sokongan Pas) salah dan mereka harus sedar jika benar Pas bersandar kepada Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pelepasan Program Konvoi Jelajah Kemasyarakatan oleh Briged Sukarelawan Khidmat Negara di perkarangan Auditorium, Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain serta Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechik.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan mempertahankan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang LGBT serta fahaman menyeleweng seperti pluralisme dan liberalisme tidak mendapat tempat di negara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyasarkan buat permulaan seramai 8,000 daripada keseluruhan 34,364 ahli sukarelawan khidmat negara mampu bertugas secara sukarela melebihi 120 jam setahun, selepas Kabinet meluluskan pemberian elaun perkhidmatan.

Katanya, dengan kesudian kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk menampung elaun perkhidmatan para sukarela, beliau berharap alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan lebih bersemangat untuk membantu masyarakat selepas ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai konvoi jelajah kemasyarakatan yang dijayakan briged sukarelawan khidmat negara berkenaan, beliau berkata, program tersebut adalah bukti bagaimana modal insan yang dididik melalui PLKN mampu menabur bakti untuk rakyat.

Jelasnya, konvoi tersebut yang disertai 30 ahli sukarelawan akan menjelajah ke beberapa negeri di semenanjung untuk melaksanakan kerja-kerja sukarela dan di setiap perhentian, mereka akan dibantu seramai 200 lagi anggota sukarela di kawasan tersebut.

Monday, June 25, 2012

Majlis Selamat Tinggal PAS Disambut Cergas!!?

PAS yang cuba melebarkan sayapnya ke kawasan lain rupa-rupanya gagal di negeri Kelantan!  Seramai 137 bekas Ketua Cawangan PAS Manal 1 berserta ahli-ahlinya bertindak keluar parti tersebut!  Mereka kecewa kerana PAS tidak engotakan janji sejak 22 tahun memerintah Kelantan.

Syabas kepada bekas ahli PAS Manal 1.  Anda bila pula?
137 penyokong Pas di Kelantan sertai UMNO

TANAH MERAH 25 Jun - Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini bertindak menyertai UMNO.

Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang..

Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini.

Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela.

"Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini.

"Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya.

Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1. - UTUSAN

Ripin Cuma Mahu Taib dan Najib Disokong?

Ripin mahu calon baru di Sibuti?  Mungkin inilah sebabnya Ripin mengiringi Safri untuk berkempen menggantikan Ahmad Lai?  Ripin pun tidak meminta rakyat untuk berdiri di belakang Ahmad Lai tetapi Safri, Taib Mahmud dan Najib Razak.  Adakah ini contoh perang saraf dan gerak saraf daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri?  

Menurut akhbar See Hua Daily, Ripin berkempen untuk Safri sehingga Safri begitu yakin dia adalah calon boleh menang Sibuti.  Walau bagaimana pun akar umbi masih kukuh memberikan sokongan kepada Ahmad Lai dan tidak mahu dia diganti kerana hasil daripada usaha Ahmad Lai dapat dilihat walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat!  Semoga Ripin memikirkan semula pendirian beliau agar menyokong Ahmad Lai dan tidak memburukkan keadaan apabila membawa calon luar dan bukan anak tempatan?   
Rally behind Taib and Najib, urges Ripin

Posted on June 25, 2012, Monday

NGILING TIKAI CEREMONY: Ripin (fourth left), Ahmad (second left) joining the headmen for the ‘ngiling tikai’ ceremony by rolling up a mat.

MIRI: The people must rally behind State BN chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who have led Sarawak and Malaysia to great heights of achievements.

Stating this, Lambir assemblyman Ripin Lamat said BN component parties must also stand behind the two leaders together with the people.

“Unity and support among component parties is what is needed as the general election nears,” said Ripin during the closing ceremony, ‘Ngiling Tikai’, held at Rumah Langgi near here yesterday. Also present were member of parliament for Sibuti Ahmad Lai Bujang and headmen from the Sibuti area.

According to Ripin, the election is fast approaching and the people’s support is needed.

Through the 1Malaysia concept, people must continue to uphold the spirit of working together.

Ripin said that with the second wave of development spearheaded by Taib, basic needs, electricity, road and water supply are now coming into rural areas even though its takes time to implement them.

What is important is that party leaders and members must unite behind the top BN leadership to ensure that development can continue to be channelled, he said.

On the other hand, he urged longhouse folk to be alert as outsiders would be moving around to smear and tarnish the image of current BN leaders.

Ripin, who is also a Political Secretary to the Chief Minister, said the BN government is concerned about the people’s interests and problems.

Friday, June 22, 2012

Ladang Kelapa Sawit Didenda!!??

Setakat ini dua syarikat perladangan di Beluru dan Bakong telah dikenakan denda kerana pembakaran terbuka di Miri. Ini kerana NREB telah mengeluarkan larangan pembakaran terbuka berikutan dengan keadaan cuaca yang panas dan kering serta berjerebu di sekitar Miri. 

Terdapat banyak kes lagi yang masih dalam siasatan dan kesalahan maksima akan membawa denda sebanyak RM30 000 atau 3 tahun penjara jika sabit kesalahan.  Bersama-samalah kita membuka mata dan melaporkan kepada NREB sekiranya terdapat pembakaran terbuka oleh individu atau syarikat perladangan.  Ini kerana semakin banyak kadar serangan asma ke atas pesakit akibat cuaca panas dan berjerebu ini. 
Pembakaran terbuka: Syarikat perladangan didenda

Posted on June 22, 2012, Friday
BERJEREBU: Laluan berjerebu di sebatang jalan raya di Senadin, Miri, terutama pada awal pagi.
MIRI: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengeluarkan denda terhadap sebuah syarikat perladangan yang didapati melakukan pembakaran terbuka di kawasan ladang kelapa sawitnya di Beluru, Bakong, dekat sini.

Denda tersebut dikeluarkan selepas syarikat terbabit dikesan melanggar larangan terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka terutama oleh syarikat-syarikat perladangan, pada musim panas ini.

Pemangku Kontroler NREB Miri Joseph Uyo memberitahu, syarikat terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak RM9,000 kerana didapati melakukan kesalahan tersebut.

Selain itu syarikat tersebut katanya, NREB kini sedang menyiasat tiga lagi kes pembakaran terbuka membabitkan tiga syarikat, di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Seksyen 30 (b) yang boleh membawa denda sebanyak RM30,000 atau tiga tahun penjara jika didapati bersalah.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dengan lanjut nama ketiga-tiga syarikat terbabit kerana masih dalam siasatan.

“Baru-baru ini kami telah mengesan beberapa tompok panas di kawasan ladang dan tempat di mana syarikat berkenaan beroperasi.

“Sebaik dikesan terdapat tompok panas, kami turun padang dengan segera untuk menyiasat,” katanya.

Kelmarin NREB Sarawak telah membekukan pengeluaran premit pembakaran terbuka kepada semua individu dan syarikat berikutan cuaca kering dan berjerebu ketika ini.

Pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali di negeri ini dan mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun serta-merta atau diheret ke mahkamah bagi kes yang lebih berat.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Miri S. Sivanathiran memberitahu keadaan berjerebu yang berlaku setiap tahun dengan kesan buruknya terhadap penduduk di utara negeri ini, telah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap isu-isu pembakaran terbuka.

Keadaan ini terbukti, apabila sepanjang tempoh enam bulan tahun ini, JAS belum menangkap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan tersebut iaitu melakukan pembakaran terbuka semasa musim kemarau atau cuaca kering.

“Berbeza dengan tahun lalu, setakat 20 Jun tahun ini, JAS masih belum melakukan sebarang tangkapan terhadap mana-mana individu yang melakukan pembakaran terbuka atau melakukan pencemaran udara melalui aktiviti pembakaran,” jelas beliau.

Sebaliknya setakat ini kompaun yang dikeluarkan JAS ialah terhadap pengeluaran asap berlebihan terutama oleh kenderaan diesel iaitu sebanyak 69 kes, manakala bagi kes-kes buangan terjadual (pembuangan bahan-bahan berkaitan kimia, racun dan sebagainya) adalah sebanyak 60 kes.

“Kesemua pesalah telah diberikan kompaun serta-merta sebanyak RM2,000 kerana melakukan kesalahan terbabit,” katanya.

Manakala bagi kes-kes yang lebih berat terutama membabitkan syarikat, pesalah boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (29) (b) yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai di Sibuti!!

BEKENU, 19 Jun 2012 - Satu perjumpaan khas PBB Bekenu telah berlangsung pada hari Selasa yang lalu.  Menurut minit yang diterima, agenda utama adalah untuk menentukan sokongan terhadap wakil rakyat di P.218 Sibuti.  

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti.  Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti.  Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.  

PBB Bekenu juga berharap agar hasrat mereka tidak diabaikan kerana ini akan memecah-belahkan parti sekiranya calon yang lain diketengahkan.  Pencapaian YB Ahmad Lai setakat ini memang memberangsangkan dan semua akar umbi PBB di Bekenu menyokong beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen P.218 Sibuti.

Menurut aduan yang diterima, ahli parti dan penduduk tempatan tidak mahu menerima calon luar yang kononnya mengaku anak tempatan.  Mereka tidak mahu wakil rakyat yang baru tetapi berharap agar pihak atasan PBB mendengar kehendak dan hasrat mereka yang begitu setia kepada Barisan Nasional.  

PRN 2011 yang lepas telah menguji kesetiaan saudara mereka di Lambir dan kali ini mereka berharap agar wakil rakyat pilihan hati mereka dikekalkan.  Ini kerana mereka sedar YB Haji Ahmad Lai bukan sahaja seorang Yang Berhormat namun dia adalah seorang Yang Berkhidmat kepada penduduk Sibuti tanpa mengenal penat dan lelah.  

Sekiranya benar PAS akan menurunkan calon mereka iaitu Datuk Salleh Jaafarudin maka, YB Ahmad Lai merupakan calon yang berpengalaman untuk mempertahankan kubu BN di Sibuti.  Janganlah BN menjadi seperti perumpamaan apabila mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.

Thursday, June 21, 2012

Penan Masih Belum Menerima Peruntukan Daripada Kumpulan Bruno Manser!?!?!

Beruntunglah kaum Penan masih menyokong BN!  Kalau mengikut Kumpulan Bruno Manseryang kononnya mencari dana untuk membantu mereka memang susahlah kehidupan kaum Penan!  Bruno Manser yang terkenal kerana berjoli dengan wanita di penginapan kaum Penan sehingga menipu mereka yang kononnya dia akan membawa bantuan kewangan untuk membantu mereka cuma kini tinggal janji!?  

Kerajaan BN jualah yang bertanggungjawab membawa pembangunan dan membantu meringankan beban kaum Penan.  Bahkan anak-anak kaum Penan juga diberi kemudahan asrama untuk belajar dan beberapa buah sekolah berasrama penuh sudah didirikan bagi membantu orang Penan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.   Generasi baru Penan diharap dapat menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan agar mereka ini dapat memimpin keluarga mereka ke suasana kehidupan yang lebih baik daripada hari semalam.  Inilah aspirasi dan harapan kerajaan BN buat semua rakyat.  

Janganlah mudah terpedaya dengan pemimpin pembangkang yang tidak beretika dan banyak mengajar rakyat untuk menipu seperti yang telah dilakukan oleh penceramah PKR di Kuching baru-baru ini.  Jangan kita seperti kacang lupakan kulit.  Kerajaan BN sahaja yang mampu membantu rakyat.  Jangan lupa jasa pemimpin BN yang lalu kepada kita.
Dennis berterima kasih kepada Penan kerana menyokongnya

Posted on June 21, 2012, Thursday

MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mengucapkan terima kasih kepada kaum Penan di Long Lutin yang memberi sokongan padu kepadanya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Ke-10.

Katanya beliau amat berbanga dengan sokongan pengundi yang telah mengundinya sebelum ini.

Terdapat lebih 360 rumah panjang di daerah Baram, begitu juga di Telang Usan tetapi tetapi 90 peratus rumah panjang di Telang Usan telah dijejakinya.

Sehubungan itu, Dennis menyeru kepada kaum Penan di Long Lutin dan di kawasan Akah/Patah agar terus memberi sokongan kepada Datuk Jacob Dungau Sagan yang akan mewakili Baram di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata kaum Penan perlu mempunyai kerjasama yang kukuh dengan kerajaan Barisan Nasional.

Dennis berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan sempena melancarkan platun baharu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di Long Lutin.

Beliau menemani Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan ke kampung tersebut pagi Sabtu lalu.

Mengenai Empangan Baram, Dennis berkata penduduk kawasan Baram telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengendalikan Empangan Baram yang diketuai sendiri oleh Sagan.

“Jawatankuasa ini kelak akan menerangkan kebaikan empangan berkenaan kepada penduduk yang terjejas akibat pembinaan empangan tersebut,” katanya.

Menjawab soalan TK Tangan Anyie, bahawa Penan akan dipindahkan ke Long Lama atau Long Lapok, beliau menjelaskan bahawa ia memang tidak betul.

“Itu hanya khabar angin yang menakutkan kita kaum Penan. Kerajaan BN akan membawa kehidupan yang lebih baik, kalau jahat memang tidak ada.

“Ada pun kami (bersama Sagan) sebagai wakil rakyat di Baram berdiri di hadapan dan kami mahu pembangunan yang pesat di kawasan kita ini,” jelasnya.

Mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bruno Manser yang kononnya berusaha mendapatkan peruntukan untuk membantu Penan, Dennis berkata: “Mana duit itu sekarang?

“Siapa yang membantu Penan, Bruno atau kerajaan Barisan Nasional.

“Justeru jangan percayakan mereka yang menggelar diri mereka NGO atau pembangkang… mereka hanya mencari kepentingan diri. Pembangkang jauh sekali hendak membantu rakyat kecuali hanya pandai bercakap kosong.”

Sementara itu Dennis turut meluluskan geran MRP sebanyak RM5,000 kepada JKKK Long Lutin untuk menampung perbelanjaan membina dewan masyarakat mereka.

Wednesday, June 20, 2012

Lagi Kegagalan PAS di Kedah!

PAS gagal di Kedah tetapi berhasrat untuk menawan lebih banyak negeri di Malaysia?  Kalau sebuah negeri pun tidak dapat ditunaikan janji bagaimana para penipu dan penabur janji ini akan membawa amanat rakyat?
Lagi kegagalan Kerajaan Pas Kedah tepati janji

ALOR SETAR 20 Jun - Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kedah menepati janji untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah serta sederhana di negeri ini.

Ia berikutan rancangan projek Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena, dekat sini sebagai sebuah bandar baru yang turut melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik gagal dimulakan meskipun pengumuman mengenainya dibuat tiga tahun lalu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan cadangan projek tersebut di tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati sempena pengisytiharan Pokok Sena sebagai daerah penuh pada Februari 2009.

Katanya, dalam pembentangan Bajet 2011, Azizan memaklumkan projek perumahan di Bandar Tunku Puteri itu dilaksanakan pada tahun lalu, bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

``Bagaimanapun, hasil siasatan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu mendapati kerja-kerja infrastruktur langsung tidak dimulakan dan tanah yang sepatutnya dibangunkan terbiar dengan ditumbuhi lalang serta belukar,'' katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

Monday, June 18, 2012

Salleh Jaafarudin Calon PAS di Sibuti?!?!

Benarkah percaturan terbaru di mana Salleh Jaafarudin akan menjadi calon PAS di Sibuti?   Salleh pernah menganggotai Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak sejak 1987 lagi. 

Pada PRN 2011 pula dia menjadi calon bebas di DUN Balingian untuk menentang Ketua Menteri Sarawak lagi namun tewas.  Kini mungkin dia mengidam kerusi Sibuti yang sudah ditempah oleh PAS untuk PRU13?  Sejauh manakah kebenarannya kita tunggu sehingga hari penamaan calon samaada PAS atau PKR yang menjanjikan saingan hebat buat BN kelak?

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

Harakah Daily Oleh Hazayani Zakaria, 18 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Jangan ragu kualiti, standard pendidikan negara: Ahmad Lai



Posted on June 18, 2012, Monday

MIRI: Masyarakat tidak seharusnya meragui kualiti dan standard pendidikan yang ada di negara ini.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang memberitahu, pendidikan yang diperolehi di negara ini setaraf dengan kualiti dan standard sekolah-sekolah di luar negara atau negara maju yang lain.

“Malahan, kita turut menerima kunjungan pihak-pihak sekolah dari luar negara khususnya untuk program lawatan sambil belajar di sini.

“Kita seharusnya berbangga kerana menerima kunjungan daripada pihak sekolah di luar sana yang mahu mempelajari budaya pendidikan kita di sini.

“Ini adalah satu kebanggaan kita dan menunjukkan sistem pendidikan kita adalah yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Perhimpunan Khas Hari Koperasi Sekolah 2012 Sekolah Menengah (SM) Sains Miri di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Lai mengingatkan para pelajar untuk terus mempelajari sesuatu yang baharu serta menambah pengetahuan demi masa depan.

“Pendidikan adalah penting dan perlu dijadikan keutamaan setiap pelajar. Dengan adanya pendidikan, ia mampu mengubah dan menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Mengulas mengenai Hari Koperasi Sekolah 2012 tersebut, Ahmad Lai berkata kerjasama perlu wujud bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan guru, malahan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi diuruskan dengan baik.

Tuesday, June 12, 2012

PAS Pentingkan PRU13 Lebih Daripada Rukun Islam?

PAS kini mementingkan Jentera PRU13 dan bukan rukun Islam ke-5? Ini berikutan daripada kenyataan yang dikeluarkan dalam portal negeri Selangor oleh Ketua Penerangan PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kenyataan yang meminta jentera PRU13 PAS menangguhkan ibadat haji pada tahun ini. PAS kini sudah mempunyai nujum Pak Belalang sendiri yang dapat meramalkan tarikh PRU13!!!

Robby mahupun Jofri tidak berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun ini kerana mereka mungkin berkempen untuk Dr Teo di Sibuti?

Tindakan PAS minta ahli tangguh haji diselar



2012/06/12

KUALA LUMPUR: Tindakan PAS meminta ahlinya yang terbabit secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji, dianggap tidak wajar kerana meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak agama.

Berikutan itu, PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata beliau kesal dengan kenyataan PAS kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang juga Rukun Islam kelima.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih daripada agama.

"Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, meminta ahlinya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.

Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor, berkata penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum.
Ahmad berkata, Tuan Ibrahim sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu yang menunjukkan PAS menjunjung pilihan raya melebihi agama.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai, berkata bagi umat Islam, ibadah haji adalah jauh lebih penting daripada politik dan kenyataan itu tidak harus dibuat.

"Hampir 900,000 yang mendaftar (dengan Lembaga Tabung Haji). Ikut senarai menunggu, hampir 20 hingga 30 tahun baru boleh pergi (menunaikan haji).

"Kalau dapat peluang pergi kali ini, tapi tidak pergi, tidak tahu bila lagi boleh pergi...itu pun bergantung kepada faktor umur dan keadaan kesihatan...sebaik-baiknya janganlah dihalang pergi (menunaikan haji)," katanya.

Turut mengecam kenyataan PAS itu ialah Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Zahid Md Arip, yang mencabar Tuan Ibrahim supaya menunjukkan bukti dalil, hadis atau ayat al-Quran bagi menyokong kenyataannya itu.

"Saya selar sikap beliau yang mempersendakan rukun Islam. Ini jelas menunjukkan PAS sangat terdesak (untuk menghadapi pilihan raya)," katanya. - BERNAMA
Posted from my iPad

Monday, June 11, 2012

Safri Sudah Mengidam Kerusi Sibuti Menjelang PRU13!!

Semboyan belum berbunyi namun sudah ada yang menyimpan hasrat untuk menjadi calon Sibuti.  Teringat peristiwa Anwar Ibrahim yang dihasut untuk membuat kenyataan walaupun belum diberi jawatan rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Ini menyebabkan Anwar Ibrahim terus kempunan untuk duduk di atas kerusi Perdana Menteri mahupun Proton Perdana.

Hari ini Sibuti dikejutkan apabila kawan YB Ripin da YB Rossey mengaku dia berharap untuk mendapat sokongan daripada rakyat Sibuti untuk menjadi calon baru menggantikan YB Hj Ahmad Lai.  YB Hj Ahmad Lai belum lagi mengundur diri mahupun diundurkan secara rasmi oleh Majlis Tertinggi PBB?  

Berhematkah calon pemuda yang terus berkempen tanpa menghiraukan golongan bapa untuk merebut kerusi?!?!   Adakah ini wajar berlaku walaupun di kawasan putih?  Seharusnya sebagai calon yang berpendidikan tinggi dan akhlak mulia, tunggulah sehingga mendapat surat rasmi untuk menjadi calon barulah mula berkempen.  Ini akan mengucar-kacirkan jentera PRU13 apabila kelihatan segelintir sudah berpuak-puak!  Lama-kelamaan ini boleh mengakibatkan pihak pembangkang menang undi protes!?!?! 

Sewajarnya golongan pemuda harus menghormati golongan bapa dan juga wanita!  Janganlah kita dilihat sebagai berpecah-belah oleh pihak lawan kerana ini akan memburukkan susunatur dan strategi perang!?!?!  Fikirkanlah sejenak sebelum membuat langkah seterusnya!!!
SAFRI MEMPERHEBATKAN  LAWATAN KE AKAR UMBI SEBAGAI CALON PBB UNTUK PARLIMEN SIBUTI

(Diterjemah daripada See Hua Daily News 11 June 2012)

Untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibuti, kononnya perlu menurunkan darah baru yang muda dan dinamik.  Calon yang kononnya mendapat sokongan daripada YB Ripin dan YB Rossey.  Calon ini juga merupakan ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PBB yang berhasrat untuk menggantikan YB Haji Ahmad Lai sebagai calon Sibuti menjelang PRU13 kelak.

Menurut sumber, Safri juga telah bergerak aktif di Sibuti semenjak akhir tahun lepas.  Safri  juga dilihat telah berkempen secara aktif di kalangan penduduk rumah panjang dengan pelbagai aktiviti.  Beliau turut disokong oleh YB Rossey dan YB Ripin yang meminta secara terbuka kepada orang ramai untuk memberikan sokongan yang kuat untuk Safri.  Oleh yang demikian, Safri  berkemungkinan besar menggantikan Ahmad Lai yang memenangi kerusi Sibuti pada Mac 2008

Langkah yang diambil untuk menurunkan Safri dijangka sesuai dalam usaha untuk menangkis cabarann baru-baru ini daripada PKR dan PAS di Sibuti, yang telah menjanjikan calon profesional.