PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Tuesday, July 31, 2012

PAS Kedah Buat Hal Lagi di Kubang Pasu!


Menurut cerita blogger kedah69ers.com, peniaga Melayu telah ditindas di Kubang Pasu gara-gara apa ya? Ikutilah kupasan kedah69ers.com di bawah ini.
Hari Raya Berdarah Buat Peniaga Melayu Di Jitra Angkara Majlis Daerah Kubang Pasu
Oleh kedah69ers.com
31 July 2012


ISU HANGAT
Aneh sungguh perangai Majlis Daerah Kubang Pasu kerana tindakan yang mereka ambil dilihat seperti pembodek dan penjilat taukeh-taukeh besar, sehinggakan mereka tidak peduli dengan kekejaman yang sedang mereka lakukan, bakal menyebabkan Kerajaan Negeri sekarang ini terdedah sebagai lemah, korup dan penzalim.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, semakin dekat umat Islam hendak berhari raya, semakin giatlah juga penindasan dan kezaliman yang dijalankan oleh PBT yang motif mereka, sudah dapat dibaca.

Hari ini, sepatutnya upacara merobohkan 8 gerai Melayu di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra telah dijalankan oleh anggota-anggota penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu.

Notis perobohan tersebut telah diserahkan kepada kelapan-lapan orang pemilik gerai menjual pakaian di hadapan pasaraya berkenaan pada 30 Julai 2012.

Anehnya, dakwa peniaga-peniaga bermusim itu, pemilik Pasaraya Yawata sebelum ini telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk menjual pakaian di hadapan premisnya. Bagaimanapun, tindakan MDKP bagaikan ingin menjaga hati taukeh pasaraya tersebut dengan bertindak kejam tanpa menghiraukan kebenaran yang telah diperolehi oleh peniaga-peniaga terbabit.



Sudahlah untung tak seberapa, kini kelapan-lapan pemilik gerai itu, terpaksa berputih mata, menanggung kerugian dan dimalukan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu yang mungkin berasakan tindakan menjaga hati taukeh Yawata lebih mulia dan lebih afdal.

Perniagaan bermusim seperti yang sedang melanda di seluruh negara sekarang, sebenarnya bukanlah baru. Sebelum Yawata atau gedung-gedung perniagaan besar lain wujud, fundamental kepada perniagaan besar itu adalah peniaga-peniaga kecil. Malah peniaga-peniaga kecil banyak memberikan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pasaraya dan gedung-gedung lebih besar.

Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati dan perasaan taukeh-taukeh yang ada banyak duit dan boleh menghantar hamper-hamper besar ke pejabat Majlis menjelang penghujung Ramadan nanti, maka pegawai-pegawainya memutuskan untuk terlebih dahulu menjaga hati dan mengampu serta membodek walaupun ianya kelihatan amat menjijikkan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tun Razak Exchange (TRX) Mercu Tanda Terbaru KL!


Semalam Tun Razak Exchange telah dilancarkan sebagai pusat kewangan dan ikon terbaru di Kuala Lumpur.

Ia akan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan dan bakal menempatkan 250 syarikat global. Semoga Sibuti akan mengecapi mercu tanda yang baru satu hari kelak!
Mercu tanda terbaru KL
Oleh Kamarulzaidi Kamis, Nazura Ngah dan Shahrizan Salian


Tun Razak Exchange: Ikon komuniti perniagaan, tarikan pelbagai aktiviti ekonomi

Kuala Lumpur: Tun Razak Exchange (TRX) yang dilancarkan semalam bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai peneraju pusat kewangan, perdagangan dan perkhidmatan antarabangsa.
Ia juga menjadi tarikan pelbagai aktiviti ekonomi yang memberi hasil berganda, selaras tekad kerajaan menjadikannya ikon untuk komuniti perniagaan berinteraksi dan pusat pertemuan moden bagi penerokaan peluang pelaburan baru mencecah sehingga RM26 bilion.

Projek yang sebelum ini dikenali Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), membabitkan kawasan 28.3 hektar berhampiran Bulatan Kampung Pandan di Jalan Tun Razak dan mengunjur sehingga Jalan Raja Chulan. Pemaju induk projek adalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata apabila siap, ia dijangka menempatkan lebih 250 syarikat global terkemuka serta menyediakan 500,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

“Idea KLIFD kini bertukar kepada sesuatu yang lebih besar dan inklusif. Tun Razak Exchange adalah kawasan bagi peluang pelaburan baru. Ia menampilkan reka bentuk terbaik di peringkat antarabangsa serta prinsip perancangan yang progresif. Bangunan dan infrastrukturnya akan mematuhi paras kemampanan tertinggi.

Sambung dengan MRT

“Ia juga akan disambungkan dengan pengangkutan awam, termasuk transit aliran massa (MRT),” katanya pada majlis pelancaran dan pecah tanah projek itu.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB mengumumkan pelantikan pasukan petugas khas untuk memantau pembangunan TRX sehingga projek itu beroperasi sepenuhnya.

Diketuai EPU

Ia diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan dipengerusikan Nor Mohamed serta dianggotai pegawai kanan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan agensi berkaitan.

Pasukan itu akan memastikan TRX mendapat sokongan menyeluruh daripada jentera kerajaan pada setiap masa, iaitu dari perancangan dan pembangunan sehingga siap sepenuhnya serta beroperasi.

“Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bursa itu menjadi kenyataan dan sebagai langkah pertama saya mengumumkan bahawa kita akan memulakan satu semakan semula peraturan perniagaan secara komprehensif,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Kuasa Mutlak PAS Kelantan?


Kupasan blogger jentayuabaka mengenai kickdefella sedikit sebanyak menyuluh terus kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan PAS di Kelantan yang kita semua tidak sedar. Temubual ini berlaku pada 2 tahun yang lepas. Marilah kita ikuti jalan cerita menarik ini.
Kickdefella Lebih Jujur Daripada Exco Kanan PAS Kelantan
Oleh Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri on Tuesday, May 18 2010



1. PERTEMUAN DENGAN KICKDEFELLA petang tadi memberikan beberapa input yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca, khususnya mereka yang terpedaya dengan lakonan kepimpinan di Kelantan. Gambar-gambar yang diiklankan di tepi-tepi jalan di Kota Bharu hanyalah kosmetik sahaja kata Kickdefella, supaya anak-anak Kelantan di perantauan diperdaya dengan kosmetik itu.

2. Bagi Kickdefella, selepas 3 tahun berada di negeri cek wan kembang tanah serendah taman bunga, kata Kickdefella apa perkara yang kepimpinan di sana tidak lakukan semasa memerintah kerajaan negeri Kelantan, penipuan, rasuah, kronisme , tiada tender terbuka sepertimana projek Bazaar, malah menyifatkan kepimpinan di Kelantan sebagai berkuasa mutlak dan tidak boleh dipersoal.

3. Menurut Kickdefella, Exco kanan bertanggungjawab dalam banyak perkara di negeri Kelantan, dia antara seorang dua Exco yang punya autoriti memberikan kelulusan kawasan balak kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi satu kewajipan kepada penerima tender balak untuk berjanji memberi derma kepada parti.

4. Malangnya kata Kickdefella, derma itu tidak terus kepada akaun parti, tetapi kepada akaun individu-individu di dalam parti.

5. Kata Kickdefella, amat menyedihkan kerana janji hendak memberikan RM500 apabila berlaku kematian tidak mampu dilaksanakan sudah bertahun lamanya, pekerja-pekerja yang membuat overtime tidak dibayar overtime itu kerana ketidakmampuan kerajaan negeri, malangnya hasil balak negeri Kelantan diguna untuk tujuan lain...

6. Kata Kickdefella lagi, politik telah banyak mengubah sikap kepimpinan mereka. Katanya lagi, jika hendak berdakwah berdakwahlah dengan betul. Itulah antara beberapa cebis kata Kickdefella.

7. Kickdefella ini keturunan syed, rasanya dia sangat jujur dengan kata-katanya daripada exco kanan?. Ada exco kanan bila wartawan bertanya, hari ini menafikan terlibat dengan kes RM 4 Juta memburukkan Pak Lah, beberapa hari kemudian mengakui memang ada memberikannya. Persoalan yang lain kata Kickdefella, tak kan bendahari parti pun tidak tahu?

- Posted using BlogPress from my New iPad

Monday, July 30, 2012

Terdapat Rahsia Antara Anwar Ibrahim dan Lajim Ukin?


Blogger Anwaraidc menceritakan mengenai rahsia antara Lajim dan Anwar Ibrahim! Betulkah ada rahsia antara mereka ini?

Rahsia Lajim & Anwar
Published by AIDC on July 29, 2012
 
Jentayu Abaka – Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa penubuhan NGO pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Kota Kinabalu, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.

Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah.

Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort.

Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.

Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).
Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.

Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.

Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin?

Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.

Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%.
Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.
Maka, mengapa perlu bimbang?

Krisis Air Selangor Mana Ade? Cuma Lori Tangki Air Lalu!!

Benarkah Selangor menghadapi masalah air terawat?  Kalau tidak percaya ikutilah kupasan menarik oleh blogger Sahabat Gunung di bawah.

Apa sudah jadi dengan dakwaan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyatakan lain daripada yang lain?  

Kalau tidak ada masalah, kenapa hantar air pakai lori tangki air?


Masalah krisis air terawat memang wujud di negeri Selangor, buktiknya kerajaan negeri menyalurkan air melalui lori tangki air. Itu sudah membuktikan bahawa krisis air terawat ini memang berlaku, ujar Koordinator BN Selangor, Ir Mohd Zin Mohamed.
Tambahnya, amat malang apabila kerajaan negeri Selangor langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan mempolitikkan isu bekalan air ini melalui banner dan kehadiran beberapa EXCO Kerajaan Negeri dengan banner yang bertulis ”Bekalan air ini sumbangan kerajaan negeri Selangor. Hasil negeri untuk rakyat melalui lori tangki.”
”Wahlal sepatutnya kalau buka pili air, dah ada air. Ini sebenarnya tanggungjawab asas daripada kerajaan negeri dalam menentukan air terawat patutnya sampai ke pihak pengguna dengan melalui paip.
Kalau perkara ini tidak menjadi satu krisis air terawat, maka tak payahlah mereka hantar bekalan melalui lori tangki. Ini yang mengecewakan kita, mereka mempolitikkan perkara ini. Ini memang satu tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.


Rakyat menghadapi masalah bekalan air tetapi mereka hantar tangki air dengan banner, poster kononnya ini sumbangan kerajaan negeri, hasil kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat.
”Kenyataan kerajaan negeri sungguh tidak bertanggungjawab, ini kerana kita mempunyai pandangan dan pendapat bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab utama untuk menentukan bahawa bekalan air terawat dapat disampaikan kepada keseluruhan rakyat negeri Selangor tanpa bekalan lori tangki.
Masalah tekanan air adalah satu perkara yang jelas terjadi hari ini, ia melibatkan kualiti kehidupan rakyat dan bayangkan kalau kita tidak dapat menggunakan air dalam menguruskan kehidupan seharian, ia pasti akan menyulitkan kehidupan kita,” ujarnya lagi.

Warna Kucing Tidak Penting! Yang Penting Kucing Itu Mampu Menangkap Tikus! : Abu Seman

Sudahkah anda menempah tiket untuk balik kampung?  Bak pesan ADUN kito YB Abu Seman, budaya balik kampung patut dikekalkan.   Ini dapat menjadikan kita sentiasa ingat akan kampung halaman dan tahu asal usul serta adat resam kita. 

Abu Seman berkata demikian semasa merasmikan Bazaar Ramadan.  Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berkunjung di tapak bazaar lalu berbuka puasa bersama mereka.


Kekalkan budaya balik kampung

by Khairoul Hussen. Utusan Borneo 30 Julai 2012, Isnin
SIBU: Masyarakat Islam di sini diseru mengekalkan budaya balik kampung semasa Hari Raya Aidilfitri untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan yang sudah terjalin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

“Walaupun ibu dan ayah sudah tiada (meninggal dunia) di kampung, kita masih mempunyai bapa saudara, emak saudara, sepupu dan rakan-rakan yang harus kita lawati bagi merapatkan ukuhwah yang telah terjalin sekian lama,” ujar Abu Seman ketika merasmikan Bazar Ramadan Persatuan Melanau Sibu di Bangunan Persatuan Melanau Sibu dekat sini, petang kelmarin.

Kata Abu Seman yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, amalan pulang ke kampung akan mengingatkan kita tentang asal usul kita selain mempraktikkan budaya dan adab kunjung mengunjung yang sangat dituntut dalam agama Islam.

“Hari ini, dengan adanya kemudahan jalan raya yang baik dan perkhidmatan feri membolehkan kita balik ke kampung dengan mudah dan cepat.

“Jika dulu dari Sibu ke Matu terpaksa mengambil masa dua hari perjalanan darat tetapi sekarang kita dapat berulang-alik dalam satu hari sahaja,” ujarnya.

Katanya pada masa yang sama, penduduk yang tinggal di kawasan bandar boleh membantu membangunkan kawasan kampung menerusi perkongsian idea dan barangan yang mereka bawa balik.

“Mereka inilah yang akan membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan dasar terkini kerajaan yang akan memberi kesenangan kepada penduduk yang tinggal di kawasan kampung,” katanya.

Bazar Ramadan Persatuan Melanau Sibu yang dirasmikan kelmarin merupakan bazar yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Melanau Sibu bersama-sama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tebu Sibu.

Menyentuh mengenai penglibatan Persatuan Melanau Sibu dalam beberapa program yang mereka anjurkan termasuk menjayakan Pesta Kebudayaan Borneo baru-baru ini, Abu Seman memberitahu, kehadiran pengunjung bukan satu faktor utama tetapi yang paling penting adalah kemahuan kita untuk menganjurkan program tersebut atau tidak.

“Tidak kiralah apa warna seekor kucing itu, yang pentingnya kucing itu pasti mampu menangkap tikus.

“Yang paling utama sesebuah persatuan adalah bergerak dan mengadakan apa-apa program yang patut, keahlian serta pengunjung akan datang kemudian,” katanya yang juga penaung kepada Persatuan Melanau Sibu.

Pada majlis yang sama, Abu Seman turut diberi penghormatan untuk menyampaikan sumbangan kepada 24 anak yatim sebelum melawat ke tapak bazar dan seterusnya berbuka bersama ahli Persatuan Melanau Sibu dan hadirin yang lain.

Sunday, July 29, 2012

Datuk Daud Agihkan Bantuan Sempena Hari Raya di Miri


Masjid di sekitar Miri berpeluang untuk menerima bantuan agar dapat mengatur lebih banyak aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini.

Bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak itu disampaikan oleh Datuk Daud di Masjid At Taqwa petang semalam.
TBS agih bantuan kepada 92 masjid dan surau di Miri
Posted on July 29, 2012, Sunday

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) semalam mengagihkan bantuan kepada 92 masjid dan surau di sini sebagai dana penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Daud Abdul Rahman pada majlis di dewan Masjid At Taqwa.
Menurut Daud, TBS mengagihkan sebanyak RM1.3 juta kepada semua masjid dan surau di Sarawak pada tahun ini.

“Bantuan ini ialah untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadan di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau,” jelasnya.

Selain Miri, sumbangan juga akan diagihkan kepada 37 masjid dan surau di Bekenu, 24 buah di Niah, 11 buah di Baram dan dua buah di Bakong yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM166,000 termasuk Miri.

Daud turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM16,500 kepada amil yang ditauliahkan oleh TBS untuk diagihkan kepada 165 orang fakir miskin di bahagian ini.

Daripada jumlah itu, 107 orang adalah dari Miri dengan jumlah bantuan Aidilfitri sebanyak RM10,700, seramai 46 orang di Bekenu (RM4,600), 10 orang di Niah (RM1,000) dan dua orang di Baram (RM200).

Ia digunakan sebagai perbelanjaan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri khasnya penyediaan makanan dan minuman pada hari pertama perayaan.

“Bantuan ini merupakan antara program kita (TBS) dan Majlis Islam Sarawak untuk membantu golongan sasar dalam usaha menguatkan umat Islam serta tidak mahu melihat umat Islam terumbang-ambing,” jelasnya.

Antara program bantuan TBS ialah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Timbalan Datuk Bandar Mohd Chee Kadir dan Dato Yusuf Sani Wahab.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Saturday, July 28, 2012

Jiwa Murni Cuba Hubungkan Bario dan Ba'kelalan!


Syabas di atas usaha skot-skot yang berusaha untuk menghubungkan jalan dari Bario ke Ba'kelalan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran ini terdiri dari pelbagai faktor dan akan mengambil masa lebih daripada dua atau tiga tahun. Faktor cuaca dan keadaan muka bumi adalah yang paling mencabar kerana terdapat bukit, gunung dan juga sungai yang terpaksa diredah untuk menghubungkan dua tempat ini.

Tahniah sekali lagi kepada pendorong dan penggerak utama Projek Jiwa Murni ini!
Cuaca cabaran utama bina jalan Bario-Ba’ Kelalan
Posted on July 28, 2012, Saturday



MIRI: Masalah cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membina jalan menghubungkan Bario dan Ba’Kelalan.

Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, teknologi yang digunakan dalam pembinaan jalan berkenaan amat memerlukan keadaan cuaca baik.

“Pembinaan (jalan Bario-Ba’ Kelalan) sangat mencabar kerana amat bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya kepada Utusan Borneo ketika Program Jiwa Murni di kawasan Bario baru-baru ini.

Menurutnya, teknologi penstabil tanah yang digunakan untuk membina jalan tersebut memerlukan cuaca panas selama tiga atau empat hari bagi memastikan permukaan tanah kering.

Bukan setakat itu, cabaran geografi juga salah satu faktor utama dalam pembinaan.

“Terdapat gunung, bukit serta sungai yang kita bakal lalui dalam pembinaan jalan itu nanti. Itu juga cabaran utama,” kata Stephen.

Pada masa sama, beliau memberitahu jalan yang bakal dibina itu hanyalah jalan penghubung sahaja.

“Kita hanya buat jalan penghubung sahaja, tidak boleh dibandingkan dengan jalan raya awam yang berturap,” jelas beliau.

Mengenai perkembangan pembinaan jalan tersebut, Stephen memberitahu pemerhatian sudah dibuat dan semua peralatan yang diperlukan telah pun disediakan di kedua-dua tempat.

“Kita jangka pembinaan bermula selepas Hari Raya dan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya bergantung kepada keadaan,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, July 26, 2012

Kenapa PKR Sam Ketot 'Sound' PAS Tantawi?

Ketua Pemuda PKR atau lebih dikenali sebagai AMK Shamsul Iskandar @ Sam Ketot telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu Hudud yang dimainkan oleh PAS.  Menurut beliau, Nasruddin Tantawi sengaja memainkan isu yang sudah mendapat persefahaman antara Pakatan Rakyat melalui perjanjian pada tahun lalu.  

Hudud tidak menjadi polisi Pakatan Rakyat dan Nasruddin serta PAS hendaklah akur dengan perjanjian tersebut sehinggalah semua ahli PR (iaitu DAP) bersetuju barulah ia akan menjadi polisi Pakatan Haram!  Ini pun Tantawi masih tak paham?  Patutlah Sam Ketot sound!!!

Hudud: Kalau DAP Tak Faham, Kalau Sam Ketot?

Oleh Adamyan myKMU.net July 25, 2012  
8

ALASAN basi penyokong PAS bila bercakap tentang percanggahan idealoginya dengan DAP berhubung soal hudud ialah DAP bukan parti Islam, tidak faham Islam oleh itu tidak mengapa jika DAP menolak hudud, yang UMNO…….

Inilah jawabnya balaci bulan ini bila soal tentangan DAP ke atas perlaksanaan hudud yang diimpikan PAS timbul sejak 14 tahun dahulu, tak pernahnya yang berubah.
Tapi bila Ketua Pemuda PKR yang beragama Islam, Sam Ketot itu pun ‘menyound’ Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi berhubung perlaksanaan hudud yang tidak pernah jadi polisi Pakatan haram, maka kita semua ternanti-nanti label apakah yang nak diberikan PAS kepada KP PKR yang tak berapa nak tinggi ini.

Kenyataan Sam Ketot,
KUALA LUMPUR: PARTI Keadilan Rakyat’s Youth wing has chosen to side with DAP  chairman Karpal Singh in opposing  Pas’ hudud aspirations.
Its chief, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yesterday warned his Pas counterpart,  Nasrudin Hassan Tantawi, that he had opened a Pandora’s box over his recent  comment on the implementation of hudud, which had raised the ire of Karpal and  other DAP members.
He said it was improper for Nasrudin to dredge up the longstanding issue as  he claimed that the stance of the alliance between PKR, DAP and Pas on the  Islamic criminal law was clear.
“I would like to advise Nasrudin to refer to our agreement late last year  that hudud is not part of Pakatan Rakyat’s joint policy until all member parties  agree to it.”
Sekarang macam mana, tak faham jugak ke?  Paling penting, kafir ke tidak Sam Ketot itu?
Penulis bayangkan 2 jawapan disini.  Sama ada PAS akan NAFI, Nasrudin akan NAFI atau Sam Ketot akan NAFI.  Apa yang dinafikan itu entahlah, tapi yang penting itu akan ada banyak penafian selepas ini.

Tapi nak nafi macam mana, video ada, statement akhbar ada, semua ada.  Nasrudin hari itu cuba jugaklah menafikan, tapi dah ada video terpaksa jugalah dia memutar belit kenyataan Karpal menyokong hudud yang kononnya disebut dalam satu konvensyen Pakatan haram ini di Pulau Pinang.

Karpal, seperti biasa mati-matian nafi pernah keluar kenyataan sokong hudud.  Karpal mungkin kaki pembelit nombor satu (kalau tak macam mana pulak jadi lawyer handal), tapi dalam bab hudud ini pendiriannya memang konsisten, tak berubah dari dulu.

Sudah-sudahlah membodohkan rakyat Malaysia ini PAS ooi.  Hudud jadi umpan undi saja, bukan betul nak laksanakan.  Kalau PAS jadi dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO dominan dalam BN pun, belum tentu hudud boleh dilaksanakan, apatah lagi bila DAP ada disitu, lagilah mimpi.

Raih Sokongan Belia Untuk Kemenangan Yang Mutlak Melalui Semangat 1BN!


Undi belia adalah 'kingmaker'! Demi menyahut seruan PM untuk meraih undi belia khususnya dari sekitar kawasan Parlimen Bandar Kuching dan Stampin, maka wujudlah Malam Bersama Rakan P.195 Bandar Kuching dan P.196 Stampin.

Antara acara yang akan berlangsung adalah konvoi berkereta dan diakhiri dengan menonton wayang gambar di MBO the Spring.

Semoga ramai belia yang sudah berdaftar sebagai pengundi akan turut serta untuk menjayakan acara yng julung kali diadakan ini!

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur yang berjuang dan menggembleng tenaga bersama dengan semangat 1BN!

Bertempur’ dengan semangat 1BN, kata Rundi
by Jessica Jawing. Utusan Borneo 25 Julai 2012, Rabu



Parti komponen tidak harus fokus kepada satu dalam perjuangan, cari cara gembleng tenaga bersama

KUCHING: Empat komponen parti Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan untuk ‘bertempur’ dengan semangat 1BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, parti komponen tidak harus fokus kepada satu dalam perjuangan sebaliknya mencari cara untuk menggembleng tenaga bersama.

“Apabila menghadapi pilihan raya, ramai personaliti muncul dengan pelbagai kerenah serta parti baharu yang timbul malah ada mendakwa diri sebagai mesra BN untuk mendapatkan sokongan daripada BN.

“Seperti yang anda semua maklum menerusi akhbar, apa yang berlaku kini, jika kita tidak fokus kepada satu perjuangan bagaimana dapat menggembleng tenaga bagi memastikan kita dapat berjuang,” katanya.

Menurut Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, kini bagi menghadapi pelbagai situasi yang berlaku semua parti komponen saling memerlukan antara satu sama lain, jika ingin memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada ahli Jawatankuasa Malam Bersama Sahabat P.195 Bandar Kuching dan P.196 Stampin (Night With P.195 and P.196 Friends) anjuran Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Pending di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Rundi menasihati ahli parti khasnya Pergerakan Pemuda dan Puteri lebih berhati-hati dalam mengatur strategi yang boleh menjadi kelemahan kepada parti sendiri.

“Dalam pilihan raya negeri terakhir, banyak yang kita harapkan terlalu awal dan ini membolehkan musuh kita membuat ramalan bagi memenangi pertarungan malah separuh daripada pertarungan sudah dimenangi mereka.

“Jadi kita mesti memastikan dengan serius bahawa kita dapat menang. Bukannya kita lemah cuma kita sendiri yang membuat diri lemah yang memudahkan pihak lawan,” katanya yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar).

Dr Rundi dalam pada itu menggesa ahli parti komponen khasnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk meneliti pergerakan pengundi termasuk di konstituensi Batu Kawah dan Pending masa kini yang sering berubah trendnya.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola (Night With P.195 and P.196 Friends) Wendy Earnest Sadan berkata, program yang diadakan pada 29 Ogos itu nanti turut dimeriahkan dengan konvoi kereta yang disertai beberapa presiden parti komponen bermula dari ibu pejabat SPDP kemudian ibu pejabat SUPP dan berakhir di pusat beli-belah tHe Spring.

“Sehingga kini kami telah mengadakan enam mesyuarat bersama bagi menjayakan program yang berobjektifkan untuk melancarkan jentera BN bagi kedua-dua Parlimen Stampin dan Bandar Kuching.

“Program bertemakan Best Friend Forever Charity Movie Night diadakan di MBO pusat beli-belah tHe Spring di sini bermula pada jam 6.30 petang,” kata Wendy.

Hadir sama Pengerusi SPDP Bahagian Pending Athanasius Audie Chua, Ketua Pemuda SUPP Tan Kai dan Setiausaha Agung Pemuda SUPP Pusat Wilfred Yap.

- Posted using BlogPress from my iPad

Hak Memilih Kerajaan Terletak Di Tangan Rakyat-Ahmad Lai


Bilangan pengundi di P.218 Sibuti setakat ini adalah 27,451 orang berdasarkan data akhir bulan Jun 2012. Ini adalah peningkatan yang ketara daripada 22,143 orang pada 2008. Namun demikian, usaha untuk mendaftar pengundi baru masih giat dijalankan di sekitar parlimen Sibuti.

Untuk mendaftar kini memerlukan salinan myKad dan boleh dibuat terus di Pejabat Pos Malaysia dan juga di Pusat Khidmat Masyarakat P.218 di Piasau, Pejabat PBB Bekenu dan Pejabat PBB Lambir.

Selagi gong PRU13 belum dipalu kemungkinan besar mereka yang mendaftar sehingga September ini akan layak mengundi pada PRU13 kelak. Tawaran masih terbuka untuk mereka yang berusia 21 tahun dan juga mereka yang belum lagi berdaftar sebagai pengundi! Undilah untuk masa hadapan anak cucu kita kelak!
Jentera Pilihan Raya Parlimen Sibuti terus pergiat usaha daftar pengundi baharu
Utusan Borneo 25 Julai 2012, Rabu



MIRI: Jentera Pilihan Raya Parlimen Sibuti akan terus mempergiatkan usaha mendaftar pengundi baharu berikutan pertambahan jumlah penduduk yang layak mengundi di konstituensi terbabit.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata setakat ini, pihaknya telah mendaftar kira-kira 3,000 pengundi baharu menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah lebih 27,000 pengundi.

“Kami masih mengharapkan jentera pilihan raya kami melancarkan gerakan besar-besaran untuk mendaftarkan bilangan pemilih baharu seterusnya memilih kerajaan akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau memberitahu, hak memilih kerajaan terletak di tangan rakyat dan mereka tidak seharusnya mempersia-siakan peluang untuk menentukan kerajaan yang bakal membela nasib mereka kelak.

“Jangan bersikap tunggu dan lihat sebaliknya mereka yang berusia 21 tahun dan layak mengundi harus mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana satu undi mampu mengubah nasib mereka,” ujarnya.

Jumlah pemilih bagi kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum 2008 adalah seramai 22,143 orang dan sejak itu, jumlah pemilih baharu yang berdaftar di kerusi terbabit terus bertambah.

“Ia adalah hasil kesedaran orang ramai tentang hak mereka sebagai pemilih dan kami berharap jumlah ini akan terus meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi kesinambungan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial, beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kekal mentadbir rakyat untuk jangka masa yang panjang.

“Saya yakin menerusi sentuhan emas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat akan terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN pada PRU13,” katanya.

Ahmad Lai juga menaruh keyakinan akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar berikutan sokongan tidak berbelah bahagi penduduk Sibuti kepadanya selama ini.

“Saya telah turun padang lebih satu penggal dan rakyat Sibuti sudah mengenali saya dan mereka dapat menilai apa yang dilakukan saya sebagai wakil rakyat kepada peningkatan taraf hidup mereka,” katanya.

Pada PRU 2008, Ahmad Lai (BN) menang dengan majoriti 3,648 undi selepas meraih undi keseluruhan 8,238 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi Michael Teo Yu Keng yang hanya meraih 4,590 undi.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 25, 2012

Bekas Wakil Rakyat BN Harus Membantu BN Menjelang PRU13!


Masir Kujat menyeru bekas pemimpin veteran BN untuk memberi sokongan padu kepada BN dan bukan sebaliknya. Beliau merujuk kepada bekas ADUN Pelagus, Larry Sng, bapa beliau, Sng Chee Hua, bekas ADUN Pelagus dan bekas Ahli Parlimen Julau, Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu dan Donald Lawan, bekas ADUN Bukit Bengunan.

Mereka ini cuba memburukkan calon BN dan terus menentang BN melalui parti SWP dan juga Bebas. Masir berpendapat mereka ini mempunyai kepentingan peribadi untuk berbuat demikian!

Mereka ini juga cuba memfitnah kerajaan dan terus menidakkan pembangunan untuk rakyat. Masir juga menasihat Tuai-tuai Rumah untuk tidak membiarkan perasaan anti-BN ini menular dikalangan anak buah mereka, ini kerana perkara sedemikian sudah acapkali terjadi setiap kali PRU13 menjelang tiba! Ingatlah kerajaan BN harus menepati janji mereka dan begitu juga wakil rakyat BN yang lain.

Pemimpin veteran BN jangan pentingkan diri
by Edwin Raoh. Utusan Borneo 25 Julai 2012, Rabu.


UNTUKMU: Masir (empat kanan) menerima cenderamata daripada Tuai Rumah Philiy pada majlis itu. Turut kelihatan (dari kiri) Hendery Cassidy, Noor Hayati, Murni dan Welton.

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihati beberapa pemimpin veteran yang sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan kini bertindak menentang kerajaan BN agar melupakan hasrat mereka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Masir berkata demikian merujuk kepada barisan pemimpin seperti Datuk Sng Chee Hua, Jawah Gerang dan Donald Lawan yang ketika ini sibuk berceramah sama ada di rumah panjang mahupun di pekan dengan mengajak rakyat menentang kerajaan BN.

“Sng dan Jawah daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) manakala Donald pula daripada Bebas harus menghentikan perbuatan mereka itu.

“Sebaliknya mereka bertiga ini yang pernah menjadi wakil rakyat BN sebelum ini harus membantu BN menaik taraf hidup rakyat bukannya mengajak rakyat menentang BN,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Komuniti Bestari dan Kepenggunaan di Rumah Philly Enche, Entulang Jambatan, Sri Aman, di sini, semalam.

Program itu adalah anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PDNKK) Bahagian Sri Aman, Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman dan JKKK Rumah Philley.

Pada majlis itu Masir mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM10,000 kepada Rumah Philily dan RM3,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Sng merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau, Jawah adalah bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal manakala Lawan adalah bekas ADUN Bukit Begunan.

Selain itu beliau juga menasihati para tuai rumah di kawasan Parlimen Sri Aman agar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang sedang meracuni pemikiran rakyat menerusi kempen yang dilancarkan mereka ketika ini.

Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab terhadap dirinya selama ini adalah palsu belaka, tegas beliau.

“Itu satu taktik mereka untuk mengalihkan sokongan rakyat terhadap saya (BN).

“Perkara seperti ini akan sentiasa berlaku acapkali menjelang pilihan raya demi kepentingan politik mereka sendiri.

Sehubungan itu Masir berharap rakyat di Parlimen Sri Aman meneruskan sokongan padu mereka kepada kerajaan pimpinan BN demi masa depan hidup mereka nanti.

Turut hadir dalam majlis itu Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassidy Morris, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Penolong Jurutera Jabatan Saliran dan Perparitan Sri Aman Henry Tuah, wakil Ketua Pejabat PDNKK Sri Aman Maruni Langga dan wakil Pejabat Residen Sri Aman Noor Hayati Ahmad.

- Posted using BlogPress from my iPad

SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!


Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.

Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!

Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?

Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!

SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa



KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.

Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.

“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.

Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.

Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.

Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.

Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.

Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, July 24, 2012

Taktik Kotor Anwar di Sarawak - Minta Derma di Satok Tabur Duit di Lundu?


Inilah strategi terbaru Anwarinas di Sarawak. Sebelum ini mereka cuma meminta derma tetapi kini di luar bandar pula mereka tidak kira latar belakang sebaliknya akan menabur wang untuk memikat pengundi di kawasan yang mereka pasti menang! Kawasan yang tidak berjaa dibolos kan menadi pembekal dana buat kawasn yang akan dibolos!!

Ikutilah kupasan menarik oleh teman blogger theunreportednews.

Taktik Kotor PR di Sarawak

KAT LUNDU BAGI DUIT, KAT KUCHING PULA KUTIP DUIT, APA MAINAN DOUBLE STANDARD NI BANG ANU? KALO ADA BANYAK DUIT TAK PAYAH BUAT LAKONAN MINTAK KESIAN PULAK .. KEKEKE!-


Aku rasa peliklah, semasa Anwar Ibrahim dalam usaha nak meng”cover” kegagalan impak lawatan Azmin Ali di Kuching yang mendapat sambutan betul-betul “hambar” baru-baru ni, pihak PR yang menganjur “Ceramah Merdeka” di Satok, Kuching telah mengutip wang derma dari mereka yang hadir pada ceramah tersebut.

Siap dengan dinyatakan sekali dengan jumlah yang di kutip, “Harap maklum, kutipan wang derma kita pada malam ini adalah RM651,” kata MC majlis ceramah tu di akhir upacara. (saja le tu nak tunjuk “transparensi” kononnya lah!) Aku tak pertikaikan hak derma menderma ni tapi yang aku pertikai sekarang NIAT memintak derma tu.

Ye ler, mulanya aku ingat itu trend baru PR Sarawak yang terikut-ikut mainan PAS di Semenanjung yang nyata “mengambil kesempatan” kemurahan hati penyokong-penyokong fanatik mereka ketika tengah “syiok” mendengar “dongeng merapu” yang di”dendang”kan penceramah-penceramah PAS atau PR pada setiap program yang mereka anjurkan.

Namun maklumat terkini yang aku baru dapat dua-tiga hari lepas dari “geng sekodeng” aku dari Lundu, di mana Anwar Ibrahim telah mengadakan ceramah di sebuah restaurant seafood di Lundu pada malam yang sama sebelum mengadakan ceramah di Satok semakin “memusykilkan” aku akan niat mereka mengadakan acara “kutipan derma” ni.


Janji dulu ye..orang Kuching yang telah “diperdayakan” untuk memberi derma di Satok malam tu tolong jangan marah ya? Kalo nak marah, marahkan Anwar Ibrahim.

Jeng-jeng-jeng…sumber-sumber aku di Lundu menyatakan pihak penganjur ceramah di Lundu telah “menderma” sejumlah wang kepada setiap mereka yang hadir pada majlis tersebut, siap dengan dijamukan makanan selepas tu. (Ini informasi dari kengkawan aku di Lundu).

Sebelum aku meneruskan cerita aku dengan panjang lebar lagi, aku nak tabik spring kepada semua penduduk Lundu, Sematan dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya kerana “kebijaksanaan” dan kematangan yang mereka tunjukkan pada malam tu.

Apa tak bijak, lepas dapat duit dan makan, mereka terus belah tanpa dengar ceramah Anwar Ibrahim...ternyata mereka muak dengan PR (ataupun tengok muka Anwar Ibrahim) dan ini menyebabkan Anwar Ibrahim memberi ceramah “ala-kadar” je di Lundu selama 20 minit sebelum dia sendiri cabut ke Kuching. (Aku dengar cerita Anwar marah betul malam tu..kekeke!)


Okay, point yang aku ingin “highlight”kan di sini adalah sikap “double-standard” yang di tunjukkan oleh PR terhadap rakyat. PR tak segan dan silu memberi wang kepada rakyat sebagai umpan kepada masyarakat Lundu untuk meraih sokongan (untuk makluman pembaca dari luar Sarawak, Lundu adalah salah satu dari kubu kuat Barisan Nasional yakni dalam Parlimen Kawasan Santubong).

Manakala walaupun Satok adalah kawasan DUN & Parlimen BN namun ianya berdekatan dengan kubu-kubu kuat DUN DAP iaitu Padungan, Kota Sentosa, Batu Lintang dan Batu Kawa jadi PR merasakan tak perlulah “menderma” nak mengumpan hadirin malah mereka boleh ‘menyembelih” hadirin di samping “melakonkan filem” yang kononnya PR tiada berwang dan memerlukan derma dari masyarakat untuk perjuangan mereka!

Sedangkan program BR1M yang diperkenalkan oleh YAB PM Dato' Sri Najib Tun Razak telah di salurkan kepada setiap lapisan masyarakat yang betul-betul layak, tanpa mengira latar belakang politik mereka!


Pirahhhh, kantoi lah lu orang kekekeke!!
-UnReportedNews™®
Written & posted by Salfian Nawawi at 8:24 AM


- Posted using BlogPress from my New iPad

Monday, July 23, 2012

Anwar Ibrahim Hilang Seri Di Kuching!


Anwar Ibrahim hilang seri? Itulah yang cuba disampaikan oleh rakan blogger Wira Kenyalang. Ikutilah kupasan beliau yang menjadi spy leman di kawasan Satok pada minggu lepas!
INTI PATI CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI MERDEKA RAKYAT KUCHING
BY WIRA KENYALANG AHAD, 22 JULAI 2012


KUCHING, 15 Julai – Ketika umat Islam sibuk melakukan persiapan menerima kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak, Anwar Ibrahim sibuk pula melakukan ‘lawatan’ ke Kuching dalam rangka persiapan PRU-13. Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kuching sememangnya suatu langkah terdesak memandangkan kehadiran kumpulan sebelumnya ke Kuching yang diketuai Azmin Ali sebelum ini tidak mendapat sambutan.

PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian mengharapkan impak kedatangan Anwar Ibrahim akan dapat mengatasi kehadiran Azmin Ali dan Mak Lampir sebelum ini, tetapi tidak berjaya bahkan lebih teruk daripada yang diharapkan.

Bertempat di kawasan yang sama, Ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan PKR Sarawak di belakang kawasan Satok yang berbau busuk menjadi lokasi pilihan PKR Sarawak. Alasannya, ia mudah kerana diadakan di belakang Pejabat PKR Bahagian Kuching dan di belakang Restoran DiDi milik Nurhanim Mokhsen, Ketua Wanita PKR Sarawak.


Selepas ceramah, Anwar Ibrahim boleh makan dan minum percuma di Restoran milik Nurahim Mokhsen. Sebelum berceramah di Satok, Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramah di sebuah restoran Seafood milik Cina di Lundu, tetapi difahamkan tidak mendapat sambutan. Keadaan ini menyebabkan Anwar Ibrahim hanya berceramah di situ tidak sampai 20 minit saja dan bergegas ke Satok yang dikatakan mempunyai ramai penonton.

Anwar Ibrahim yang dijadualkan sampai di Satok jam 8.00 malam sebaliknya hanya sampai jam 10.30 malam. Ketidaktepatan janji pihak penganjur menyebabkan ramai di kalangan penonton tidak berpuashati dan ada di antara mereka mula balik kerana sudah lama menunggu. Ini kerana keesokkan harinya merupakan hari bekerja bagi kebanyakan penonton berbeza dengan penganjur yang kebanyakkannya bekerja sendiri.


Kehadiran Anwar Ibrahim disambut dengan laungan ‘reformasi’ dan ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan melaungkan ‘booooo’. Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim yang sememangnya diakui mempunyai perasaan yang tidak malu.

Anwar Ibrahim dalam ucapannya mengakui dirinya kini menjadi perhatian pemimpin BN dan percaya perhatian itu membuatkan dirinya semakin popular biarpun sejak akhir-akhir ini kes liwatnya kembali hangat diperkatakan rakyat. Ditambah pula dengan cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri tidak mendapat layanan dan ini membuatkan Anwar Ibrahim begitu marah dan menjaja pemimpin BN pengecut. Apa pun ini tidak menjadi halangan Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 akan datang.

Seperti biasa Anwar Ibrahim cuba untuk mempengaruhi penonton bahawa selama ini pemimpin BN begitu lantang ‘menyerang’ pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk dirinya kerana diizinkan Perdana Menteri. Kenyataan Anwar Ibrahim ternyata menyimpang jauh dan bersifat fitnah. Hakikatnya, sebelum ini isu mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya, isu kapal selam Scorpone dan beberapa isu lain adalah rancangan asal Anwar Ibrahim untuk memburukkan nama Najib Razak. Ini sendiri diakui bekas-bekas pemimpin PKR dan bekas-bekas Setiausaha Sulitnya yang pada ketika itu sangat rapat bersama Anwar Ibrahim.

Tamatnya kontrak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai senator menyebabkan Perdana Menteri terpaksa memangku jawatan itu. Namun, disebalik tindakan itu, Pakatan Pembangkang berasakan tidak selesa kerana takut disebalik keperibadian Najib Razak yang baik membuatkan ramai di kalangan wanita di Malaysia menyokong BN dan 1Malaysia. Disebabkan itu, Anwar Ibrahim begitu lantang mengkritik tindakan Najib Razak melantik dirinya sendiri memangku jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan menyifatkan ia suatu tindakan pemimpin BN yang lemah.

Seperti biasa fokus utama Anwar Ibrahim kini ialah ke Putrajaya. Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga menggesa PKR Sarawak menawan Petra Jaya yang menjadi nadi kepada BN di Sarawak.


Dalam krisis kepercayaan, Anwar Ibrahim kini mengingatkan kembali bahawa sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 akan datang ini, harga minyak akan turun dalam tempoh 24 jam. Kenapa negeri-negeri jajahan Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak pula diturunkan harga minyak???

Jika sebelum ini kerajaan berusaha untuk memastikan pekerja di sektor awam dan swasta akan menikmati gaji minimum, Anwar Ibrahim pula seperti menjanjikan bulan dan bintang mengulangi dalam buku Jingga bahawa gaji minimum setiap pekerja di Malaysia ialah RM1,500 sebulan. Bagaimana pula dengan gaji minimum yang cuba diadakan di Selangor sebelum ini yang masih belum dilaksanakan meskipun telah diwar-warkan kepada media.

Dengan hasil lawatannya ke beberapa negara seperti India, Turki dan Qatar, Anwar Ibrahim mengatakan negara-negara tersebut menyokong dirinya sebagai calon layak menjadi Perdana Menteri pada PRU-13. Namun, beliau tidak pula menyatakan kriteria dirinya sebagai calon yang sesuai. Ini kerana dengan skandal gay, biseksual dan transgender yang menyelebungi dirinya yang sehingga ini masih belum selesai.

Dengan menyatakan kehebatannya dalam ekonomi, Anwar Ibrahim menyifatkan sepanjang tempoh pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, negara telah mengalami hutang sebanyak 75 peratus. Namun, kenyataan Anwar Ibrahim itu tidak pula ditunjukkan dengan bukti sebaliknya hanya hentam keromo sahaja. Hakikatnya, seperti telah dimaklumkan Bank Negara sebelum ini bahawa hutang negara telah berjaya diselesaikan dengan jayanya.


Ceramah Anwar Ibrahim itu hanya dihadiri kira-kira 450 penonton yang merupakan penyokong tegar PKR Sarawak biarpun ada di kalangan mereka mempersoalkan intipati ceramah Anwar Ibrahim.

Ternyata selesai ceramah, Anwar Ibrahim tidak berapa gembira dengan kehadiran penonton dan lokasi yang dipilih PKR Sarawak. Kekurangan penonton telah membuatkan Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin BN yang banyak menyerang dirinya sejak akhir-akhir ini. Tetapi, kebanyakan penonton yang hadir sebenarnya bukan mahu mendengar kandungan ceramah Anwar Ibrahim sebaliknya mahu melihat wajah Anwar Ibrahim secara lebih dekat dengan desas-desus wajahnya kini sudah hilang serinya akibat perbuatan seks liwatnya bersama Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan di’makan’ sumpah.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan Buat Warga Sibuti Selamanya 1433H


Sempena kehadiran bulan yang mulia ini, kami mengucapkan Selamat Menjalani
Ibadah Puasa bagi pemerhati yang beragama Islam.

Berikut juga disertakan jadual waktu berbuka puasa bagi Zon 2 Sarawak.


Semoga amal ibadat kita di bulan yang mulia ini diterima oleh-Nya!
- Posted using BlogPress from my New iPad

Abang Jo Beri Lampu Hijau Kepada Ahmad Lai Dicalonkan Semula Di Sibuti!


Ahmad Lai akan meneruskan perjuangan BN untuk membawa program tranfomasi kerajaan BN kepada rakyat di Sibuti. Menurut Timbalan Presiden PBB, jarang ada wakil rakyat yang berjuang untuk satu penggal sahaja! Lebih-lebih lagi Sibuti merupakan hasil daripada persempadanan baru dan Ahmad Lai tentulah lebih arif dengan kawasan parlimen tersebut.

Setakat ini, Ahmad Lai bukan wakil rakyat bermasalah seperti yang digemburkan oleh sesetengah pihak! Namun, dengan prinsip yang sedia ada yang dipegang dalam PBB maka Ahmad Lai adalah wakil rakyat untuk Sibuti. Kemungkinan beliau akan dikekalkan sehingga 4 penggal?

Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat di kawasan yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam! Namun ini semua telah berjaya diharungi oleh Ahmad Lai dalam usahanya untuk menyematkan dasar-dasar kerajaan di hati rakyat.

PRU13: PBB bayangkan pencalonan semula Ahmad Lai
Utusan Borneo 20 Julai 2012, Jumaat




BEKENU: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, semalam membayangkan parti itu memberikan ‘lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau berkata, berdasarkan prinsip dalam PBB, jika wakil rakyat selama satu penggal tidak mempunyai sebarang masalah termasuk dalam kepimpinannya, maka tiada sebab untuk dia digugurkan (daripada pilihan raya seterusnya).

“Dalam PBB, Presiden kita Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai prinsip bahawa tiada wakil rakyat yang akan berkhidmat selama satu penggal tetapi sekurang-kurangnya dua penggal,” katanya.

“Melainkanlah calon tersebut benar-benar bermasalah, tidak dapat berkhidmat untuk rakyat, baharu kita akan tukarkannya. Dalam soal ini, wakil rakyat kita yang sedia ada (Ahmad Lai) baharu satu penggal dan tiada masalah.

“Saya berani memberitahu sudah ada bayangannya, bahawa parti akan mencalonkan semula Ahmad Lai untuk mempertahankan (kerusi) Sibuti untuk penggal kedua,” jelasnya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita di sini ketika menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan lantang beliau dalam ucapannya bahawa Ahmad Lai berpotensi besar untuk dicalonkan semula di Parlimen Sibuti.

Bayangan daripada Timbalan Presiden PBB itu juga sekali gus menamatkan spekulasi bahawa terdapat segelintir pihak yang mahu menjatuhkan Ahmad Lai, sekali gus berhasrat ‘merampas’ kerusi Parlimen Sibuti daripada beliau.

“Itu hanya spekulasi semata-mata. Mungkin ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. Kita (PBB) tidak pernah beri wakil rakyat kita memimpin satu penggal, sebaliknya dua penggal.

“Jadi tidak calon lain yang kita ada selain daripada Ahmad Lai,” katanya sambil berharap kenyataan beliau akan menamatkan spekulasi tersebut dan tidak lagi pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan mengembar-gamburkan isu itu semula.

Spekulasi mengenai kewujudan ‘hasrat’ segelintir pemimpin dan pihak yang mahu menjatuhkan Ahmad Lai bagi mendapatkan kerusi Sibuti kian rancak kebelakangan ini terutama menjelang PRU13 apabila parti itu terus berdiam mengenai senarai calonnya hinggakan timbul beberapa nama yang didakwa bakal menggantikan Ahmad Lai.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Ahmad Lai yang mewakili PBB bertanding buat pertama kalinya di Parlimen Sibuti yang baharu diwujudkan selepas persempadanan semula daripada Parlimen Miri, dengan beliau memperolehi kemenangan besar mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Michael Teo dengan majoriti 3,648 undi.

Sementara itu Abang Johari yang juga Menteri Perumahan, dalam ucapannya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi Skim Pembesaran Kampung Menjelin di sini semalam, mengingatkan rakyat di Sibuti agar berjaga-jaga dengan kehadiran sekumpulan pihak pembangkang bersama dakyah mereka serta menyanyikan ‘Lagu Madu dan Racun’ yang memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, rakyat perlu menepis dakyah kumpulan ini dengan melihat kembali kepada pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN untuk mereka termasuk projek RMR yang sedang akan akan dilaksanakan untuk manfaat penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, July 19, 2012

Masing Harap SPDP Selesai Masalah Judat

Masing mampu pertahan semua 6 kerusi milik PRS.  PRS ketika ini berhadapan dengan SWP yang menjadi pencabar utama di setiap kerusi parlimen.  PRS menghadapi satu kerusi yang tidak disenangi oleh Judat dari SPDP.  Masing berharap SPDP akan menyelesaikan masalah Judat demi kebaikan BN. 
PRS mampu pertahan semua kerusinya

by Reno Benjamin. 
Utusan Borneo 19 Julai 2012,Khamis
Masing yakin PRS dapat pertahan Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu, Hulu Rejang

SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing sekali lagi mengulangi keyakinan parti itu dalam mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut James, berdasarkan maklum balas positif yang diterima, beliau yakin PRS dapat mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan iaitu kerusi Parlimen Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rejang.

“Secara ringkasnya, kita amat yakin dapat mengekalkan kesemua keenam-enam kerusi ini,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dan Makan Tengah Hari Bersama Presiden dan Pemimpin PRS bagi Kawasan Parlimen Selangau, Julau dan Kanowit di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama ialah ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh, ADUN Ngemah Alexander Vincent serta yang lain. Dialog telah disertai lebih 180 ahli parti.

James yang juga Menteri Kemajuan Tanah memberitahu, hasil maklum balas yang diperolehi ketika dialog yang melibatkan Ketua Bahagian, Wanita dan Pemuda itu, PRS yakin dapat mempertahankan Selangau, Julau dan Kanowit.

Dialog sama katanya, telah dianjurkan di Sri Aman dan Lubok Antu minggu lepas yang dihadiri kira-kira 250 ahli parti, dimana beliau juga telah menerima maklum balas yang positif.

“Mungkin ada masalah tetapi masalah itu tidak banyak dan dapat kita atasi,” jelas beliau sambil memberitahu masalah di kerusi Selangau yang disandang oleh Datuk Joseph Entulu Blaun kini hanya melibatkan Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Sementara di Julau menurut James, masalah melibatkan SWP dan juga ADUN Meluan, Wong Judat, yang dikatakan hendak bertanding menentang penyandang kerusi terbabit, Datuk Joseph Salang Gandum.

James memberitahu, PRS tidak dapat menyelesaikan masalah membabitkan Wong Judat kerana beliau (Wong) bukan ahli PRS, sebaliknya ahli Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

“Namun kita berharap agar SPDP akan menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah Wong dianggap telah keluar dari Barisan Nasional (BN) jika beliau menandatangi surat penamaan calon bagi menentang Salang pada PRU13 nanti.

Menyentuh mengenai kerusi Hulu Rejang, James memberitahu Wilson Ugak mungkin seorang calon baharu tetapi merupakan muka lama di kawasan Hulu Rejang.

Ini kerana katanya, Wilson telah berkhidmat 20 tahun dalam parti dan 15 tahun sebagai Setiausaha Politik, selain pernah menjadi pengurus kempen pilihan raya selama lima penggal bagi Datuk Billy Abit Joo dan tujuh penggal bagi beliau sendiri (James).

“Beliau (Wilson) bukan muka baharu di Hulu Rejang,” ujarnya sambil memberitahu sokongan Orang Ulu di kawasan terbabit kepada Wilson juga tidak ada masalah.

Kerusi Parlimen Hulu Rejang buat masa ini disandang oleh Datuk Billy Abit.

Wednesday, July 18, 2012

Tahniah RBF Online!

Tahniah kepada RBF Online.  Tulisan berapi beliau sentiasa menyebabkan pemimpin pembangkang resah dan gundah gelana.  Ini kerana pemimpin pembangkanglah paling banyak melayari media sosial..

Namun demikian, kini Cybertroopers BN tidak perlu gentar dan khuatir kerana sistem mahkamah memihak kepada kebenaran!  Hidup BN!!
Pemain-Pemain Cyber Pro BN Kini Meresahkan Pemimpin Pembangkang

Sejak petang semalam hinggalah ke pagi ini saya banyak menerima ucapan tahniah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu petang semalam yang menolak saman Husam Musa keatas seorang peniaga yang dituduh sebagai blogger ruangbicarafaisal.blogspot.com .

Ramai juga yang minta saya belanja makan....

Suka saya nak jelaskan disini, sebenarnya ucapan tahniah itu tidak perlu ditujukan kepada saya. Bukan saya yang menang. Yang menang adalah peniaga tersebut. Kalau nak ucap sila ucapkan terus kepada lelaki itu. Kalau tak tahu ke mana nak dituju untuk ucap tahniah kepadanya, sila ke blog kickdefella di sini. Saya difahamkan beliau telah lama berada dalam jagaan kickdefella.

Tentang permintaan untuk belanja makan, tidak menjadi masalah. Hari Ahad ini (22.Julai.2012) jam 12.30 tengahari di Restoran Nasi Kandar SS 2 Petaling Jaya. Tawaran terhad antara jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang sahaja. Lebih daripada waktu itu dah tak boleh. Makan di kedai sahaja. Bungkus tidak dibenarkan. Amacam, ok ?

Kalau kena tarik naik ke dalam kereta jenazah jangan marahi saya......kah....kah.....kah.....baca selanjutnya di sini.

Ahmad Ibrahim Calon Kota Samarahan Berjiwa Rakyat?

Ahmad Ibrahim sentiasa menyatakan kesudiannya untuk bertanding di kawasan yang tiada penyandang lagi iaitu Kota Samarahan.  Namun di Sibuti ada orang yang melobi untuk menjadikan kawasan Sibuti seolah-olah tiada penyandang!  

Sepatutnya untuk menjaga imej sesama PBB lebih-lebih lagi golongan belia, calon yang menyimpan hasrat untuk menggantikan kerusi Sibuti hendaklah berjumpa dengan wakil rakyat yang masih berkhidmat dan tidak berkempen secara kurang manis di kawasan yang wakil rakyatnya masih diberi mandat oleh rakyat!  Apa salahnya membuat kunjungan dan membantu sebagai pemuda PBB dan bukan sebagai calon pengganti calon PBB yang lain?

Agenda tidak manis ini akan memecah-belahkan parti dan boleh menyebabkan kerusi putih mejadi kelabu atau hitam!   Semoga calon PBB yang akan datang mengamalkan nilai-nilai murni agar lebih prihatin memberi khidmat kepada rakyat!  

Ahmad Ibrahim sedia bertanding di Kota Samarahan

Posted on July 18, 2012, Wednesday
KUCHING: Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di Kota Samarahan, sekiranya diberikan peluang dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Tiada yang melobi untuk saya bertanding di Kota Samarahan tetapi terdapat rakyat di sana yang menjadikan saya dekat di hati mereka.

“Namun jika diberikan peluang, saya akan mengambilnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa beliau sendiri serta ahli-ahli cawangannya akan memberi sokongan padu kepada calon BN di Kota Samarahan.

“Sokongan saya tidak akan berbelah bahagi kepada BN.

“Saya meletakkan BN dan PBB sebagai keutamaan sebelum memikirkan kepentingan peribadi.

“Jika kita tidak bersatu dalam BN, ini akan menyukarkan kita menghadapi PRU13 nanti,” katanya.

Ahmad menjelaskan, kesediaannya bertanding di Kota Samarahan kerana rakyat di sana telah meletakkan beliau dekat di hati mereka.

“Sebabnya ialah ayah saya dahulu pernah berkhidmat di sana dan mereka tahu caranya serta karakternya sehingga membuatkan mereka mempertimbangkan bahawa saya seperti beliau, iaitu begitu rapat dengan rakyat,” kata Ahmad menjelaskan mengenai ayahnya, Datuk Seri Ibrahim Mahmud yang pada suatu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai superintenden polis di Serian – Samarahan.

Terdahulu, Ahmad menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli jawatankuasa Malam Wayang 1Malaysia di pejabatnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.

Tuesday, July 17, 2012

Anwar Akui Himpunan Oren Gagal!


Sungguh pedih dan pahit menelan kebenaran! Namun itulah hakikat yang harus ditelan oleh puak PAS rendah IQ? Ada beza antara puak PAS ini? Kalau hendak tahu dengan lebih lanjut sila baca pendedahan di bawah.

Anwar Sudah Nasihatkan – PAS Tak Dengar

Oleh gelagatanwar.wordpress.com

Julai 16, 2012 at 11:45 pm



Kegagalan Himpunan Oren anjuran PAS baru-baru ini, memang membawa imej buruk kepada Pakatan Rakyat. Banyak kali, Anwar memberikan mesej kepada pimpinan PAS untuk tidak meneruskan agenda Himpunan Oren. Pada Anwar, FELDA adalah isu yang semakin kurang mendapat perhatian rakyat. Semua ini mesti dilakukan dengan strategi, jelas Anwar. Bukan boleh dilambak ikut suka.

Pada Anwar, isu FELDA sudah semakin menurun dan tidak mendapat perhatian. Semua perlu dipakej semula dalam gambaran media yang lebih menyeluruh. Masuk isu rasuah, barulah boleh kaitkan semua cerita.

Menurut kawan-kawan di HQ, usaha sudahpun dibuat untuk membeli beberapa dokumen mengenai isu FELDA. Budak-budak Rafizi sudah berlegar untuk mencari data terbaru mengenai rasuah yang berlaku dalam FELDA. Setakat ini belum ada. Usaha untuk mengaitkan beberapa individu, seperti Isa Samad, Ahmad Maslan – mesti diusahakan dengan lebih bersungguh.

Anwar cukup kecewa, kerana himpunan oren diadakan secara tergesa-gesa. Kalau menunggu sedikit masa, dapat maklumat dan info baru – barulah serangan terhadap Felda dapat dilakukan dengan baik.

Anwar kecewa kerana dengan tidak semena-mena – nama baik PKR pun terbabit sama dengan kegagalan Himpunan Oren.

Sebab itulah, PKR sama sekali tidak mahu terlibat dengan Himpunan Oren. Ini semua kerja gila Mazlan Aliman dan puak-puak rendah IQ dalam PAS. Anwar tak kuasa nak layan orang macam ini.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Lynas Selamat Daripada Fitnah Portal Pembangkang!!


Free Meroyan Today sudah menerima padah akibat mengikut rentak pembangkang! Sudah jelas sekarang bahawa tiada bukti saintifik yang dapat mengaitkan tentang bahayanya Lynas terhadap persekitaran lebih-lebih lagi manusia!

Kini siapa yang memfitnah BN atau Pakatan Haram? Jelas sekali Zulhaedah Suboh pun ikut tertipu, apatah lagi Ariperiajul dan Johree J! Patutlah mereka ini tidak akan menjadi calon pakatan kerana tidak sesuai dengan karakter mereka! Setakat jadi orang bawahan untuk selama-lamanya..? Robby ada karakter ke? Setakat jadi macam speaker tin kosong tanpa fakta boleh jadi calon, memang sahlah PAS nak terkubur tidak lama lagi!?

Portal Pembangkang Memohon Maaf Kepada Lynas

Oleh www.melanaublogger.com



Portal berita pro pembangkang Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.

Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.


Kenyataan itu turut mengakui “Kajian mengenai kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci,"

Permohonan maaf oleh portal itu dikeluarkan berikutan kes saman sivil di Mahkamah Tinggi antara Lynas Corporation Ltd dan Mtoday News Sdn Bhd.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Stadium Mini Bekenu Bakal Melahirkan Atlet Negara!


Stadium Mini Bekenu adalah untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Kini, acara sukan baik peringkat sekolah akan dapat diadakan di tempat yang sesuai.

Bukan itu sahaja, lebih banyak lagi aktiviti olahraga dapat dianjurkan di Stadium Mini Bekenu kelak. Kelab-kelab Olahraga tempatan bakal muncul umpama cendawan tumbuh lepas hujan dan diharap ini akan memberi peluang kepada anak tempatan untuk memenangi pingat emas bagi negeri Sarawak dalam acara sukan seperti Sukan Malaysia kelak.

Siapa sangka berkat berdirinya Stadium Mini Bekenu akan lahir seorang lagi atlet terkemuka negara yang bakal mengharumkan nama Bekenu ke peringkat antarabangsa!!

Stadium Mini Bekenu dibina tahun depan


Utusan Borneo, 17 Julai, 2012, Selasa

MIRI: Projek pembinaan Stadium Mini Bekenu yang menelan belanja kira-kira RM2 juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya pertengahan atau hujung 2013.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, setakat ini kerja-kerja melukis reka bentuk dan anggaran kos pembinaan stadium mini tersebut masih dalam proses perbincangan.

“Kami menjangkakan projek ini akan dimulakan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan atau akhir tahun depan dan ia bakal menjadi salah satu mercu tanda pembangunan Bekenu,” katanya ketika ditemui petang kelmarin.

Ahmad Lai memberitahu, meskipun projek ini telah diluluskan dan dimasukkan dalam penggal pertengahan rancangan pembangunan negeri, namun kos pembinaan stadium itu dijangka meningkat.

“Berikutan harga bahan binaan semakin meningkat, kami menjangkakan kos pembinaan stadium mini ini lebih daripada RM2 juta dan ia menempatkan pelbagai kemudahan lain,” jelasnya.

Menurutnya lokasi atau tapak stadium mini seluas tiga ekar itu sudah ada dan hanya menunggu reka bentuk yang sesuai sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

“Saya berharap apabila stadium ini siap kelak, ia akan merancakkan lagi perkembangan sukan khasnya di sekolah-sekolah menengah dan rendah di Parlimen Sibuti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan meluangkan masa menyaksikan perlawanan terakhir Liga Bola Sepak Petronas Miri 2012 antara pasukan PDRM menentang Higlanders di Stadium Miri.

Pada perlawanan tersebut, PDRM secara rasmi ditabalkan juara baharu Piala Petronas selepas membelasah Higlanders dengan jaringan 9-0.
Selaku juara, PDRM menerima wang tunai RM5,000 bersama piala pusingan Petronas, piala iringan dan pingat sementara naib juara (FBSB FC) menerima RM3,000, piala iringan dan pingat.

Sementara itu, tempat ketiga milik DESB Marine yang menerima wang tunai RM1,000, piala iringan dan pingat manakala Miri Seahorse XI sekadar di tempat keempat liga.

Hadir sama ialah Pengurus Petronas Wilayah Sarawak Nor Azam Abang Zawawie, Eksekutif Kanan Petronas Wilayah Suffian Sabeli, Timbalan Residen Abdul Aziz Mohd Yusuf, Naib Presiden FAS Sazali Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Bola Sepak Miri (PBM) Harifen Mansor dan Setiausaha PBM Mohd Saif.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Isu Pembangkang Tidak Relevan Untuk Parlimen!? : Ahmad Lai


Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?

Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?

Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!

Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!


Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa

MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.

“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.

“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.

Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.

“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.

Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Monday, July 16, 2012

Putit Dari Facebook - Cybertroopers PAS Keluar Hadis Palsu?!

Menurut teman blogger, Cybertroopers PAS telah mengeluarkan hadis palsu dalam laman web Facebook!  Apa nak jadi dengan Ore PAS ni?  Macam hampeh!?

Cybertroopers PAS Keluar Hadis Palsu - Boleh Murtad?

keris7lok.blogspot.com

Bayangkan jika hadis pun dibuat main-main. Hadis sendiri dibuat dan boleh menyesatkan! Harus hati-hati dengan mereka bimbang ayat-ayat mereka mampu memesongkan akidah pembaca! Ini jadinya jika terlalu taksub.

Baca Blog Dalam Facebook Anda