PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Friday, August 31, 2012

Cikgu Ali Calon PAS Sibuti?

PAS mungkin akan mengumumkan calon baru di PAS Sibuti.  Di samping itu mereka juga akan membentangkan 12 Agenda Manifesto PAS untuk menentang BN Sarawak menjelang PRU13 juga.

Siapakah Cikgu Ali? Nama penuh beliau Ali Bin Mudin. Beliau merupakan bekas pegawai pelajaran Subis.  Beliau dikatakan paling berpengalaman di Subis berbanding dengan calon PAS yang lain!  Anak beliau pula bekerja dengan YB Ripin bin Lamat iaitu Fikri?  Adakah secara sengaja atau tidak bagaimana hal ini boleh berlaku?

Hadi Awang juga akan mengunjungi beliau di Kampung Sulap Lada pada 2 September ini untuk membincangkan strategi merampas Sibuti daripada BN Sarawak.   

Terdapat ahli Armada Pemuda PBB juga yang akan menyertai himpunan Hijau PAS kerana percaya Ketua Pemuda mereka telah lompat parti!

PAS umumkan ‘kejutan’ Ahad ini

Utusan Borneo 31 Ogos 2012, Jumaat

MIRI: PAS Sarawak menjanjikan satu ‘kejutan’ yang akan diumumkan menjelang program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ yang akan berlangsung di Lot 1090, Jalan Brighton di Tanjung Lobang (seberang Hotel ParkCity) pada Ahad ini, bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Kami ada pengumuman mengejutkan yang penting, khusus untuk orang ramai yang menyertai PAS Sarawak sempena Program Himpunan Hijau Peringkat Negeri pada malam Ahad ini nanti,” kata Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee.

Selain pengumuman ‘kejutan’ itu kelak, PAS Sarawak dijangka akan turut mengumumkan 12 agenda manifesto PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Bercakap kepada media semasa sidang akhbar di sini semalam, Jofri yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak memberitahu orang ramai yang datang mengambil bahagian dalam program itu kelak akan berpeluang bertemu dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang hadir.

“Artis-artis jemputan dari Semenanjung Malaysia seperti Iwan Syahman dan Zuar daripada kumpulan rock XPDC antara yang akan membuat penampilan istimewa bagi menghiburkan orang ramai yang datang ke program ini kelak,” jelas Jofri lagi.

Tanpa mahu memberi bayangan mengenai apakah kejutan yang akan diumumkan itu kelak, Jofri yang juga  disebut-sebut sebagai calon berpotensi bagi kerusi Parlimen Sibuti, memberitahu antara tetamu khas yang akan hadir kelak ialah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasharuddin Tantawi dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafarudin.

“Presiden PAS akan tiba di sini pagi Ahad, dari Kota Kinabalu, Sabah selepas beliau menghadiri program Himpunan Hijau yang sama di sana dan kemudian akan melawat ke Sibuti sebelum menyertai program pada sebelah malamnya,” jelas beliau.

Program Himpunan Hijau PAS Peringkat Negeri Sarawak dijangka akan bermula seawal jam 1.45 petang dengan pelepasan konvoi bermotosikal dan berbasikal Xpresi Hijau Anak Muda, yang bermula dari Stadium Tertutup Miri menghala ke lokasi program di Jalan Brighton yang diikuti dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bermula jam 2 hingga 4 petang.

Turut hadir pada sidang media mengenai Program Himpunan Hijau itu semalam ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo, Ketua Penerangan Pemuda PAS Miri Abdul Hadi Alias, Ahli Exco Pemuda PAS Miri Irhazidi Ibrahim dan Setiausaha Kelab Penyokong PAS Miri Yeo Kian Leong.

Wednesday, August 29, 2012

TYT Sarawak Menerima Kejutan Di Miri!

Semasa mengadakan kunjungan lawatan ke Miri, TYT Gabenor Negeri Sarawak telah menerima kejutan apabila meraikan Majlis Makan Malam Semaian Kasih Aidilfitri.

Beliau turut diraikan sempena ulang tahun beliau bersama-sama dengan hadirin ke majlis makan malam tersebut.  Turut hadir adalah Ahli Parlimen Sibuti YB Haji Ahmad Lai Bujang bersama VVIP dan kenamaan yang lain. 

Sesungguhnya inilah majlis makan malam yang bermakna buat Tun Salahuddin, beserta dengan anak-anak yatim dari sekitar Miri dan Sibuti.

Warga Miri rai hari jadi Tun Salahuddin

Utusan Borneo 29 Ogos 2012, Rabu
SEMOGA PANJANG UMUR: Para tetamu kenamaan dan anak-anak yatim serta istimewa bersama-sama meraikan hari jadi Tun Salahuddin yang ke-91, di Hotel Mega Miri, malam kelmarin. Turut serta isteri beliau, Toh Puan Norkiah dan anak-anak.

MIRI: Pustaka Miri dengan kerjasama Hotel Mega, telah menganjurkan majlis makan malam meraikan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang ke-91, kelmarin.

Sambutan hari jadi tersebut merupakan kejutan oleh pihak penganjur sempena Majlis Makan Malam Semaian Kasih Aidilfitri yang diadakan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Pustaka Miri dan Hotel Mega dan sempena kunjungan Hari Raya selama dua hari oleh Tun Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah ke Miri.

Turut sama meraikan hari jadi beliau pada malam kelmarin ialah 115 anak yatim dan kanak-kanak istimewa daripada tiga pertubuhan di Miri.

Kesemua kanak-kanak terbabit yang merupakan penghuni Kompleks Hamidah, Rumah Amal Anak Kesayangan Kami (RAAKK) dan Persatuan Penyayang Kanak-kanak Istimewa Miri di Lambir, turut menerima duit raya serta keperluan sekolah daripada pihak penganjur, yang disampaikan oleh Tun Salahuddin dan isteri.

Turut hadir dan meraikan sambutan hari jadi Tun Salahuddin malam kelmarin ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais serta isteri, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Residen Miri Antonio Khati Galis, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Lawrence Lai, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli serta Datuk Ting Ong Hua.

Sementara itu, Japri dalam ucapan alu-aluannya memberitahu bahawa majlis berkenaan merupakan hasil kerjasama erat antara Pustaka Miri dengan Hotel Mega.

Ia turut diadakan bagi memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dan istimewa yang dijemput khas ke majlis tersebut.

“Ia adalah satu kebajikan dan penghormatan bagi anak-anak kita ini kerana mereka inilah sebahagian daripada generasi pelapis yang akan meneruskan perjuangan kita dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara umumnya serta mencapai wawasan kita untuk menjadi negara maju,” katanya.

Tuesday, August 28, 2012

Bakal Calon PRU13 PAS Sumbang Mahram!?

Kecoh disekitar Jerantut apabila bakal calon PRU13 PAS direman bersama anak lelakinya kerana disyaki sumbang mahram!  Anaknya yang berumur 15 tahun telah melahirkan anak akibat daripada perbuatan terkutuknya!!!

Walaupun pihak berkuasa belum lagi mengeluarkan nama calon PAS tersebut namun rakan blogger dari Jerantut sudah dapat mengenal dan cuba meneka pemimpin PAS yang durjana tersebut!!!  Marilah kita sama-sama mengikuti analisa rakan blogger yang cuba mengenal pemimpin kanan PAS itu!

Mari kita teka siapa pemimpin kanan pembangkang sial yang buat sumbang mahram

Tuesday, August 28, 2012

Menurut berita dari Bernama pemimpin tersebut adalah dikalangan pemimpin kanan parti pembangkang yang tewas kerusi DUN ditangan pemimpin BN Pahang.

Pemimpin tersebut tinggal dikawasan Jerantut sudah tentu bertanding dikawasan DUN dalam Parlimen Jerantut. Pemimpin itu pula baru menjadi pemimpin kanan parti baru. Parlimen Jerantut mempunya 3 kerusi DUN yang ditandingi oleh kesemua parti pembangkang iaitu:
  • DUN N 9 Tahan
  • DUN N10 Damak
  • DUN N11 Pulau Tawar

Dibawah ini adalah Nuridah Salleh yang bertanding di DUN N9 Tahan yang tewas ditangan calon BN. Tapi takkan Nuridah Salleh kot. 



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.81-JERANTUTN.9 - TAHANWAN AMIZAN BIN WAN ABD RAZAKBN5,112MNG

NURIDAH BINTI MOHD SALLEHPAS3,755

JUMLAH PEMILIH :11,326
KERTAS UNDI DITOLAK :189
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :9,073
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :17
PERATUSAN PENGUNDIAN :80.11%
MAJORITI :1,357





Ini pula Calon N10 Damak Mohd Nor Bin Jaafar merupakan calon PKR yang tewas kepada calon BN dan kini menjadi pengerusi KITA Cawangan Pahang. 


BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS
P.81-JERANTUTN.10 - DAMAKKOH BOON HENGBEBAS3,295

MOHD NOR BIN JAAFARPKR5,165

LAU LEEBN5,674MNG

JUMLAH PEMILIH :19,412
KERTAS UNDI DITOLAK :408
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :14,597
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :55
PERATUSAN PENGUNDIAN :75.20%
MAJORITI :509





Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA CALONPARTIBILANGAN UNDISTATUS

P.81-JERANTUTN.11 - PULAU TAWARISHAK BIN A.GHANIPAS5,426

AHMAD SHUKRI BIN ISMAILBN8,720MNG

JUMLAH PEMILIH :18,074
KERTAS UNDI DITOLAK :212

Mungkin pembaca sudah dapat meneka siapa pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Najib Razak Pun Bekikis Bulu Betis!

Perdana Menteri telah tertarik dengan lagu Iban yang bertajuk Biar Bekikis Bulu Betis semasa mengadakan kunjungan Hari Gawai di Sarawak.  Kini beliau meminta agar lagu tersebut diterjemahkan dan dipromosikan di kalangan pelancong memandangkan irama yang rancak dan sedap didengar.  

Kalau tidak percaya silalah dengar dengan sendiri irama yang memukau Perdana Menteri.


Lagu Iban ‘Biar Bekikis Bulu Betis’ turut diminati Perdana Menteri

Utusan Borneo 28 Ogos 2012,  Selasa

KUCHING: Lagu Iban ‘Biar Bekikis Bulu Betis’ merupakan sebuah lagu yang menarik bukan sahaja popular di kalangan rakyat Sarawak tetapi turut diminati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kementeriannya diarah oleh Najib untuk menterjemahkan lagu terbabit.

“Beliau mahu lagu ini diterjemah dan dipromosikan di kalangan pelancong,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Mambong di Kampung Sinjok malam Sabtu lepas.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menyanyikan terjemahan lagu terbabit ekoran ditaja sebanyak RM1,000 untuk kutipan sumbangan PBTM Cawangan Mambong.

Penyanyi terkenal Iban, Andrewson Ngalai yang juga seorang komposer dan penulis lirik lagu terbabit kini masih popular di kalangan penyanyi karaoke sejak dilancarkan beberapa tahun lepas.

Beliau dikenali sebagai seorang komposer yang sukakan rentak rancak dan lirik lagu yang menarik melalui lagunya itu menceritakan perihal seorang lelaki yang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkan kekasih pilihan hati.

Najib dikatakan tertarik dengan lagu berkenaan ketika melakukan lawatan ke Betong dan Saratok sempena sambutan Hari Gawai di negeri ini pada 3 Jun lalu.

Dalam sebuah laporan, Najib memberitahu bahawa lagu terbabit layak dijadikan lagu peringkat kebangsaan kerana liriknya diibaratkan seperti semangat pantang menyerah kalah.

Najib berkata semangat seperti itu diperlukan untuk mencapai lebih banyak pencapaian dan pembangunan.

Monday, August 27, 2012

UMNO Masuk Semua IPTA?


Adakah UMNO akan menembusi IPTA di Sarawak? Menurut kenyataan KJ bahawa UMNO akan menebarkan sayapnya ke semua UPTA di Malaysia? Atau kenyataan ini perlu disemak semula? Adakah ini bermaksud KMU atau Kelab Menyokong UMNO akan bertapak di UNIMAS dan UiTM Kota Samarahan juga?

KJ yang sepatutnya bergerak lebih awal untuk mengambil balik undi golongan muda berkata ini adalah selari dengan pindaan AUKU! Adakah PBB atau Datuk Fadillah akan membenarkan KMU bertapak di Sarawak atau beliau akan menubuhkan Kelab Menyokong BN Sarawak? Sebelum ini apa yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO akan dimaya semula oleh Ketua Pemuda PBB! Bagaimana pula reaksi mahasiswa dan mahasitua yang kembali ke bangku pendidikan?

Adakah gerakan seumpama ini wajar atau sebaliknya?

UMNO akan tubuh kelab penyokong di setiap IPTA
Posted on August 27, 2012, Monday

REMBAU: UMNO menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

“Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini semalam.

Katanya, Pemuda UMNO akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap UMNO dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

“Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka,” katanya.
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Katanya, sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.

“Mereka perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS,” katanya.
Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. — Bernama

Thursday, August 23, 2012

Pandelela Penerima Johan Bintang Kenyalang Paling Muda di Sarawak!


Kejayaan Pandelela yang dapat meraih pingat gangsa semasa Temasya Sukan Olimpik di London yang lalu telah mendapat pengiktirafan daripada Gabenor negeri Sarawak.

Beliau telah menerima penganugerahan pingat Johan Bintang Kenyalang dan juga biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajiannya ke Australia.

Ini adalah contoh terbaik di mana anak daripada keluarga orang susah yang berjaya dengan berkat usaha dan ketekunan yang gigih untuk meraih kejayaan!

Semoga lebih ramai lagi anak Sarawak yang akan bangkit untuk mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pandelela menerima JBK
by Sandy Mark Luna.

Utusan Borneo 22 Ogos 2012, Rabu


JASA DIHARGAI: Tun Salahuddin (tiga kiri) serta isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (tengah) merakam kenangan bersama Pandelela (dua kanan), Taib (dua kiri) Pamg (kiri), Ragad (tiga kanan) dan Hartini (kanan).

KUCHING: Pandelela Rinong Pamg menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam.Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu merupakan penerima pingat JBK termuda di Sarawak, selepas berjaya membawa balik pingat gangsa pada Sukan Olimpik yang lalu dalam acara terjun.

“Masa nak pergi ambil (anugerah) tadi saya rasa sangat gementar, malah lebih gementar daripada terjun sebab saya pertama kali mendapat penghargaan sebegini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penyampaian Pingat di Astana Negeri, semalam.

Beliau turut ditemani oleh ibu bapanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim serta dua atlet kebangsaan Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas.

Hadir sama, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Pandelela turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Salahuddin atas penghormatan tersebut.

“Ia juga merupakan kebanggaan keluarga saya dan warga Bidayuh,” katanya.

Mengenai biasiswa daripada kerajaan negeri, katanya beliau hanya akan melanjutkan pelajaran setelah berjaya mendapatkan semula fokus terhadap pelajaran.

“Tumpuan sekarang masih kepada latihan. Tetapi memandangkan selepas Olimpik (lalu) tidak ada sukan lain sehingga tahun depan, saya dapat fokus kepada pelajaran,” katanya.

Ditanya beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang apa, Pandelela sekadar memberitahu:
“Tidak tahu. Belum kenal pasti apa yang saya minat tetapi apa yang pasti, saya tidak suka Matematik Tambahan,” katanya secara berseloroh.

Sementara itu, ayahnya Pamg memberitahu bahawa mereka sekeluarga amat berbesar hati atas anugerah yang dikurniakan Tun Salahuddin.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya berasa amat berbangga, lebih-lebih lagi ini kali pertama mendapat anugerah,” katanya.

Manakala Menteri Muda Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pencapaian Pandelela merupakan bukti ‘tidak ada apa yang mustahil’, sekiranya seseorang berbekalkan kecekalan untuk berjaya.

“Daripada maklumat yang saya dapat, Pandelela berasal daripada keluarga yang susah tetapi dengan kecekalan dan azam tinggi, beliau kini menjadi seorang yang berjaya.

“Saya berharap golongan belia boleh mendapat inspirasi daripada beliau lebih-lebih lagi setelah beliau diberi penghargaan dalam bentuk insentif oleh kerajaan negeri,” katanya.

Monday, August 20, 2012

Pemikiran PAS Kolot!!! Perlu Lebih Matang!!


Gara-gara bergambar dengan PM untuk memterjemahkan bahasa di Makkah, Nasharudin digesa keluar PAS!!

Nasharudin juga telah mengatur perjumpaan PM dengan para ulama untuk membincangkan mengenai masalah di timur tengah.

Malaysia menjadi penggerak untuk menganjurkan misi keselamatan dan mula diiktiraf di mata dunia.

Sepatutnya PAS berbangga dengan Nasharudin yang berada di sana untuk membantu umat Islam yang tertindas di negara mereka dan bukannya mempolitikkan isu bergambar bersama PM!!

PAS patut berfikiran lebih matang dan jangan asyik mendengar jari telunjuk DAP!?
Keadilan untuk Nasharudin

BHarian 20/08/2012 - 00:45:20 AM Mior Kamarul Shahid

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan beliau akan keluar daripada PAS. Penafian itu dibuatnya setelah beliau menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada PAS atas kesalahan dilihat dalam gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Makkah.

Najib berada di Tanah Suci kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) manakala Nasharudin pula kerana diminta mengatur pertemuan Najib dan ulama Arab Saudi.

Difahamkan, Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan.

Mendesak Nasharudin keluar PAS hanya kerana beliau dilihat bersama Perdana Menteri menggambarkan sikap kebudak-budakan pemimpin PAS.

Berbuat demikian seolah-olah menunjukkan sikap orang PAS tidak boleh bertemu atau bergaul, apa tah lagi berbincang dengan orang UMNO.

Di kampung, taman perumahan, masjid, surau, pejabat, kedai kopi dan sebagainya, orang Melayu bercampur gaul tanpa timbul persoalan orang UMNO atau PAS. Jika mahu melihat orang Melayu dan Islam cepat berpecah-belah, gunakanlah strategi PAS yang melarang mereka bersua mesra.

Sebelum ini juga, ada pemimpin UMNO dilihat bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, malah berucap atas pentas PAS tetapi mereka jua masih berada dalam UMNO meskipun PAS mengharapkan pemimpin berkenaan menyertai perjuangan PAS.

Dalam suasana Ramadan, apatah lagi gambar itu dirakam di Makkah, tindakan mendesak Nasharudin keluar PAS jelas menggambarkan sikap mereka yang mahu mengusir Nasharudin daripada parti itu.

Kelantangan Nasharudin mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, menyebabkan mereka menganggap beliau belut.

Selagi PAS bersama DAP, hukum Islam tidak akan dapat dilaksanakan. Nasharudin nampaknya tegas dengan prinsipnya untuk memperjuangkan Islam berbeza dengan pimpinan PAS yang terpaksa memberi alasan untuk menghalalkan hubungan dengan DAP. Apa pun, Nasharudin sedang berjuang untuk menuntut keadilan daripada partinya.

Dalam bulan Ramadan, apatah lagi peristiwa itu berlaku di Makkah, ramai yakin dengan penjelasan Nasharudin bahawa perbincangan itu tidak membabitkan soal UMNO dan PAS. Mereka berbincang soal lebih besar membabitkan ummah. Ketika umat Islam di serata dunia khasnya di Timur Tengah, Pakistan dan beberapa negara lain dihimpit pelbagai dugaan, termasuk menjadi pelarian, sudah tentunya, Malaysia menjadi penggerak untuk membantu nasib dan masa depan umat Islam.

Mencerca Nasharudin dianggap cuba menggagalkan sumbangan beliau untuk sama-sama membantu memperjuangkan masa depan ummah.

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Jitra, kelmarin menjelaskan fakta bahawa UMNO sudah membina negara ini sebagai negara Islam. Tindakan kerajaan itu diiktiraf dunia Islam dan Malaysia juga diterima sebagai sebuah negara Islam contoh.

Setakat ini, belum ada pengiktirafan rasmi terhadap PAS berhubung sumbangan parti itu terhadap negara Islam. Jika DAP tidak menerima hakikat peranan UMNO dalam menegakkan Islam, kita boleh menerimanya kerana parti itu bukan diwakili umat Islam.

Malangnya, PAS sendiri tidak menerima sumbangan UMNO sedangkan mereka tahu usaha yang dilakukan pemimpin kerajaan yang diwakili UMNO terhadap usaha memperjuangkan negara Islam secara berperingkat-peringkat.

Anehnya, PAS sanggup menerima DAP yang terang-terang menolak undang-undang Islam dan negara Islam. Jika PAS berani, buatlah satu kajian di kalangan orang PAS sendiri mengenai sikap mereka terhadap DAP.

Apakah sikap dan pendirian mereka terhadap DAP yang menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam?

Buat juga kajian terhadap sikap ahli PAS sama ada mereka mahu berjuang bersama DAP dalam pakatan pembangkang atau keluar daripada pakatan itu?

PAS wajar berbuat demikian jika tidak mahu satu hari nanti pimpinan parti itu akan dipersalahkan kerana membenarkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam.

Pembangkang Kehabisan Modal di Sarawak?


Pembangkang menjadi cemburu apabila Taib mengumumkan perhubungan yang baik terjalin antara kerajaan pusat dan negeri Sarawak.

Ini juga menjadi salah satu faktor untuk membincangkan semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat!

Dulu semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan TPM, Ketua Menteri cuba membincangkan isu ini namun Anwar sendiri mengatakan tiada perbincangan langsung untuk royalti minyak!!

Namun pihak pembangkang sentiasa meletakkan isu royalti ini sebagai manifesto mereka tetapi kini tidak boleh lagi dan mereka mulai cemburu!

Sudahlah janji auta mereka terbongkar malah isu untuk kempen PRU13 kini tiada lagi dalam buku jingay apabila kerajaan pusat pula mengambil inisiatif untuk mengadakan kajian semakan royalti minyak pada kali ini!

Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat: Taib

KUCHING: Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.

Katanya, ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan pusat berdasarkan hubungan baik saya dengan perdana menteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.

Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.

Ahmad Lai Juga Utamakan Keselamatan Pengguna Jalan Raya KM19 Bintulu-Miri


Ahmad Lai, Ahli Parlimen (AP) Sibuti, bukan sekadar berpolitik sahaja namun beliau juga mementingkan keselamatan pengguna laluan alternatif Bintulu-Miri di KM19 laluan pesisir pantai!

Laluan yang begitu sibuk menjelang musim perayaan, kadang-kadang boleh mengakibatkan kehilangan jiwa!

Atas kesedaran inilah AP Sibuti, Ahmad Lai menyertai dan memperkasakan lagi kempen Ops Selamat di KM19.

Kawasan kerap kemalangan menjadi lokasi strategik untuk Ahmad Lai memberikan makanan dan minuman bagi pengguna jalan raya itu agar mereka ini mengurangkan kelajuan kenderaan dan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya agar selamat sampai ke destinasi!

Pengguna jalan raya juga disarankan untuk memberi isyarat dengan jelas sekiranya hendak memotong, memberhentikan kenderaan dan juga ketika hendak bertukar arah!

Semoga Ops Selamat berjaya mencapai sasaran untuk memastikan statistik kemalangan berkurangan di KM19!
Elak jadi mangsa baharu nahas jalan pesisir Miri

by Steve Annuar. Utusan Borneo 18, Ogos 2012, Sabtu


BERHUJAN: Ahmad Lai menyampaikan bungkusan makanan dan minuman raya kepada salah seorang pengguna disaksikan oleh Mun (kiri), Boniface (dua kiri) dan Antonio (belakang Ahmad Lai).

MIRI: Pengguna jalan pesisir pantai Miri diingatkan agar lebih berhati-hati dan memandu dengan berhemah untuk mengelakkan mereka dari menjadi mangsa terbaharu nahas jalan raya yang kerap menimpa pengguna laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mun Kock Keong mengingatkan pemandu agar tidak memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan dan memastikan laluan selamat ketika hendak memotong kenderaan lain.

Katanya, laluan berkenaan yang termasuk laluan Miri-Bakam yang telah dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan atau ‘hotspot’ kemalangan di sini.

“Jangan sesekali berhenti sesuka hati tanpa memberi sebarang tanda isyarat. Berhati-hati dengan kenderaan berat seperti lori ketika hendak memotong. Jangan juga memandu terlalu laju,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa kempen keselamatan jalan raya Ops Selamat di KM19 Jalan Pesisir Pantai Miri semalam.

Perjalanan yang singkat dan keadaan jalan yang baik menyebabkan laluan berkenaan menjadi laluan ulang-alik popular antara Miri dan Bintulu.

Bagaimanapun, ia tetap menjadi penghubung utama untuk penduduk di pinggir bandar raya Miri iaitu Bakam, Bekenu dan Batu Niah ke Miri tanpa melalui perjalanan jauh menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo.

Selain polis, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang turut mengingatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan berkhemah.

Sikap leka dan tidak bertanggungjawab bukan hanya akan meragut nyawa pemandu tetapi juga mengancam nyawa orang lain termasuk ahli keluarga dan saudara-mara mereka.

“Yang penting keadaan fizikal kita sihat. Kenderaan kita juga harus dalam keadaan baik. Kita harus patuhi peraturan jalan raya. Kita harus sayang nyawa kita. Ingat anak dan cucu kita (ketika memandu),” nasihat beliau.

Sementara itu, keadaan hujan lebat tidak menghalang wakil rakyat itu untuk mengedarkan biskut dan minuman raya serta pelekat kempen keselamatan kepada pengguna jalan terbabit.

Residen Miri, Antonio Kahti Galis berterima kasih kepada penaja iaitu pasar raya Boulevard, pasar raya Giant, syarikat BLD dan Dewan Perniagaan Cina dan Industri Miri (DPCI) atas sumbangan makanan dan minuman itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Shell, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melaksanakan kempen berkenaan yang merupakan aktiviti setiap kali musim perayaan.

Hadir sama semalam ialah Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang Apat.
Kempen dilaksanakan dari 12 hingga 26 Ogos ini.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidil Fitri Sempena 1 Syawal 1433H



Khusus buat saudara muslimin dan muslimat yang menyambut 1 Syawal 1433H,

Salam Aidilfitri serta mohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa dalam penulisan Sibuti Selamanya.

Maaf dipinta serta sembah salam pengganti diri buat yang jauh di mata namun dekat di hati buat semua warga Sibuti sekalian.




Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas


Aidil Fitri, 1 Syawal, Kad Raya,

Saturday, August 18, 2012

Wanita Pertama Mendapat Pingat Olimpik Negara Bakal Jadi Datuk?


Adakah Pandelela bakal mendapat gelaran 'Datuk'? Beliau merupakan rakyat Sarawak yang pertama meraih pingat dalam acara sukan Olimpik dan ini merupakan suatu penghargaan yang unggul! Belum ada lagi yang mengharumkan nama Sarawak sehingga ke peringkat dunia!

Adakah Sarawak akan sebati dengan acara sukan berkaitan dengan air atau selepas ini akan ada wirawan atau wirawati yang lain muncul untuk setiap acara dalam sukan Olimpik pada tahun yang selanjutnya?
Peminat Pandelela tidak sabar untuk mengetahui ganjaran daripada KM
Utusan Borneo 17 Ogos 2012, Jumaat

KUCHING: Penyokong-penyokong setia ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg tidak sabar untuk mengetahui ganjaran yang bakal diberikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud setibanya di tanah air Selasa depan.

Ahli Exco Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Joseph Jindy berkata Pandelela wajar mendapat ganjaran yang setimpal dengan kejayaannya mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di pentas dunia.

“Pandelela wajar mendapat pengiktirafan setelah berkorban untuk negara selama 10 tahun,” kata Jindy yang merupakan sepupu kepada ayah Pandelela.

“Ahli keluarga Pandelela juga telah banyak berkorban dengan merelakan beliau berlatih di Kuala Lumpur pada usia yang masih muda dan meninggalkan mereka di sini.

“Selain Pandelela, abangnya Pardika Indoma turut mengharumkan nama Malaysia selaku penerjun kebangsaan.”
Beliau yang berasal dari Kampung Tembawang Sauh, Bau berkata Pandelela dan keluarganya harus mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang diperolehi oleh keluarga Sidek apabila mereka memenangi pingat pada Olimpik.

“Mereka diberi rumah dan tanah. Justeru, saya berpendapat kerajaan harus memberi ganjaran sedemikian kepada mereka juga.”

Menurutnya lagi ganjaran tersebut dapat menjadi pemangkin kepada atlet-atlet muda agar berusaha dengan lebih gigih dan mengikut jejak langkah Pandelela.

Kelmarin, DBNA telah bermesyuarat untuk mengadakan majlis makan malam sebagai tanda penghargaan kepada Pandelela, Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas pada 22 Ogos depan bertempat di dewan persatuan tersebut di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee.
Ia dipengerusikan oleh penasihat DBNA Datuk Sri Michael Manyin.

Menurut Jindy lagi, ketiga-tiga hero dari Sarawak yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 11.50 pagi akan diberi sambutan meriah dengan penuh adat-istiadat kaum Bidayuh.

Mereka kemudiannya akan diarak mengelilingi pusat bandar bersama-sama dengan beberapa pegawai dari Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Ketiga-tiga mereka akan berjumpa dengan Taib di Dewan Suarah selepas itu di mana ketua menteri akan mengumumkan ganjaran buat Pandalela pada pertemuan tersebut.

Mengenai makan malam anjuran DBNA, 60 meja akan dijual untuk para tetamu dengan setiap meja berharga RM500.

Jindy menambah hasil jualan tersebut akan didermakan kepada Pandelela dan Traisy sambil berharap persatuan Iban turut memberi sesuatu untuk Bryan.

Friday, August 17, 2012

Jabu Jamin Perancangan Teliti Untuk Pembangunan Luar Bandar dan Tanah


Kerajaan sentiasa memastikan projek pembangunan luar bandar selaras dengan pembangunan tanah. Tanah yang sesuai adalah perlu bagi memastikan semua kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya dapat dibangun dan diluluskan dengan serentak!

Tan Sri Jabu juga menjamin bahawa kerajaan akan memberi perancangan yang terbaik bagi memastikan penduduk luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup dengan sempurna.

Kerajaan sentiasa rancang rapi pembangunan tanah: Jabu

Utusan Borneo 16 Ogos 2012, Khamis



KUCHING: Kerajaan sentiasa membuat perancangan rapi untuk pembangunan luar bandar termasuk membangunkan tanah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Menurut beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar, kerajaan menitikberatkan kawasan tanah yang sesuai bukan sahaja bagi pembinaan projek malah turut memastikan segala kemudahan asas seperti jalan raya, kemudahan elektrik, loji air dan sebagainya bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Penduduk setempat harus memahami peranan kerajaan untuk memajukan luar bandar, kawasan tanah.

“Kawasan tanah yang sesuai akan dikaji dan kemudian dirancang jenis pembangunan yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya berucap pada majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah kepada seramai 78 orang penerima di Dewan Serbaguna Spaoh di Betong, kelmarin.

Beliau turut mengingatkan para penduduk setempat agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir pihak luar yang sentiasa cuba untuk mengugat kestabilan politik negeri ini.

Tambahnya, masyarakat harus sentiasa mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan negara bagi memastikan pembangunan yang berterusan dan matlamat transformasi negara dapat dicapai.

“Begitu banyak projek pembangunan dan kemudahan yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan oleh kerajaan negeri dan pusat.

“Ia bagi memastikan kesajahteraan dan penambahbaikan taraf hidup rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar,” katanya.

Jabu memberi contoh, salah satu projek yang sudah siap sepenuhnya dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran adalah Projek Tebatan Banjir Kampung Babu, Kampung Bungei dan Kampung Lallang, Debak bagi tujuan mengawal banjir ke kawasan kampung berkenaan.

Satu lagi projek yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Pusat Perkhidmatan yang terletak di antara Kampung Tuie, Kampung Mangut dan Supa.

Pusat Perkhidmatan itu, katanya, pas-tinya akan memberi kemudahan yang diperlukan masyarakat setempat dari segi sosioekonomi di mana pusat akan dibangunkan sekolah menengah dan rendah, klinik kesihatan, masjid, kemudahan sukan dan rekreasi, dewan, KEMAS, pondok polis, pusat komersial dan sebagainya.

Seramai 26 orang penerima daripada Kampung Babu, Kampung Bungei dan Kampung Lallang menerima pampasan sejumlah RM63,000 bagi Projek Tebatan Banjir.

Manakala seramai 52 orang penduduk Kampung Suba, Tuie dan Mangut pula menerima sejumlah RM190,000 bagi Projek Pembinaan Pusat Perkhidmatan.

Sementara itu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Anthony Aboi dalam ucapannya berkata hampir RM27 juta pampasan telah disalurkan kepada lebih 2,000 orang penerima untuk tujuan bayaran pampasan bagi 57 projek kerajaan di Bahagian Betong sejak tahun 2008.

Thursday, August 16, 2012

KKWPK Menjadi Mangkin Kebajikan Masyarakat Sarawak


Penubuhan Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga adalah tepat pada masanya.

Program berkaitan kebajikan kini dapat diselaraskan ke seluruh negeri dan merangkumi setiap pelusuk ceruk dan daerah di Sarawak.

Ianya sejajar dengan falsafah Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan yang memantapkan hala tuju kementerian.

Di samping itu, institusi keluarga turut diperkasakan bagi membangunkan jati diri masyarakat.


Program kebajikan rakyat Sarawak semakin mantap

Utusan Borneo 16 Ogos 2012, Khamis

Penubuhan KKWPK perkasa mekanisme pelaksanaan agensi untuk membantu masyarakat: Lawson

Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penubuhan Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKWPK) pada November lepas berjaya memantapkan lagi hala tuju kementerian serta mengukuhkan program berkaitan kebajikan rakyat di negeri ini sejajar dengan falsafah Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan.

Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat berkata, KKWPK membantu dalam menghadapi banyak cabaran untuk merangka dan memantapkan lagi mekanisme pelaksanaan program-program di peringkat agensi-agensi terbabit.

Beliau berkata, berasaskan falsafah tersebut kementerian telah mewujudkan pelbagai program bertujuan untuk pengupayaan dan pemerkasaan, pengukuhan institusi keluarga, pemantapan pendidikan serta pembangunan jati diri masyarakat.

“Penubuhan kementerian baharu ini membuktikan kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan semua golongan serta lapisan masyarakat yang memerlukan mendapat bantuan selayaknya,” katanya pada Program Sejambak kasih 2012 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Aziah Saruji dan Timbalan Wali Kota Waslee Tuah.

Lawson berkata, banyak bantuan tidak dapat diberikan kepada pihak yang memerlukan berikutan timbulnya pelbagai kekangan.

“Adalah amat digalakkan orang perseorangan atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada ahli masyarakat yang memerlukan kerana kebajikan adalah tanggungjawab semua,” jelas beliau.

“Ini penting kerana memang ada dalam masyarakat kita mereka yang memerlukan bantuan termasuk golongan kurang bernasib baik, mereka yang sakit, warga emas atau ibu tunggal yang ramai anak tetapi tidak mampu bekerja,” tambahnya.

Katanya lagi dalam usaha penambahbaikan fungsi JKM, jabatan bukan hanya berperanan menyalurkan bantuan kewangan tetapi diperluaskan kepada kebajikan ekonomi, sosial, budaya dan kebajikan meningkatkan kemahiran melalui pendidikan.

JKM, menurut beliau, menyediakan perkhidmatan sistem sokongan seperti TASKA bagi ibu bapa yang sama-sama bekerja dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Pusat Perkhidmatan Warga Emas, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Kanak-kanak bagi membantu jabatan dalam menganjurkan aktiviti.

“Skop perkhidmatan JKM pula berdasarkan peruntukan Perlindungan Warga Emas, Pemulihan Pengemis, Pesalah Muda, Kaunseling dan Psikologi, Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya,” jelasnya.

Tambah Lawson, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat, justeru masyarakat memberi input kepada kementerian bagi membantu mengenal pasti mereka yang layak dan patut mendapat bantuan tersebut.

Menyentuh mengenai Program Sejambak kasih 2012, seramai 200 orang di daerah ini akan menerima sumbangan tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagi Bahagian Limbang, katanya, seramai 1,352 orang penerima bantuan JKM Sarawak menerima sumbangan tersebut.

“Keseluruhannya terdapat seramai 14,913 penerima bantuan di seluruh Sarawak menerima sumbangan ini.

“Usaha ini selari dengan penjenamaan semula perkhidmatan JKM yang telah memperkenalkan kaedah terbaharu dalam penyampaian sumbangan sempena Hari Raya,” katanya.

Ahli Parlimen Usah Gentar Desakan Sumbang!


Ahli Parlimen (AP) yang turun padang tidak perlu bimbang mengenai PRU13! Ini kerana penduduk dan rakyat di kawasan tersebut sudah kenal sikap dan asam garam ahli Parlimen mereka!

Perdana Menteri juga mengingatkan agar tidak mudah untuk mengikut desakan golongan tertentu agar meletak jawatan tetapi bekerja dengan lebih gigih lagi tanpa mengenal penat lelah!

Sememangnya semboyan bakal berbunyi tidak lama lagi kerana peralatan perang sudah dikeluarkan daripada simpanan! Semoga tiada lagi yang melompat parti akibat tertipu dengan desakan pihak pembangkang!

Tidak perlu bimbang pihak luar cuba melobi, kata Wan Zain
Utusan Borneo 16 Ogos 2012, Khamis.




MIRI: Ahli-ahli Parlimen Sarawak disaran supaya tidak takut atau bimbang dengan ancaman pihak luar yang cuba melobi atau berhasrat untuk merebut kerusi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pemerhati politik, Wan Zain Syed Mohdzar berkata, sekiranya wakil rakyat yang sedia ada bekerja keras dan turun padang mendekati rakyat, maka mereka tidak perlu bimbang akan ancaman tersebut.

“Kita tahu masih ramai pihak yang cuba menampilkan diri untuk menjadi calon pada PRU13 kelak meskipun senarai nama calon yang sebenar masih dalam rahsia pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, rakyat tidak akan mudah menerima calon baharu terutamanya dari luar untuk bertanding di kawasan mereka sebaliknya sokongan terhadap wakil rakyat sedia ada akan terus diperkukuh.

“Seperti yang saya sebutkan tadi, mana-mana wakil rakyat yang cemerlang dalam tugas tidak akan ditolak rakyat, sebaliknya majoriti rakyat akan memihak kepada mereka berbanding calon baharu,” ujarnya.

Wan Zain menjelaskan, senario politik ketika ini berlainan kerana pengundi pada masa sekarang lebih celik ilmu dan menilai kemampuan calon yang boleh bekerja untuk mereka.

“Wakil rakyat BN tidak perlu tunduk dengan desakan pihak tertentu sebaliknya mereka harus meneruskan kerja berkhidmat untuk rakyat seperti yang ditagih Perdana Menteri,” jelasnya.

Beliau berkata, menerusi keringat wakil rakyat yang sedia ada, taraf kehidupan rakyat telah jauh berubah dan mereka berada di landasan yang betul jika mengekalkan calon terbabit.

Wednesday, August 15, 2012

Lim Kit Siang Kencing Bendera Malaysia dalam 'Tanda Putera'?

Peristiwa 13 Mei akan digambarkan untuk dipertontonkan menjelang Hari Malaysia.  Filem penuh kontroversi ini kononnya mengandungi adegan Lim Kit Sinang kencing atas bendera Malaysia.  Sejauh manakah kebenarannya, sama-samalah kita nantikan cerita berkisar sekitar persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang telah bersara tetapi menyertai kabinet semula.
Shuhaimi Baba Tidak Akan Tunduk Desakan Haramkan 'Tanda Putera'

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Shuhaimi Baba. Foto AZLINA ABDULLAH
PETALING JAYA: Penerbit filem Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan yang mahu filem Tanda Putera diharamkan dengan alasan ia berbaur perkauman.

Shuhaimi yang juga pengarah filem itu berkata, Tanda Putera sebenarnya menjadi mangsa politik berikutan bahang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya tidak akan memotong sebarang adegan yang telah pun diluluskan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) hanya untuk menuruti kehendak individu yang tidak berpuas hati dengan filem berkenaan.

"Filem ini sudah jadi mangsa politik. Saya ingin menegaskan bahawa ia adalah hak kreativiti kami sebagai penggiat seni filem dan tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan sekalipun. Tonton filem ini dahulu, barulah kritik," tegasnya pada sidang akhbar khas filem Tanda Putera yang diadakan di Hotel Eastin, di sini, Rabu.

Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan kemajuan Filem Nasional (Finas) itu telah dikritik oleh beberapa pihak kononnya adegan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada 7 Ogos lalu meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Tambah Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi, tuduhan filem itu sengaja ingin mengangkat kaum Melayu berkaitan peristiwa itu juga dianggap mengarut dan ia dicetuskan untuk mempengaruhi masyarakat Malaysia agar memboikot filem tersebut.
Shuhaimi (tengah) bersama barisan pelakon 'Tanda Putera'.
"Kalau nak kata filem ini ada unsur politik, semestinya ia wujud kerana ia (peristiwa 13 Mei) adalah sebahagian daripada sejarah negara kita.

"Peristiwa 13 Mei merupakan latar kepada cerita utama mengapa Tun Dr Ismail yang telah bersara terpaksa menyertai kabinet semula.

"Cerita utamanya sekarang ini adalah tentang Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak dan Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei." katanya.

Bagaimanapun, kata Shumi, dia belum merancang untuk menganjurkan tayangan filem itu kepada pihak yang tidak berpuas hati memandangkan ia melibatkan kos sebanyak RM15,000 untuk setiap tayangan.

Sementara itu, filem yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September depan itu telah diluluskan penayangannya iaitu pada 15 November 2012.

Filem Tanda Putera dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.

Badan Korporat Turut Sama Menjayakan Tanggunjawab Sosial Menjelang Ramadan

Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir di Hotel Dynasty.  Ini adalah majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hotel Dynasty sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat mereka untuk meringankan beban golongan sasar sempena bulan puasa. 

Semoga lebih banyak lagi badan korporat yang akan turun padang untuk menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan kerajaan

by Mohd Norhadie Sahari dan Mohd Achil Norrlatep. Utusan Borneo 15 Ogos 2012, Wednesday
REZEKI RAYA: Ahmad Lai (dua kiri) dan Tony Pui (kiri sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan kurang berkemampuan di pekarangan Hotel Dynasty Miri semalam.
MIRI- Semua bentuk bantuan yang disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan membuktikan kerajaan sangat prihatin dalam menjaga hal ehwal dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, kerajaan tidak pernah berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sebaliknya merencanakan pelbagai program untuk mereka.

“Kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan untuk mengurangkan beban rakyat supaya golongan ini tidak berasa terasing sebaliknya turut sama menikmati bantuan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya di sini, pagi semalam.

Beliau memberitahu, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendekati golongan kurang berkemampuan dan aktif mendaftar pemohon baharu yang layak menerima bantuan kerajaan.

“JKM di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak sentiasa mencari jalan dan kaedah yang sesuai supaya nasib golongan tidak berkemampuan ini terus mendapat pembelaan,” katanya.

Pada masa sama, keprihatinan badan korporat dalam membantu golongan kurang berkemampuan seharusnya dipuji bahkan amalan itu harus dipraktikkan oleh semua pihak.

“Hotel Dynasty Miri contohnya telah mengadakan program ini sebanyak 14 kali sebagai tanggungjawab sosial mereka membantu golongan kurang berkemampuan,” ujarnya.

Ahmad Lai menjelaskan, keprihatinan badan korporat membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan iaitu mengutamakan kebajikan rakyat dan menunaikan janji disokong sepenuhnya pihak terbabit.

“Bantuan ini diharapkan dapat menceriakan kumpulan sasar terutamanya dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya kelak,” katanya.

Sementara itu, seramai 150 penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir mendapat sumbangan hamper, duit raya dan barangan keperluan asas.

Hadir sama ialah Residen Miri, Antonio Kahti Galis, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri, Tony Pui dan Ketua JKM Cawangan Miri, Goh Yong Kiet.

Sementara itu, Tony berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan adalah anjuran bersama dengan JKM Miri.

“Pihak hotel sentiasa berbesar hati untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat Miri terutamanya kepada golongan tidak bernasib baik apabila tiba musim perayaan,” katanya.

Perayaan-perayaan dimaksudkan termasuk Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pada kali ini, seramai 150 orang menerima sumbangan termasuk duit raya, hamper dan ayam seberat 1.5 kilogram.

“Melalui kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua,” jelas beliau.

Sementara itu, Goh memberitahu salah satu objektif program berkenaan adalah untuk meraikan golongan kurang berkemampuan yang bakal menyambut Hari raya Aidilfitri.

Katanya, pihaknya sering membantu golongan berkenaan untuk meringankan beban mereka.

Tuesday, August 14, 2012

[Gambar] Sekitar Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 2012 di Parlimen Sibuti

MIRI - Seramai 1000 orang golongan sasar menerima sumbangan Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 2012 dari Parlimen Sibuti.  Sumbangan ini disampaikan oleh Ahli Parlimen Sibuti YB Haji Ahmad Lai bin Haji Bujang.  Turut hadir adalah Dato Zahari Sulaiman, Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 2012.  Berita lanjut di sini


Golongan Kurang Upaya di Sibuti Mendapat Bantuan Ihsan Perdana

Sarawak memang unik kerana bukan orang Islam sahaja yang menerima sumbangan sempena Hari Raya, tetapi orang kurang upaya daripada semua lapisan bangsa, agama dan kaum.  

Ini dapat dilihat di Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat P.218 Sibuti. 

Semoga usaha untuk membantu golongan yang kurang upaya ini gigih diteruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan juga disamping mengharapkan bantuan daripada kerajaan.  

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk memudahkan menjalani ibadah puasa dan meringankan beban segelintir rakyat menjelang Aidil Fitri kelak. 

Pelbagai program kurangkan beban golongan sasar

Utusan Borneo 14 Ogos 2012, Selasa
MIRI: Kerajaan memperkenal pelbagai program untuk membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kurang seminggu lagi.

Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, Datuk Zahari Sulaiman berkata, kerajaan menerusi Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengagihkan kira-kira RM160,000 kepada penerima yang layak.

“Melalui program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 1MDB, kira-kira 1,000 penerima terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan anak-anak yatim menerima sumbangan masing-masing,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.
Beliau memberitahu, program yang pada mulanya hanya dilaksanakan di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah diperluaskan kepada 111 kawasan seluruh negara hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Sarawak pula, sebanyak 11 kawasan sudah dikenal pasti dan kumpulan sasar di kawasan terbabit akan turut menikmati bantuan sama seperti penerima lain di 111 kawasan seluruh negara,” ujarnya.

Beliau menambah, warga emas dan ibu tunggal seramai 300 orang menerima RM200 seorang, orang kurang kemampuan (300 orang menerima RM200), anak yatim (200 orang menerima RM100) dan orang kurang upaya (200 orang menerima RM100).

Menurutnya, selain menjalankan program kemasyarakatan, 1MDB turut melaksanakan program Ihsan Samudera yang membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan pesisir pantai dan nelayan sungai.

Sumbangan, katanya, berbentuk pendidikan, kesihatan dan kebajikan dan semua bentuk bantuan ini ada-lah hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan.

“Anak-anak nelayan tahun 1 hingga 6 diberikan kelengkapan sekolah, wang saku RM100 manakala ketua isi nelayan diberikan barangan keperluan asas seperti makanan berkhasiat, Milo, susu dan vitamin,” katanya.

Zahari memberitahu, bagi nelayan yang turun ke laut pula, kerajaan memberikan bantuan bot nelayan, enjin sangkut, radar GPS, pukat dan jaket keselamatan.

“Semua bantuan ini adalah komitmen kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat dan ia juga hasil usaha gigih Ahli Parlimen yang tidak serik meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau menasihatkan penduduk Sibuti terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ahmad Lai Bujang untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Sibuti dan menolak hasutan pihak luar yang cuba memecah belah pembangunan kerajaan di Sibuti.

Ahli Parlimen Sibuti Memberi Sumbangan Kepada Golongan Kurang Upaya Sempena Aidilfitri 2012

Penduduk di sekitar Parlimen Sibuti yang kurang berupaya pada tahun ini sangat bertuah kerana menerima sumbangan duit raya daripada Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Sumbangan ini disampaikan oleh YB Ahmad Lai, ahli Parlimen Sibuti sempena Majlis Berbuka Puasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218.

Ini menunjukkan bahawa budaya saling bantu-membantu bukan tertakluk kepada kerajaan tetapi juga kepada syarikat berkaitan kerajaan seperti 1MDB.  Ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim untuk meringankan beban mereka menjelang hari raya ini.  
Rakyat Malaysia sangat bertuah

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo 14 Ogos 2012, Selasa

TIDAK DILUPAKAN: Ahmad Lai (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima golongan kurang upaya sambil disaksikan oleh Zahari (dua kiri).

MIRI: Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana bukan sahaja mempunyai kerajaan yang prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat, malah budaya itu turut diamalkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi gagasan 1Malaysia telah memberi manfaat dan impak besar kepada lebih 28 juta rakyat di negara ini.

“Bukan sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan keperluan dan menjaga kebajikan rakyat, malah syarikat-syarikat besar turut menyokong dasar kerajaan menerusi program di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.

Beliau memberitahu, kerajaan bekerjasama dengan GLC untuk membantu kumpulan sasar yang memerlukan dengan memberikan sedikit sebanyak sumbangan bagi mengurangkan beban mereka.

“Program seperti ini telah membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak pernah menidakkan keperluan mereka, sebaliknya sentiasa mencari inisiatif untuk membantu kumpulan sasar pelbagai peringkat,” ujarnya.

Beliau turut memuji Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana telah melebarkan sayap program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri ke Sarawak khasnya ke kawasan Parlimen Sibuti.

“Keempat-empat kumpulan sasar iaitu ibu tunggal dan warga emas, orang kurang kemampuan, anak yatim dan orang kurang upaya di Sibuti mendapat manfaat dan dibantu menerusi program ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu program itu turut merapatkan hubungan dalam kalangan pemimpin kerajaan bersama rakyat setempat yang berbeza kaum dan agama.

Beliau memberitahu, tidak semua rakyat di negara ini hidup senang sebaliknya terdapat juga kumpulan-kumpulan tertentu yang masih hidup dalam keadaan daif dan memerlukan perhatian kerajaan.

“Kita bertuah dan harus bersyukur kerana dapat menikmati makanan yang banyak di atas meja sebaliknya sesetengah pihak yang tidak berkemampuan hanya makan berlaukkan air teh,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan rakyat supaya membantu kerajaan dengan mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.

“Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk rakyat membantu kerajaan dan terus menyokong kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang supaya kesinambungan kemajuan terus terlaksana,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat tidak tersalah memilih kerajaan pada PRU kerana jika ia berlaku, maka sama depan mereka akan tergadai bahkan semua program pembangunan yang dirancang kerajaan juga akan tergendala.

Hadir sama ialah Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Datuk Zahari Sulaiman, Residen Miri Antonio Kahti dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.

Monday, August 13, 2012

[Gambar] Sekitar Majlis Berbuka Puasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sibuti 2012

MIRI - Seramai 1500 orang telah membanjiri kawasan Eastwood Valley untuk berbuka puasa bersama dengan ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Haji Ahmad Lai bin Haji Bujang.   Ini menunjukkan sokongan yang padu daripada segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum di sekitar Parlimen Sibuti.  

Kami terharu dengan keharmonian yang ditunjukkan oleh kaum dayak yang duduk bersila di lantai untuk memberi peluang kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa di atas meja yang disediakan.  

Kehadiran yang begitu meriah dihadiri oleh setiap wakil ranting dari Bekenu dan Lambir.  Bahkan juga turut hadir adalah golongan NGO, anak yatim, fakir miskin yang turut menerima sumbangan hari raya terlebih dahulu sejak pukul 4 petang.  

Siapa kata Sibuti tidak menyokong Ahmad Lai?  Inilah bukti Sibuti sayangkan Ahmad Lai dan YB Ripin turut hadir untuk memberi sokongan kepada beliau.  Sesungguhnya Ahmad Lai hanyalah berkhidmat untuk Barisan Nasional dan rakyat semua sedar Barisan Nasional adalah Ahmad Lai di Sibuti, tiada tandingan dan tiada penggantinya.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar Majlis Berbuka Puasa tersebut.   




Baca Blog Dalam Facebook Anda