PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Tuesday, July 23, 2013

Sarawak Rai Kebebasan Dari Penjajah British 22 Julai 2013

Generasi muda diingatkan agar menghargai pengorbanan generasi lalu yang berjaya membebaskan Sarawak daripada penjajahan British.  Tanggal 22 Julai 1963, Gabenor British Sir Alexander Waddel telah menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada anak tempatan. 

Beliau adalah Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.  Bersama barisan kabinet yang baharu mereka cuba menentang kebangkitan Indonesia maka gabungan Malaysia adalah paling selamat daripada ancaman Indonesia Raya.  Setelah 77 hari merdeka maka Sarawak bergabung bersama Singapura, Sabah dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. 

Hargailah pengorbanan generasi lalu

Posted on July 21, 2013, Sunday

SIAP SEDIA: Awang Tengah memerhatikan perjalanan raptai penuh pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan yang akan diadakan pada 22 Julai ini di Tebingan Kuching.

KUCHING: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan generasi muda agar menghargai pergorbanan generasi terdahulu atas apa yang dikecapi hari ini.

Jelasnya, pergorbanan itu dapat dihayati dengan menghadiri pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan pada 22 Julai di Tebingan Kuching mulai jam 9 pagi.

“Saya harap generasi baharu akan mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan bersyukur dengan pengorbanan generasi lalu yang meletakkan asas yang kukuh untuk generasi kini meneruskan keadaan yang lebih baik.

“Kita menjangka selain orang awam dari kampung-kampung di bandar ini, kita berharap pelajar-pelajar turut datang meraikan perayaan kita pada 22 Julai ini,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, sambutan memperingati tarikh 22 Julai 1963 itu bukan sebagai alas perjuangan politik semata-mata tetapi sebagai wacana melihat perkembangan yang telah dikecapi negeri untuk dihargai.

“Raptai hari ini (semalam) telah dapat dijalankan dengan baik walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Tapi yang penting, ia dapat memaparkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kita yang berlaku pada 22 Julai 1963 serta saya percaya rakyat Sarawak akan sama-sama memberi sambutan memandangkan ini adalah satu cara yang signifikan dalam sejarah perjuangan, pembangunan dan perkembangan yang berlaku di Sarawak,” ujarnya.

Perasmian acara berkenaan dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri.

Turut hadir sama semalam ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang

Sunday, July 21, 2013

BONGKAR!! PAS Nik Aziz Ada Tanah Puluhan Juta Ringgit?

Terkejut juga dengar TG Nik Aziz yang tidak pernah mahu mengejar kekayaan semasa menjadi MB Kelate kini memiliki tanah lot bernilai puluhan juta ringgit?

Banyaknya lot tanah rakyat yang dimiliki oleh Nik Aziz dan isteri?

4.4 ekar dan 27 lot tanah rakyat bernilai puluhan juta milik Nik Aziz & Isteri

Posted by Terengganu Today on July 21, 2013

nik aziz
Lebih kurang tiga minggu lalu,rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz,isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya.Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan,jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob

.Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

TANAH 1

LAGI MENGENAI TANAH NIK AZIZ DAN KRONI

Dato’ Nik Aziz Nik Mat
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang  pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang  pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai  pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang

Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli

Thursday, July 18, 2013

PRK KUALA BESUT: PAS YANG RAMPAS TANAH RAKYAT TAPI TUDUH BN!!!

Berikut adalah penemuan mengenai hal tanah rakyat di Kuala Besut yang kononnya dirampas oleh kerajaan BN.  Terengganutoday.com mengupas dengan lebih lanjut di bawah.

 

PRK N01 : PEMIMPIN PAS YANG GOMOL TANAH BERNILAI TINGGI- TAPI MEREKA TUDUH BN: BAHKAN BEKAS ADUN PAS KUALA BESUT- NIK ZAWAWI SALLEH JUGA TERLIBAT

Posted by terengganutoday.com on July 17, 2013

NIK ZAWAWI

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri.

“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.

Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala Besut.

“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.

BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.Namun begitu,  pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.

Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.

Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.

Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.

Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.

Tuesday, July 16, 2013

STRATEGI BLOGGER ATASI CARTEL AYAM?

Berikut adalah strategi Paneh Miang untuk panduan kita semua yang berminat dengan industri ayam daging…..

Bangang Bonar Pegawai MoA dan KPDNKK

Ini caranya selesaikan masalah harga ayam sejak 1993 ini. Hari ini, 15 Julai 2013 harga ayam daging bulat dengan (taik@isi perut dalam perut) dengan kaki dan kepala ialah RM8.00. Ayam daging bersih tanpa kepala,kaki, bersih dalamnya (hati dan hempedal) ialah RM9.00-RM10.00.

Apa penyelesaiannya:

1. Jangka pendek, bolehle kempen berikan permit kepada 32 syarikat atau kepada 60 buah syarikat untuk import ayam. Persoalan seterusnya, tahap HALALAN TOYYIBAN ayam-ayam import. Tahap kesihatan ayam import ini, sebagainya?

Untuk jangka sederhana dan panjang:

1. Felda Poultry Farm mesti diwujudkan di semua wilayah yang besar dan utama. Secara langsung dengan program contract farming & vendor farming melalui FELDA, boleh ternak sebanyak 10 juta ekor ayam di satu wilayah. Dengan adanya 9 wilayah, maka, ayam pedaging keluaran FELDA sebanyak 90 juta ekor dapat dihasilkan.

2. TH Poultry Farm boleh diwujudkan. TH melalui TAHA punya aset hartanah yang berlambak. Minta daripada semua Negeri Beraja untuk wujudkan Kluster Usahawan Siswa Ayam secara raksasa. Bina 1000 orang Usahawan Ayam Siswa, yang setiapnya menjadi Induk Ternak (Tauke Chicken Farm) kepada 1 juta ekor ayam.

3. MARA boleh wujudkan MELAYU CHICKS FARM, dengan sasaran sebanyak 100 juta ekor.

4. Semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menjadikan Program Central Chicken Farming secara vendor-groom big yang mensasar kepada pembentukan 1000 orang usahawan ayam pedaging, yang masing-masing menternak sebanyak 100,000 ekor.

5. KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) menjadikan ladang ternakan ayam sebagai projek ekonomi terbesar, yang akan menjadi pembekal paling konsisten kepada senario kartel baru. KIMMA pun khabarnya Ahli Bersekutu UMNO.

Semua program ini khas untuk orang Melayu semata-mata. Semua jaringan nilai bekalan ayam daripada penghasilan anak ayam-makanan ayam-sebagainya MESTI dalam kawalan MELAYU.

Harga ayam di pasaran akan jatuh ke RM5.00 sekilo pada 2015 (dengan syarat program ini dimulakan pada 31 Ogos 2013). Maka, ayam pedaging ternakan Melayu Islam ini mesti dikordinasi dengan baik oleh MoA, KPDNKK, HDC untuk pasaran Negara-negara Timur Tengah dan Arab. Pasaran makanan berasaskan Ayam amat besar di luar. Maka, pasukan penternak yang terbina ini MESTI menjadi sebahagian daripada statistik pengeksport bekalan ayam daging mentah ke Negara-negara Eropah, Islam dan sebagainya. Nilai pasaran 2013 ialah USD 40 billion setahun.

Kelapa sawit dan kenaf boleh diproses menjadi dedak terbaik kepada ayam. Banyak jenis dedak ayam boleh dicipta. Teknologi ternakan ayam ada 4 teknik. Kaedah reban tradisional. Kaedah 100% hawa dingin. Kaedah semi automasi. Kaedah 100% automasi dengan 3 tingkat.

Ladang ternakan ayam terbaik masih belum ada di Malaysia. Iaitu reban ayam moden-siap dengan audio seperti ternakan lembu Kobe-sistem pembungan najis-sistem makanan terbaik-sistem sembelihan bukan/separa mekanikal. Sistem sembelihan ayam mekanikal 100% masih diragui "taraf" HALAL ayam ini.

Ayam ini dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Bohong kalau dikatakan ayam ini tiada kartel. Masa Tahun Baru Cina berapa harga ayam sekilo? Apasal boleh tak melambung-lambung sampai pecah siling harga kawalan Kerajaan Persekutuan Malaysia? Bila Ramadhan dan Raya 1 Syawal maka harga akan melompat paling tidak RM1.00-RM1.50, yang begitu sekali ganasnya. Bila musim cuti sekolah, sebab ramai orang buat kenduri kahwin, akan jejak harga siling tak turun-turun, sehingga selesai cuti sekolah.

Trend manipulasi harga ini bukan perkara BARU. Jawapan budak tadika, seperti "jangan makan ayam, banyak lagi yang boleh makan sebagai pengganti1", "boikot makan ayam", ini semua alasan-alasan BANGANG. Siapa yang mampu boikot, sebutkan mana tempat tak beli ayam sebagai bahan utama/bahan tambahan/bahan sampingan dalam masakan sebagainya.

Sebutkan masa mana dalam majlis Jamuan Berbuka Puasa rumah PM, TPM, MB, KM sesiapa sahaja "boikot makan AYAM"! Mesti ayam sebagai sebahagian daripada MENU UTAMA HIDANGAN. Sudahlah ini alasan bebudak lopong boleh la...bongkar lah lobai, kito belum selesai urusan SOLUSI MAKANAN AYAM DAGING HALAL untuk ummat.

Ramai orang ambil enteng perihal ini. Malulah sikit, dah memerintah 56 tahun, tapi bab makanan rugi-bahan utama masih "mengemis". Takko dibacokan olen Pendeta Za'aba bahawa Kita Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Atau tak pernah ambil peduli siapa Zainal Abidin Ahmad.

Strategi penternak Cina bila tahu Melayu boikot besar-besarkan. Maka, berikan racun dalam makanan ayam. Jadi ayam di reban mampus habis. Boleh juga, dibuatkan kubur gergasi kemudian ditolak semua ayam ke dalam, disimbah petrol dan dibakar, lepas mampus semua di kambus. Boleh juga, dikerah rumah hasilan anak ayam supaya hentikan pengeluaran selama 1 minggu. Dengan hentikan pengeluaran anak ayam selama 1 minggu, maka, penawaran ayam daging hidup di pasaran akan berkurang sebanyak 25%. Banyak kaedah untuk penternak Cina "urus harga ayam" untuk naik gila babi atau turunkan sehingga mereka tidak langsung rugi. Ayam ladang siapa yang keluar dari Malaysia ke Singapura? Ayam ladang siapa yang menjadi transit ayam-ayam hidup atau sejuk beku dari Thailand? Pedulikanlah kerana semua ini hanyalah cerita Pak Sedaro. Takdo kono mengono dengan den. Tapi inilah ilmu berhargo Pak Sedaro selama 30 tahun bergelumang dengan tahi ayam hingga tuo bangko. Bisnes ayam tak perlu ado PhD, tak perlu Dato', Dato' Seri, Tan Sri atau Tun. Tapi untuk menipu pegawai Melayu, aristokrat Melayu, Birokrat Melayu, political animal Melayu perlu ada PhD sebagainya. Sedih-simpati-empati. Mudah-mudahan Allah buka pintu rahman dan rahimnya kepada orang Melayu.
Kita kena ingat Ayam ialah Menu Utama. Daging Lembu, Daging Kerbau dan Daging Kambing ialah pilihan-pilihan yang ramai memilih dalam menu mereka atas pelbagai sebab.

Persoalan pundaknya apakah pegawai MOA dan KPDNKK yang bangang? atau Pengurusan Tertinggi dan Anggota Pentadbiran Kementerian-kementerian ini yang BANGANG?

Kenapalah hidup dalam tanahair sendiri, menjadi DAYUS dan BACUL kepada kehebatan Bangsa Malayuwiyah yang sohor dan terhormat. Berani Transformasi. Ayuh Transformasi Usahawan Ayam Melayu Terbesar menjelang 1 April 2014. Inilah Fisabilillah Umat Melayu.

Monday, July 15, 2013

PRK KUala Besut : Foto CALON PAS Tangan Dalam Poket?

Menurut laman body language

http://2.bp.blogspot.com/-ltavkDNeRz8/UeACs93o_wI/AAAAAAAAeV0/8NNHxyUuElA/s400/945104_507161109356519_1877607287_n.jpg

image

Tangan di dalam poket menunjukkan seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri atau tidak serasi dengan rakan pergaulan.  Kadang-kadang perkara ini boleh dikaitkan dengan sifat suka menipu, tetapi kita hendaklah memastikan personaliti dan perwatakan seseorang itu terlebih dahulu.  Ada juga orang yang gemar meletakkan tangan di dalam poket  yang memang sah tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  (F. Radwan MSc in Psychology) sumber

Sekiranya dillihat calon PAS dalam foto di atas tangan beliau berada di dalam poket?  Apakah maksud perwatakan sebenarnya?

Sunday, July 14, 2013

PRK Kuala Besut: Fitnah Terbaru Buat Calon BN

Fitnah terbaru di Kuala Besut yang menyatakan calon BN bukan orang tempatan.  Mungkin PAS sudah terdesak memandangkan mereka tersalah pilih calon kerana menganggap calon ‘Cari Makan’ yang ada lesen kontraktor adalah calon yang terpilih? 

Belum menang sudah mengeluarkan manifesto yang beliau  ingin mengupah orang untuk memikul kerja beliau sebagai wakil rakyat di situ?  Inikah pendekatan baru PAS? Adakah ini menunjukkan budaya kerja PAS yang sebenar?

Kita tidak boleh salahkan PAS kerana pada mulanya mahu memillih intan terpilih tetapi terkena buku tebu?  Sebelum ini memang Che Long selalu menyumbang dana untuk kempen PAS?  Apakah kerana begitu terdesak, calon SPM gred 3 cari makan ini mahu memfitnah di bulan puasa? 

Tengku Zaihan di Fitnah Pengikut Calon ‘Cari Makan’

Posted by TerengganuToday.com on July 12, 2013

tengku zaihan BN

SEBELUM cerita ini menular lebih jauh ke markas-markas PAS, perlu dijelaskan bahawa calon BN, Tengku Zaihan dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Besut.

Tengku Zaihan memulakan alam persekolahan di Sek. Keb. Chukai, Kemaman dan seterusnya ke Sek. Men. Sains Dungun kerana mengikut ayahnya, Ustaz Che Ku Abd Rahman yang bertugas di Kemaman sebagai Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kemaman.

Tengku Zaihan agak rapat dengan golongan petani, nelayan serta penduduk yang terlibat dengan banjir dan hakisan pantai di Besut semasa beliau bertugas sebagai Jurutera JPS Daerah selama kira-kira lima tahun (2008-2013) sebelum bertukar ke JPS Putrajaya tiga bulan yang lalu.

Isterinya bertugas sebagai guru di Sek. Keb. Kuala Besut dan Tengku Zaihan ahli UMNO di Cawangan Taman Seri Seratus, Kuala Besut

Tapi, pengundi Besut masih ingat calon PAS, Nasharuddin Mat Isa bertanding di Parlimen Besut pada PRU 11 tahun 2004. Beliau orang Besut ke?

fauzi

Suka memfitnah sudah menjadi makanan harian mereka walaupun bulan Ramdhan mereka tidak pernah serik & terus membuat perkara yang mengaibkan orang .

Cuba kita tengok video Manifesto PAS ini?  Kalau calon PAS SPM Gred 3 memang PAS akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan pihak BN tidak kira apa juga cara sekali pun. 

Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut: Calon PAS DIRAGUI KESETIAANNYA

Menurut theunspinners, calon PAS PRK Kuala Besut disuruh mengangkat sumpah ba’aih dikhalayak ramai?  Sila rujuk di sini

Sebelum ini kita tidak memahami kenapa sumpah ini perlu dilakukan?  Rupa-rupanya calon PAS ini ada kes?  Menurut Idris Jusoh, Che Long nama glamer calon PAS PRK Kuala Besut pernah menjadi AJK UMNO tetapi telah dipecat.

Che Long lebih cenderung kepada parti lain, begitulah ulasan Idris Jusoh kerana tidak mahu mencemar nama baik calon PAS di bulan puasa ini.

Apabila telah dipecat parti, patutlah Che Long agak kecewa dan sanggup menaja apa juga kempen untuk menjatuhkan UMNO?  Mungkin ini kalilah dia sendiri turun padang demi memastikan UMNO tidak akan menang?

Idris Jusoh : Calon PAS Pernah Dipecat UMNO

by AIDC on Jul 12th, 2013 ·

AIDCNews – 12/07/13 – Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata calon Pas, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

“Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, ” katanya dilaporkan Antarapos hari ini.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama kekuatan calon BN iaitu profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) dan calon muda.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, dan katanya jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

“Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

“Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah,” jelas beliau

Friday, July 12, 2013

[GAMBAR] Suasana hari penamaan calon PRK KUALA BESUT 2013: BN

sumber Bharian ,kedahkekl

Thursday, July 11, 2013

Faktor Kemenangan BN di PRK Kuala Besut

Calon tempatan yang berjiwa rakyat merupakan faktor kemenangan di PRK Kuala Besut kelak.  Seorang Jurutera Awam telah dilantik sebagai calon BN untuk membawa harapan 1 Malaysia.  Semoga Tengku Zaihan dapat memenangi hati Kuala Besut.

Calon Tempatan #BarisanNasional #KualaBesut Faktor Kemenangan Pada PRK Kali Ini #Terengganu #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin

"Walaupun nama saya bermula dengan Tengku, saya pun orang biasa juga...saya sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," kata Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN, Selasa.

Selepas lebih lima tahun berkhidmat di Kuala Besut sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dan kemudiannya 10 tahun di JPS Putrajaya, katanya beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon BN, beliau menyifatkan pilihan raya kecil itu sebagai "pilihan raya kecil yang besar".

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya (dipilih menjadi calon) demi rakyat Kuala Besut," katanya.

Bernama melaporkan Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau akan berusaha membela nasib rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN itu nanti.

Anak veteran Umno Kuala Besut itu dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS Daerah Besut

Wednesday, July 10, 2013

TAPAK PEMBINAAN MASJID TURUT LENYAP OLEH KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN PKR?

Menurut berita yang diterima daripada semenanjung, khususnya di Damansara Perdana.  Kononnya tapak pembinaan masjid telah ditukar untuk menjadi pusat komersil?  Ini berikutan pemerintahan PKR Selangor yang telah direstui oleh rakyat Selangor.  Akibatnya Damansara Perdana tidak akan memiliki pusat ibadat iaitu masjid. 

Adakah PAS akan berpeluk tubuh dan membutakan sebelah mata sahaja?  Yang peliknya bukan penganut agama Islam pula yang cuba membela isu tersebut?  Ke manakah perginya sahabat karib PKR yang memperjuangkan Islam?  Eh Isle?

SYA : Kerajaan Selangor Lenyapkan 2.09 Ekar Tanah Pembinaan Masjid ?

by AIDC on Jul 8th, 2013 ·

AIDCNews – 08/07/13 – Shen Yee Aun (SYA), Presiden Malaysian Youth Rights Movement meminta penjelasan daripada kerajaan Selangor, benarkah tanah 2.09 ekar yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana telah dilenyapkan untuk projek komersial yang lain.

Menulis di lamannya, 1sya.com, SYA mendedahkan pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land telah menghantar town planning yang menepati ciri perundangan iaitu 1/3 daripada pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti, manakala sebanyak 2.09 ekar tanah telah peruntukkan tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana.

Menurutnya, town planning di atas kertas itu mengalami perubahan drastik apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree.

‘Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ?,” soalnya.

AIDC menemui SYA pada 6 Julai di Petaling Jaya untuk mendapat penjelasan lanjut tentang isu ini.

AIDC : Apa yang sebenarnya berlaku berkaitan isu tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana itu ?

SYA : Saya cuba ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Saya difahamkan, perancangan awal di Damansara Perdana sebahagian daripada tanah mereka awalnya adalah pemaju MK Land. Dan saya juga difahamkan setiap pembangunan tidak kira di mana-mana tempat satu pertiga mesti diperuntukkan untuk tanah komuniti. Maksudnya untuk masjid, agama, tokong atau sekolah dan sebagainya.

Dalam isu tanah ini, pada awalnya, MK Land dalam planning mereka, perancangan bandar telah pun menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka sendiri telah memperuntukkan 2.09 ekar tanah yang dikhaskan untuk masjid. Apabila pemaju ini menjual tanah ataupun projek ini kepada sebuah lagi pemaju lain iaitu Mamoooth Empiree, tiba-tiba dalam perancangan bandar itu, kita lihat Damansara Perdana pada hari ini (sudah hilang).

Mungkin lain kali kalau ada masa, kita boleh pergi melihat keadaan di sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Saya lihat, kawasan itu sekarang sudah dibangunkan untuk pembangunan komersial (sahaja). Kita tidak lihat sebarang pembangunan untuk masjid. Apa sebenarnya yang berlaku? Pemaju kedua tidak mampu untuk membuat pembangunan komersial tanpa sebarang kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor atau Ahli Majlis Tempatan.

AIDC : Maknanya, proposal lain tetapi apabila dilaksanakan ia menjadi bentuk lain?

Kalau tidak silap saya, memang bentuk lain. Sebab itu, kita minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab isu ini adalah isu yang sangat besar kerana berkaitan dengan kebebasan beragama. Isu ini adalah isu tanah komuniti. Dan saya lambangkan tanah komuniti itu sebagai tanah rakyat.

Tidak ada sesiapa pun termasuk kerajaan ataupun pemaju boleh merampas hak tanah yang sepatutnya adalah untuk kegunaan rakyat.

Terdapat beberapa keberangkalian. Pertama, tanah itu sudah dilesapkan, mungkin untuk penjualan komersial. Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari situ, saya tidak tahulah.

Kedua, ataupun sebenarnya mereka ada perancangan lain untuk masjid. Berlakunya pertukaran perancangan bandar. Kalau ada, di manakah masjid tersebut? Sebab saya, belok-belok di Damansara Perdana tidak nampak tapak masjid itu.

AIDC : Masih tidak wujud lagi tapak masjid?

Masih tidak wujud lagi. Dalam kawasan pembangunan itu, sepatutnya ada tanah untuk sekolah, tiba-tiba sekarang digunakan untuk pembangunan (tanah untuk tapak sekolah juga hilang). Pembangunan apa kita tidak pasti lagi. Sebab itu kita ingin minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Saya cuba tunjuk data perancangan. (Sambil menunjukkan peta perancangan pembangunan kawasan itu).. Kita lihat, ini ialah data perancangan di mana sepatutnya terdapat 2.09 ekar tanah untuk masjid. Kalaulah kita pergi ke Damansara Perdana hari ini, kawasan ini sebenarnya sudah tidak ada..tanah yang diperuntukkan untuk perancangan komuniti. Jadi, persoalannya, ke manakah hilangnya tanah masjid?

AIDC : Semua tanah ini dibangunkan untuk komersial sahaja ?

Ya, kalau tidak silap saya…kalau tidak silap saya. Sebab itu, kita hendak minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui status tanah masjid, yang sepatutnya berada dalam perancangan bandar ini.

Saya rasa ini bukanlah isu Melayu ke, Cina ke, India ke, isu ini adalah berkaitan dengan rakyat. Tidak kiralah masjid ke, tokong ke, kuil ke, ini isu pelbagai bangsa. Ini adalah hak rakyat, tanah rakyat, tanah untuk komuniti.

Kita minta penjelasan daripada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok. Di Damansara Perdana, ini adalah kawasan YB Elizabeth Wong dan juga Sivarasa Rasiah. Mereka seharusnya tampil memberitahu apakah yang sebenarnya berlaku.

AIDC : Banyak misteri di sebaliknya?

Banyak misteri, jadi kita perlu tahu dan minta penjelasan. Kalau ini Kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi penjelasan, kemungkinan besar saya akan membawa golongan-golongan NGO untuk berhimpun di SUK untuk tanya lebih lanjut.

AIDC : Tanya tentang perkara ini?

Ya. Paling-paling awalnya kita memberi ruang untuk mereka menjawab terlebih dahulu. Jangan kata kita nak memfitnah dan mendakwa mereka. kalau mereka rasakan ada bukti atau penjelasan yang baik, sila tampilkan ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini.

Dan yang paling penting dalam isu ini, kita harap Pas yang selalu berjuang untuk Islam, kali ini, kalau isu ini didapati benar, tanah untuk rakyat ini hilang, kita harap Pas bangkit untuk menentang PKR dan DAP.

Kita harap Pas dapat membantu juga. Ini bukan isu politik Barisan Nasional, bukan. Ini berkaitan isu rakyat terutamanya masjid.

Tuesday, July 9, 2013

Penemuan TERKINI ARKEOLOGI DI GUA NIAH!

Penemuan terbaru ahli arkeologi mendapati burung kelawar yang menghuni Gua Niah adalah sama  dan pernah wujud sejak 50 000 tahun yang lalu.

Burung, kelawar yang sama wujud di Gua Niah sejak 50,000 tahun lalu

Utusan Borneo 8, Julai 2013, Monday

KUCHING: Ahli Arkeologi Dr Christopher M. Stimpson mendedahkan kewujudan spesies burung dan kelawar di Gua Niah yang sama sejak 50,000 tahun lalu baru-baru ini.

Beliau yang baharu sahaja menamatkan penyelidikan ijazah doktor falsafah mengenai kajian burung dan tulang kelawar dari Gua Niah, di University of Cambridge, berkata terdapat bukti jumlah yang besar daripada kelawar dan burung layang-layang pada masa yang panjang.

“Ekosistem gua yang telah diterangkan di bahagian dunia ini bukan satu fenomena baru-baru ini kerana mereka adalah ekosistem kuno,” katanya.

“Kelawar dan burung layang-layang adalah penyumbang utama kepada ekologi gua itu,” katanya pada ceramah kesedaran awam mengenai ‘Perspektif Paleozoological Mengenai Pemuliharaan Biologi di Taman Negara Niah: Bukti Daripada Gua Besar’ di Pusat Biodioversiti Sarawak di Jalan Puncak Borneo di sini.

Ceramah tersebut turut membincangkan hasil daripada analisis burung (Aves) dan kelawar (Mamalia: Chiroptera) tulang yang telah pulih semasa penggalian arkeologi Gua Niah dalam urutan arkeologi sejak 50,000 tahun.

Katanya burung terbabit akan keluar dan menangkap serangga, kembali ke gua dan memberi tenaga kepada persekitaran dalam gua dalam bentuk najis (tahi).

Tahi adalah najis dan air kencing kelawar dan burung yang merupakan baja yang sangat berkesan kerana mengandungi kandungan fosforus serta nitrogen yang tinggi.

“Tahi ini menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga bagi kedua-dua jenis pemangsa invertebrata, seperti tikus kasturi dan cicak,” katanya.

“Burung layang-layang (walit) dan kelawar juga penting dalam diet tempatan pemangsa burung seperti helang dan burung hantu,” katanya.

Menariknya, beliau juga menegaskan bahawa tiada perubahan pada panjang sayap burung walit walaupun landskap serta iklim dan alam sekitar mengalami perubahan dalam 50,000 tahun lalu.

Dengan adanya data ini, Dr Christopher mengesyorkan agar lebih banyak kajian dilakukan terutamanya kepada kapasiti yang dibawa oleh taman negara serta diet burung walit yang menghasilkan sarang hitam.

Ia amat berguna untuk mendapatkan lebih banyak data kata Dr Christopher, memandangkan hutan itu merupakan ekologi semula jadi persekitaran di bawah pemuliharaan biodiversiti sebagai Taman Negara.

Saturday, July 6, 2013

Gangguan Bekalan Air di Sepupok dan Batu Niah 8 Julai 2013

Pihak Jurutera JKR (Bahagian Air) Miri sebentar tadi memaklumkan bahawa pada 8 Julai 2013 bermula jam 8pagi hingga 5ptg, terdapat gangguan bekalan air di Kawasan Batu Niah dan Sepupok kerana kerja kerja menaiktaraf dilakukan... harap maklum.

Semoga bekalan air bersih dapat disimpan untuk tempoh gangguan tersebut.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 5, 2013

PRK Kuala Besut: Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh utama untuk PRK Kuala Besut.

12 Julai 2013 - Hari Penamaan Calon

20 Julai 2013 - Hari Pengundian Awal

24 Julai 2013 - Hari Pembuangan Undi

Semoga semua urusan akan berjalan dengan lancar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 3, 2013

MIRI LANCAR KEMBALI KEMPEN 3R!

Dalam kita asyik bekerja dan melakukan rutin harian, mari kita berhenti sejenak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mengurang serta mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti majalah lama, suratkhabar lama dan juga botol-botol yang berlonggok di dalam stor.

3 lokasi yang mengadakan kempen ini adalah Rumah Jarek, Lambir, tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri.

Semoga amalan ini akan terus dilakukan oleh semua warga Sibuti dan Miri.

Kempen Beli Semula 3R kembali lagi

Posted on July 3, 2013, Wednesday

MIRI: Kempen Beli Semula 3R (mengurang, mengguna semula dan mengitar semula) kembali lagi dengan penganjuran kali ini akan diadakan pada 6 Julai (Sabtu) ini.

Kempen ini merupakan anjuran Kumpulan Kerja Pelaksanaan Pengurangan Sisa-sisa Pepejal Miri Local Agenda 21 Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu Rumah Jarek, Lambir, tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri.

Kempen di Rumah Jarek akan diadakan dari jam 9 hingga 11 pagi manakala di tempat letak kereta Morsjaya dan Dewan Suarah Miri masing-masing bermula jam 1 hingga 4 petang.

Menurut penganjur, objektif utama Kempen Beli Semula 3R itu adalah untuk menggalakkan orang awam mempraktikkan amalan 3R dalam kehidupan seharian mereka.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput bersama-sama menyokong kempen ini dengan membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk dijual kepada para ejen kitar semula semasa kempen tersebut.

Manakala bahan-bahan kitar semula yang diterima dan dijual semasa kempen berkenaan adalah terdiri daripada kertas – surat khabar, kadbod, kertas pelbagai, kertas berwarna seperti buku, majalah dan kertas pejabat serta botol kaca namun tidak termasuk botol kicap, botol sos atau botol-botol kecil.

Selain itu, tin aluminium, kotak minuman, besi buruk (scrap metal), komputer terpakai termasuk monitor, papan kekunci, CPU, pencetak dan sebagainya serta bahan-bahan lain yang dapat dikitar semula.

Keterangan lanjut, hubungi Simon Nawang atau Richard Lejau di Unit LA21 MBM melalui talian 085-433501 sambungan 286 pada waktu pejabat.

Baca Blog Dalam Facebook Anda