Thursday, October 25, 2012

PKR Baru Bian Bersaudara Dengan Penan Murum?

Baru Bian kini mengaku Penan saudara mereka kerana Penan akan menjadi kaum paling kaya di Murum.  Mereka akan mendapat tuntutan berikut

a. Menuntut RM500 ribu sekeluarga
b. Pemali kubur dibayar....
c. Banyak Batu-Batu (Batu Tunggun/ Batu Pemit) yang amat bermakna dan bersejarah bagi kami kaum Penan harus dibayar jika tenggelam.
d. Klinik dan sekolah...
e. Kemudahan pertanian seperti ikan dalam sangkar...

Ini menyebabkan Baru Bian semakin bersemangat untuk menolong kaum Penan di Murum!  Bukan senang untuk mendapat projek apabila setiap keluarga menerima RM 500 ribu ringgit.  Sekiranya kaum Penan ini tidak berpihak dengan Baru Bian pastinya pihak kerajaan akan memberi apa yang dituntut oleh mereka!  Sayang sekali mereka salah pilih bulu.  Sekarang sudah tahu siapa dalang disebalik pembinaaan Empangan Murum!

Kenapakah apabila projek Empangan Murum sudah 70% disiapkan baharulah Baru Bian menyuruh pihak Penan Murum untuk mengadakan himpunan bersih haram di Murum?  Kalau berhimpun tanpa permit samalah seperti perhimpunan haram Bershit tempoh hari!  Permintaan Penan yang begitu banyak itu mungkin menunjukkan mereka sudah bijak memilih kawan!  Adakah kawan mereka Baru Bian itu bijak untuk dikawan?
Penan mempunyai sebab tertentu terlibat dalam sekatan di Murum
 
Utusan Borneo 24 Oktober 2012, Rabu

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian menyelar dakwaan bahawa kaum Penan terlibat dalam sekatan di Murum akibat dihasut dan dipengaruhi sesetengah pihak.

Menurutnya, kaum minoriti tersebut tidak akan menyusahkan diri dengan terlibat dalam sekatan terbabit sekiranya tidak mempunyai sebab tertentu.

“Kaum Penan adalah penduduk yang aman dan sekiranya ada rusuhan berlaku, ia mungkin disebabkan provokasi pihak pembina empangan (Murum) atau pihak berwajib,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Baru yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri memberitahu, beliau terkilan membaca laporan akhbar semalam berhubung perkembangan terkini isu Murum bahawa polis akan menghantar bantuan dari Sibu dan Kapit dan menyifatkan ia sebagai pembentukan pe-nangkapan kaum Penan yang mengendalikan sekatan itu.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau bahawa tindakan boleh diambil terhadap mereka di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan atas perhimpunan haram atau mengambil bahagian dalam rusuhan.

“Sebarang penangkapan kaum minoriti itu oleh polis akan dilihat sebagai penyalahgunaan undang-undang.

“Saya bersedia sepenuhnya untuk bertindak mempertahankan kaum Penan sekiranya mereka ditangkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak melihat sebarang kesilapan untuk menyatakan sokongan dan sama-sama berjuang demi kaum tersebut.

“Apa yang salah dengan kumpulan berkenaan menunjukkan sokongan untuk warga senegara mereka?

“Jika kita percaya bahawa kita adalah bersaudara dan penjaga adik-beradik, kita juga percaya bahawa apa yang berlaku kepada mereka akan turut memberi kesan kepada kita dan untuk itu kita mesti berdiri untuk mereka,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda