PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Monday, April 6, 2015

Silap Mata Terbaik PAS Miri, 2000 Orang Duduk Atas 20 kerusi!!!

Dr.Hatta 'Berjaya Pukau' 2,000 Rakyat Miri

Berbekalkan sehelai kalendar PAS dan berceramah di kedai kopi, Dr. Hatta 'berjaya' memukau penduduk di Bintulu dan Miri untuk sama-sama menentang kerajaan BN.
Dengan kehadiran seramai "2,000" orang di kedai kopi yang cuma ada 20 kerusi, dipenuhi oleh AJK Pas Sarawak‎ sendiri, Dr.Hatta sempat menyeru agar rakyat Sarawak datang ke Kuala Lumpur untuk hadir ke perhimpunan bantah GST. 
‎Dengan jayanya melancarkan pusat khidmat PAS di Miri, Dr.Hatta seakan-akan menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk DUN Lambir; katanya segala masalah boleh diadu dan diselesaikan demi membantu rakyat Miri.
Namun realiti disebalik wayang politik kedai kopi ini, Dr.Hatta masih lagi sehingga sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat di kawasan dia sendiri di Kuala Krai.; apatah lagi nak menyelesaikan masalah orang Sarawak.
Mungkin juga pusat khidmat PAS Kawasan Lambir, Miri dibuka segera untuk rakyat mendapatkan tiket penerbangan PERCUMA untuk ke perhimpunan bantah GST di Kuala Lumpur 1 Mei akan datang.
Tidak hairanlah mengapa DAP dengan segeranya juga memutuskan hubungan dengan Pas Sarawak; nak selesaikan masalah orang tapi masalah sendiri masih belum selesai. 
Tindakan DAP Sarawak putuskan hubungan dengan Pas Sarawak amat tepat sekali memandangkan sudah 20 tahun bertapak di Sarawak tetapi ‎PAS bukan semakin maju, tetapi semakin mundur; hanya berharapkan tepuk sorak ahli-ahli dari semenanjung yang datang bertugas di sekolah-sekolah, Shell, Petronas dan berbagai jabatan kerajaan serta swasta.
Harapkan penyokong tempatan? jangan mimpi you..you!

Monday, December 30, 2013

[GAMBAR] Ngap Sayot Menunggu CHEGUBUDU di Kediaman KEtua Menteri Sarawak

 

Thursday, September 19, 2013

Takziah Buat PAS?

Kenapa PAS beria-ia mengangkat Chin Peng?  Adakah kerana Mat Sabu?  Rupa-rupanya kerana Nizar?  Adakah perjuangan DAP dan PAS kini sama?

GEMPAR !!!!!! SIAPA MAT SABU DI SAMPING CHIN PENG !!!!!!

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Mesti ramai yang bertanya mengapa perlu Nizar nak marah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini?
Tahukah anda semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak. Tahukah anda semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama iaitu Chin Peng.
Dan tahukah anda apa hubungan DS IR Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!

Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.
Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.
Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.
Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.
Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.
Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.
Memetik artikel Zul Noordin yang menulis mengenai Chin Peng :
1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;
2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;
3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;
4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;
5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;
6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;
7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand. Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;
8. Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.
Persoalannya kini kenapa pembangkang heboh nak bawa abu mayat Chin Peng balik? Anwar Ibrahim cuba jadi hero lagi?

sumber: kedahkekl, kulaanniring

Thursday, August 29, 2013

Peguam Jadi Ketua Pemuda PBB Bekenu.

Tahniah kepada Firdaus yang diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan barisan pemuda cawangan Bekenu. 

Khabarnya beliau pernah dipelawa oleh PAS untuk menjadi calon PRU13 tetapi kesetiaan beliau terhadap BN masih berkobar-kobar sehingga  PAS balik dengan tangan kosong.

Mungkin PAS tidak sedar bahawa Firdaus sudah lama berkecimpung dalam pemuda Bekenu dan baru sekarang diberi mandat oleh pemuda Bekenu untuk menerajui mereka. 

Orangnya memang tegas dan warak dan tidak mudah lari dari perjuangan asas terhadap parti PBB.  Syabas kepada Firdaus dan pemuda PBB Bekenu!

Firdaus dilantik ketua Pemuda PBB Bekenu

Posted on August 23, 2013, Friday

MIRI: Seorang peguam muda, Firdaus Morshidi telah diberi mandat untuk menerajui Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N61 Bekenu apabila dilantik sebagai ketua pergerakan tersebut.

Pelantikan beliau diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N61 Bekenu yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu pada Ahad lalu.

Firdaus, 37, yang merupakan anak jati tempatan dan berasal dari Niah dilantik menyandang jawatan itu setelah menang tanpa bertanding dalam proses undian yang diadakan semasa mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat sama turut menyaksikan pelantikan Babu Lasan sebagai naib ketua, Sharbini Salleh (setiausaha), Ahmad Zaini Ramli (naib setiausaha), Malina Lasa (bendahari), Arbi Jukin (naib bendahari), Mohd Azizul (penerangan) dan Radiman Abdul Manan (naib penerangan).

Semua jawatan tersebut telah dimenangi tanpa bertanding semasa proses undian dilakukan.

Manakala lapan ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang lain terdiri daripada Awang Sapiee Awang Taip, Awang Mohd Hashriq Awang Pungut, Abdul Halik Jafar, Mohiddin Masleh, Anuar Bujang, Johny Ho dan Mazari Mahdar.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/08/23/firdaus-dilantik-ketua-pemuda-pbb-bekenu/#ixzz2dKiBfG9e

Thursday, August 1, 2013

Program Ihsan Ramadhan & Aidilfitri Tanda Sentuhan Kasih 1Malaysia

 

IMG_3284

IMG_3286

BEKENU – Seramai 100 orang di sekitar Bekenu menerima sentuhan kasih sempena Program Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri 1Malaysia di Masjid Al Muttagin, Bekenu petang semalam.   Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Amanah dan Kebajikan Masjid Al Muttaqin Bekenu, YBhg Dato Usop bin Wahap. 

Beliau turut mengagihkan sumbangan Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri yang disumbangkan oleh 1MDB, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sibuti, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bekenu dan beberapa syarikat korporat. 

Antara yang menerima sumbangan adalah golongan ibu tunggal, golongan fakir miskin, golongan OKU serta 29 orang peserta Majlis Tadarus Al-Quran dan solat Terawih berjemaah sepanjang Ramadhan di Masjid Al Muttaqin, Bekenu.  Acara ini merupakan acara tahunan yang berjaya memberi sentuhan kasih 1Malaysia bagi meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Majlis yang bermula selepas solat Asar ini diteruskan dengan acara Sungkei atau berbuka puasa dan kemudian dilanjutkan dengan solat jemaah Maghrib.  Pelbagai juadah dihidangkan yang berupa makanan tempatan  disamping  pulut kuning bagi menandakan khatamal Al-Quran.

Acara diteruskan dengan Majlis Khatamal Al-Quran setelah selesai solat Isyak dan sembahyang Terawih berjemaah. 

Lagi gambar menarik di sini

Baca Blog Dalam Facebook Anda