PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Sunday, January 20, 2013

Masjid Terbesar Bakal Dibina Di Kelantan!!!

Kelantan bakal mendapat Masjid terbesar sekiranya BN kembali memerintah!  Akibat daripada sokongan BN yang semakin kuat, PAS Kelantan pula lari ke Sibuti untuk menubuhkan DHPP!  

Agaknya sokongan PAS semakin pudar di Kelantan maka mereka cuba mencari sokongan di Sarawak!  Namun sokongan mereka masih hambar di Sarawak.  

PM berjaya membawa 30 000 penyokong baru dari Kelantan tetapi di Sibuti PAS cuma dapat menarik 50 sahaja.  50 ORANG atau mungkin kurang!??  

Lebih baik PAS jaga kawasan mereka di Kelantan daripada masuk ke Sibuti!!  Alamatnya PAS ini mungkin seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!!!

Janji Najib Buat Rakyat Kelantan,PAS Tercengang ??

Oleh Keris Pusaka
 
KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
 Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

 "Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.

 Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.

Saturday, January 19, 2013

SNAP Kekal Dibatalkan Oleh Mahkamah Persekutuan Sejak 2002

Parti Kebangsaan Sarawak kekal dimansuhkan kerana gagal menyelesaikan krisis dalaman parti sejak 2002.  Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan Pendaftar Pertubuhan tetap membatalkan pendaftaran parti ini.  

Semoga parti yang mempunyai masalah dalaman segera menyelesaikan pertikaian agar tidak dibatalkan pendaftaran mereka kelak.
Perjuangan akan tetap diteruskan

by Agnes Tugong. Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

BERKUNCI SELAMANYA: Ibu Pejabat SNAP di Satok ditutup daripada beroperasi selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan ROS membatalkan pendaftaran parti itu pada 2002, Khamis lepas.

KUCHING: Penyokong tegar Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) akan tetap meneruskan perjuangan meskipun tanpa parti selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran SNAP pada 2002, kelmarin.

Meskipun kecewa dengan keputusan itu, para pemimpin SNAP tetap menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang membawa kepada berakhirnya riwayat SNAP.

Bekas Naib Presidennya, Frankie Jurem Nyumboi ketika dihubungi semalam melahirkan rasa kecewa dengan keputusan mahkamah itu, namun percaya masih ada peluang untuk SNAP bertapak kembali jika kena pada salurannya.

“Keputusan pembatalan SNAP sama seperti kes 10 tahun lepas, gagal mematuhi notis ROS mengemukakan bukti krisis dalaman parti telah diselesaikan.

“Ini adalah keputusan mahkamah dan kami hormati keputusan ini meskipun ia agak mengecewakan kami,” ujarnya ringkas.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk didaftarkan semula, Frankie berkata, ia mungkin tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat ini kerana banyak perkara yang perlu diteliti semula sebelum apa-apa rancangan seterusnya diambil.

“SNAP boleh memohon untuk didaftarkan semula tetapi ia bukan semudah itu. Banyak perkara yang perlu dikaji semula serta diteliti dengan sedalam-dalamnya kerana jika tidak, pendaftaran pastinya akan dibatalkan sekali lagi.

“Cara lain kami boleh menubuhkan parti baharu atau menyertai parti-parti lain luar dari komponen Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Borneo.

Bernama kelmarin melaporkan Mahkmah Persekutuan di Putra Jaya mengekalkan keputusan ROS membatalkan pendaftaran SNAP pada 2002.

Keputusan itu dicapai panel hakim lima anggota selepas parti itu gagal mematuhi notis ROS meminta parti itu mengemukakan bukti krisis kepimpinan parti itu telah selesai.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong yang mengetuai panel itu memutuskan ROS mempunyai bidang kuasa mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966 untuk mengarahkan parti menyelesaikan pertikaiannya.

Abdull Hamid berkata, keputusan membatalkan pendaftaran SNAP berikutan kegagalan parti itu mematuhi notis ROS dan menambah tiada alasan diperlukan di bawah undang-undang itu.

Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang Anti Pembangunan?

Radio Free Sarawak dikatakan menyambung siaran Radio Kenyalang dan kedua-duanya bersifat anti kerajaan.  Bukan itu sahaja mereka juga menabur fitnah dan menghasut perasaan bencikan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan!

Ini adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab dan suka melihat rakyat Sarawak dirundung kemerosotan ekonomi.  Semoga rakyat Sarawak sedar dan lebih bijak daripada mendengar radio antikerajaan ini yang tidak mendatangkan faedah!
Apai John Jamban Berfoya Dengan Raja Sarah Raja Petra

 
Radio antikerajaan helah pihak tidak bertanggungjawab

Utusan Borneo 18 Januari 2013, Jumaat

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya kemunculan siaran Radio Kenyalang dan Radio Free Sarawak yang bersifat antikerajaan adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang ditemui selepas majlis pembayaran zakat perniagaan oleh Pelita Holdings Sdn Bhd dan Magna Fokus Sdn Bhd semalam berkata, siaran radio tersebut tidak mempunyai motif yang kukuh.

Apa yang jelas menurut Taib, siaran radio terbabit tiada rasa hormat kepada kebenaran dan membangkitkan kemarahan banyak pihak yang menyedari akan pembohongannya.

“Soal sama ada siaran radio ini perlu disekat atau tidak adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan untuk memutuskannya.

“Tetapi, saya tahu Radio Free Sarawak bukan satu-satunya siaran radio yang bersifat antikerajaan dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan.

“Mereka ini tidak ada rasa hormat kepada kebenaran, ramai orang mendengarnya dan ramai di kalangan mereka sangat marah kerana mereka tahu ia adalah pembohongan,” kata beliau ketika ditemui pada majlis di pejabatnya di Tingkat 23, Menara Pelita di sini semalam.

Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang dikritik oleh barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing kerana cuba meracuni minda rakyat terutama masyarakat Iban di luar bandar dengan memburuk-burukkan kerajaan.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah turut menggesa pihak berkuasa relevan agar mengambil tindakan segera dengan menyekat siaran kedua-dua radio itu kerana cuba menjatuhkan kerajaan BN.

“Kita tidak boleh membenarkan mereka terus menyiarkan pembohongan kerana jika tidak disekat, pada akhirnya ramai di kalangan rakyat akan berfikir ia adalah benar. Ini adalah tidak baik kerana kedua-dua radio ini cuba menjatuhkan kerajaan,” kata Masing kelmarin.

Masing turut mempersoalkan mengapa radio terbabit hanya menyasarkan pendengar di kalangan masyarakat Iban.

“Menyekat adalah satu langkah untuk mereka menggulung siaran dan ia wajar dilakukan seperti yang pernah dibuat pada era 60-an dan 70-an oleh (Kementerian) Pertahanan untuk menghalang propaganda.

“Propoganda Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang mungkin tidak sama, tetapi kedua-dua mesej mereka adalah berbahaya kepada pendengar,” ujar Masing.

Sementara itu, difahamkan Radio Kenyalang menyiarkan program mereka dari jam 5 petang hingga 6 petang setiap hari sebelum diambil alih oleh Radio Free Sarawak.

BR1M 2.0 Diagihkan Awal Februari 2013 di Sibuti

Terima kasih sekali lagi di atas kepimpinan Najib Razak yang akan memberikan BR1M versi 2 menjelang bulan Februari kelak.

Ahmad Lai yakin BR1M ini akan dikekalkan sekiranya BN masih menjadi kerajaan pada masa yang akan datang.  Semoga rakyat akan terus menyokong kerajaan BN dan BR1M akan menjadi bonus kepada mereka.
BR1M diyakini diteruskan jika kerajaan sekarang dikekalkan
 
Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang percaya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal diteruskan jika tampuk pemerintahan kerajaan sekarang dikekalkan.

Sebab itu, beliau memberitahu supaya Perdana Menteri (PM) dan Barisan Nasional (BN) harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“PM dan BN mesti menang pada PRU13 akan datang dan saya percaya setelah itu BR1M akan diteruskan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberikan komen berkenaan ketika ditanya oleh para wartawan adakah BR1M akan dikekalkan sebagai bantuan yang berterusan.

Mengenai BR1M 2.0 di kawasan Parlimen Sibuti pula, beliau memberitahu ia bakal diagihkan dan bermula pada awal Februari nanti.

“Setakat ini, di Bekenu mempunyai seramai 6,357 penerima manakala Lambir seramai 3,939 penerima,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau meminta pertolongan daripada ketua-ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melicinkan urusan pemberian bantuan berkenaan nanti.

Kepada penerima pula, Ahmad Lai berpesan supaya tidak lupa membawa MyKad pada masa dan tempat yang bakal ditentukan nanti.

“Jangan lupa bawa sekali MyKad serta surat menerima bantuan berkenaan jika nama telah tersenarai dan telah dimaklumkan nanti,” katanya.

Pada BR1M lalu, sekitar 15,000 penerima menerima manfaat daripada bantuan berkenaan di kawasan Parlimen Sibuti.

RM100 Bantuan Khas Awal Persekolahan Diagihkan di Daerah Subis

Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama sekali dalam mengagihkan Bantuan Khas Awal Persekolahan bukanlah gimik untuk memancing undi PRU13!  

Kerajaan memberikan bantuan ini tidak mengira latar belakang, kaum mahu pun pegangan agama dan politik keluarga pelajar tersebut.  Ini kerana kerajaan kita berlaku adil untuk tidak berat sebelah dalam meringankan beban menyambut musim persekolahan yang baru.  

Ianya juga dapat memberi insentif untuk pelajar tersebut agar belajar dengan lebih rajin lagi khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM mahupun UPSR pada tahun ini.  Sekiranya mereka berjaya maka hadiah galakan pelajar akan berlipat ganda untuk meraih kejayaan mereka kelak!

Mereka inilah pewaris masa hadapan dan sememangnya kerajaan akan menyediakan bantuan yang terbaik agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.  Bantuan khas ini dapat juga digunakan untuk membeli buku rujukan atau sepasang pakain seragam baru.





Bukan gimik pancing undi PRU13


by Mohd Achil Norrlatep.Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai (empat kiri) menyerahkan bantuan RM100 kepada salah seorang pelajar semalam.

BEKENU: Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 yang telah diagihkan kepada pelajar awal bulan ini bukanlah gimik untuk memancing undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata bantuan khas persekolahan itu seperti sebahagian daripada bantuan-bantuan kerajaan yang telah diberikan di peringkat sekolah.

“Banyak bantuan persekolahan disediakan kerajaan seperti buku teks, rancangan makanan tambahan, asrama, kemudahan infrastruktur dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 di Dewan Masyarakat Bekenu, di sini pagi semalam.

Apa yang penting kata beliau, semua bantuan berkenaan adalah bukti keikhlasan kerajaan dalam membantu setiap lapisan rakyat tidak mengira agama, bangsa dan keturunan.

“Apa yang lebih menakjubkan, kerajaan juga tidak mengira apa pegangan politik seseorang dalam menghulurkan bantuan sedemikian,” jelasnya.

Beliau berkata, salah satu daripada hasrat kerajaan dalam mengagihkan hasil daripada keuntungan pelaburan ekonomi.

Mengenai tanggungjawab ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak, beliau mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua pihak.

“Ibu bapa harus prihatin terhadap keperluan anak-anak manakala guru pula bertanggungjawab memantau supaya mereka terus berjaya,” ujarnya.

Di peringkat pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Subis, seramai 4,116 pelajar sekolah menengah dan 5,234 pelajar sekolah rendah mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 terdiri daripada lima buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah.

Turut hadir pada majslis itu Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Ahli Chikba.

Thursday, January 17, 2013

Penduduk gembira dengan kunjungan bersejarah Tun Salahuddin ke Kampung Kuala Sibuti


Utusan Borneo 17 Januari 2013, Khamis

KUALA SIBUTI: Tarikh 16 Januari 2013 (semalam) akan menjadi lakaran sejarah tersendiri buat penduduk Kampung Kuala Sibuti apabila buat pertama kalinya menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pagi semalam.

Kehadiran Tun Salahuddin disambut meriah sambil diiringi paluan kompang oleh penduduk kampung yang telah menunggu seawal jam 8.30 pagi.

Turut mengiringi ketibaan beliau adalah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan
Keluarga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus, ADUN Lambir, Ripin Lamat, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis mengalu-alukan kehadiran Tun Salahuddin, Kaunselor Jamali Basri menyifatkan kesudian beliau melawat ke Kampung Kuala Sibuti merupakan satu penghormatan besar buat penduduk kampung berkenaan.

“Kami di sini berasa amat bertuah dan terharu atas kesudian Tun melawat ke kampung ini dan ia merupakan satu penghormatan besar kepada kami di sini,” katanya.

Menurut Jamali, Kampung Kuala Sibuti merupakan sebuah perkampungan nelayan dengan penduduk seramai 400 orang dan daripada jumlah itu, 95 peratus berketurunan Melanau.

Rata-rata penduduk di kampung ini bergantung sumber rezeki dengan hasil tangkapan laut dan hanya sebilangan penduduk sahaja yang mengusahakan pertanian.

Selain itu katanya, terdapat juga sebilangan anak muda telah berhijrah ke bandar dan bekerja di jabatan kerajaan dan syarikat swasta. “Dari segi pembangunan, kami di sini telah banyak menikmati pembangunan terutama bekalan elektrik dan air paip.

“Begitu juga dengan kemudahan jalan raya, yang masih perlu dinaik taraf untuk kemudahan kami di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Jamali sebagai mewakili penduduk Kampung Kuala Sibuti mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kami di Kuala Sibuti sentiasa menghargai dan menyokong setiap pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dan berharap kerajaan sedia ada sekarang dapat dikekalkan untuk menjamin masa depan rakyat di negeri ini,” ujar beliau.

Sementara itu, sempena kunjungan Tun Salahuddin, penduduk kampung turut berpeluang menjual pelbagai produk makanan laut yang dihasilkan mereka sendiri kepada para tetamu yang hadir.

Selesai lawatan, Tun Salahuddin kemudian meluangkan masa menunaikan solat Zohor berjemaah bersama penduduk di Masjid Al-Jabbar di Sepupok, Niah.

Anwar Ibrahim's Past Quote 23 Oct 2012 NST



Anwar Ibrahim's Past Quotes Published on 23 October 2012 News Straits Times. Back then he was the Deputy Prime Minister of Malaysia 1995.


Wednesday, January 16, 2013

[Gambar] Sekitar Lawatan TYT YDP Negeri Sarawak ke Masjid Al- Jabbar Niah 16 Jan 2013






























































- Posted using BlogPress from my New iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda