PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label MP Sibuti. Show all posts
Showing posts with label MP Sibuti. Show all posts
Wednesday, October 21, 2015
MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI SIBUTI OLEH KETUA MENTERI SARAWAK PADA 21 OKTOBER 2015
Wednesday, October 21, 2015
Adenan Satem, Bekenu, BN Sarawak, Jambatan Sungai Sibuti, Ketua Menteri Sarawak, Lambir, MP Sibuti, P.218 Sibuti, PBB, Projek Pembinaan Luar Bandar Sarawak, YB Ahmad Lai, YB Ripin Lamat, YB Rosey Yunus
No comments
Hari ini menandakan satu lagi detik bersejarah di Bekenu apabila Ketua Menteri Sarawak, Tok Denan, telah melancarkan satu lagi projek untuk manfaat penduduk di sekitar Sungai Bekenu.
Projek ini merupakan pembinaan jambatan Sungai Bekenu untuk menghubungkan Pasar Bekenu dan Kampung Rambai. Pada masa ini Kampung Rambai terpisah dari Pasar Bekenu dan satu-satunya cara pengangkutan yang ada hanyalah dengan menggunakan bot kecil. Kebanyakan pengguna Sungai Bekenu pula adalah peladang dan petani.
Dengan adanya Jambatan Sungai Sibuti ini maka pertumbuhan ekonomi dan sosial akan berjalan dengan lancar dan jambatan ini secara tidak langsung telah bertindak sebagai pemangkin di kawasan tersebut. Bekenu terletak dalam Subis yang kini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah akan menjadi salah sebuah dari kubu kuat BN Sarawak di Zon Utara. Tuan Haji Husaini bin Haji Bakir merupakan Pegawai Daerah yang pertamanya telah melapor diri pada 15 Oktober 2015 yang lalu.
Jambatan Sungai Sibuti ini adalah salah satu daripada projek pembangunan luar bandar yang telah diperuntukkan dengan belanjawan sebanyak RM 500 juta. Perkara ini yang telah ditentang oleh pihak pembangkang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu telah menunjukkan belang sebenar mereka yang hanya mahukan pembangunan untuk kawasan mereka sahaja di bandar. Semoga rakyat Sarawak tidak tertipu dengan putar-belit politik pihak pembangkang dan sentiasa menyokong Tok Denan untuk membela nasib masyarakat khususnya di luar bandar.
Kos projek ini dianggarkan sebanyak RM 26 juta akan digunakan untuk membina sebuah jambatan sepanjang 70 m dan selebar 11.4 m ini akan menyediakan laluan 2 lorong 2 hala yang selamat dan mudah bagi kenderaan bermotor dan pejalan kaki di antara Kampung Rambai dan Pasar Bekenu.
Skop pembinaan ini juga termasuk dengan jalan penghubung sepanjang 270 m dari Pasar Bekenu dan Jambatan Sibuti serta menghubungkan Kampung Rambai sepanjang 1.75 km.
Wednesday, August 15, 2012
Badan Korporat Turut Sama Menjayakan Tanggunjawab Sosial Menjelang Ramadan
Wednesday, August 15, 2012
2012, Ahmad Lai, BN Prihatin, Buka Puasa, Iftar Ramadan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MP Sibuti, PBB, Tanggungjawab Sosial Korporat
No comments
Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir di Hotel Dynasty. Ini adalah majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hotel Dynasty sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat mereka untuk meringankan beban golongan sasar sempena bulan puasa.
Semoga lebih banyak lagi badan korporat yang akan turun padang untuk menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan kerajaan
by Mohd Norhadie Sahari dan Mohd Achil Norrlatep. Utusan Borneo 15 Ogos 2012, Wednesday
MIRI- Semua bentuk bantuan yang disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan membuktikan kerajaan sangat prihatin dalam menjaga hal ehwal dan kebajikan rakyat.
REZEKI RAYA: Ahmad Lai (dua kiri) dan Tony Pui (kiri sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan kurang berkemampuan di pekarangan Hotel Dynasty Miri semalam.
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, kerajaan tidak pernah berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sebaliknya merencanakan pelbagai program untuk mereka.
“Kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan untuk mengurangkan beban rakyat supaya golongan ini tidak berasa terasing sebaliknya turut sama menikmati bantuan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya di sini, pagi semalam.
Beliau memberitahu, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendekati golongan kurang berkemampuan dan aktif mendaftar pemohon baharu yang layak menerima bantuan kerajaan.
“JKM di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak sentiasa mencari jalan dan kaedah yang sesuai supaya nasib golongan tidak berkemampuan ini terus mendapat pembelaan,” katanya.
Pada masa sama, keprihatinan badan korporat dalam membantu golongan kurang berkemampuan seharusnya dipuji bahkan amalan itu harus dipraktikkan oleh semua pihak.
“Hotel Dynasty Miri contohnya telah mengadakan program ini sebanyak 14 kali sebagai tanggungjawab sosial mereka membantu golongan kurang berkemampuan,” ujarnya.
Ahmad Lai menjelaskan, keprihatinan badan korporat membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan iaitu mengutamakan kebajikan rakyat dan menunaikan janji disokong sepenuhnya pihak terbabit.
“Bantuan ini diharapkan dapat menceriakan kumpulan sasar terutamanya dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya kelak,” katanya.
Sementara itu, seramai 150 penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir mendapat sumbangan hamper, duit raya dan barangan keperluan asas.
Hadir sama ialah Residen Miri, Antonio Kahti Galis, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri, Tony Pui dan Ketua JKM Cawangan Miri, Goh Yong Kiet.
Sementara itu, Tony berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan adalah anjuran bersama dengan JKM Miri.
“Pihak hotel sentiasa berbesar hati untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat Miri terutamanya kepada golongan tidak bernasib baik apabila tiba musim perayaan,” katanya.
Perayaan-perayaan dimaksudkan termasuk Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pada kali ini, seramai 150 orang menerima sumbangan termasuk duit raya, hamper dan ayam seberat 1.5 kilogram.
“Melalui kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua,” jelas beliau.
Sementara itu, Goh memberitahu salah satu objektif program berkenaan adalah untuk meraikan golongan kurang berkemampuan yang bakal menyambut Hari raya Aidilfitri.
Katanya, pihaknya sering membantu golongan berkenaan untuk meringankan beban mereka.
Sunday, August 12, 2012
Saturday, August 4, 2012
[Gambar] Sekitar Program Kembara Merdeka Ramadan 2012
Saturday, August 04, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, BN Sarawak, Calon PAS Sibuti, Gambar, Kampung Tiris, MP Sibuti, PBB, PBB Bekenu
No comments
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sekitar Program Kembara Merdeka Ramadan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Miri dan diketuai oleh ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang.
Syabas di atas sentuhan Merdeka di Kampung Tiris, Bekenu!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































