PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

#HKR112 Gagal Mencapai Objektif!!

Penyertaan rakyat untuk maruah Anwar dan Shamsidar cuma mampu mencatat seramai 45 000 sahaja.  Sebelum ini Mat Sabu menjanjikan 1 juta penyertaan sehingga pukul 5 petang.  Nampaknya PR masih gagal mempengaruhi rakyat Malaysia untuk berdemo.  Cuma kelihatan beruk dan unggas sahaja yang hadir.  Mana perginya penyokong roket?

PRU13 kini milik BN!

HIMPUNAN SHAMSIDAR: PR MAMPU BAWA PENYOKONG UTK 1 PARLIMEN ! #KL112

12 Jan 2013 MyHomeSoil


Perhimpunan untuk keperibadian agong Anwar Ibrahim dan Bini Azmin Ali, Shamsidar yang berlaku di Kuala Lumpur hanya mampu mencapai jumlah pengundi lebih kurang 1 Parlimen sahaja sedangkan jemputan diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia seluruh negara meliputi negeri Johor hingga ke Sabah. Sebagai contoh, Bagi Parlimen Seremban jumlah pengundi adalah seramai 87,000. Namun, mengikut analisis Pihak PDRM, perhimpunan ini adalah seramai 45,000 orang. Untuk rekod, Malaysia mempunyai 222 parlimen. 

Analisis kasar mendapati untuk ketiga-tiga parti pembangkang terbesar negara iaitu PAS, DAP dan PKR yang hanya dapat menghimpunkan seramai ini sahaja merupakan satu kegagalan jangkaan PAS, PKR dan DAP! Untuk rekod, Pakatan Pembangkang meramalkan dan menjangkakan perhimpunan ini dihadiri lebih sejuta orang. 

Dengan promosi besar-besaran seluruh negara dilakukan oleh pembangkang di dalam ceramah-ceramah mereka yang diadakan bermula 3 November 2012 bermula di Negeri Sembilan sehingga ke negeri-negeri lain untuk mempromosikan himpunan sejuta rakyat pada hari ini 12/1/2013 , kehadiran 45,000 atau boleh kita letak sehingga 100,000 adalah boleh disifatkan sebagai gagal. 


MHS rasa lebih baik kita tunggu PRU 13.. tengok siapa yang menang....:-)

Thursday, April 19, 2012

SPR Syor Tempoh Berkempen Cuma 10 hari!?!?!

SPR bersetuju untuk mengsyorkan agar tempoh berkempen PRU13 kelak tidak kurang daripada 10 hari!!? Ini memastikan semua kawasan dapat dirangkumi!?!!?  Namun demikian hal ini berbeza di Sarawak!?!?!  Kebanyakan kawasan parlimen di Sarawak adalah begitu luas dan jentera pilihan raya tidak mungkin merangkumi kesemua ranting dalam masa 10 hari!?!!?  Keadaan sistem perhubungan yang masih memerlukan bantuan udara dan ada kawasan yang cuma dapat dihubungi melalui bot panjang sahaja!?!!?

Semoga SPR menimbang dengan sebaik-baiknya sebelum meluluskan tempoh berkempen lebih-lebih lagi sekiranya ia mencakupi kawasan yang begitu luas!?!?!

SPR Setuju Syor Tempoh Berkempen PRU-13 Tidak Kurang Daripada 10 Hari

Khamis April 19, 2012
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 adalah tidak kurang dari 10 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR pada Rabu mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.

Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.

Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih, memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan JPKP.

"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.

Beliau berkata, untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasipelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya. - BERNAMA

Pemerhati Barung Menjadi Kesalahan Pilihan Raya?!?!?

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya telah diluluskan!??!  Antaranya adalah tiada lagi pemerhati barung, sempadan 50 meter telah dijarakkan kepada 100 meter!!?!   Di samping itu juga membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh SPR!?!?!

Sama-samalah kita nantikan Rang Undang-undang baru yang telah digubal agar PRU13 lebih selamat dan berjalan dengan lancar!?!?!

Tiada Pemerhati Barung, Dewan Rakyat Lulus RUU Kesalahan Pilihan Raya
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang antara lain menggugurkan pemerhati barung bagi pihak parti politik.

Rang undang-undang itu diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

Cadangan akta baru berkenaan yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengambil ketetapan menggugurkan subseksyen 26 A (2) dan (3) Akta 5 kerana kehadiran pemerhati di barung menyebabkan kesukaran kepada petugas pilihan raya.

Selain itu, menerusi rang undang-undang tersebut turut memperuntukan penubuhan pasukan penguat kuasa di bahagian pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

Rang undang-undang itu juga turut membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi.

Dalam pada itu, cadangan pindaan berkenaan turut menetapkan bahawa penggunaan perkataan ‘membuang undi’ akan diganti dengan ‘mengundi’ memandangkan perkataan ‘membuang undi’ boleh membawa kepada tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Menerusi rang-rang undang-undang berkenaan juga dinyatakan larangan kepada mana-mana individu pada hari pengundian menunggu atau berdiri dalam jarak 100 meter dari sempadan pusat mengundi kecuali bagi maksud ke pusat berkenaan berbanding 50 meter ketika ini.

Tuesday, April 10, 2012

Gempak!!!? Pembaharuan Dalam SPR!?!?!?

SPR sudah bersedia melaksanakan pembaharuan untuk PRU13.  Antaranya adalah
  1. Penggunaan dakwat kekal
  2. Pengundian awal dua hari bagi pasukan keamanan 
  3. Tiada bantahan penamaan calon
  4. Tiada penarikan diri setelah disenaraikan sebagai calon
Sekiranya ini semua tidak menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan SPR apa lagi yang dimahukan oleh Bershit!?!?!
    SPR sedia laksana pembaharuan

    by Agnes Tugong. Posted on April 10, 2012, Tuesday

    Bersedia hadapi tekanan sepanjang PRU13 yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana
    Abdul Aziz
    KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi tekanan yang bakal dilalui sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana.

    Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, banyak perkara baharu akan diperkenalkan buat pertama kali dan perlu diambil perhatian pada PRU13.

    Antaranya, penggunanan dakwat kekal, pengundian awal dua hari sebelum hari mengundi bagi polis dan tentera, tiada bantahan penamaan calon serta tidak ada lagi penarikan diri.

    “Proses PRU13 tidak sama seperti sebelum ini yang mana banyak perkara baharu diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

    “Pada laporan pertama yang diterima Disember lepas, tujuh daripada 10 perakuan dipersetujui dan 22 perakuan lagi akan dibincangkan oleh panel penuh SPR pada 18 April ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

    Jelas Aziz, setiap perakuan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tindakan yang terburu-buru akan mengundang kepada kesilapan dan boleh dibawa ke mahkamah.

    “Kalau sempat perakuan-perakuan yang akan bakal dibincangkan dan dipersetujui pada 18 April ini akan kita gunakan pada PRU13,” ujarnya.

    Dalam pada itu proses PRU13 Sarawak dianggarkan menelan perbelanjaan RM80 juta dan ia merangkumi perbelanjaan helikopter, kapal terbang, pelbagai jenis perahu dan kenderaan berkuasa tinggi (4WD) yang akan digunakan.

    Perbelanjaan keseluruhan pilihan raya negara pula dianggarkan menelan RM300 juta dan ia banyak digunakan untuk membayar elaun memandangkan tiga jenis undi digunakan iaitu undi pos, undi awal dan undi biasa.

    Dari segi kekuatan petugas, SPR akan melantik 31 pegawai pengurus dan 120 penolong pegawai pengurus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

    Bercakap mengenai taklimat tersebut, Aziz berkata ia merupakan yang terakhir untuk negeri ini melibatkan tiga lokasi iaitu Kuching (semalam), Sibu (12 April) dan Miri pada 16 April ini.

    Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan kepada pengurus pilihan raya mengenai peraturan, dan undang-undang perjalanan pilihan raya.

    Tambahnya, pusingan kedua taklimat akan diadakan dan menjelang Jun, SPR menurutnya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU.

    Friday, March 30, 2012

    SPR Dulu Sokong Pakatan Haram?!!??!

    Baru-baru ini pihak Pakatan Haram telah menuduh SPR tidak telus!!??  Sekiranya benar tidak telus pastilah Pakatan Haram yang menguasai SPR kerana mereka boleh menang 5 buah negeri dalam Malaysia!!???   Kalau dah nak kalah tu buatlah macam nak kalah!?!?!!?  Bukan salah SPR atau salah siapa!??!  Salah mereka juga yang menobatkan bekas pemimpin No 1 rasuah dalam BN menjadi Ketua mereka!!??
    SPR Tak Telus Punca Pakatan Menang 5 Negeri

    Written by serangge kitagempur.com
     

    Sana tak betul ,sini tak betul,sana salah,sini salah. Episod menyalahkan orang takkan habis selagi mereka tidak memegang Putrajaya. Demo Bersih dianjurkan kata mereka mahukan pilihanraya yang bersih.

    Kata merekalah,tapi kerana bersihnya pilihanrayalah banyak negeri yang dahulunya diperintah oleh BN jatuh ketangan pakatan.Mereka ini sebenarnya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat marhain masih mahukan BN sebagai pemerintah di Malaysia.

    Propaganda di sebarkan kononnya seluruh Malaysia rakyatnya menyokong pakatan,sedangkan ini kes syok sendiri perasan tak ingat. Mereka bukan saja cuba memainkan persepsi seolah seluruh negara menyokong mereka,padahal bukanya majoriti memilih mereka.

    7 pilihanraya kecil dimenangi oleh BN dan undi dari saluran 4 dan 5 mewakili golongan muda begitu banyak mengundi BN.Ini salah satu bukti bahawa orang muda sendiri menolak politik kotor yang dimainkan pakatan.

    Anwar dan gerembolan pakatan sebenarnya sudah kehilangan punca bagaimana mahu mengalahkan BN,bohong pun sudah,tipu dan fitnah pun sudah,dituduhnya orang lain kotor sedangkan mereka sendiri yang kotor.

    Ada kes di kawasan Parlimen Permatang Pauh sendiri, satu rumah didaftarkan lebih 50 pengundi hantu yang kesemuanya adalah penyokong pakatan. Kerja mengubah pengundi tersebut dilakukan oleh pegawai SPR yang suaminya sendiri adalah orang kuat PAS.

    Pengundi hantu yang dibawa masuk oleh pakatan ke parlimen Permatang Pauh dicatatkan melebih 7 ribu orang,kesemua ini untuk memastikan agar Anwar dapat mengekalkan kerusi beliau.

    Anwar menutup kerja jahat mereka dengan menuduh orang lain yang bersalah,taktik ini jika kita perhatikan hampir kesemua dakwaan mereka terhadap BN sebenarnya dilakukan sendiri oleh pakatan.

    Rakyat ditutup dengan pembohongan sedangkan yang menipu adalah pakatan sendiri.Anda perhatikan setiap dakwaan kepada BN cuba tengok sebaliknya terhadap pakatan,jika diselidiki dan disiasat merekalah yang menjadi dalang tersebut.

    Pakatan pembangkang terus berdolak-dalik berhubung isu pembubaran Parlimen di negeri tadbiran mereka sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

    Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, isu utama ketika ini adalah ketelusan pilihan raya.

    Katanya, keputusan sama ada mahu membubarkan Parlimen adalah bergantung kepada kebebasan sistem pilihan raya negara ini.

    "Isu utama yang dibincangkan ialah mengenai proses pilihan raya. Itu adalah isu yang akan mempengaruhi keputusan kami terutama di negeri-negeri tadbiran kami.

    "Pilihan sama ada nak buat bersama-sama atau tidak, ia masih terbuka. Kita masih berbincang dengan negeri-negeri (pembangkang) mengenai perkara ini, ada yang berpandangan kita patut adakan serentak dan ada yang tidak, belum ada keputusan lagi," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

    Baca Blog Dalam Facebook Anda