BN agih 3,000 kemeja-T
Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan kemeja T kepada para penderma Tabung Wira Lahad Datu semasa semasa pelancarannya di Dewan Yayasan Sarawak, Kuching, kelmarin. KUCHING 20 Mac - Barisan Nasional (BN) negeri menyediakan sebanyak 3,000 helai kemeja-T untuk orang ramai yang memberi sumbangan dalam Tabung Wira Lahad Datu, Sabah di sini semalam.Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru (UMB) BN itu merupakan simbolik tanda penghargaan kepada masyarakat yang mengiktiraf pengorbanan pasukan keselamatan negara.Katanya, pemberian itu secara tidak langsung mampu mendorong penderma terus menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan."Ini merupakan antara usaha BN dalam menghargai setiap nilai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu keluarga wira-wira yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Taklimat Penceramah Penerangan dan melancarkan kemeja-T tersebut di Dewan Yayasan Sarawak di sini semalam.Mereka yang memberi sumbangan dalam tabung tersebut akan menerima kemeja T berwarna biru yang mempunyai empat logo parti komponen BN negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat.Katanya, walaupun pakatan pembangkang mendakwa operasi berkenaan hanya sandiwara, realitinya ialah 10 anggota pasukan keselamatan negara dan lebih 60 penceroboh pengganas Kiram telah terkorban di medan pertempuran."Apa yang berlaku di Sabah itu bukan sandiwara, ini adalah perkara yang benar-benar berlaku. Tidak ada orang yang ingin mati kalau 'lakonan'."Kalau dikatakan sandiwara, ini bermakna pakatan pembangkang menggelar wira-wira negara yang terkorban itu adalah 'pelakon'," katanya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label UMB BN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label UMB BN Sarawak. Show all posts
Thursday, March 21, 2013
Baju UMB BN Untuk Penderma Tabung Wira Lahad Datu!
Thursday, March 21, 2013
Ahmad Maslan, BN, Dewan Yayasan Sarawak, Ketua Penerangan BN, Misi PAS Palsu, PAS, Sarawak, Sibuti, UMB BN, UMB BN Sarawak
No comments
Ahmad Maslan mengagihkan 3 000 helai baju kemeja-T UMB BN yang mengandungi 4 logo parti komponen BN Sarawak kepada penderma yang bermurah hati untuk menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu.
Acara ini disempurnakan di Dewan Yayasan Sarawak. Pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru BN Sarawak ini diharap dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk menderma kepada Tabung Wira yang berjuang untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Usahlah mendengar tohmahan pihak pembangkang yang memperlekehkan usaha anggota keselamatan kita.
PAS yang menjaga kedaulatan negara hanya pandai menipu Misi PAS kononnya mempertahankan kedaulatan negara tetapi tiada apa pun yang mereka usahakan untuk menghalang pencerobohan ke atas Lahad Datu! Misi PAS boleh dicapai di sini.
Sekiranya betullah PAS menjaga kedaulatan mana pergi unit amal PAS yang membantu penduduk di Lahad Datu? Kalau manifesot pun palsu, misi, dasar dan seruan apatah lagi? Tunjukkanlah dan buktikanlah PAS menjaga kedaulatan negara kalau benar?
Monday, July 2, 2012
Terkini!! Sekitar Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!
Monday, July 02, 2012
Ahmad Lai, MeetUp Facebook Belia Sibuti Miri, P218, P219, PBB, PRU13, Sarawak, Sebastian Ting, SUPP, UMB BN Sarawak, UMB PBB
No comments
Semalam berlangsungnya acara yang julung kali dianjurkan untuk bertemu rakan Facebook dan Twitter di sekitar Sibuti dan Miri. Acara ini yang diserikan dengan ceramah berapi oleh penceramah yang tershohor di Sarawak seperti Naib Ketua Pemuda PBB, Saudara Pandi Suhaili, Ketua Penerangan Pemuda PBB merangkap Ketua Unit Media Baharu PBB, saudara Abdul Aziz Tan Sri Adenan, saudara Zaini Busrah, ahli tersohor UMB PBB dan juga Pengarah BTN Sarawak, Tuan Pengarah Roslan Baharuddin.
Belia Sibuti-Miri juga sempat bertemu dengan pemimpin mereka iaitu YB Ahmad Lai dan juga Y Bhg Dato Sebastian Ting.
Terima kasih kepada setiap pemilik akaun Facebook dan juga UMB PBB Zon Kuching, Zon Tengah dan Zon Utara. Semoga acara sedemikian dapat diadakan lagi memandangkan lebih ramai yang ingin mengetahui mengenai taktik dan strategi untuk menghiris fitnah dan menghapuskan pertualang di dunia maya dengan lebih terperinci.
Awasilah ruang ini kerana Meet-Up Facebook akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang hebat dikalangan pemilik akaun Facebook! Semoga lebih banyak lagi acara sedemikian akan dianjurkan untuk membantu menghapus pertualang yang dimainkan oleh pihak pembangkang.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara Meet-Up Facebook Belia Sibuti- Miri yang sempat dikongsikan bersama.
Guna Laman Sosial Dengan Bijaksana
Oleh Mohd Norhadie Sahari, Utusan Borneo (ms13)MIRI, 1 Julai 2012 - Pengguna Internet harus menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin berikutan penyalahgunaannya boleh menjejaskan ketenteraman dan perpaduan kaum.Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pemilik akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter harus menjadikan laman itu sebagai meium untuk memperkukuhkan komunikasi."Penyalahgunaan laman sosial seperti penyebaran dakyah tidak benar boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran pengguna Internet lain seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam," katanya pada majlis Rakan Facebook Miri-Sibuti semalam.Beliau seterusnya memberitahu, Perdana Menteri juga turut menggunakan laman sosial untuk mendekati dan memahami aspirasi rakyat dan langkah sedemikian turut diikuti wakil rakyat lain."Saya sendiri turut menggunakan laman Facebook untuk mengetahui keperluan atau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan saya lihat laman sosial ini banyak membawa manfaat," ujarnya.Ahmad Lai menjelaskan laman sosial terbabit sebagai saluran untuk berkomunikasi dengan rakyat seterusnya mendapat maklum balas secara tepat tentang isu yang berlaku di sekeliling rakyat."Rakyat boleh berhubung dengan wakil rakyat secara terus dan menyatakan permasalahan mereka supaya kita (wakil rakyat) dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," jelasnya.Beliau memberitahu, tidak semua komen yang dihantar rakyat dalam laman sosial wakil rakyat adalah baik, sebaliknya ada komen turut menghentam atau menyerang peribadi wakil rakyat."Saya turut tidak ketinggalan menerima mesej tidak baik, namun sebagai wakil rakyat, semua mesej sedemikian harus diteruma dan dijadikan panduan untuk meneruskan tanggungjawab dengan baik", katanya.Pada masa yang sama beliau menasihati semua rakan Facebook di sini menggunakan kemudahan itu untuk meningkatkan komunikasi dan perpaduan di kalangan mereka.Bertemakan 'Menghiris Fitnah dan Menghapuskan Pertualang di Dunia Maya', Program Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri itu telah disertai kira-kira 160 belia dari sekitar Miri dan Sibuti.Ia adalah anjuran Unit Media Baharu Barisan Nasional Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ia julung kali diadakan dalam usaha merapatkan perpaduan di kalangan rakan Facebook.Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dato Sebastian Ting, Pengarah Biro Tata Negara Roslan Baharuddin dan penceramah Zaini Busrah serta Abdul Aziz Tan Sri Adenan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































