Monday, July 2, 2012

Terkini!! Sekitar Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri!!!

Semalam berlangsungnya acara yang julung kali dianjurkan untuk bertemu rakan Facebook dan Twitter di sekitar Sibuti dan Miri.  Acara ini yang diserikan dengan ceramah berapi oleh penceramah yang tershohor di Sarawak seperti Naib Ketua Pemuda PBB, Saudara Pandi Suhaili, Ketua Penerangan Pemuda PBB merangkap Ketua Unit Media Baharu PBB, saudara Abdul Aziz Tan Sri Adenan, saudara Zaini Busrah, ahli tersohor UMB PBB dan juga Pengarah BTN Sarawak, Tuan Pengarah Roslan Baharuddin.  

Belia Sibuti-Miri juga sempat bertemu dengan pemimpin mereka iaitu YB Ahmad Lai dan juga Y Bhg Dato Sebastian Ting. 

Terima kasih kepada setiap pemilik akaun Facebook dan juga UMB PBB Zon Kuching, Zon Tengah dan Zon Utara.  Semoga acara sedemikian dapat diadakan lagi memandangkan lebih ramai yang ingin mengetahui mengenai taktik dan strategi untuk menghiris fitnah dan menghapuskan pertualang di dunia maya dengan lebih terperinci. 

Awasilah ruang ini kerana Meet-Up Facebook akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang hebat dikalangan pemilik akaun Facebook!  Semoga lebih banyak lagi acara sedemikian akan dianjurkan untuk membantu menghapus pertualang yang dimainkan oleh pihak pembangkang. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara Meet-Up Facebook Belia Sibuti- Miri yang sempat dikongsikan bersama.


























Guna Laman Sosial Dengan Bijaksana


Oleh Mohd Norhadie Sahari, Utusan Borneo (ms13)

MIRI, 1 Julai 2012 - Pengguna Internet harus menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin berikutan penyalahgunaannya boleh menjejaskan ketenteraman dan perpaduan kaum.  

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pemilik akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter harus menjadikan laman itu sebagai meium untuk memperkukuhkan komunikasi. 

"Penyalahgunaan laman sosial seperti penyebaran dakyah tidak benar boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran pengguna Internet lain seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam," katanya pada majlis Rakan Facebook Miri-Sibuti semalam.  

Beliau seterusnya memberitahu, Perdana Menteri juga turut menggunakan laman sosial untuk mendekati dan memahami aspirasi rakyat dan langkah sedemikian turut diikuti wakil rakyat lain. 

"Saya sendiri turut menggunakan laman Facebook untuk mengetahui keperluan atau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan saya lihat laman sosial ini banyak membawa manfaat," ujarnya. 

Ahmad Lai menjelaskan laman sosial terbabit sebagai saluran untuk berkomunikasi dengan rakyat seterusnya mendapat maklum balas secara tepat tentang isu yang berlaku di sekeliling rakyat.  

"Rakyat boleh berhubung dengan wakil rakyat secara terus dan menyatakan permasalahan mereka supaya kita (wakil rakyat) dapat mencari jalan penyelesaian terbaik," jelasnya.  

Beliau memberitahu, tidak semua komen yang dihantar rakyat dalam laman sosial wakil rakyat adalah baik, sebaliknya ada komen turut menghentam atau menyerang peribadi wakil rakyat.  

"Saya turut tidak ketinggalan menerima mesej tidak baik, namun sebagai wakil rakyat, semua mesej sedemikian harus diteruma dan dijadikan panduan untuk meneruskan tanggungjawab dengan baik", katanya.  

Pada masa yang sama beliau menasihati semua rakan Facebook di sini menggunakan kemudahan itu untuk meningkatkan komunikasi dan perpaduan di kalangan mereka.  

Bertemakan 'Menghiris Fitnah dan Menghapuskan Pertualang di Dunia Maya', Program Meet-Up Facebook Belia Sibuti-Miri itu telah disertai kira-kira 160 belia dari sekitar Miri dan Sibuti.  

Ia adalah anjuran Unit Media Baharu Barisan Nasional Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ia julung kali diadakan dalam usaha merapatkan perpaduan di kalangan rakan Facebook.  

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dato Sebastian Ting, Pengarah Biro Tata Negara Roslan Baharuddin dan penceramah Zaini Busrah serta Abdul Aziz Tan Sri Adenan.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda