PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Bongkar. Show all posts
Showing posts with label Bongkar. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Pembangkang Sering Berhujah Tanpa Fakta? #tolakPR #PRU13


Keyakinan pelabur asing terhadap pihak pembangkang sangat tipis kerana mereka sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta.

Pemimpin pembangkang sering memburukkan pengurusan ekonomi negara tetapi sebaliknya indikator negara menunjukkan peningkatan ekonomi mampan walaupun dalam menghadapi krisis ekonomi global.

Ini menunjukkan pihak pembangkang tidak pernah membuat penyelidikan terlebih dahulu tetapi bertindak tanpa fakta yang sahih.

Semoga rakyat sedar bahawa mereka tidak akan ditipu lagi dan kembalikan mandat kepada BN demi pentadbiran ekonomi yang cekap!



Pelabur lari jejas ekonomi

2013/04/26 - 06:28:01 AM Oleh Shamsul Kamal Amarudin BHarian Online

Ipoh: Pelabur luar dijangka cabut lari sehingga mengakibatkan ekonomi negara merudum, jika pembangkang berpeluang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei ini.

Propaganda ekonomi

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata tindakan pembangkang sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta menyebabkan keyakinan pelabur terhadap mereka terhakis.

Mereka (pemimpin pembangkang) pergi ke luar negara mendakwa banyak berlaku rasuah dalam negara tetapi pelabur melihat ekonomi Malaysia diurus dengan baik dan pertumbuhan ekonomi mapan walaupun krisis ekonomi global sekarang.

Ini menunjukkan mereka sengaja keluar kenyataan tanpa fakta, tidak melakukan kerja rumah. Pelabur luar tidak suka seperti itu kerana mereka mahukan fakta, katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choi, di sini, semalam.

Ahmad Husni berkata, sehingga kini, pelabur menunjukkan keyakinan tinggi terhadap transformasi ekonomi menerusi kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berasa ragu dengan pelan ekonomi pembangkang.

Dorongan semangat

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menceritakan seorang rakannya, yang sering mendapat kedudukan lima tercorot dalam peperiksaan sejak darjah satu hingga tingkatan lima, memberi kejutan dengan mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, keajaiban itu berlaku selepas rakannya itu yang sering pitam setiap kali melihat darah, diberitahu satu daripada cara mengubati fobia ialah dengan menjadi doktor.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, April 4, 2013

Mengundi Untuk PAS Sama Maksud Mengundi Untuk DAP! #PRU13 #Najib4PM


Dinosaur PAS nyanyuk tahap gaban ini memang terkenal mengeluarkan fatwa songsang bersesuaian dengan nafsu serakah politiknya sahaja!

Sekarang ini undi kepada PAS bererti mengundi DAP. Kalau Lim Kit Siang sanggup menggunakan logo PAS untuk meraih undi Melayu, samalah maksudnya undi DAP ertinya undi PAS?


PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

Oleh MOHD. HAFIZ ABD.MUTALIB


NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, July 12, 2012

Anwar Ibrahim Bakal Menghadap ke Mahkamah Rayuan!!


10 Alasan untuk menyumbat Anwar selama 20 tahun







1) Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) meragui integriti sampel DNA yang didapati daripada Mohd Saiful.

2) HMT telah mendapat DNA yang padan dengan lelaki 'Y' antara ekstrak air mani dengan sampel dari lokap yang digunakan oleh Anwar Ibrahim.

3) HMT membenarkan Anwar Ibrahim untuk membela diri diakhir kes berdasarkan DNA daripada sampel air mani yang diragui integriti

4) HMT gagal untuk memberi keputusan yang berjaya dibuktikan bahawa fakta yang diberikan oleh pendakwa adalah benar dan sukar untuk diragui.

5) HMT gagal menilai keseluruhan keterangan baik dari segi pengendalian bahan bukti.

6) HMT memberi keputusan yang sukar untuk diterima kerana terpengaruh dengan keputusan penilaian yang tidak lengkap oleh saksi pembelaan.

7) HMT sangai terhadap kepakaran dan pengalaman yang ditonjolkan oleh saksi pendakwa

8) HMT tidak dapat memberi pertimbangan yang mutlak kerana percaya kepada pengendalian secara teori semata-mata dan bukan terhadap fakta daripada pengendali sampel bahan bukti.

9) HMT sangsi dengan bahan bukti walaupun sudah dimeteri.

10) HMT menjadikan bahan bukti yang tidak cukup sebagai asas untuk membenarkan Anwar masih bebas walaupun pakar bahan bukti pendakwa sudah menyatakan dan menyangkal pelbagai kemungkinan yang bakal ditimbulkan oleh pihak pembelaan untuk meragui bahan bukti.

Semoga Hakim Mahkamah Rayuan akan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan menyabitkan Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau disebat jika dibuktikan bersalah!


Pihak Pendakwa Beri 10 Alasan Untuk Mahkamah Rayuan Sabitkan Anwar Tuduhan Meliwat

Rabu Julai 11, 2012



KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.

Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa "male Y" yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari 'semen extract' (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

"Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

"Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," kata pihak pendakwaan.

Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful.

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan.

Pada 9 Januari, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

Sunday, July 8, 2012

Pembangkang Cenderung Menuju Keruntuhan Akhlak!?


Pembangkang tidak suka membimbing rakyat ke arah kebaikan. Mereka suka membawa rakyat ke arah kehancuran dunia dan akhirat. Baru-baru ini mereka mendesak agar hutang tidak perlu dibayar, budi tidak payah dikenang dan janji tak payah nak kota.

Banyak contoh yang boleh dilihat dari Selangor, Pulau Pinang , Kedah mahupun Kelantan. Isu air, isu dihalau berniaga, isu perkauman dan lebih teruk lagi isu kampung dirobohkan. Isu rasuah sehingga meminta rakyat menampung perbelanjaan untuk membangunkan lebuh raya dan isu kroni yang menjadikan syarikat milik kroni kaya berlipat kali ganda apabila mendapat kontrak daripada kerajaan pembangkang.

Usahlah kita, rakyat yang cerdik lagi terpelajar untuk ditipu oleh pemimpin pakatan pembangkang yang sungguh terdesak untuk berkuasa. Sedangkan negeri pimpinan mereka tidak terkendali, inikan memerintah 1Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum, bangsa dan agama!! Usahlah bermimpi sedangkan akhlak pemimpin pembangkang banyak yang sudah runtuh!?! Ini adalah contoh yang tidakbaik untuk anak dan cucu kita! Ingatlah kerajaan hari ini adalah untuk anak cucu kita kelak!

Budi Tak Perlu Dikenang - PM Kecam Pakatan Didik Perkara Bertentangan Agama.

Friday, 06 July 2012 16:36 Radhi Razak klpos.com



PEKAN 6 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama.

Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".

"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya dalam laporan Bernama menerusi Ucapan pada Majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.

Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.

Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.

Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.

"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi.

"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya.



- Posted using BlogPress from my New iPad

Saturday, July 7, 2012

BN Mampu Selesaikan Masalah Pentadbiran Kelantan Jika Mendapat Mandat!


Jelas dan nyata usaha kerajaan PAS untuk mentadbir Kelantan adalah semakin teruk. Sebelum ini kerajaan Kelantan menganggarkan setiap rakyatnya memberi derma sebanyak RM 1,200 seorang bagi membolehkan kerajaan membina Lebuhraya Rakyat? Kini kerajaan PAS Kelantan tidak mampu menyediakan dana untuk melaksanakan projek bekalan air!!!

Kerajaan BN tidak pernah membebankan rakyat. Rakyat sentiasa didahulukan dalam kerajaan BN dan berupaya untuk membasmi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan PAS, sekiranya mendapat mandat!

Kalau di Kelantan pun PAS tidak dapat mentadbir bagaimana pula menjaga Sibuti yang masih memerlukan hospital besar, universiti, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi keperluan untuk menjadi bandar yang membangun?


Kerajaan Kelantan Tidak Mampu Sedia Dana Selesai Masalah Bekalan Air
Sabtu Julai 7, 2012 mStar Online



BACHOK: Kelantan di bawah pemerintahan PAS tidak mungkin mampu menyediakan dana RM2 bilion untuk melaksanakan projek bekalan air bagi keperluan rakyat negeri itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka tidak mempunyai kepakaran, kebijaksanaan dan peruntukan mencukupi untuk menyelesaikan masalah itu walaupun telah diberi peluang lebih 20 tahun memerintah.

"Mereka sehingga sekarang masih terkapai-kapai untuk menyelesaikannya walaupun kerajaan pusat telah banyak membantu," katanya kepada pemberita pada majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bersama Rakyat Bachok di Kampung Tangok di sini, Sabtu.

Awang Adek mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Selasa lepas bahawa negeri itu memerlukan perbelanjaan RM2 bilion lagi bagi menyelesaikan masalah bekalan air. Lebih 300 saudara baru menyertai majlis hari ini yang turut dihadiri Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Muhammad Rais Abdul Karim.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata walaupun pinjaman mudah RM600 juta diberikan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, ia jelas tidak mampu menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata minggu lepas pula kerajaan persekutuan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM26.7 juta, dan ini masih tidak mencukupi. Beliau berkata ini menunjukkan kerajaan negeri tidak bijak mengurus dan tidak mempunyai kepakaran, dan oleh itu tidak lagi layak diberi mandat memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Awang Adek berkata Barisan Nasional akan menyelesaikannya sekiranya diberi mandat pada pilihan raya itu. -BERNAMA

Wednesday, May 30, 2012

Bongkar!?!?! PAS Kelantan Menipu Rakyat Lagi!?!?!?

Berikut adalah kisah benar mengenai pendedahan penipuan kerajaan PAS Kelantan!?!?!  Memang ramai yang tidak yakin dengan kenyataan demikian!?  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut ikutilah pendedahan demi pendedahan penipuan oleh PAS Kelantan di bawah ini!!??
Badut Rakyat @badutrakyat.blogspot.com

satu lagi penipuan Kerajaan Negeri kelantan di bawah PAS terbongkar.sebelum ini berkenaan ladang rakyat.kali ini lebuhraya pulak.kelmarin Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.


Susulan tulisan rakan Blogger RBF Pagi semalam berhubung lebuh raya berkenaan,seorang pembaca menghubungi beliau dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan Pembaca itu tidak menyatakan kepada RBF beliau penyokong parti mana.Saya rasa pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun.Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar.Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan.Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.rakan Blogger RBF mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan beliau.

RBF sendiri ke Bank Islam tengahari semalam untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan.Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali RBF cuba,malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar seperti mana gambar dibawah.Lalu RBF membatalkan hasrat untuk menderma.

Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang Rakan Blogger RBF tulis,anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan .anda semua tak nak syurga ke ??? muahahaha..opsss...

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO.Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.Ianya sungguh memalukan.Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan.Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan.Terpulang kepada Pembaca Badut Rakyat untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ???

Baca Blog Dalam Facebook Anda