PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Monday, April 29, 2013

[Gambar] Meriam BN Tembak Poster PAS di #P218 Sibuti







Sunday, April 28, 2013

[Gambar] Sekitar Perlumbaan Fixie di Padang Majlis Bandaraya Miri #BNPilihanOrang Muda #SokongNajib #undiBN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 26, 2013

Pembangkang Sering Berhujah Tanpa Fakta? #tolakPR #PRU13


Keyakinan pelabur asing terhadap pihak pembangkang sangat tipis kerana mereka sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta.

Pemimpin pembangkang sering memburukkan pengurusan ekonomi negara tetapi sebaliknya indikator negara menunjukkan peningkatan ekonomi mampan walaupun dalam menghadapi krisis ekonomi global.

Ini menunjukkan pihak pembangkang tidak pernah membuat penyelidikan terlebih dahulu tetapi bertindak tanpa fakta yang sahih.

Semoga rakyat sedar bahawa mereka tidak akan ditipu lagi dan kembalikan mandat kepada BN demi pentadbiran ekonomi yang cekap!



Pelabur lari jejas ekonomi

2013/04/26 - 06:28:01 AM Oleh Shamsul Kamal Amarudin BHarian Online

Ipoh: Pelabur luar dijangka cabut lari sehingga mengakibatkan ekonomi negara merudum, jika pembangkang berpeluang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei ini.

Propaganda ekonomi

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata tindakan pembangkang sering mengemukakan propaganda ekonomi tanpa fakta menyebabkan keyakinan pelabur terhadap mereka terhakis.

Mereka (pemimpin pembangkang) pergi ke luar negara mendakwa banyak berlaku rasuah dalam negara tetapi pelabur melihat ekonomi Malaysia diurus dengan baik dan pertumbuhan ekonomi mapan walaupun krisis ekonomi global sekarang.

Ini menunjukkan mereka sengaja keluar kenyataan tanpa fakta, tidak melakukan kerja rumah. Pelabur luar tidak suka seperti itu kerana mereka mahukan fakta, katanya selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choi, di sini, semalam.

Ahmad Husni berkata, sehingga kini, pelabur menunjukkan keyakinan tinggi terhadap transformasi ekonomi menerusi kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berasa ragu dengan pelan ekonomi pembangkang.

Dorongan semangat

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menceritakan seorang rakannya, yang sering mendapat kedudukan lima tercorot dalam peperiksaan sejak darjah satu hingga tingkatan lima, memberi kejutan dengan mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, keajaiban itu berlaku selepas rakannya itu yang sering pitam setiap kali melihat darah, diberitahu satu daripada cara mengubati fobia ialah dengan menjadi doktor.

- Posted using BlogPress from my New iPad

[Gambar] Lawatan Calon BN Haji Ahmad Lai #P218 Sibuti ke Tamu Sayur di Pekan Bekenu





Sungguh ceria calon BN bermesra dengan para pengunjung di Tamu Sayur. Ini merupakan petanda baik, warga Sibuti masih menyokong BN!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gambar] Sekitar Kempen #PRU13 Calon BN Haji Ahmad Lai bin Bujang #P218 Sibuti di Kampung Tanjung Belipat, Niah

























Gambar bersama calon BN di Kampung Tanjung Belipat, Niah, Subis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Jenayah] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Mati!

 Berikut adalah laporan oleh kedahkekl.... Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham.
TERKINI!! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak!!
 McTheory 
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Lebuh Sentosa, Presint 7, pagi ini.
Beliau terkena tiga das tembakan di tengkuk dan pipi berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.  Kejadian berlaku sewaktu beliau berhenti di persimpangan itu sewaktu lampu merah.  Ini adalah kejadian pertama seorang pegawai kanan kerajaan ditembak mati di Putrajaya.

Masih menunggu komen dari pihak polis untuk keterangan lanjut.

AL-FATIHAH

Thursday, April 25, 2013

[Gagal] Poster Kempen PAS Tanpa Permit Dikesan Di #P218 Sibuti #TolakPAS

Berekoran daripada laporan orang awam yang mendapati poster billboard PAS tidak meletakkan permit dan juga maklumat pencetak.  Hal ini dilaporkan kepada Sekretariat BN P.218 Sibuti.  Semoga tindakan yang tegas akan dikenakan ke atas mereka yang bersikap sambil lewa dan tidak menghormati undang-undang berkempen.  Poster ini boleh dilihat di simpang Taman Tunku dan Jalan Lapangan Terbang

Kalau beginilah caranya lain kalilah PAS akan jadi wakil rakyat di Sibuti!! Kah! Kah! Kah!!



Mungkin silauan kepala menyebabkan orang tidak menghiraukan poster kempen ini sehinggalah ada mata-mata yang begitu teliti mencari maklumat lesen permit dan pencetak poster.  Lain kalilah baca undang-undang kempen sebelum nak mula...

Ahmad Lai Yakin #P218 Sibuti Tetap #SokongNajib #PRU13!


Dalam tempoh 4 tahun, Sibuti turut membangun dari segi infrastruktur dan juga kegiatan ekonominya. Tidak hairanlah semakin ramai ahli PBB di kawasan N62 Lambir bertambah bilangannya. Rakyat juga telah melihat apa yang terjadi kepada peluang yang diberikan kepada pihak pembangkang untuk mentadbir Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Semoga warga Sibuti sentiasa bijak memilih pembangunan bersama Najib Razak!

Idoop BN!
Idoop Najib!
Idoop Ahmad Lai!

BN tidak mempunyai masalah pertahan Parlimen Sibuti

22 April 2013, Isnin


SOKONGAN KUKUH: ADUN Bekenu Rosey (dua kiri) dan ADUN Lambir Ripin Lamat (kanan) mengiringi Ahmad Lai (dua kanan) ke pusat penamaan calon Parlimen Sibuti kelmarin.

MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Calon BN Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pilihan raya kali ini merupakan peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri kewibawaan calon BN mahupun calon parti lawan.

“Pertembungan satu lawan satu (BN-PAS) merupakan satu peluang kepada rakyat Sibuti untuk menilai kemampuan calon BN atau PAS dan mereka boleh memilih calon yang diminati,” katanya ketika ditemui kelmarin (Sabtu).

Tambahnya, kawasan Sibuti telah jauh berubah dan nasib rakyat di luar bandar Miri terus mendapat perhatian daripada kerajaan pusat khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemimpin nombor satu negara itu, katanya telah menyalurkan pelbagai kemudahan asas di bandar dan luar bandar tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

“Harapan kita kali ini adalah supaya rakyat Sibuti membuat keputusan yang bijak dan menilai semula kemampuan antara kerajaan BN dan parti luar dalam membela nasib dan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Dalam perkembangan masa, beliau berharap kawasan Bekenu dan Niah akan dinaik taraf menjadi Majlis Daerah jika jumlah penduduk mencecah lebih 35,000 orang.

“Setakat ini, Sibuti hanya mempunyai 17,000 penduduk dan kita percaya hasrat untuk menaik taraf kedua-dua kawasan ini (Bekenu dan Niah) akan menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, rakyat masih memerlukan kerajaan BN jika mereka mahu menikmati pembangunan yang lebih pesat dalam lima tahun akan datang.

Dalam perkembangan lain, tiada isu besar yang akan digunakan pembangkang untuk meraih undi rakyat setempat melainkan memanipulasi isu-isu lama.

“Apa yang penting ialah kita menerangkan kepada rakyat aku janji BN dan manfaatkan manifesto ini kepada rakyat khasnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Ahmad Lai daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bertanding melawan pendatang baharu, Robby@Muhammad Zaid Tandang daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, April 24, 2013

#PRU13 Lagi Khianat Bakar Bendera BN di #P218 Sibuti


Setiausaha Agung BN Sarawak baru sahaja memuji pihak pembangkang yang tidak mensabotaj sesama parti. Hari ini kita mendapat maklumat bendera BN telah dibakar oleh penyokong PAS yang berasal dari Kelantan. Laporan polis sudah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Semoga mereka yang tidak memiliki kesedaran sivik ini didenda kerana tidak menghormati undang-undang PRU13!



Terus patuhi peraturan pilihan raya: Rundi

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 23, 2013, Tuesday

SIJIL PENGHARGAAN: Dr Rundi (empat kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta Perkhemahan Belia Sarawak 2013. Turut kelihatan Ahmad Lai (dua kiri), Ripin (tiga kiri) dan Rosey (empat kiri) di Taman Negara Niah kelmarin.


NIAH: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pada hari pengundian.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu, semua calon termasuk penyokong parti politik mematuhi peraturan SPR dan polis.

“Kita berharap suasana tenang dan aman pada hari penamaan calon dikekalkan sehingga pada hari pengundian (5 Mei depan) dan penyokong parti politik disaran tidak melakukan perkara-perkara yang akan mencetus kacau-bilau,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, semua calon dan penyokong parti politik telah memahami situasi politik semasa dan amalan fitnah atau menghasut di kalangan penyokong tidak berlaku pada hari penamaan calon.

“Perjalanan proses penamaan calon di seluruh Sarawak berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan kita percaya keadaan ini akan berlarutan sehingga hari pembuangan undi,” jelasnya.

Terdahulu, pada majlis perasmian Perkhemahan Belia Sarawak 2013 di Taman Negara Niah kelmarin, Dr Rundi menasihati para belia agar bijak mencari peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Menurutnya, tanpa ilmu pengetahuan seseorang belia tidak akan mempunyai hala tuju dalam kehidupan sedangkan mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menjadi peneraju ke arah pembangunan negara pada masa depan.

“Kerajaan komited untuk melatih para belia supaya mereka berilmu serta berkemahiran seterusnya mengambil peluang dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) yang sedang rancak berlaku.

“Belia harus mempunyai wawasan untuk memajukan diri sendiri dan sekurang-kurangnya mereka menyumbang ke arah pembangunan negeri Sarawak yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau percaya bahawa hasrat untuk melahirkan lebih ramai pekerja profesional seperti doktor, arkitek, jurutera dan sebagainya akan tercapai jika belia sekarang bijak mengambil peluang untuk memajukan diri mereka.

Hadir sama calon BN bagi kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Affendi Keli.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Pekerja Pejabat Daerah Miri Rosakkan Bahan Kempen Calon BN di P.218 Sibuti? #PRU13

Menurut laporan yang diterima, terdapat pekerja di Pejabat Daerah Miri yang merosakkan bahan kempen PRU13 Calon BN di Sibuti...

Kalau marahkan kerajaan sekali pun adakah patut mengoyakkan serta memijak poster bahan kempen?  Beginikah cara pekerja kerajaan membalas jasa apabila diambil bekerja dengan kerajaan? 

Semoga orang yang terlibat segera meminta maaf kepada warga Sibuti yang penat-lelah menggantungkan bahan kempen tersebut.  

Timbalan Residen apabila dihubungi mengenai hal tersebut memberitahu setakat ini tiada laporan atau aduan yang diterima.  Untuk itu beliau meminta Tuai Rumah yang melihat kejadian tersebut untuk melaporkan terus ke pejabat beliau agar tindakan lanjut boleh dijalankan.  Inilah contoh pemimpin yang baik bukan bertindak melulu dan mengikut nafsu.. 

Memang perkara sedemikian tidak dapat dielakkan tetapi kalau boleh berbincanglah dengan saluran yang betul agar penyelesaian dapat dicapai.  Jangan membalas dendam dengan mengoyak dan memijak bahan kempen PRU13...Tak baik tau!!!!

gambar hiasan
Bayangkan kapal terbang BN ini dikoyak?  Memang mengamuk oang yang penat membina rangka sehingga siap struktur kapal terbang BN ini...

[Gambar] Sekitar Lawatan YB Datuk Amar Awang Tengah ke Rumah Duat Sungai Kelintang 23 April 2013 #PRU13 #BetterNation

Siapa kata Ahmad Lai tidak pernah melawat ke Rumah Panjang?  Sebab rumah panjang sekarang dah moden..kalau Ahmad Lai bergambar pun PAS tak akan kenal rumah panjang mana yang cantik molek... PAS tidak sedar di Sibuti banyak rumah panjang molek walau pun pakai cawat lagi memang bijak tak akan undi PAS sampai bila-bila tak akan terjadi...kerana Sibuti Selamanya bersama BN..#BetterNation







[Gambar] Sekitar Hari Penamaan Calon P.218 Sibuti 20 April 2013 #PRU13 #teamsibuti

Penyandang kerusi Parlimen Sibuti disokong oleh 3000 orang yang hadir berbaju biru.  Beliau dicadangkan oleh Dato Usop dan disokong oleh Cr Engkamat.  YB Ripin dan YB Rosey juga hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi suasana di hadapan Majls Daerah Subis.

Pada mulanya pihak penyokong PAS menghadapi masalah teknikal kerana gagal membaca peta untuk berkumpul.  Mujurlah penyokong BN baik hati dan memberi laluan kepada PAS yang seperti telur di hujung tanduk..

Mujurlah juga PAS tidak ditentang oleh PKR di Sibuti kalau tidak sudah sah ada penjual pil kuda berkeliaran di Sibuti....

Semoga BN terus menang di hati warga Sibuti




























































Baca Blog Dalam Facebook Anda