Monday, April 22, 2013

Dr Juanda Dalam Berita Syaitan? #SokongNajib #PRU13 #UndiBN


Menurut MyMassa, Dr Juanda mengecam tindakan PKR Perlis yang menjual nama baik beliau demi kepentingan politik. Mari kita baca berita syaitan ini...

DR. JUANDA KATA PKR PERLIS KURANG AJAR

Isnin, April 22, 2013 |
Oleh MyMassa


DR. JUANDA & DR.ASRI MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA PERDANA MENTERI

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan nama beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai satu tindakan yang “tidak beradab.”

“Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin…saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada.

“Isytihar secara ‘unilateral (sendiri)’ (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.

“Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman telah mengumumkan nama Dr Juanda sebagai calon PKR di Parlimen Kangar dan turut mendakwa dengan pencalonan Mufti Perlis itu PKR yakin menang di kawasan parlimen tersebut.

Pengumuman PKR itu disambut dengan nada yang agak marah oleh Dr Juanda menuduhnya sebagai ‘berita syaitan‘.

“Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap ‘scholar’ belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.

“Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.

“Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN ‘offer’ pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu,” kata Dr Juanda.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda