Friday, April 5, 2013

PKR Masih Bertindih Menuntut Kerusi Bersama DAP!

Baru Bian cuma berani menuntut 12 kerusi bagi PKR tetapi Ketua Cabang PKR Miri Dr Michael Teo sudah menuntut kerusi Miri!  Adakah ini bermakna PKR sudah menuntut 13 kerusi?  Bagaimana pula halnya dengan DAP yang sentiasa menjanjikan kemenangan buat pakatan haram?  

Adakah Chong Chieng Jen akan membenarkan kerusi DAP dirampas terus memandangkan Wong Ho Leng tidak lagi melibatkan dirinya dalam jentera parti PR?  Adakah ini bermaksud Baru Bian tidak menghormati Chong Chieng Jen menyebabkan dia berani menuntut kerusi Miri?  
PKR bertanding 12 kerusi

by Patricia Gari. 5 April 2013, Jumaat
Tiga kerusi belum pasti kerana wujud tuntutan bertindih
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding 12 kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang .

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian memberitahu, kerusi-kerusi itu ialah Mambong, Kota Samarahan, Lubok Antu, Batang Lupar, Hulu Rajang, Saratok, Kanowit, Sri Aman, Julau, Selangau, Baram dan Limbang.

Beliau menambah, tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Mas Gading, Stampin dan Miri yang turut menjadi tumpuan PKR belum dapat dipastikan ketika ini kerana wujudnya tuntutan bertindih antara parti itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan memberitahu, setakat ini calon-calon bagi lima Parlimen iaitu Saratok, Hulu Rajang, Limbang, Batang Lupar dan Baram telah disah dan diumumkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Mereka ialah Ali Biju, 40, bagi kerusi Saratok, Abun Sui Anyit, 39 (Hulu Rajang), Abang Zulkilfi Abang Engkeh, 54 (Batang Lupar), Roland Engan, 40 (Baram) dan Baru Bian, 54 (Limbang).

“Hari ini kami memperkenalkan tujuh calon berpotensi untuk tujuh lagi kerusi Parlimen yang sudah sah PKR bertanding mereka ialah Nicholas Mujah, 25 (Sri Aman), Thomas Laja, 59 (Kanowit), Ramlan Rahmat, 64 (Kota Samarahan), Andy Wong Hong Yu (Julau), Joshua Jabeng, 63 (Selangau), Nicholas Bawing, 64 (Lubok Antu) dan Willie Mongin, 38 (Mambong),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri di sini semalam.

“Saya mahu memberi jaminan di sini, calon-calon untuk tujuh kerusi ini disyorkan selepas pemilihan dilakukan dengan penuh teliti selain mendapat pandangan semua pihak.

“Sebab itu parti yakin mereka ini adalah calon terbaik dan diyakini boleh membawa kemenangan kepada parti,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu bahawa senarai muktamad calon akan diumumkan oleh Anwar pada 11 April ini di Kuching sempena lawatan kerjanya ke Lubok Antu dan Selangau.

Pada sidang media sama, Baru menyangkal khabar angin mengatakan calon berpotensi PKR untuk Parlimen Lubok Antu dan Selangau telah dibeli oleh Parti Pekerja Sarawak (SWP) supaya mereka keluar daripada parti.

“Memang SWP cuba mendekati calon berpotensi kami (Nicholas Bawing dan Joshua Jabeng) tetapi tawaran mereka itu ditolak.

“Sebab kenapa Lubok Antu dan Selangau menjadi pilihan SWP, saya kurang pasti, yang pasti kerusi itu adalah dua daripada enam kerusi milik PRS (Parti Rakyat Sarawak) mahu dikuasai SWP…mungkin,”ujarnya.

Ditanya sama ada benar, Anwar mempunyai hubungan baik dengan Penasihat SWP Datuk Sng Chee Chua yang dikhabarkan calon berpotensi SWP di Selangau, Baru berkata mereka sememangnya tahu antara satu sama lain dan berkawan sejak lama.

“Sama seperti saya, kalau anda tahu adalah (Tan Sri) James Masing, kawan saya, ya memang beliau kawan saya begitu juga dengan (Tan Sri) William Mawan begitu juga (Datuk Amar) Awang Tengah Ali Hasan.

“Khabar angin mengatakan ada perjanjian antara Anwar dan Sng, setahu saya dan parti perkara ini tidak pernah berlaku…sebab itu adalah sangat penting Anwar datang ke Sarawak pada 11 April ini, diharap beliau akan menjawab segala kekeliruan ini,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Presiden PKR Negeri Ali Biju dan Naib Presiden PKR See Chee Haw.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda