PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Thursday, October 22, 2015
[Video] Ucapan Alu-Aluan oleh YB Rosey Yunus Sempena Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Jambatan Sibuti oleh Ketua Menteri Sarawak pada 21 Oktober 2015
Sunday, October 4, 2015
Monday, April 6, 2015
Silap Mata Terbaik PAS Miri, 2000 Orang Duduk Atas 20 kerusi!!!
Dr.Hatta 'Berjaya Pukau' 2,000 Rakyat Miri
Tuesday, July 23, 2013
Sarawak Rai Kebebasan Dari Penjajah British 22 Julai 2013
Generasi muda diingatkan agar menghargai pengorbanan generasi lalu yang berjaya membebaskan Sarawak daripada penjajahan British. Tanggal 22 Julai 1963, Gabenor British Sir Alexander Waddel telah menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada anak tempatan.
Beliau adalah Tan Sri Stephen Kalong Ningkan. Bersama barisan kabinet yang baharu mereka cuba menentang kebangkitan Indonesia maka gabungan Malaysia adalah paling selamat daripada ancaman Indonesia Raya. Setelah 77 hari merdeka maka Sarawak bergabung bersama Singapura, Sabah dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
Hargailah pengorbanan generasi lalu
Posted on July 21, 2013, Sunday
SIAP SEDIA: Awang Tengah memerhatikan perjalanan raptai penuh pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan yang akan diadakan pada 22 Julai ini di Tebingan Kuching.
KUCHING: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan generasi muda agar menghargai pergorbanan generasi terdahulu atas apa yang dikecapi hari ini.
Jelasnya, pergorbanan itu dapat dihayati dengan menghadiri pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan pada 22 Julai di Tebingan Kuching mulai jam 9 pagi.
“Saya harap generasi baharu akan mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan bersyukur dengan pengorbanan generasi lalu yang meletakkan asas yang kukuh untuk generasi kini meneruskan keadaan yang lebih baik.
“Kita menjangka selain orang awam dari kampung-kampung di bandar ini, kita berharap pelajar-pelajar turut datang meraikan perayaan kita pada 22 Julai ini,” katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, sambutan memperingati tarikh 22 Julai 1963 itu bukan sebagai alas perjuangan politik semata-mata tetapi sebagai wacana melihat perkembangan yang telah dikecapi negeri untuk dihargai.
“Raptai hari ini (semalam) telah dapat dijalankan dengan baik walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.
“Tapi yang penting, ia dapat memaparkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kita yang berlaku pada 22 Julai 1963 serta saya percaya rakyat Sarawak akan sama-sama memberi sambutan memandangkan ini adalah satu cara yang signifikan dalam sejarah perjuangan, pembangunan dan perkembangan yang berlaku di Sarawak,” ujarnya.
Perasmian acara berkenaan dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri.
Turut hadir sama semalam ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang
Tuesday, July 9, 2013
Penemuan TERKINI ARKEOLOGI DI GUA NIAH!
Penemuan terbaru ahli arkeologi mendapati burung kelawar yang menghuni Gua Niah adalah sama dan pernah wujud sejak 50 000 tahun yang lalu.
Burung, kelawar yang sama wujud di Gua Niah sejak 50,000 tahun lalu
Utusan Borneo 8, Julai 2013, Monday
KUCHING: Ahli Arkeologi Dr Christopher M. Stimpson mendedahkan kewujudan spesies burung dan kelawar di Gua Niah yang sama sejak 50,000 tahun lalu baru-baru ini.
Beliau yang baharu sahaja menamatkan penyelidikan ijazah doktor falsafah mengenai kajian burung dan tulang kelawar dari Gua Niah, di University of Cambridge, berkata terdapat bukti jumlah yang besar daripada kelawar dan burung layang-layang pada masa yang panjang.
“Ekosistem gua yang telah diterangkan di bahagian dunia ini bukan satu fenomena baru-baru ini kerana mereka adalah ekosistem kuno,” katanya.
“Kelawar dan burung layang-layang adalah penyumbang utama kepada ekologi gua itu,” katanya pada ceramah kesedaran awam mengenai ‘Perspektif Paleozoological Mengenai Pemuliharaan Biologi di Taman Negara Niah: Bukti Daripada Gua Besar’ di Pusat Biodioversiti Sarawak di Jalan Puncak Borneo di sini.
Ceramah tersebut turut membincangkan hasil daripada analisis burung (Aves) dan kelawar (Mamalia: Chiroptera) tulang yang telah pulih semasa penggalian arkeologi Gua Niah dalam urutan arkeologi sejak 50,000 tahun.
Katanya burung terbabit akan keluar dan menangkap serangga, kembali ke gua dan memberi tenaga kepada persekitaran dalam gua dalam bentuk najis (tahi).
Tahi adalah najis dan air kencing kelawar dan burung yang merupakan baja yang sangat berkesan kerana mengandungi kandungan fosforus serta nitrogen yang tinggi.
“Tahi ini menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga bagi kedua-dua jenis pemangsa invertebrata, seperti tikus kasturi dan cicak,” katanya.
“Burung layang-layang (walit) dan kelawar juga penting dalam diet tempatan pemangsa burung seperti helang dan burung hantu,” katanya.
Menariknya, beliau juga menegaskan bahawa tiada perubahan pada panjang sayap burung walit walaupun landskap serta iklim dan alam sekitar mengalami perubahan dalam 50,000 tahun lalu.
Dengan adanya data ini, Dr Christopher mengesyorkan agar lebih banyak kajian dilakukan terutamanya kepada kapasiti yang dibawa oleh taman negara serta diet burung walit yang menghasilkan sarang hitam.
Ia amat berguna untuk mendapatkan lebih banyak data kata Dr Christopher, memandangkan hutan itu merupakan ekologi semula jadi persekitaran di bawah pemuliharaan biodiversiti sebagai Taman Negara.
Sunday, June 23, 2013
Pelajar TERDEDAH KEPADA ANCAMAN SANG BEDAL di SMK SUAI NIAH
Berikutan masalah ketiadaan air sebelum ini, menurut Pengetua Sekolah SK Suai, bahawa sekiranya pelajar mandi di sungai yang berhampiran kemungkinan besar mereka akan menjadi mangsa sang buaya. Bantuan air yang diberikan juga tidak konsisten daripada pihak yang berwajib.
Menurut ADUN Bekenu pula, terdapat paip pecah yang menjadi punca utama air tidak dapat disalurkan dan berharap pihak JKR akan menyegerakan pembaikan paip air.
JKR harus drastik tangani masalah ketiadaan air di Niah
Posted on June 23, 2013, Sunday
MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) harus mengambil langkah drastik dalam menangani masalah ketiadaan bekalan air bersih yang dialami lebih 1,000 penduduk di kawasan Niah sejak tiga bulan lalu.
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata JKR sebagai jabatan bertanggungjawab harus komited dalam mencari punca sebenar yang menyebabkan air paip tidak dapat disalurkan ke kawasan terjejas.
“Masalah ketiadaan bekalan air bersih hanya dialami penduduk di beberapa kawasan selepas Kampung Bukit Bom, Sepupok hingga ke pekan Niah, SMK Suai dan beberapa kampung berhampiran,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.
Dalam pada itu, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata beliau diberitahu bahawa masalah tersebut berpunca daripada saluran paip ke kawasan berkenaan yang pecah.
“Jangan beritahu saya bahawa sehingga kini mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.
“Ini kerana ia telah menimbulkan banyak kesulitan kepada penduduk di kawasan terjejas termasuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam,” tegasnya.
Rosey memberitahu demikian ketika menghubungi Utusan Borneo untuk mengulas laporan berita yang disiarkan akhbar ini kelmarin berhubung masalah ketiadaan air yang membelenggu lebih 600 pelajar dan guru di SMK Suai, Niah sejak tiga bulan lalu.
Sehubungan itu, beliau menggesa JKR supaya menyegerakan tarikh operasi bagi loji perawatan air baharu untuk Niah yang didakwanya sehingga kini masih belum beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Projek (loji) itu dijadualkan mula beroperasi pada penghujung Mei lalu, namun ia tetap belum beroperasi walaupun sekarang telah masuk penghujung Jun.
“Saya berharap apabila loji itu beroperasi kelak, ia akan menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Sementara itu, Pengetua SMK Suai Abu Saran Sahari ketika dihubungi memberitahu pihak JKR hanya menghantar satu tangki (800 gelen) air ke sekolah mereka semalam.
“Satu tangki amat tidak mencukupi dan ia hanya cukup-cukup untuk memasak dan dijadikan air minum. “Kami tidak rela para pelajar dan guru mandi di beberapa sungai berdekatan yang diketahui dihuni banyak buaya,” ujarnya.
Menurut Abu Saran, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lima tangki air, baharu mencukupi untuk keperluan seharian termasuk mandi dan berharap JKR sentiasa konsisten dalam menghantar bekalan air ke sekolah mereka.
“Saya ada merekod, kadang-kadang mereka hantar sembilan tangki sehari, ada juga hantar setangki sehari dan ada kalanya tiada sebarang penghantaran dibuat pada satu hari.
“Ini amat menyukarkan kami kerana air merupakan keperluan asas paling utama dalam kehidupan seharian,” katanya.
Katanya tujuan beliau menghebohkan masalah ini bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar memberitahu orang luar masalah sebenar yang dihadapi mereka.
“Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan para pelajar tidak mandi sehingga dua hari daripada membenarkan mereka terdedah kepada ancaman sang bedal yang menghuni beberapa sungai berdekatan,” katanya sambil menambah sekolah mereka memang mengalami masalah tekanan air rendah sejak mula dibuka 10 tahun lalu.
Berikutan masalah itu katanya, mereka terpaksa membenarkan para pelajar pulang ke rumah masing-masing setiap minggu walaupun tindakan sedemikian mendapat bantahan daripada ibu bapa.
Wednesday, June 19, 2013
Jangan Termakan Hasutan Pihak Pembangkang
Pihak pembangkang hanya pandai menabur onar untuk mengelirukan rakyat. Sekarang terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah mengambil tanah rakyat. Selesai sahaja kerja menyukat maka tanah yang sudah diwartakan akan diserahkan kepada mereka yang berhak.
Sekarang pembangkang tiada modal untuk memperkecilkan kerajaan BN dan mereka mungkin tahu bahawa tembelang sudah pecah. Kini mereka akan mogok untuk menerima gaji buta tanpa perlu turun ke Dewan Rakyat dan memikul tanggungjawab yang diberikan.
Bak kata pemimpin pembangkang Parlimen berbunyi begini…”Ini kerja ADUN bukan kelaja saya. Saya jaga Parlimen maah…”. Mereka akan menolak tanggungjawab yang diadukan oleh rakyat kepada orang lain. Ini jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak mampu menjadi wakil rakyat khususnya wakil rakyat kalah yang tiba-tiba menang sebab ditipu oleh ketua pembangkang.
Kerajaan BN tidak bohong mengenai NCR
by Mohd Achil Norrlatep. Posted on June 19, 2013, Wednesday
HAK KAMI: Adenan (tiga kanan) menyerahkan warta kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ahmad Lai (dua kanan) di Miri semalam.
MIRI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membohongi rakyat mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.
Katanya, beliau kesal kerana beberapa pihak khususnya di kawasan pinggir bandar termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu mengenai status tanah berkenaan.
“Sukat tanah NCR untuk kesenangan rakyat dikata hendak ambil tanah rakyat, nah sekarang siapa yang berbohong,” katanya pada Majlis Penyampaian Warta Pemberitahuan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di Wisma Pelita, di sini petang semalam.
Turut hadir Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri Unus Tambi.
Menurutnya, penyerahan warta itu adalah bukti bahawa tanah NCR yang disukat oleh pihak JTS sebetulnya milik rakyat sendiri.
“Mari kita sama tolong sebarkan kepada mereka yang tertipu sebelum ini (ketika PRU13) mengenai status tanah NCR, kita perbetulkan.
“Jika ada perkara yang tidak jelas atau tidak berpuas hati, penduduk boleh duduk berbincang dan berjumpa pihak JTS di pejabat,” katanya.
Untuk tujuan pemberitahuan dan penyebaran maklumat sebenar itu, beliau menyeru pihak tuai rumah, penghulu, kaunselor dan semua ketua masyarakat berbuat demikian.
Pada masa sama, Ahmad Lai menasihati rakyat agar tidak mendengar apa-apa yang dihebahkan melalui Radio Free Sarawak (RFS).
“Tidak perlu dengar, RFS tidak beri informasi apa pun kepada rakyat, itu radio menyebar penipuan,” tambahnya.
Wednesday, June 12, 2013
PKR Bakal Hilang HAK Mewakili Rakyat
Ahli Parlimen PKR akan hilang hak untuk mewakili rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah. Kemungkinan besar PRK akn diadakan serentak sekiranya wakil rakyat gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam tempoh masa terdekat.
Sekiranya ini berlaku , rakyat akan tahu seikhlas mana perjuangan wakil rakyat PKR untuk membela nasib rakyat. Kini rakyat mulai sedar wakil rakyat PKR tidak manu bekerja tetapi cuma inginkan nama dan populariti sahaja. Janganlah rakyat menjadi dungu dengan memilih orang seperti ini pula sekiranya diadakan Pilihan raya kecil kelak bagi kawasan ahli parlimen PKR yang gagal mengangkat sumpah.
Ahli Parlimen PKR enggan angkat sumpah mungkin hilang hak sebagai wakil rakyat
Posted on June 12, 2013, Wednesday
MIRI: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan mengangkat sumpah seterusnya memboikot sidang Parlimen pada 24 Jun ini, kemungkinan akan kehilangan hak keistimewaan sebagai wakil rakyat.
Penceramah bebas politik dari Semenanjung Malaysia, Sharif Mahmood, 55, berkata sekiranya Ahli Parlimen PKR enggan berbuat demikian, maka jawatan sebagai wakil rakyat secara sendirinya akan terbatal.
“Jika PKR meneruskan hasrat untuk memboikot sidang Parlimen dan enggan mengangkat sumpah, maka status mereka sebagai Ahli Parlimen secara sendirinya akan terbatal dalam tempoh tertentu.
“PKR hanya ingin mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak menghormati sistem berparlimen di Malaysia kerana cita-cita mereka hanya satu, untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi di Kelantan semalam.
Berbanding rakan sekutunya, PAS dan DAP pula menyatakan pendirian untuk hadir ke persidangan berkenaan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia.
“Ini menunjukkan ketiga-tiga parti ini tidak sehaluan dan sering menimbulkan kontroversi dengan memanipulasi isu-isu sensitif untuk mendapatkan perhatian dan simpati rakyat.
“Saya secara peribadi, PKR ini sengaja mencetuskan revolusi yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya cuba menyemarakkan api kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.
Menurutnya, mana-mana Ahli Parlimen PKR yang enggan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini kemungkinan akan kehilangan jawatan itu dan kemungkinan juga pilihan raya akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu.
“Sebenarnya PKR berasa tercabar dengan hasutan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mereka tidak hadir ke sidang Parlimen, jika tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu dan tuntutan lain.
Sebab itu, mereka berani bertindak memulaukan Persidangan Dewan Rakyat selagi agenda mereka tidak tercapai meskipun dengan cara yang salah,” ujarnya.
Sharif berkata, meskipun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah berlalu, namun parti pembangkang tetap dengan strategi mereka untuk menanam kebencian rakyat kepada BN dengan isu-isu sensitif.
“Sebagai contoh, DAP memainkan isu perkauman antara kaum Cina dan Melayu, manakala PAS pula dilihat mempolitikkan isu keagamaan manakala cubaan PKR menimbulkan kekacauan dan keganasan.
“Mereka tidak pernah sehaluan sejak dahulu lagi kerana ketiga-tiga parti ini sentiasa berlainan idealogi dan mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai meskipun menggunakan taktik kotor,” katanya.
Tuesday, June 11, 2013
15 Jun 2013 Adalah Hari Terbuka Klinik Pakar 5 Hospital Umum Miri
Marilah berkunjung ke Klinik Pakar 5 Hospital Miri untuk mengetahui penyakit tekini hal berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak. Klinik Pakar 5 terdiri daripada doktor pakar dalam hal berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak.
Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda menghidap tanda awal sakit di bahagian hidung, telinga dan tekak yntuk mendapat rawatan dengan lanjut.
Hospital Miri adakan Hari Terbuka dan Forum Awam
Posted on June 11, 2013, Tuesday
MIRI: Jabatan Otorinolaringologi Hospital Miri akan menganjurkan Hari Terbuka dan Forum Awam tentang penyakit telinga, hidung dan kerongkong (ENT) di Klinik Pakar 5, pada 15 Jun bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.
Objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ENT terutama kanser kepala dan leher.
Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu akan merasmikan program itu.
Forum akan membicarakan tentang kanser nasofarinks oleh Dr Doris Evelyn Jong, jangkitan tekak oleh Dr Lim Eng Haw, alahan hidung oleh Dr Chong Khian Lu dan penjagaan telinga oleh Dr Lorna Chin Kin Tze.
Pengunjung juga boleh menjalani pemeriksaan ENT oleh pasukan ENT pada hari tersebut.
Di samping itu, klip video tentang penyakit ENT dan penjagaan harian akan juga ditayangkan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kesihatan dan status kesihatan mereka.
Dalam masa lima tahun lalu, penyakit ENT yang biasa dirawat di Hospital Miri adalah alahan hidung, jangkitan telinga, kanser hidung, jangkitan tonsils dan kurang pendengaran.
Antara simptom awal ENT ialah penglihatan berbayang, bengkak di leher, hidung tersumbat, sakit tekak, susah menelan, kesan darah dalam hingus dan air liur, berdesing dalam telinga, ulser (pecah mulut), tompok putih/merah dalam mulut dan suara serak atau bertukar






















