Tuesday, July 23, 2013

Sarawak Rai Kebebasan Dari Penjajah British 22 Julai 2013

Generasi muda diingatkan agar menghargai pengorbanan generasi lalu yang berjaya membebaskan Sarawak daripada penjajahan British.  Tanggal 22 Julai 1963, Gabenor British Sir Alexander Waddel telah menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada anak tempatan. 

Beliau adalah Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.  Bersama barisan kabinet yang baharu mereka cuba menentang kebangkitan Indonesia maka gabungan Malaysia adalah paling selamat daripada ancaman Indonesia Raya.  Setelah 77 hari merdeka maka Sarawak bergabung bersama Singapura, Sabah dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. 

Hargailah pengorbanan generasi lalu

Posted on July 21, 2013, Sunday

SIAP SEDIA: Awang Tengah memerhatikan perjalanan raptai penuh pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan yang akan diadakan pada 22 Julai ini di Tebingan Kuching.

KUCHING: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan generasi muda agar menghargai pergorbanan generasi terdahulu atas apa yang dikecapi hari ini.

Jelasnya, pergorbanan itu dapat dihayati dengan menghadiri pantomin Majlis Sambutan Kebebasan Sarawak dari Penjajahan pada 22 Julai di Tebingan Kuching mulai jam 9 pagi.

“Saya harap generasi baharu akan mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan bersyukur dengan pengorbanan generasi lalu yang meletakkan asas yang kukuh untuk generasi kini meneruskan keadaan yang lebih baik.

“Kita menjangka selain orang awam dari kampung-kampung di bandar ini, kita berharap pelajar-pelajar turut datang meraikan perayaan kita pada 22 Julai ini,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, sambutan memperingati tarikh 22 Julai 1963 itu bukan sebagai alas perjuangan politik semata-mata tetapi sebagai wacana melihat perkembangan yang telah dikecapi negeri untuk dihargai.

“Raptai hari ini (semalam) telah dapat dijalankan dengan baik walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Tapi yang penting, ia dapat memaparkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kita yang berlaku pada 22 Julai 1963 serta saya percaya rakyat Sarawak akan sama-sama memberi sambutan memandangkan ini adalah satu cara yang signifikan dalam sejarah perjuangan, pembangunan dan perkembangan yang berlaku di Sarawak,” ujarnya.

Perasmian acara berkenaan dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri.

Turut hadir sama semalam ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda