Deepak Kecam Rafizi, Cabar Kemukakan Bukti
Oleh klpos Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR 8 Jan - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini meminta agar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.
"Saya minta Rafizi mengaku saja, siapa sebenarnya yang bagi dokumen tersebut kepadanya...jangan menyusahkan orang," kata kepada pemberita pada sidang media di sebuah hotel di Ibu Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafizi sebelum ini berhubung terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen miliknya kepada Rafizi berhubung transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Rafizi, Deepak telah menyerahkan dokumen itu kepada individu tertentu (pihak ketiga) yang telah dihubungi dengan harapan ia (dokumen) akan dibawa ke pimpinan PKR.
Sementara itu, Deepak turut meminta agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauhkan Rafizi dari dirinya.
Menurut Deepak, dia tidak percaya dengan Rafizi dan berharap agar kenyataan yang diberikan olehnya tidak diputar belitkan semata-mata kerana duit.
"Saya tidak percayakan Rafizi...dan saya minta Anwar jauhkan Rafizi dari saya. Jangan putar belitkan cerita saya demi duit," katanya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Tuesday, January 8, 2013
Mana PKR Rafizi Mahu Letak Muka?
Tuesday, January 08, 2013
Anwar Ibrahim, BN, Cincin Rosmah, Deepak Jaikishan, Isteri Perdana Menteri, PKR, PRU13, Rafizi Ramli, Rosmah Mansur, UMNO
No comments
Anwar sudah berkali-kali menasihati Rafizi agar jangan terlalu mengikut perasaan, inilah akibatnya kerana menabur fitnah berkali-kali tanpa memperdulikan jalan cerita!
Sunday, August 5, 2012
PKR Rafizi Ramli Main Kasar!?
Sunday, August 05, 2012
Dana Luar, Kemaman, National Oversight and Whistleblowers, NOW, PKR, Politik, PRU13, Rafizi Ramli
No comments
Rafizi cuba membawa platform untuk menjana politik beliau!? Kononnya minta sumbangan daripada rakyat tapi inilah akaun yang akan digunakan oleh dana dari Turki untuk masyuk!
Selepas ini tumbanglah Azmin dan Sam Ketot! Rafizi sudah mahu main kasar!!?
Selepas ini tumbanglah Azmin dan Sam Ketot! Rafizi sudah mahu main kasar!!?
NOW – Satu Lagi Platform Kemasukan Dana Turki???
Oleh gelagatanwar
Untuk seorang yang baru sahaja dituduh di mahkamah dalam isu BAFIA, nampaknya Rafizi memang tak pandai duduk diam. Secara bersahaja, Rafizi menubuhkan sebuah lagi NGO baru yang dikatakan bakal menjadi tapak perjuangan Rafizi di dalam PKR. Kita semua tahu, nasib politik Rafizi di dalam parti tidaklah begitu bagus. Bertanding (cuba untuk bertanding) dan kemudiannya tarik diri. Shamsul Iskandar pun tak mampu Rafizi tewaskan, kerana Sam adalah ‘adik angkat’ kepada Azmin.
NOW – memang ditubuhkan, selari dengan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Semua orang dalam PKR tahu, mereka sedang menantikan DANA besar dari Turki yang dikatakan akan tiba ke pantai Malaysia dalam banyak cara dan kaedah. Semuanya memerlukan transaksi yang sahih dan bernas. Makanya, memang menjadi tanggungjawab besar PKR, untuk memastikan DANA besar ini sampai dalam keadaan yang selamat.
Syarat Turki (Erdogan) mudah sahaja. Semuanya mesti dilakukan secara sah. Zaman untuk memberi dana secara songlap dan gelap dah berlalu. Kalau ada pun, ianya dari sumber yang lain – dan bukan dari Turki.
Memang ada platform lain yang boleh digunapakai: akaun SUARAM, akaun Malaysiakini, akaun parti – tapi bagi pastikan kawalan penuh kepada wang Turki, NOW ditubuhkan. Signatories – Anwar, Azizah dan seorang akauntan lain. Orang lain jangan ganggu. Azmin juga tak terlibat.
Agenda NOW adalah seperti berikut:-
1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.
Mewah Rafizi lepas ni layan dana Turki!
Thursday, August 2, 2012
Rafizi Pecah Amanah - Bakal Dipenjara 3 Tahun Atau Denda RM 3 Juta?
Thursday, August 02, 2012
BAFIA, Isu Lembu, Kemaman, NFC, PKR, PRU13, Rafizi Ramli, Selangor, Shahrizat Jalil
No comments
Apabila menjawat tugas yang perlu mengendalikan perihal sulit yang termaktub dalam BAFIA, maka kita hendaklah melakukannya dengan penuh integriti dan amanah.
Janganlah menjadi seperti Rafizi yang telah pecah amanah dan kini akan didakwa di mahkamah. Jika sabit kesalahan maka dia mungkin dipenjara 3 tahun atau denda 3 juta atau kedua-duanya sekali!
Peringatan kepada pegawai yang menguruskan hal berkaitan dengan kewangan dan akaun, jangan jadi seperti Rafizi Ramli, whistleblower yang bijak bukan seperti beliau!!!
Rafizi mengaku tidak bersalah dedah penyata akaun berkaitan NFC
Utusan Borneo 2 Ogos 2012, Khamis
SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.
Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.
Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semulakedua-dua kes pada 10 Sept ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyediakan dana khas bagi membiayai kos guaman MohdRafizi iaitu RM500,000 atau 10 peratus daripada dana RM5 juta yang disediakan di bawah peruntukan untuk pemberi maklumat kepada kegiatan rasuah.
Dana RM5 juta itu merupakan peruntukan yang disediakan di bawah Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini semalam. — Bernama
Thursday, May 24, 2012
Penggulungan Debat KJ Lawan Rafizi Lembu?
Thursday, May 24, 2012
Debat KJ Lawan Rafizi, Debat Sinar, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, PKR, PRU13, Rafizi Ramli, UMNO
No comments
Berikut adalah video penggulungan debat antara KJ dan Rafizi Lembu. Paling menarik adalah Pakatan Haram mahu mansuhkan hutang PTPTN tetapi kerajaan Selangor yang kononnya nahu mansuhkan yuran pra-sekolah yang tertulis dalam manifesto PRU12 mereka pun belum terlaksana tetapi berhasrat begitu tinggi ke menara gading!
Pakatan Haram juga tidak yakin mahasiswa mampu membayar hutang PTPTN kerana dalam kerangka ekonomi mereka tiada yang komited untuk memastikan mahasiswa mendapat gaji yang lumayan untuk membayar balik hutang PTPTN!?! Berbanding dengan kerajaan BN yang telah mengenakan gaji minima agar mahasiswa akan menerima gaji yang lebih tinggi untuk menjana pekerja yang berpendapatan tinggi menjelang 2020 kelak!?!?
Papagomo, 'Part Ini Lah Yang Buatkan Rafizi Ramli Tercirit Dalam Seluar', www.papagomo.com, 24 Mei 2012, http://www.papagomo.com/2012/05/part-ini-lah-buatkan-rafizi-ramli.html dicapai pada 24 Mei 2012.
Posted from my iPad
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Pening Kepala Tipu Muslihat PTPTN Tak Menjadi!!?!!?
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Mohammad Arifiriazul Paijo, PAS, Pemuda PAS, Perintis, Petronas, PKR, Rafizi Ramli
No comments
Pelan Anwar kantoi lagi!!??!? Kali ini untuk memenangi pengundi yang mempunyai hutang dengan PTPTN, Anwar menjanjikan hutang mereka langsai begitu sahaja!!?!? Amboi-amboi seronoklah macam tu!!?? Tipu sana-sini!!?? Janji PRU12 pun belum selesai dah pandai buat janji baru!!? Inilah Ketua Pembangkang yang pandai putar-belit!!!?!? Sini pusing sana pusing lama-lama kepala pun pusing!?!?!
Senang je ikut kepala dia hutang PTPTN guna wang Petronas!?!? Iyerlah Rafizi Ramli dulu pernah kerja Petronas dan spy mereka sekarang Arifiraizul Paijo pun kerja dalam i-Perintis, segala maklumat IT Petronas bolehlah dia bagitau kat Anwarinas dan kaum PAS!?!?!?
Pelan Anwar tidak munasabah
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.
Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.
"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.
"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu.
"Oleh itu, apakah bermakna Anwar akan naikkan cukai? (Kalau) tak naik cukai, nak 'dicukai' dengan pendapatan Petronas pula. Petronas pun sebuah syarikat dan kalau kita 'perah' habis-habis, sampai masa ia tak boleh melabur. Ini dia (Anwar) tak ambil kira,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bersama warga Kementerian Pelajaran sempena Dialog Nasional Pendidikan Negara di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.
Muhyiddin mengulas cadangan Anwar untuk menggunakan keuntungan Petronas bagi menampung pembiayaan pendidikan negara selepas memansuhkan PTPTN.
Kata Timbalan Perdana Menteri, segala perancangan Anwar adalah 'cakap-cakap' politik bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mudahnya nak pilihan raya ini, (cakap) pinjaman PTPTN tak perlu dibayar. Ini bermakna kita tidak bertanggungjawab. Semua pinjaman perlu dibayar.
"PTPTN perlu kekal sepanjang masa untuk membiayai pendidikan. Kita perlu fikir jangka panjang. Jangan fikir keuntungan politik jangka pendek. Itu yang Anwar boleh buat,'' tegasnya.
Mengenai kenyataan Anwar yang yakin BN tidak akan mampu merampas semula Selangor, katanya, apa yang dikatakan Anwar adalah tidak penting kerana rakyat menjadi penentu segala-galanya.
"Biarlah, itu pandangan dia. Namun, saya tak fikir apa Anwar cakap itu penting. Apa yang saya pentingkan adalah apa rakyat Selangor fikirkan.
"Apa yang utama adalah apa yang dikatakan rakyat. Apakah mereka puas hati dan apakah janji-janji pembangkang telah terlaksana atau janji hanya tinggal janji? "Kita pun tahu banyak yang mereka janji masih tidak ditunaikan,'' tambahnya
Subscribe to:
Posts (Atom)












