PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Thursday, January 27, 2011

Kerajaan Tidak Akan Berhenti Membantu Rakyat - Ahmad Lai

Kerajaan BN pimpinan PM memang berada dalam landasan yang tepat untuk bergerak melalui transformasi!!??  Dengan adanya BR1M membuktikan BN boleh bersaing dengan negara maju yang lain!!??

Pemimpin BN sedar bahawa rakyat hendaklah sentiasa dibantu baik dari segi ekonomi, pembangunan sosial, kebudayaan, keagamaan dan juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik!!??  Cuba lihat pihak pembangkang yang tidak pandai mentadbir kerajaan negeri mereka!!??  Mereka ini terdiri daripada pakar penjual barang atau salesman dan juga kaki ampu dan bukannya pandai sangat untuk mentadbir negeri!!??  Inilah sebabnya di Pulau Pinang mereka merasuahkan rakyat dengan RM100 dan juga anak yang baru lahir!!??  Kalau diikutkan sebenarnya mereka ini telah ditebus untuk berdiam diri agar kerajaan negeri dapat menggadaikan tanah mereka untk mengaut keuntungan!!!???  

Bersyukurlah kerajaan BN tidak sedemikian!!??  Semoga rakyat bijak memilih apabila tiba masanya kelak!!
BR1M bukti kemampuan BN
Oleh ASHLEY ANGGAT
pengarang@utusan.com.my 

AHMAD Lai Bujang (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima BR1M pada majlis penyampaian sumbangan RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri, kelmarin.


MIRI 26 Jan. – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah bukti kerajaan sentiasa menunaikan janji dan komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, penyerahan bantuan berkenaan juga sebagai bukti kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir dan membangunkan negara.

Menurutnya, setiap apa yang dijanjikan oleh kerajaan akan ditunaikan dan rakyat harus bersabar kerana bantuan serta pembangunan yang dilaksanakan bukannya sesuatu yang boleh datang dalam sekelip mata.

“Sehubungan itu, rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan propaganda politik pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kerajaan terpaksa meminjam dana dari luar untuk membiayai BR1M.

“Negara kita tidak meminjam dana dari luar untuk membayar BR1M kerana ia adalah hasil daripada sumber kekayaan negara kita sendiri,” katanya pada Majlis Penyampaian BR1M RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.

Ahmad Lai berkata, bantuan BR1M adalah cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota Kabinetnya ketika bermesyuarat mencari jalan dan perancangan untuk membantu setiap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang tidak tersenarai sebagai penerima dalam fasa pertama penyerahan BR1M supaya bersabar kerana proses penyerahan bantuan berkenaan akan diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga.

“Kerajaan tidak akan berhenti membantu rakyat tidak kira sama ada di kawasan luar bandar serta di pedalaman dan sentiasa menunaikan janji bagi memastikan nasib rakyat di negara ini sentiasa terbela.

“Pemberian BR1M adalah untuk semua lapisan masyarakat dan ini juga bukti kepada keikhlasan kerajaan yang tidak memandang ideologi politik dalam membantu rakyat,” ujarnya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda