Konstituensi Lambir digesa siap sedia hadapi kemungkinan banjir
Posted on December 6, 2012, Thursday
MIRI: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di konstituensi Lambir diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran musim landas ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat memberitahu, ahli JKKK perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca pada waktu ini dan mempersiapkan diri untuk turun padang menghulurkan bantuan jika diperlukan.
“JKKK perlu berwaspada sentiasa dan memaklumkan segera kepada penduduk serta pihak berkuasa jika banjir berlaku dan paras air semakin naik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.
Ini kerana menurut beliau, JKKK perlu bekerjasama dengan penduduk kampung di peringkat awal dengan membantu memindahkan harta benda ke kawasan lebih tinggi, agar keadaan lebih mudah bagi mereka jika diarah untuk pergi ke pusat pemindahan mangsa banjir.
Katanya, ahli JKKK juga berperanan dalam membantu pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis dan Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.
“Setiap ahli JKKK juga perlu mempunyai nombor-nombor pihak berkuasa ini bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan ataupun melaporkan perkara yang terjadi atau keadaan banjir di kawasan masing-masing, secara terus,” katanya.
Dalam pada itu, Ripin turut mengingatkan penduduk kampung terutama mereka yang tinggal di tebing-tebing sungai dan di tepi laut supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri lebih awal jika mereka perlu untuk berpindah.
“Sentiasa perhatikan keadaan cuaca dan paras air bagi mengelakkan diri menjadi kelam-kabut dan panik banjir berlaku, termasuk air pasang besar, bagi yang tinggal di tepi laut.
“Kita tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku kelak, terutama pada musim landas ini dan golongan nelayan diminta supaya tidak turun ke laut jika cuaca buruk, bagi mengelak terperangkap dalam hujan ribut selain ombak besar yang boleh membahayakan mereka,” tambah beliau.
Ripin yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri memberitahu, setakat ini, kawasan di Lambir masih terkawal, namun banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Dalam, Kampung Kuala Bakam, Taman Tunku, berikutan kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air selain sistem perparitan yang dipercayai tersumbat akibat sampah sarap yang hanyut.
Manakala di Kampung Sungai Dalam, penduduk diminta berjaga-jaga kerana paras air sungai dijangka semakin naik jika hujan lebat masih turun berterusan.
Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai keadaan banjir di Miri boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri menerusi talian 085-433205.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label ADUN Lambir. Show all posts
Showing posts with label ADUN Lambir. Show all posts
Thursday, December 6, 2012
JKKK Lambir Siap Sedia Hadapi Musim Landas
Thursday, December 06, 2012
ADUN Lambir, Banjir, JKKK, Lambir.Ripin Lamat, LANDAS, Miri, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sibuti
No comments
Setiap ahli JKKK di Lambir digesa untuk bersiap-sedia menghadapi musim landas. Ini kerana cuaca buruk yang tidak menentu mungkin akan mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan rendah.
Meskipun agensi kerajaan akan membantu sekiranya banjir berlaku namun pihak JKKK diminta untuk bersedia memberi bantuan bagi memudahkan proses perpindahan ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir melanda.
Walaupun pada masa kini, paras air masih dalam keadaan terkawal, setiap ahli JKKK harus bersikap proaktif dan memerhati perubahan cuaca yang mendadak dan paras air di kawasan mereka. Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri iaitu pada talian 085 - 433205 untuk mengetahui mengenai keadaan banjir di kawasan mereka.
Monday, June 25, 2012
Ripin Cuma Mahu Taib dan Najib Disokong?
Ripin mahu calon baru di Sibuti? Mungkin inilah sebabnya Ripin mengiringi Safri untuk berkempen menggantikan Ahmad Lai? Ripin pun tidak meminta rakyat untuk berdiri di belakang Ahmad Lai tetapi Safri, Taib Mahmud dan Najib Razak. Adakah ini contoh perang saraf dan gerak saraf daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri?
Menurut akhbar See Hua Daily, Ripin berkempen untuk Safri sehingga Safri begitu yakin dia adalah calon boleh menang Sibuti. Walau bagaimana pun akar umbi masih kukuh memberikan sokongan kepada Ahmad Lai dan tidak mahu dia diganti kerana hasil daripada usaha Ahmad Lai dapat dilihat walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat! Semoga Ripin memikirkan semula pendirian beliau agar menyokong Ahmad Lai dan tidak memburukkan keadaan apabila membawa calon luar dan bukan anak tempatan?
Rally behind Taib and Najib, urges Ripin
Posted on June 25, 2012, Monday
NGILING TIKAI CEREMONY: Ripin (fourth left), Ahmad (second left) joining the headmen for the ‘ngiling tikai’ ceremony by rolling up a mat.
MIRI: The people must rally behind State BN chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who have led Sarawak and Malaysia to great heights of achievements.
Stating this, Lambir assemblyman Ripin Lamat said BN component parties must also stand behind the two leaders together with the people.
“Unity and support among component parties is what is needed as the general election nears,” said Ripin during the closing ceremony, ‘Ngiling Tikai’, held at Rumah Langgi near here yesterday. Also present were member of parliament for Sibuti Ahmad Lai Bujang and headmen from the Sibuti area.
According to Ripin, the election is fast approaching and the people’s support is needed.
Through the 1Malaysia concept, people must continue to uphold the spirit of working together.
Ripin said that with the second wave of development spearheaded by Taib, basic needs, electricity, road and water supply are now coming into rural areas even though its takes time to implement them.
What is important is that party leaders and members must unite behind the top BN leadership to ensure that development can continue to be channelled, he said.
On the other hand, he urged longhouse folk to be alert as outsiders would be moving around to smear and tarnish the image of current BN leaders.
Ripin, who is also a Political Secretary to the Chief Minister, said the BN government is concerned about the people’s interests and problems.
Monday, April 16, 2012
BN Mampu Meraih Sokongan Ahli Untuk Mempertahankan Sibuti!!?!!?
Monday, April 16, 2012
ADUN Lambir, Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, Lambir, Parlimen, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti
1 comment
Memang benar BN tiada masalah sekiranya ahli Barisan Nasional di Sibuti semua turun mengundi Barisan Nasional!??!?! PBB sahaja mempunyai keahlian seramai 10 000 orang belum lagi ditambah dengan parti komponen BN yang lain seperti SUPP, SPDP, PRS dan Kelab BN Sarawak!!!?? Sekiranya mereka ini semua mengundi BN maka pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menawan Sibuti!?!?!
10 tahun yang lalu Lambir dan Bekenu cuma dihubungi melalui jalan batu dan perahu panjang sahaja!!!?? Lihatlah sekarang jalan berturap, air bersih dan juga elektrik dapat dinikmati!!?? Mungkin tidak lama lagi Bekenu dan Lambir akan mengikuti jejak langkah Betong menjadi daerah di Sarawak!?!?!? Ini akan tercapai dengan adanya pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional!?!?!? Semoga BN tetap di hati rakyat!?!?!?
BN tiada masalah pertahan kerusi Parlimen Sibuti, kata Ripin
Posted on April 16, 2012, Monday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kerusi P218 Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat memberitahu, majoriti penduduk luar bandar khususnya di konstituensi Sibuti masih berpegang teguh menyokong BN.
“Kami melihat rakyat di konstituensi Parlimen Sibuti merupakan penyokong kuat BN dan kami yakin akan mempertahankan kerusi itu pada PRU kelak,” katanya ketika ditemui semalam.
Mengulas mengenai usaha PAS meletakkan calon bumiputera (Iban) untuk bertanding di kerusi P218, beliau memberitahu ia hanya satu cara untuk meraih sokongan rakyat.
“Kami percaya masyarakat Iban berfikiran matang dan profesional dalam menentukan kerajaan yang terbaik untuk mereka dan mereka tidak akan menyokong parti yang pernah menghina masyarakat Iban,” ujarnya.
Beliau memberitahu, presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat Iban pada pilihan raya kecil Batang Ai lalu dan ia masih dalam ingatan kaum itu.
“Sekarang adalah masa terbaik untuk menolak parti luar daripada menapak kaki ke Sarawak bahkan parti yang pernah menghina kaum di Sarawak dahulu perlu disenaraihitamkan,” katanya.
Ripin menjelaskan, hampir sebahagian besar kaum Iban terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan dan mereka dapat berfikir secara rasional untuk memilih kerajaan.
“Kaum Iban perlu menolak ideologi pembangkang dan cubaan mereka meletakkan calon daripada kaum itu pada PRU kelak adalah satu cara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat,” jelasnya.
Selain itu katanya, kerajaan telah banyak berusaha membangunkan kawasan luar bandar bahkan sebahagian besar kawasan itu dilengkapi infrasktruktur asas,” tegasnya
Thursday, April 12, 2012
Aktifkan Bilik Gerakan Untuk PRU13 - Ripin Lamat!!??
Thursday, April 12, 2012
ADUN Lambir, Bilik Gerakan PRU13, Parlimen, PBB, PRU13, Ripin Lamat, Sibuti
No comments
Bilik Gerakan yang paling berkesan adalah di peringkat akar umbi!!?? Untuk itu ahli-ahli PBB hendaklah sentiasa peka kepada isu dan masalah yang disuarakan di peringkat ranting mereka!!?? Mereka juga hendaklah menyalurkan terus kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya sekiranya di luar kuasa dan jagaan mereka!!?!?
Mereka juga hendaklah bersikap proaktif untuk memberi khidmat kepada penduduk di kampung mahupun di rumah panjang!!!?? Mereka inilah menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan keberkesanan progam pembangunan dan transformasi kerajaan yang berlangsung sekarang ini!?!?!
Mereka juga merupakan pemimpin di peringkat akar umbi untuk menyalurkan maklumat dan isu daripada rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya!!?? Janganlah memandang remeh tugas mahupun jawatan di peringkat ranting kerana ianya merupakan tanggungjawab dan memainkan peranan yang besardalam kerajaan Barisan Nasional!!?
Cawangan kecil PBB berperanan beri khidmat kepada penduduk
Posted on April 12, 2012, Thursday
MIRI: Cawangan-cawangan kecil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih tetap memainkan peranan yang amat penting, terutama dalam memberi khidmat kepada penduduk di kampung dan rumah panjang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, kehadiran ahli-ahli dari cawangan kecil boleh membantu ketua masyarakat atau ketua kaum, khasnya dalam menyebarkan mengenai polisi pembangunan kerajaan.
“Malah anda boleh menjadi mata dan telinga kepada parti (bahagian induk) dan kerajaan untuk mengetengahkan masalah rakyat serta memberikan maklumat yang tepat mengenai program-program pembangunan kerajaan untuk rakyat.
“Jangan lupa, anda juga adalah pemimpin bagi parti ini (PBB) di peringkat akar umbi di kawasan anda, sama ada menyampaikan isu ataupun menyebarkan isu-isu berkenaan parti,” tambahnya.
Ripin memberitahu demikian dalam ucapannya semasa bertemu ahli-ahli jawatankuasa PBB Cawangan Lambir, termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanitanya, di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pengerusi PBB Lambir Julani Mokhtar, Ketua Wanita PBB Lambir Kaunselor Zainani Salleh, Ketua Pemuda PBB Lambir Hajis Labau dan Setiausaha PBB Lambir Gapor Isa.
Menurut Ripin, ahli jawatankuasa di peringkat cawangan kecil adalah mereka yang paling rapat dengan penduduk di peringkat akar umbi dan lebih tahu mengenai masalah, isu-isu berbangkit dan keperluan di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu beliau menggesa semua ahli dan jawatankuasa peringkat cawangan kecil supaya sentiasa peka dengan masalah dan keperluan penduduk di akar umbi dan kemudiannya menyalurkannya kepada pemimpin atasan untuk diambil tindakan.
“Masalah atau isu-isu di peringkat akar umbi ini boleh diketahui dengan cepat apabila pemimpin di cawangan kecil ini bertindak terus mengenal pasti punca dan kemudian merujuknya kepada agensi kerajaan atau jabatan berkaitan agar diatasi segera,” tambahnya.
Dalam pada itu dalam mesyuarat yang sama, Ripin turut meminta semua cawangan kecil di bahagian Lambir supaya mengaktifkan bilik gerakan masing-masing memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) kini semakin hampir.
Melalui bilik gerakan ini, ahli-ahli parti katanya boleh terus menggerakkan aktiviti bagi mengetahui masalah rakyat dan menyelesaikannya.
“Dengan adanya komitmen penuh daripada semua cawangan parti dalam bahagian Lambir ini, kita kini bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihan raya, selepas pilihan raya negeri,” katanya.
Tuesday, March 27, 2012
Lancarkan Think Tank Pemuda PBB Secara Bersepadu!?!?!
Tuesday, March 27, 2012
ADUN Lambir, BN, Lambir, PBB, Pemuda PBB, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti
2 comments
Sudah tiba masanya Pemuda menubuhkan think tank secara bersepadu dan tidak hanya tertumpu di peringkat ranting mahu pun cawangan. Usaha ini sedang giat dijalankan di peringkat akar umbi namun tidak banyak yang dapat bergerak kerana masalah teknikal dari segi perlaksanaan dan kewangan?!! Kini pemuda boleh menggunakan TEGAS untuk memastikan penglibatan oleh semua lapisan masyarakat!!?? Semoga think tank ini dapat direalisasikan dengan segera dan berjalan dengan lancar menjelang PRU13!!!???
Pemuda PBB dicadang tubuh kumpulan pemikir
by Steve Annuar. Posted on March 27, 2012, Tuesday
Kumpulan pemikir akan dapat memberi pelbagai idea baharu untuk mantapkan peranan parti: Ripin
MIRI: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini harus menubuhkan sebuah kumpulan pemikir atau ‘think tank” untuk mencambah idea-idea baharu yang dapat menggerak dan memperluaskan peranan parti kepada rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, penubuhan ‘think tank’ antara cara meningkatkan keupayaan Pemuda khasnya dalam menguasai kemahiran-kemahiran baharu untuk memantapkan peranan parti.
Penglibatan aktif Pemuda, katanya, akan merapatkan hubungan antara ahli dan masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti mereka.
“Kumpulan ‘think tank’ ini akan memberi idea-idea baharu kepada kita (Pemuda) untuk mengatur dan merancang aktiviti-aktiviti untuk ahli dan parti, iaitu merancang program-program untuk tempoh sepanjang tahun.
“Antaranya aktiviti yang boleh dianjurkan ialah memancing, bermain bola ataupun konsert. Kita juga boleh menganjurkan aktiviti pendidikan dan pembangunan ekonomi serta aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran ahli kita,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama pemain-pemain bola sepak Zon Sembilan Pemuda PBB di sebuah hotel di sini malam kelmarin.
Kumpulan pemikir ini juga membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran melalui sesi percambahan minda, mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan.
Sehubungan itu, golongan belia Bumiputera termasuk ahli Pemuda PBB juga disaran mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dengan memanfaatkan bantuan Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS).
TEGAS yang pada asalnya dinamakan Tabung Amanah Bumiputera diwujudkan bagi memajukan sosioekonomi kalangan Bumiputera dengan mengutamakan pendidikan dalam bidang teknikal.
Ripin berkata, penguasaan belia Bumiputera dalam pelbagai kemahiran akan membolehkan mereka berkhidmat dalam industri yang dibangunkan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Saya mahu melihat ramai belia kita terlibat dalam SCORE yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan baharu yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan negeri ini,” jelasnya.
Mengulas tentang penyertaan Pemuda dalam sukan bola sepak, Ripin berkata, bakat-bakat mereka akan terus diasah dari penganjuran perlawanan persahabatan antara cawangan.
Penganjuran juga merupakan landasan untuk parti mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Pemuda PBB menerusi sukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)













