Tuesday, March 27, 2012

Lancarkan Think Tank Pemuda PBB Secara Bersepadu!?!?!

Sudah tiba masanya Pemuda menubuhkan think tank secara bersepadu dan tidak hanya tertumpu di peringkat ranting mahu pun cawangan.  Usaha ini sedang giat dijalankan di peringkat akar umbi namun tidak banyak yang dapat bergerak kerana masalah teknikal dari segi perlaksanaan dan kewangan?!!  Kini pemuda boleh menggunakan TEGAS untuk memastikan penglibatan oleh semua lapisan masyarakat!!??  Semoga think tank ini dapat direalisasikan dengan segera dan berjalan dengan lancar menjelang PRU13!!!???

Pemuda PBB dicadang tubuh kumpulan pemikir

by Steve Annuar. Posted on March 27, 2012, Tuesday
Kumpulan pemikir akan dapat memberi pelbagai idea baharu untuk mantapkan peranan parti: Ripin

MIRI: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini harus menubuhkan sebuah kumpulan pemikir atau ‘think tank” untuk mencambah idea-idea baharu yang dapat menggerak dan memperluaskan peranan parti kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, penubuhan ‘think tank’ antara cara meningkatkan keupayaan Pemuda khasnya dalam menguasai kemahiran-kemahiran baharu untuk memantapkan peranan parti.

Penglibatan aktif Pemuda, katanya, akan merapatkan hubungan antara ahli dan masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti mereka.

Kumpulan ‘think tank’ ini akan memberi idea-idea baharu kepada kita (Pemuda) untuk mengatur dan merancang aktiviti-aktiviti untuk ahli dan parti, iaitu merancang program-program untuk tempoh sepanjang tahun.

“Antaranya aktiviti yang boleh dianjurkan ialah memancing, bermain bola ataupun konsert. Kita juga boleh menganjurkan aktiviti pendidikan dan pembangunan ekonomi serta aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran ahli kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama pemain-pemain bola sepak Zon Sembilan Pemuda PBB di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Kumpulan pemikir ini juga membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran melalui sesi percambahan minda, mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan.

Sehubungan itu, golongan belia Bumiputera termasuk ahli Pemuda PBB juga disaran mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dengan memanfaatkan bantuan Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS).

TEGAS yang pada asalnya dinamakan Tabung Amanah Bumiputera diwujudkan bagi memajukan sosioekonomi kalangan Bumiputera dengan mengutamakan pendidikan dalam bidang teknikal.

Ripin berkata, penguasaan belia Bumiputera dalam pelbagai kemahiran akan membolehkan mereka berkhidmat dalam industri yang dibangunkan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Saya mahu melihat ramai belia kita terlibat dalam SCORE yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan baharu yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan negeri ini,” jelasnya.

Mengulas tentang penyertaan Pemuda dalam sukan bola sepak, Ripin berkata, bakat-bakat mereka akan terus diasah dari penganjuran perlawanan persahabatan antara cawangan.

Penganjuran juga merupakan landasan untuk parti mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Pemuda PBB menerusi sukan.

2 comments:

  1. Syabas..and terimakasih atas pautan link anda :)

    ReplyDelete
  2. Akan direalisasikan...jika ada segelintir dikalangan ahli parti yang dapat menerima profesional dalam kalangan mereka...pemikir ini nanti jangan dianggap sebagai saingan atau menggugat kedudukan seseorang...biarlah kita sama-sama bersatu dan berjuang untuk merencanakan dan melaksanakan sesuatu yang terbaik untuk Sibuti...setiap patah perkataan yang diungkap hendaklah disusuli dengan tindakan dan diterjemahkan...bukan sekadar penyedap halwa telinga sahaja...

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda