Sunday, March 18, 2012

Penganalisis Politik Perlu Peka Sebelum Membuat Ramalan PRU13??!!

Memang ramai yang tidak berkenan sekiranya PRU13 diadakan pada awal bulan Jun!!??  Ini kerana tarikh tersebut termasuk dalam musim perayaan di Malaysia Timur.  Sabah mengadakan Pesta Keamatan manakal Sarawak pula menyambut Hari Gawai!!??  Berkemungkinan besar tidak ramai yang akan turun mengundi kerana masih ramai yang berada dalam semangat perayaan!!??  Semoga pertimbangan diambil kira sekiranya ingin meramalkan tarikh PRU13 kelak!!??  Sememangnya Perdana Menteri sudah tahu akan hal ini namun penganalisis politik USCI hendaklah peka sebagai menghormati kaum lain dalam memberi ramalan mengenai tarikh PRU13!!???  Biarlah Perdana Menteri megumumkannya kelak dan ini sudah mengamibil kira berbagai faktor sebelum membuat pengumuman!!?

PRU13: 3 Jun tidak sesuai, tidak sensitif Sarawak, Sabah

Posted Utusan Borneo on March 18, 2012, Sunday
KUCHING: Sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipilih untuk diadakan pada 3 Jun, ia seolah-olah tidak menghormati Sabah dan Sarawak yang menyambut perayaan Hari Gawai dan Kaamatan pada awal bulan tersebut.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tarikh 3 Jun adalah tidak sesuai sama sekali kerana tidak memikirkan perasaan dan hati orang Sarawak dan Sabah.

“Jadi kalau Sabah dan Sarawak dianggap simpanan tetap kepada BN, jangan adakan pilihan raya pada 3 hari bulan,” katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama penduduk Kampung Bako Hulu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Bloomberg yang dipetik mengenai 3 Jun merupakan salah satu tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan PRU13.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong memberitahu, ia sewajarnya diadakan seawal 15 Jun bagi memberi ruang selain menghormati masyarakat menyambut Hari Gawai pada 1 Jun dan Hari Kaamatan pada 31 Mei.

Jelasnya, pertengahan bulan Jun lebih sesuai kerana ada ruang yang besar sehingga bulan puasa yang dijangka jatuh pada 19 Julai.

“Maknanya kita ada ruang besar pada pertengahan bulan Jun hingga Julai,” katanya.

Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu, kepulangan pengundi muda ke kawasan luar bandar jika PRU13 diadakan pada musim Gawai dijangka akan memberi sedikit sebanyak impak.

Jelasnya, pengundi muda yang bekerja di bandar atau luar negeri, yang banyak berada di kawasan luar bandar ketika Gawai bagaimanapun tidak semestinya akan mengundi Barisan Nasional (BN), berbanding pengundi lebih berusia.

“Dari segi peratusan, saya rasa ia tidak melebihi lima peratus dari biasa dan persoalannya di sini adalah sejauh manakah keberkesanan mereka mempengaruhi pengundi lain di luar bandar, itu yang perlu kita ketahui.

“Jika pilihan raya diadakan sebelum Gawai, ia akan mempunyai sedikit perbezaan kerana kita mempunyai pengundi lebih berusia dan kita tahu mereka menyokong BN tetapi dengan adanya pengundi lebih muda, kita tidak tahu dan mungkin mereka ini akan meninggalkan impak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Dr Dusit Jaul memberitahu, ia adalah budi bicara Perdana Menteri tetapi sebaiknya jangan diadakan pada minggu pertama bulan itu memandangkan masyarakat Dayak di Sarawak dan di Sabah masing-masing menyambut perayaan.

Menurutnya, bukan sahaja tarikh itu tidak sesuai, tetapi dari segi persiapan juga boleh terjejas tanpa mengira pembangkang mahupun kerajaan.

“Kita perlu bersiap sedia tetapi bagaimanakah kita bersedia jika kita sedang dalam ‘mood’ Gawai dan menjalankan aktiviti Gawai?

“Ia agak sukar, dan saya pasti kerajaan persekutuan dan terutamanya PM sedar dan mengambil kira perkara ini, apa yang berlaku di Sarawak pada minggu pertama Jun,” katanya.

Beliau turut sependapat dengan Wan Junaidi kerana ia boleh dianggap tidak menghormati masyarakat Dayak jika ia diadakan pada 3 Jun.

“Saya boleh katakan ia bukan sahaja tidak bagus kepada kerajaan tetapi juga rakyat.

“Jika kerajaan tetap mahu mengadakannya pada 3 Jun, kerajaan boleh dianggap tidak sensitif kepada keperluan rakyat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda