Saturday, March 3, 2012

Pemimpin PAS Kebudak-budakan Dan Teruk Dari Kambing!!??

Habis madu sepah dibuang, begitulah yang sedang berlaku dalam kemelut bekas EXCO negeri Selangor!!!??  Bagi yang sudah lupa, kelancaran Dr Hassan menyelar isu Anwar Ibrahim yang cuba memperkudakan rakyat untuk kepentingan peribadi beliau membuatkan EXCO Negeri Selangor ini dilucutkan jawatannya!!??

Akibat daripada perbuatan khianat ke atas beliau maka Dr Hassan Ali telah melakukan banyak pembongkaran dan pendedahan dalam parti PAS!!??  Ini mengakibatkan beliau semakin banyak dikecam dan difitnah oleh golongan bukan ulama dalam PAS yang sememangnya tidak memperjuangkan agama Islam lagi!!??

Siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali??!!
Hasan Ali kata Mahfuz lebih teruk dari kambing...nak saman fitnahnya ditaja KBS RM30 juta   
Jumaat, 02 Mac 2012 22:58  ROSLAN BIAN
 
 
 
TERKINI: Datuk Dr Hasan Ali anggap Datuk Mahfuz Omar lebih teruk dari kambing.Beliau yang geram habis pada Naib Presiden PAS itu nampaknya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengannya di mahkamah.Dr Hasan Sabtu memanggil sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur untuk beritahu beliau sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Mahfuz.

Ini gara-gara Ahli Parlimen Pokok Sena itu main sedap mulut dakwa Kementerian Belia dan Sukan nak menaja 2,000 program ceramahnya dengan kos RM30 juta bagi mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.

Dr Hasan menyifatkan ini satu fitnah jahat Mahfuz untuk memalukan beliau dan keluarganya.

Katanya tuduhan itu dibuat tanpa asas yang lojik.

Serentak dengan itu menjawab satu soalan beliau juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa tokoh koprat Tan Sri Rozali Ismail,Puncak Niaga menajanya.

Namun beliau mempersoalkan apa salahnya jika ada pihak yang ingin memberi sumbangan kepada sebuah NGO seperti JATI pimpinannya.

Dr Hasan juga menamakan Mahfuz dan seorang lain,Ahli Parlimen Kuala Selangor sebagai antara parasit dalam PAS.

Katanya mereka seperti juga Khalid bermulut celupar dan PAS tidak ambil tindakan terhadap mereka.- 3/2/2012 - BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL - OLEH ROSLAN BIAN
Sumber AD

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda