Saturday, March 10, 2012

Jalan Damai Dalam SPDP Bukan Sesuatu Yang Mustahil - Taib Mahmud

Hari ini mungkin Sarawak digemparkan mengenai pandangan Ketua Menteri mengenai penubuhan parti baru politik!!??  Memangg ada kebenaran dalam apa juga yang dikatakan oleh beliau!!??   Semoga pihak yang berkenaan akan berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat mereka untuk menubuhkan parti politik yang baharu di Sarawak!!??

Sekiranya mereka meneruskan juga perjuangan maka besarlah harapan agar Barisan Nasional masih menyinari di hati setiap pemimpin yang berbeza pendapat setakat ini!??!  Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih!!??  Sekarang bukannya masa untuk bercerai namun sebaliknya setiap pemimpin dan ahli komponen parti BN hendaklah bersiap-sedia untuk menghadapi lawan sebenar perjuangan politik setiap individu iaitu memerangi Pakatan Rakyat?!!!  

Bekas Pemimpin SPDP Hadapi Halangan Besar Jika Tubuh Parti Baru, Kata Taib

KUCHING, 9 Mac (Bernama) -- Lima wakil rakyat yang kini tidak lagi menjadi anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menghadapi halangan besar jika mereka menubuhkan parti baru, kata Ketua Menteri, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata sebaliknya, adalah lebih baik jika lima wakil rakyat berkenaan -- Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) -- diberi masa untuk berdamai semula dengan SPDP.

"Saya tidak fikir langkah itu (menubuhkan parti baru) suatu idea yang baik kerana kelak akan timbul banyak halangan yang perlu mereka atasi atau untuk mendapat persetujuan semua parti komponen bagi membolehkan mereka menganggotai Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang spekulasi bahawa sebuah parti baru dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan ditubuhkan untuk memberi tempat kepada kelima-lima mereka, yang digelar media sebagai SPDP 5. Wakil terbabit telah dipecat atau meninggalkan parti itu antara Disember tahun lepas dan Januari tahun ini.

Sumber yang dipetik akhbar berkenaan berkata permohonan telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftar parti itu dan apabila diluluskan, ia akan diterima sebagai parti komponen BN.

Selain SPDP, BN Sarawak dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang diterajui Taib, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Taib berkata "bukanlah sesuatu yang mustahil sama sekali" bagi SPDP di bawah pimpinan presidennya Tan Sri William Mawan dan lima wakil rakyat berkenaan untuk menemui jalan perdamaian.

"Saya rasa tidak begitu elok bagi SPDP membiarkan kelima-lima YB berkenaan berada di luar parti. Keadaan begini tidak baik bagi mana-mana parti," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda