Awang Tengah kecam individu suka menentang projek kerajaan
Utusan Borneo 19 Disember 2012, Rabu
SEBUYAU: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam mengecam beberapa individu yang suka menentang projek-projek kerajaan.
Beliau berkata terdapat beberapa kes di mana projek seperti membawa bekalan elektrik ke luar bandar telah ditangguhkan disebabkan bantahan daripada mereka.
Memetik kes, Awang Tengah berkata kerajaan telah mengalami masalah untuk mendirikan tiang elektrik walaupun di rizab jalan di mana terdapat individu menuntutnya, menyebabkan projek ditangguhkan.
“Di sesetengah tempat, projek terpaksa ditangguhkan kerana tentangan daripada sesetengah orang dan ini akan membawa kesan negatif kepada majoriti yang menginginkan pembangunan,” katanya pada majlis penyerahan pampasan tanah bagi Jalan Kelait-Entangor, di sini.
Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Menteri Kemudahan Awam itu berharap agar rakyat memahami secara mendalam tujuan kerajaan mengambil tanah.
“Apabila kerajaan membeli tanah, ia adalah untuk tujuan pembangunan bagi faedah rakyat dan apabila kerajaan mengambil tanah, ia adalah berasaskan undang-undang,” jelasnya.
Memberikan contoh pembinaan jalan, beliau berkata ia akan memberi peluang kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah masing-masing bagi tujuan pertanian serta meningkatkan nilai tanah tersebut.
Sementara itu, seramai 118 pemilik tanah yang terjejas oleh pembinaan jalan telah dibayar pampasan berjumlah RM176, 676.
Upacara turut merangkumi pembayaran pampasan kepada 34 pemilik tanah dengan nilai RM147,191 dan pemberian surat hak milik tanah kepada seramai 19 orang yang terjejas oleh projek Bandar Baharu Sebuyau.
Awang Tengah menjelaskan, pampasan tersebut adalah dibayar berdasarkan harga pasaran semasa.
Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Julaihi Narawi, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Samarahan Rozlan Putit, Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussain dan Pegawai Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau Abdul Rahman Brahim.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Pampasan Tanah. Show all posts
Showing posts with label Pampasan Tanah. Show all posts
Thursday, December 20, 2012
Kerajaan Sarawak Bayar Pampasan Kepada Pemilik Tanah!
Thursday, December 20, 2012
Aidel Lariwoo, Awang Tengah, Jalan raya, Pampasan Tanah, Pembangunan Luar Bandar, Sebuyau
No comments
Siapa kata kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat? Lihatlah di Sebuyau, kerajaan telah membayar pampasan kepada pemilik tanah yang telah dikenal pasti berdasarkan harga pasaran semasa. Kerajaan juga berharap tiada individu yang menentang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan terutama sekali dalam pembikinan jalan raya berturap mahupun melebarkan jalan raya. Ini kerana jalan tersebut akan digunakan untuk menghubungkan kampung-kampung di luar bandar ke jalan utama.
Di samping itu, jalan ini juga dapat mempercepatkan lagi jarak perjalanan dan juga meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut. Semoga usaha pembangunan kerajaan BN Sarawak terus dijalankan demi kemajuan penduduk di Sarawak.
Thursday, October 25, 2012
PKR Baru Bian Bersaudara Dengan Penan Murum?
Thursday, October 25, 2012
Baram, Baru Bian, Empangan Murum, Murum, Pampasan Tanah, Penan, PKR, Sarawak, Tanah Adat Bumiputera, Tanah NCR, Tuntutan Penan Murum
No comments
Baru Bian kini mengaku Penan saudara mereka kerana Penan akan menjadi kaum paling kaya di Murum. Mereka akan mendapat tuntutan berikut
a. Menuntut RM500 ribu sekeluarga
b. Pemali kubur dibayar....
c. Banyak Batu-Batu (Batu Tunggun/ Batu Pemit) yang amat bermakna dan
bersejarah bagi kami kaum Penan harus dibayar jika tenggelam.
d. Klinik dan sekolah...
e. Kemudahan pertanian seperti ikan dalam sangkar...
Ini menyebabkan Baru Bian semakin bersemangat untuk menolong kaum Penan di Murum! Bukan senang untuk mendapat projek apabila setiap keluarga menerima RM 500 ribu ringgit. Sekiranya kaum Penan ini tidak berpihak dengan Baru Bian pastinya pihak kerajaan akan memberi apa yang dituntut oleh mereka! Sayang sekali mereka salah pilih bulu. Sekarang sudah tahu siapa dalang disebalik pembinaaan Empangan Murum!
Kenapakah apabila projek Empangan Murum sudah 70% disiapkan baharulah Baru Bian menyuruh pihak Penan Murum untuk mengadakan himpunan bersih haram di Murum? Kalau berhimpun tanpa permit samalah seperti perhimpunan haram Bershit tempoh hari! Permintaan Penan yang begitu banyak itu mungkin menunjukkan mereka sudah bijak memilih kawan! Adakah kawan mereka Baru Bian itu bijak untuk dikawan?
Penan mempunyai sebab tertentu terlibat dalam sekatan di Murum
Utusan Borneo 24 Oktober 2012, Rabu
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian menyelar dakwaan bahawa kaum Penan terlibat dalam sekatan di Murum akibat dihasut dan dipengaruhi sesetengah pihak.
Menurutnya, kaum minoriti tersebut tidak akan menyusahkan diri dengan terlibat dalam sekatan terbabit sekiranya tidak mempunyai sebab tertentu.
“Kaum Penan adalah penduduk yang aman dan sekiranya ada rusuhan berlaku, ia mungkin disebabkan provokasi pihak pembina empangan (Murum) atau pihak berwajib,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Baru yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri memberitahu, beliau terkilan membaca laporan akhbar semalam berhubung perkembangan terkini isu Murum bahawa polis akan menghantar bantuan dari Sibu dan Kapit dan menyifatkan ia sebagai pembentukan pe-nangkapan kaum Penan yang mengendalikan sekatan itu.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau bahawa tindakan boleh diambil terhadap mereka di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan atas perhimpunan haram atau mengambil bahagian dalam rusuhan.
“Sebarang penangkapan kaum minoriti itu oleh polis akan dilihat sebagai penyalahgunaan undang-undang.
“Saya bersedia sepenuhnya untuk bertindak mempertahankan kaum Penan sekiranya mereka ditangkap,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak melihat sebarang kesilapan untuk menyatakan sokongan dan sama-sama berjuang demi kaum tersebut.
“Apa yang salah dengan kumpulan berkenaan menunjukkan sokongan untuk warga senegara mereka?
“Jika kita percaya bahawa kita adalah bersaudara dan penjaga adik-beradik, kita juga percaya bahawa apa yang berlaku kepada mereka akan turut memberi kesan kepada kita dan untuk itu kita mesti berdiri untuk mereka,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)





