Wednesday, October 21, 2015

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI SIBUTI OLEH KETUA MENTERI SARAWAK PADA 21 OKTOBER 2015


Hari ini menandakan satu lagi detik bersejarah di Bekenu apabila Ketua Menteri Sarawak, Tok Denan, telah melancarkan satu lagi projek untuk manfaat penduduk di sekitar Sungai Bekenu.   

Projek ini merupakan pembinaan jambatan Sungai Bekenu untuk menghubungkan Pasar Bekenu dan Kampung Rambai.  Pada masa ini Kampung Rambai terpisah dari Pasar Bekenu dan satu-satunya cara pengangkutan yang ada hanyalah dengan menggunakan bot kecil.  Kebanyakan pengguna Sungai Bekenu  pula adalah peladang dan petani.  

Dengan adanya Jambatan Sungai Sibuti ini maka pertumbuhan ekonomi dan sosial akan berjalan dengan lancar dan jambatan ini secara tidak langsung telah bertindak sebagai pemangkin di kawasan tersebut.  Bekenu terletak dalam Subis yang kini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah akan menjadi salah sebuah dari kubu kuat BN Sarawak di Zon Utara.  Tuan Haji Husaini bin Haji Bakir merupakan Pegawai Daerah yang pertamanya telah melapor diri pada 15 Oktober 2015 yang lalu.

Jambatan Sungai Sibuti ini adalah salah satu daripada projek  pembangunan luar bandar yang telah diperuntukkan dengan belanjawan sebanyak RM 500 juta.  Perkara ini yang telah ditentang oleh pihak pembangkang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu telah menunjukkan belang sebenar mereka yang hanya mahukan pembangunan untuk kawasan mereka sahaja di bandar.  Semoga rakyat Sarawak tidak tertipu dengan putar-belit politik pihak pembangkang dan sentiasa menyokong Tok Denan untuk membela nasib masyarakat khususnya di luar bandar. 

Kos projek ini dianggarkan sebanyak RM 26 juta akan digunakan untuk membina sebuah jambatan sepanjang 70 m dan selebar 11.4 m ini akan menyediakan laluan 2 lorong 2 hala yang selamat dan mudah bagi kenderaan bermotor dan pejalan kaki di antara  Kampung Rambai dan Pasar Bekenu.  

Skop pembinaan ini juga termasuk dengan jalan penghubung sepanjang 270 m dari Pasar Bekenu dan Jambatan Sibuti serta menghubungkan Kampung  Rambai sepanjang 1.75 km.  




0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda