PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Wednesday, January 18, 2012

Kerjasama Kukuh Parti Komponen BN Adalah Senjata Paling Berkesan!!! - Ahmad Lai

SPDP akan memberi sokongan padu kepada Ahmad Lai untuk mempertahankan kerusi Sibuti sekiranya diizinkan oleh Majlis Tertinggi BN.  Ahmad Lai yang terkenal dengan politik pembangunan sudah melihatkan usaha yang begitu banyak untuk diberikan kepada pembangunan di Sibuti khususnya!!!??

BN seperti yang kita sedia maklum akan membawa pembangunan berterusan berbanding dengan oihak pembangkang yang pandai menunjuk dan mempersoalkan sesuatu isu remeh sahaja!!!??  Jangan biarkan racun pembangkang merosak pembangunan yang sedang dinikmati di Sibuti!!!?? 
SPDP beri sokongan penuh kepada Ahmad Lai di Sibuti

Posted on January 18, 2012, Wednesday

MIRI: Parti Demokratif Progresif Sarawak (SPDP) akan memberi sokongan penuh kepada penyandang kerusi Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Hasrat tersebut disuarakan oleh Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar di Kampung Lusut Jaya 1, pada Isnin.  Mawan memberitahu, meskipun kerusi Parlimen Sibuti milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), namun SPDP akan memberi sokongan kepada semua calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN). 

“Semua ahli SPDP Lambir dan Bekenu termasuk saya sendiri akan menyokong Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula pada PRU kelak dan kerjasama di kalangan parti komponen BN akan diteruskan,” katanya. 

Sementara itu, penyandang kerusi P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemu ramah semalam melahirkan penghargaan terhadap presiden SPDP yang mahukan beliau kekal sebagai calon BN di Sibuti. 

“Sokongan padu daripada parti komponen BN terutama daripada SPDP memberi inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus berkhidmat kepada rakyat meskipun timbul khabar angin mengatakan saya tidak sihat,” jelasnya. 

Beliau memberitahu, masalah kesihatan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk dicalonkan semula sebaliknya ia hanya satu khabar angin yang ditimbulkan segelintir pihak berkepentingan tertentu. 

“Saya sihat dan bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti. Akan tetapi, keputusan untuk mencalonkan semula saya pada PRU kelak hanya terletak di tangan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.  Menurutnya, majoriti suara akar umbi khasnya rakyat di konstituensi Sibuti masih menginginkan beliau untuk terus menjadi wakil rakyat selain masih memerlukan pembangunan daripada kerajaan BN. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Lai turut menasihati rakyat Sibuti agar mengambil iktibar daripada kekalahan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dan Pujut pada pilihan raya lalu. 

“Ramai yang datang kepada kita (BN) untuk memohon bantuan selepas pembangkang gagal memenuhi tuntutan mereka dan ia jelas terbukti pembangkang hanya bercakap kosong tanpa melunaskan janji-janji mereka,” katanya.  Beliau memberitahu, kerjasama kukuh antara parti komponen BN dilihat senjata paling berkesan untuk menang mutlak pada PRU akan datang atau lebih sinonim dengan situasi menang-menang. 

“Saya merupakan wakil rakyat daripada PBB dan saya juga akan memberi sokongan kepada calon-calon komponen BN lain seperti SPDP, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau Parti Rakyat Sarawak (PRS),” katanya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda