Monday, May 21, 2012

Wakil Rakyat Gay Jamban Didakwa Kerana Bershit 3!?!?!

Gara-gara engkar dengan undang-undang maka Azmin Ali akan didakwa esok.  Ini berikutan penyertaannya dalam himpunan Bersih dan dia mungkin bukan orang yang terakhir untuk dibicarakan!?!!?  Lebih ramai lagi yang akan disaman kerana perhimpunan ini telah mengakibatkan banyak harta benda musnah dan memburukkan imej negara.

Semoga mereka yang bersalah akan disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman yang seberat-beratnya!?!?!  Padan muka kepada Bershit 3!?!?!
Bersih 3.0: Anwar, Azmin didakwa esok
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3) Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu. Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda