Wednesday, May 16, 2012

Ahmad Lai Pilihan Orang Muda?!

Ahmad Lai yang merupakan penaung acara tahunan Bike Week di Miri itu berjaya menarik jiwa muda untuk beramai-ramai menyaksikan pameran motosikal besar sambil menikmati muzik sempena Battle of  the Band yang diadakan di Taman Bulatan Miri.  

Peserta pameran Bike Week ini didatangkan khas dari negara jiran juga seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan juga Thailand.  Sambutan yang begitu meriah dari kalangan pemuda menunjukkan BN adalah pilihan orang muda.  

Acara begini dapat mengelakkan generasi muda daripada terjebak dengan budaya melepak sambil belajar ilmu menjaga motosikal besar. Di samping itu mereka dapat bersua mesra sambil berkenalan dengan orang yang memiliki minat yang sama.  Ini untuk melahirkan bangsa muda yang dinamik dan senang didampingi oleh orang ramai yang mengamalkan adab timur seperti hormat-menghormati dan berbudi bahasa.  

Penunggang motosikal juga dapat dididik untuk tidak merempit dan sentiasa berhemah apabila menunggang motosikal.  Ini untuk mengelakkan malang yang tidak berbau  dan sentiasa mementingkan keselamatan.

Raphael, J., ' Ahmad Lai Bike Week Good Way To Promote Motorcyling', theborneopost.com, 10 Mei 2012, http://www.theborneopost.com/2012/05/10/ahmad-lai-bike-week-good-way-to-promote-motorcycling/ dicapai pada 16 Mei 2012.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda