PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, December 29, 2012

Kemudahan Asas Infrastruktur di Sibuti Merangkumi 95% Menjelang 2013

Kemudahan asas infrastruktur di Sibuti sudah merangkumi sebanyak 75%.  Menjelang tahun 2013 pula sebanyak 95% kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik dan bekalan air paip bersih akan dipenuhi.  Baki 5% adalah lebihan daripada penempatan dan pembukaan kawasan baru yang tidak diambil kira semasa permohonan awal dibuat.  Namun demikian, penempatan baru sekarang ini sememangnya akan dilengkapi dengan kemudahan asas juga.  

Sehubungan itu juga, kita patut berterima kasih di atas usaha kerajaan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan warga Sibuti.  Beruntunglah juga Sibuti mendapat seorang wakil rakyat yang sentiasa turun padang dan menjalankan tugas beliau dengan penuh amanah.

‘Basic infrastructure to cover 95 pct of Sibuti next year’ 
theborneopost.com. Posted on December 28, 2012, Friday

MIRI: The coverage of basic infrastructure in Sibuti is expected to reach 90 to 95 per cent next year.

Member of Parliament for Sibuti Ahmad Lai Bujang said the provision of basic infrastructure such as roads, electricity and clean water supply currently stands at 75 per cent.

“We are not able to set a 100 per cent target next year due to some new settlements that have been set up. The allocation given by the government was for earlier application.

“The application for new settlement would be forwarded to the next Malaysia plan,” he told The Borneo Post at his office recently.

He added the development cost to provide such basic infrastructure consumed a huge portion of the budget.

Thus, he pointed out that the implementation of such projects needed a proper and comprehensive plan.

In view of that, he expected total understanding from the rural folk whose villages are yet to have electricity and clean water supply.

“Barisan Nasional government will not give empty promises to its people. Instead, BN under the 1Malaysia concept that strongly emphasises on “People First, Performance Now” will make every effort to turn the development promises into reality,” he said.

Being the representative of the constituency, it is always his dream to close the gap of development between urban and rural areas, he stressed, adding that as Sibuti is not that far from Miri, only one and half hour drive from the city, there is a need to close the obvious development gap.

With the government’s commitment, he was pleased to note the development projects in his area had steadily increased.

He, therefore, called the people to give undivided support to the government for continuity in development in their areas.

He also hoped telecommunication service providers would extend internet coverage in Sibuti with the installation of high speed internet access such as TM UniFi broadband.

He said he looked forward to the next year’s budget that will emphasise on rural development.

Thursday, December 27, 2012

Buaya Makan Manusia Patut Dihukum!!

Sekiranya manusia didapati membunuh sesama manusia maka manusia tersebut akan dihukum gantung sekiranya sabit kesalahan.  Bagaimana pula halnya dengan buaya yang membunuh manusia? 

Buaya derhaka ini sepatutnya dibunuh juga.  Bagaimanakah perasaan seorang ibu apabila mendengar anaknya dilambung-lambung sebelum diratah badannya oleh buaya?  Seperti yang kita sedia maklum di kawasan tebing Sungai Iran, penduduk sekitarnya amat bergantung kepada sungai tersebut.  Menurut penduduk tempatan, sejak dahulu lagi memang terdapat buaya tetapi kebelakangan ini bilangan mereka berjumlah berlipat kali ganda.  Ini menyebabkan rantai makanan bagi buaya tersebut semakin berkurangan dan mereka mula mencari makanan di darat dengan memakan manusia dan haiwan.  

Semoga pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan mengkaji dengan lebih teliti ciri-ciri untuk menangkap buaya mangsa merbahaya memandangkan bilangan buaya semakin banyak di Sibuti.

Mereka perlu mengambil kira kawasan sungai yang masih menjadi kunjungan penduduk kampung yang kekurangan bekalan air bersih dan masih bergantung dengan air sungai untuk memasak, membasuh pakaian dan juga mandi.
Keluarkan permit tangkap buaya pemangsa

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo 25 Disember 2012, Tuesday
AHMAD LAI
Permit tangkap buaya di kawasan Parlimen Sibuti perlu berikutan serangan buaya semakin menjadi-jadi

MIRI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) harus mengeluarkan permit untuk menangkap buaya pemangsa bagi kawasan Parlimen Sibuti, berikutan kejadian serangan buaya semakin menjadi-jadi ketika ini.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata cadangan supaya PERHILITAN mengeluarkan permit kepada orang awam untuk menangkap buaya pemangsa pernah disuarakan sebelum ini.

“Sehingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil agensi berkenaan dalam memantau serangan buaya di kawasan Sibuti dan saya berharap agensi berkenaan memandang serius perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau memberitahu, permit berkenaan harus diberikan kepada pengusaha buaya supaya ia mampu mengurangkan populasi reptilia itu yang semakin banyak di sungai-sungai Sibuti.

“Seorang pengusaha buaya dicadangkan menangkap 20 ekor buaya dan mereka boleh memindahkan buaya terbabit di Taman Buaya Kuala Baram sebagai produk pelancongan,” jelasnya.

Ahmad Lai seterusnya memberitahu, jika PERHILITAN memberikan permit kepada pengusaha buaya ini untuk menangkap buaya, maka ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan populasi buaya di Sibuti.

“PERHILITAN contohnya boleh memberi syarat supaya buaya ini hanya ditangkap dengan jumlah tertentu sahaja dan buaya yang ditangkap itu boleh dijual kepada penguasa buaya,” ujarnya.

Beliau turut mengakui bahawa populasi buaya di Sibuti semakin meningkat dan jumlah itu sangat membimbangkan terutama bagi mereka yang tinggal di tebing- tebing sungai.

“Buaya semakin banyak di kawasan Sibuti dan ia boleh dilihat sendiri jika buaya ini berjemur di tebing-tebing sungai apabila air surut dan kebanyakan buaya ini adalah besar-besar belaka,” akuinya.

Dalam perkembangan sama, cadangan supaya PERHILITAN mengeluarkan permit untuk menangkap buaya turut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus.

“Saya sangat berharap PERHILITAN mengambil iktibar daripada serangan buaya yang terbaharu ini seterusnya mengeluarkan permit untuk menangkap buaya bagi mengurangkan jumlah reptilia itu,” katanya.

Beliau juga berharap supaya penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai supaya sentiasa berhati-hati jika mendekati sungai kerana bimbang berisiko menjadi mangsa serangan buaya seterusnya.

Sementara itu, serangan buaya membabitkan seorang pelajar di sungai Kampung Iran pada Sabtu lalu adalah kejadian ketiga yang dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini.

Sibuti Mohon Lebih Banyak Mesin ATM

Kawasan Parlimen Sibuti merupakan kawasan yang pesat membangun di bawah kerajaan Barisan Nasional.  Sehubungan dengan itu semakin banyak kegiatan ekonomi semakin tertumpu di kawasan tersebut.  Besarlah ertinya bagi warga Sibuti sekiranya pihak bank komersil yang terdapat di Malaysia untuk membuka cawangan mahupun mesin ATM di kawasan Sibuti.  

Ini dapat menjimatkan lagi kos pengangkutan bagi warga Sibuti yang perlu mengeluarkan belanja lebih semata-mata untuk mengeluarkan wang mereka lebih-lebih lagi musim awal persekolahan sudah tiba.  

Semoga ada pihak bank yang mendengar permintaan warga Sibuti yang disalurkan melalui wakil rakyat mereka yang prihatin. 
Perbanyak mesim ATM di kawasan Sibuti: Ahmad Lai

Utusan Borneo 25 Disember 2012, Selasa


MIRI: Bank-bank tempatan harus memperbanyak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi kawasan Parlimen Sibuti berikutan jumlah populasi penduduknya semakin bertambah.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang memberitahu, bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah tidak cukup bagi menampung keperluan penduduk di kawasan Sibuti.

“Sehubungan itu, saya memohon supaya bank-bank tempatan memperbanyak mesin ATM di lokasi strategik di Sibuti khasnya Bekenu, Lambir dan Niah untuk kemudahan penduduk,” katanya di sini semalam.

Ahmad Lai memberitahu, jika mesin ATM diperbanyakkan di kawasan luar bandar, maka ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga sebaliknya mengurangkan kos pengangkutan.

“Penduduk luar bandar tidak lagi berpusu-pusu untuk ke bandar raya Miri semata-mata ingin mengambil wang sebaliknya mereka boleh pergi ke mesin ATM yang terdekat di kawasan mereka,” jelasnya.

Mengambil kira populasi penduduk yang semakin bertambah khasnya di Lambir, beliau berharap pihak bank mempertimbang untuk menyediakan mesin ATM di kawasan terbabit.

“Kawasan Lambir kini sudah lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti sekolah, pasar raya dan sebagainya, sehubungan itu adalah lebih baik jika mesin ATM turut disediakan di kawasan itu,” katanya.

Kalau Tokong Mahu Tokong DAPat?

Kenapa isu kalimah Allah dipersoalkan oleh Tokong DAP Lim Guan Eng.  Sejak bila mereka berminat berbahasa Melayu?

Orang Melayu yang dilantik dalam Majlis Tertinggi pun paling ramai berjumlah kurang daripada 10 orang!!!  Kalau kita lihat blog pemimpin DAPig semua boleh dikatakan mereka akan menggunakan bahasa mereka yang penuh rasis?  

Memang benar isu kalimah Allah ini sekali lagi dipolemikkan untuk kepentingan DAPig semata-mata dan bukan untuk perpaduan dan kesejahteraan kaum.  Masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah lebih gemar membaca Bible dalam versi Inggeris dan tidak pernah mempertikaikan Bible dalam versi Bahasa Melayu!

DAPig perlu belajar daripada Sarawak dan Sabah sekiranya ingin menjadikan perpaduan sebagai landasan perjuangan mereka dan bukan kepentingan satu kaum semata-mata!!
Fatwa mengenai kalimah Allah tidak akan dilaksana di Sarawak

Utusan Borneo 27 Disember 2012, Khamis
Sumber:cetusankenyalang

KUCHING: Isu kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa hanya orang Islam di negara ini boleh menggunakan kalimah berkenaan tidak akan dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ini kerana isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam tidak timbul di negeri ini.

“Kita di Sarawak tidak timbul isu tersebut, oleh yang demikian kita tidak akan melaksanakan perkara berkenaan di negeri ini,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya boleh diguna pakai oleh orang Islam di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan perkara itu tidak perlu dipolemikkan kerana keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

Perkara itu tercetus apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah berkenaan dalam kitab mereka versi Bahasa Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom menegaskan isu berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Kita seharusnya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa dalam bidang keagamaan kerana kita mesti memelihara sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya kita dapat terus hidup harmoni.

“Saya membuat kenyataan bukan sebagai Setiausaha Agung tetapi sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau berharap rakyat Sarawak terus menjaga kepentingan satu sama lain, tidak mengira agama dan bangsa bagi mengekalkan keamanan dan perpaduan yang telah lama dikecapi.

Tuesday, December 25, 2012

Bila DAP Jumpa PAS dalam Surau?

Apakah kandungan beg hitam di hadapat 3N? Nik Aziz, Nga dan Ngeh pernah bersemuka dalam surau membawa beg hitam?  Adakah ini ada kaitan dengan isu balak?  Ikutilah pendedahan oleh Jawa Bernam di bawah.

BUKTI TERKINI!! NGA DAN NGEH PERNAH BERI NIK AZIZ 'HADIAH' DALAM SURAU!!

Oleh Jawa Bernam
Foto di atas mungkin gambar biasa.

Cuma yang memusykilkan ialah sebuah bag berwarna hitam dan kelihatan sendat di depan 3N (Ngeh/Ngah/Nik).

Kalau berisi dokumen, apa perlu diangkut sampai ke dalam masjid. Tentu ia amat bernilai. Jangan-jangan dalamnya berisi wang RM1.5 juta (?).

Penglibatan Ngeh & Nga dalam isu tanah balak di Kelantan begitu dikhuatiri oleh Anwar Ibrahim. Blog Gelagat Anwar menulis,

Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:- 

‘They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham’ case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!’ 
Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar ‘pressure’ DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone. 

Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya ‘kickbacks’ ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat.

Sememangnya, telah timbul persepsi bahawa Ngeh & Nga dilihat agresif dalam membina nama mereka sebagai pemain dalam industri pembalakan dan perkayuan.

Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak merupakan negeri banyak hutan. Bila Ngeh & Ngah mengambilalih Upayapadu Plantations Sdn Bhd, ia merupakan strategi untuk mencabul hutan di negeri-negeri berkenaan. [Baca SINI].

Thursday, December 20, 2012

Kafirkah Aku Akibat "Amanat Haji Hadi Awang"?

Kalau di Sarawak Hadi Awang, lulusan cemerlang Madinah mengutuk dan menghina orang Iban kerana memakai cawat semasa Pilihan Raya Kecil tetapi di Semenanjung, Hadi Awang juga mengkafirkan UMNO?

Adakah ini bermaksud Hadi Awang sudah nyanyuk dan patut turun daripada memimpin PAS?  Kalau begitu sepatutnya Hadi Awang sudah meletakkan jawatan 30 tahun yang lalu!  Kenapa PAS masih berdiam diri? 

Ikutilah pendedahan bekas ahli seumur hidup PAS dalam Media Terengganu.

Kafirkah Aku, Pendedahan Hadi Awang Menyesatkan Puluhan ribu Penyokong PAS

Oleh Media Terengganu 16 Disember 2012, Ahad
 
Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
 Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani (gambar) berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

“Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

“Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap Umno kafir,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh Umno kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

“Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindk mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas,” katanya.

Bukti Kelantan Bukan Negeri Berkebajikan!

PAS Kelantan yang mendakwa mereka memerintah PAS berkonsepkan negeri berkebajikan telah dibuktikan tidak benar oleh agensinya sendiri Perbadanan Kemajuan Ikitisad Negeri Kelantan (PKINK).  Ikutilah penulisan dibawah oleh detikperubahan.com yang menyingkap penyelewengan kerajaan PAS di Kelantan.
Pegawai PKINK Sahkan Kelantan Bukan Negeri Berkebajikan December 19, 2012

Oleh Izrael Bin Abdullah

KUANTAN – Hari ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan berkebajikan sepertimana dasar terbaru parti itu.

Ia jelas apabila kerajaan Pas Kelantan melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Ikitisad Negeri Kelantan (PKINK) menjual dan mengenakan sewa untuk tapak stesen teksi Pasir Puteh.

Penolong Pengurus Bahagian Projek dan Hartanah PKINK, Ismail Shauqi Ibrahim berkata, tanah tersebut telah diberikan kepada pemandu teksi untuk dijadikan stesen teksi pada tahun 1981 iaitu sembilan tahun sebelum Pas memerintah Kelantan.

Beliau berkata, pada tahun 2011, tanah berkenaan telah dijual kepada persatuan pemandu kereta sewa berkenaan dengan harga RM120,000.

“Tanah tersebut telah dijual pada tahun 2011, sebelum itu, ia disewakan kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh dan proses pindah milik itu telah selesai.

“Saya tidak pasti sama ada pada zaman BN memerintah dahulu pemandu teksi menyewa atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam bela, Datuk Jahabardeen Mohd. Yunos dalam perbicaraan kes saman Exco Kerajaan Pas Kekantan, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini.

Ismail Faruqi adalah saksi pertama plaintif untuk kes tersebut, sepatutnya, Husam memberikan kenyataan pada prosiding hari ini namun beliau tidak hadir.

Syed Azidi diwakili oleh Jahabardeen manakala Husam diwakili peguam, Hisham Fauzi.

Husam memfailkan saman fitnah terhadap Syed Azidi yang juga pengarah filem Persona Nongrata di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada September 2011 atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Pada prosiding semalam difahamkan Husam yang juga Naib Presiden Pas telah menawarkan kepada Syed Azidi untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan tiga syarat iaitu membuat permohonan maaf kerana menyiarkan artikel fitnah, bayaran ganti rugi sebanyak RM100,000 dan menarik balik artikel yang telah disiarkan dalam laman blog tersebut.

Bagaimanapun Syed Azidi menolak syarat yang dibuat oleh plaintif dan mohon dibicarakan.

Sementara itu, saksi kedua, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Othman berkata, beliau tidak tahu tentang rungutan peniaga Pasar Lama MPKB yang berpindah ke Bazar Tok Guru.

Katanya, bidang tugasnya hanya untuk mengutip bayaran ansuran peniaga di pasar tersebut.

“Saya juga tidak tahu berapa ramai peniaga Pasar Lama MPKD dan Bazar Arked UDA ke Bazar Tok Guru, ia dibawah kendalian Jabatan Pemasaran PMBK.

“Perpindahan peniaga terbabit adalah bersifat tetap. Keputusan ini adalah dari peringkat atasan,” katanya.

Sanusi Othman dan Ismail Shauqi Ibrahim
Mahkamah menangguhkan perbicaraan pada hari ini dan menetapkan 28 Februari sehingga 7 Mac depan untuk perbicaraan lanjut.

Mana Janji PAS di Kampung Manek Urai?

Isu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Rancah-Rancah  sepanjang 8 km dan menelan belanja lebih kurang RM 21.5 juta ringgit itu sudah dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dalam Utusan Malaysia pada pautan ini.

Kontraktor tersebut telah menjelaskan kepada Menteri Datuk Seri Michael Manyin bahawa keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut melambatkan pembikinan segera jalan raya di kawasan tersebut.  Nampaknya kontraktor yang begitu teliti ini akan memastikan jalan raya tersebut boleh digunakan dalam tempoh yang lama dan tidak untuk dua tiga tahun sahaja seperti yang kebanyakannya yang berlaku di negeri pembangkang di mana jalan raya mereka cuma elok dipakai dalam tempoh kurang dari 3 tahun sahaja.  

Semoga penduduk di Kampung Rancah Rancah akan terus bersabar.  Apabila siapnya jalan raya di kawasan tersebut maka padang bola yang telah dijanjikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dapat disempurnakan. Beliau juga telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM100,000.00 untuk membina padang bola sepak di kampung tersebut disamping meluluskan 10 buah rumah untuk setiap kampung di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris.  

Janganlah tertipu oleh PAS yang datang hanya membawa mee maggi.  Lainlah kalau mereka dapat menyumbang sebuah lori hilux untuk setiap rumah sementara menunggu jalan raya siap.  Lihatlah Kelantan yang masih belum mendapat kemajuan.  Kalau dibandingkan memang jelas Kampung Rancah-Rancah lebih maju daripada Kelantan!
Jalan raya di Kampung Manek Urai Lama, Kelantan
Jalan raya di Kampung Rancah-Rancah, Sarawak
Bandingkanlah jalan raya di Kelantan dan Sarawak.  Marilah bersyukur dengan pembangunan yang bakal menyentuh kehidupan kita melalui BN!  PAS hanya menjanjikan Syurga tetapi amalan untuk ke syurga masih tidak dapat ditunaikan!!!
Parti pembangkang semakin terdesak

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo, 17 Disember 2012, Isnin
Gambar Fail: Tinjauan yang dibuat oleh YB Rosey dalam kerja pembuatan jalanraya di Kampung Rancah-Rancah. Turut bersama beliau ialah Pegawai Jabatan Kerja Raya , Kaunselor Sebastian Janting dan Kaunselor Sulaiman Ahmad..
Gambar Fail: Peta jalan raya yang akan dibangunkan kelak
 
PAS manipulasi pemikiran rakyat, kaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif

MIRI: Bimbang tidak mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pembangkang ketandusan idea sehingga terdesak mengeluarkan isu-isu tidak relevan untuk meracuni pemikiran rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata isu terbaru, pihak pembangkang khasnya PAS cuba memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif.

“Semua kenyataan mereka yang mengaitkan Kampung Rancah-Rancah Sibuti serba kekurangan adalah satu pembohongan yang nyata dan kemungkinan mereka tidak pernah datang ke situ,” katanya semalam.

Ahmad Lai memberitahu, Kampung Rancah-Rancah telah mengalami perubahan ketara dari segi infrastruktur dan adalah agak mustahil jika mengaitkan kampung itu masih serba kekurangan.

“Jangan mudah tertipu dengan pelbagai kenyataan PAS kerana mereka hanya pandai mengkritik sebaliknya mereka sendiri tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kampung tersebut bakal menerima beberapa lagi unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi menambah keperluan penduduk di situ.

Selain itu, kampung itu juga menerima pelbagai lagi kemudahan lain yang lebih selesa seperti kemudahan jalan raya yang baharu sahaja siap diturap.

“Kemungkinan mereka tidak pernah turun padang dan melihat sendiri perkembangan yang berlaku di kampung itu atau usaha yang dilakukan kerajaan memajukan kampung,”katanya.

Kemungkinan juga mereka hanya mendengar cerita daripada pihak ketiga yang belum sahih kebenarannya, seterusnya membuat penilaian bahawa kampung itu mundur,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya bahawa kampung itu masih di tahap kemunduran sebaliknya ia hanya satu dakwaan tidak berasas daripada parti politik antikerajaan.

Sebelum ini, PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kampung Rancah-Rancah masih kekurangan kemudahan termasuk jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan sebagainya.

Kerajaan Sarawak Bayar Pampasan Kepada Pemilik Tanah!

Siapa kata kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat?  Lihatlah di Sebuyau, kerajaan telah membayar pampasan kepada pemilik tanah yang telah dikenal pasti berdasarkan harga pasaran semasa.  Kerajaan juga berharap tiada individu yang menentang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan terutama sekali dalam pembikinan jalan raya berturap mahupun melebarkan jalan raya.  Ini kerana jalan tersebut akan digunakan untuk menghubungkan kampung-kampung di luar bandar ke jalan utama.  

Di samping itu, jalan ini juga dapat mempercepatkan lagi jarak perjalanan dan juga meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut.   Semoga usaha pembangunan kerajaan BN Sarawak terus dijalankan demi kemajuan penduduk di Sarawak.
Awang Tengah kecam individu suka menentang projek kerajaan

Utusan Borneo 19 Disember 2012, Rabu

SEBUYAU: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam mengecam beberapa individu yang suka menentang projek-projek kerajaan.

Beliau berkata terdapat beberapa kes di mana projek seperti membawa bekalan elektrik ke luar bandar telah ditangguhkan disebabkan bantahan daripada mereka.

Memetik kes, Awang Tengah berkata kerajaan telah mengalami masalah untuk mendirikan tiang elektrik walaupun di rizab jalan di mana terdapat individu menuntutnya, menyebabkan projek ditangguhkan.

“Di sesetengah tempat, projek terpaksa ditangguhkan kerana tentangan daripada sesetengah orang dan ini akan membawa kesan negatif kepada majoriti yang menginginkan pembangunan,” katanya pada majlis penyerahan pampasan tanah bagi Jalan Kelait-Entangor, di sini.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Menteri Kemudahan Awam itu berharap agar rakyat memahami secara mendalam tujuan kerajaan mengambil tanah.

“Apabila kerajaan membeli tanah, ia adalah untuk tujuan pembangunan bagi faedah rakyat dan apabila kerajaan mengambil tanah, ia adalah berasaskan undang-undang,” jelasnya.

Memberikan contoh pembinaan jalan, beliau berkata ia akan memberi peluang kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah masing-masing bagi tujuan pertanian serta meningkatkan nilai tanah tersebut.

Sementara itu, seramai 118 pemilik tanah yang terjejas oleh pembinaan jalan telah dibayar pampasan berjumlah RM176, 676.

Upacara turut merangkumi pembayaran pampasan kepada 34 pemilik tanah dengan nilai RM147,191 dan pemberian surat hak milik tanah kepada seramai 19 orang yang terjejas oleh projek Bandar Baharu Sebuyau.

Awang Tengah menjelaskan, pampasan tersebut adalah dibayar berdasarkan harga pasaran semasa.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Julaihi Narawi, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Samarahan Rozlan Putit, Pegawai Daerah Simunjan Zainul Abidin Hussain dan Pegawai Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau Abdul Rahman Brahim.

Monday, December 10, 2012

Mari Derma Darah di Permy Mall

Orang ramai dijemput untuk hadir ke Permy Mall pada 16 Disember ini untuk bersama-sama menderma darah.  

Acara yang dianjurkan oleh The Miri Community Mass Blood ini mensasarkan 100 pain dari warga Miri.  Semoga usaha murni mereka ini berhasil menyambung nyawa mereka yang memerlukan darah!
Orang ramai dijemput sertai kempen menderma darah

Utusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin

MIRI: Orang ramai adalah dijemput bagi menyokong dan menyertai kempen menderma darah The Miri Community Mass Blood Donation pada 16 Disember ini di Permy Mall Miri ber­mula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.

Menurut jurucakap pen­ganjur, pelbagai organ­isasi di sini telah tampil bagi menyertai dan menjayakan kempen berkenaan yang bertujuan untuk menam­bah keperluan bekalan darah khususnya menjelang perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu.

Antara organisasi yang terlibat ialah Bank Darah Hospital Miri, Jawatkua­sa Petugas Derma Da­rah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, Persatuan Klan Lau, MYAC, Persatuan Day­ak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Radio Tel­evisyen Malaysia (RTM), NamLiFa, Persatuan Tian Miri, Persatuan Dayak Miri, Miri Life Care Soci­ety, Persatuan Klan Chan dan lain-lain.

“Objektif utama pengan­juran kempen itu adalah un­tuk memastikan bekalan da­rah mencukupi pada musim perayaan Krismas dan Ta­hun Baharu nanti, selain menggalakkan masyarakat setempat menyumbangkan sesuatu terhadap mereka yang memerlukan.

“Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat men­ingkatkan kesedaran dan mewujudkan semangat kerjasama serta prihatin di kalangan masyarakat,” katanya.

Pihak penganjur men­sasarkan sejumlah 100 pain darah dapat dikumpul menerusi kempen berk­enaan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi koor­dinator The Miri Commu­nity Mass Blood Donation, Karambir Singh di talian 016-8785500.

PKR Agih Kitab Injil Di Saratok

Mungkin  Ali Biju sahaja yang layak di Parlimen Saratok? Sekiranya benar sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Haram begitu kuat kenapa tiada nama calon yang lain untuk bertanding di Parlimen Saratok?  Dia juga jadi ADUN dia juga jadi Ahli Parlimen?  

Kalau macam ini memang tidak adalah orang yang layak lagi di Saratok kecuali Ali Biju sahaja kan?

PKR di Semenanjung kita dapati akidah semakin terpesong dengan menyokong Ambiga dan LGBT? Sebaliknya di Saratok pula mengagihkan kitab Injil?  Kenapa tujuan PKR tidak sama di sebelah Nurul Izzah atau pun di Sarawak?  Kalau Ali Biju betul kuat agama kenapa dia masih sokong PKR yang sokong LGBT?
Ali Biju mungkin bertanding di Parlimen Saratok

Utusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin
GENERASI PELAPIS: Ali (belakang, lima kiri) bersama anak-anak masyarakat kawasan Seblak Hulu ketika menyempurnakan pengagihan kitab Injil kepada kanak-kanak terbabit di Saratok semalam.
SARATOK: Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menampilkan sekali lagi calon berpotensi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiusaha PKR Cawangan Saratok Bungan Ekie berkata Ali adalah salah seorang calon daripada PR yang cuba untuk bertanding pada PRU13 nanti.

“Sungguhpun demikian, semua ini bergantung kepada sokongan, pendapat, maklum balas dan tindakan khususnya daripada peringkat akar umbi dan kepercayaan pihak kepimpinan parti.

“Pihak kita amat memandang berat pendapat dan kepercayaan peringkat akar umbi kerana tanpa sokongan mereka perjuangan politik kita tiada hala tuju.

“Perjuangan ini adalah untuk rakyat dan bukannya perjuangan individu dan kita amat mengambil berat dan pertimbangan daripada semua aspek demi rakyat,” katanya pada majlis Wakil Rakyat PKR Bersama Masyarakat di Rumah Undi, Brayang Kemuntang, di sini semalam.

Majlis itu dihadiri sekitar 300 orang masyarakat dari kawasan Seblak Hulu.

Sementara itu, Ali dalam ucapan perasmiannya berkata generasi hari ini tidak kira usia, pangkat, darjat dan kedudukan harus berusaha memastikan dan memberi keutamaan kepada pendidikan.

“Bidang pendidikan merupakan salah satu kunci utama menuju kecemerlangan diri dan sekali gus membawa keluar keluarga dan masyarakat daripada kepompong kesengsaraan sama ada kemiskinan atau kemunduran.

“Sekarang adalah masa untuk kita bangkit dan teguhkan semua aspek jati diri agar kita mampu bersaing dengan masyarakat lain.

“Kita tidak boleh leka dan membiarkan nasib menentu semua perkara, tetapi masa kini paling utama dalam memburu kecemerlangan dan kejayaan ialah usaha, kerana tanpa usaha sudah pasti tiada kejayaan yang bakal datang dan bergolek dengan sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, Ali turut mengagihkan sejumlah 102 kitab Injil kepada anak-anak masyarakat di kawasan terbabit.

Thursday, December 6, 2012

JKKK Lambir Siap Sedia Hadapi Musim Landas

 Setiap ahli JKKK di Lambir digesa untuk bersiap-sedia menghadapi musim landas.  Ini kerana cuaca buruk yang tidak menentu mungkin akan mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan rendah.  

Meskipun agensi kerajaan akan membantu sekiranya banjir berlaku namun pihak JKKK diminta untuk bersedia memberi bantuan bagi memudahkan proses perpindahan ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir melanda.  

Walaupun pada masa kini, paras air masih dalam keadaan terkawal, setiap ahli JKKK harus bersikap proaktif dan memerhati perubahan cuaca yang mendadak dan paras air di kawasan mereka.  Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri iaitu pada talian 085 - 433205 untuk mengetahui mengenai keadaan banjir di kawasan mereka.
Konstituensi Lambir digesa siap sedia hadapi kemungkinan banjir
Posted on December 6, 2012, Thursday

MIRI: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di konstituensi Lambir diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran musim landas ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat memberitahu, ahli JKKK perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca pada waktu ini dan mempersiapkan diri untuk turun padang menghulurkan bantuan jika diperlukan.

“JKKK perlu berwaspada sentiasa dan memaklumkan segera kepada penduduk serta pihak berkuasa jika banjir berlaku dan paras air semakin naik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Ini kerana menurut beliau, JKKK perlu bekerjasama dengan penduduk kampung di peringkat awal dengan membantu memindahkan harta benda ke kawasan lebih tinggi, agar keadaan lebih mudah bagi mereka jika diarah untuk pergi ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Katanya, ahli JKKK juga berperanan dalam membantu pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis dan Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

“Setiap ahli JKKK juga perlu mempunyai nombor-nombor pihak berkuasa ini bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan ataupun melaporkan perkara yang terjadi atau keadaan banjir di kawasan masing-masing, secara terus,” katanya.

Dalam pada itu, Ripin turut mengingatkan penduduk kampung terutama mereka yang tinggal di tebing-tebing sungai dan di tepi laut supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri lebih awal jika mereka perlu untuk berpindah.

“Sentiasa perhatikan keadaan cuaca dan paras air bagi mengelakkan diri menjadi kelam-kabut dan panik banjir berlaku, termasuk air pasang besar, bagi yang tinggal di tepi laut.

“Kita tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku kelak, terutama pada musim landas ini dan golongan nelayan diminta supaya tidak turun ke laut jika cuaca buruk, bagi mengelak terperangkap dalam hujan ribut selain ombak besar yang boleh membahayakan mereka,” tambah beliau.

Ripin yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri memberitahu, setakat ini, kawasan di Lambir masih terkawal, namun banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Dalam, Kampung Kuala Bakam, Taman Tunku, berikutan kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air selain sistem perparitan yang dipercayai tersumbat akibat sampah sarap yang hanyut.

Manakala di Kampung Sungai Dalam, penduduk diminta berjaga-jaga kerana paras air sungai dijangka semakin naik jika hujan lebat masih turun berterusan.

Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai keadaan banjir di Miri boleh menghubungi Bilik Gerakan Bahagian Miri menerusi talian 085-433205.

Wednesday, December 5, 2012

Kubah Bocor Masjid At- Taqwa Bakal Dibaikpulih



Berkat kesabaran dan doa, akhirnya Masjid At- Taqwa menerima peruntukan sebanyak RM 500,000 oleh kerajaan persekutuan. Ini untuk membaik pulih struktur masjid terutama sekali kubah masjid yang bocor dan menimbulkan masalah apabila hujan turun.   

Beruntunglah ada pihak yang menghulurkan bantuan sedikit sebanyak mampu mempercepatkan proses pemuliharaan Masjid At-Taqwa yang menjadi simbol perpaduan umat Islam di Miri.  

Kerajaan BN memang prihatin baik di mana jua di Malaysia. 

Masjid At-Taqwa terima peruntukan RM500,000

Utusan Borneo 5 December 2012, Rabu

MIRI: Masjid At-Taqwa Miri menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan serta membaik pulih kerosakan yang sedia ada.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Miri, Hamzah Dadu memberitahu peruntukan tersebut telah disalurkan kerajaan menerusi agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksana kerja-kerja membaik pulih.

“Kita telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan satu perbincangan bersama JKR telah dilakukan bagi memastikan peruntukan itu digunakan untuk kerja-kerja membaik pulih struktur masjid kami,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, kerja-kerja bagi menaik taraf lantai masjid berkenaan telah siap sepenuhnya namun masalah bumbungnya (kubah masjid) bocor yang masih membelenggu para jemaah masjid.

“Peruntukan sekurang-kurangnya RM750,000 diperlukan bagi menampung kerosakan bumbung masjid yang bocor akibat hujan lebat,” katanya.

Beliau memberitahu, jika hujan lebat para jemaah terpaksa beralih dan beribadat di kawasan berhampiran bagi mengelak daripada basah akibat kebocoran bumbung masjid.

Sementara itu, isu bumbung Masjid At-Taqwa turut menarik perhatian parti-parti politik terutamanya pihak pembangkang.

Pihak pembangkang sebelum ini turut mempersoal peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bumbung masjid terbabit.

Pada masa sama, pihak terbabit mengharapkan masalah kebocoran pada kubah masjid terbabit diatasi segera atau diganti dengan kubah baharu sekali gus dapat menyelesaikan masalah kebocoran.

Tuesday, November 27, 2012

Ada Ku Kisah? DAP Masih Bermimpi di Siang Hari di Sarawak!!

DAP masih bermimpi di siang hari!  Walau siapa pun calon yang diletakkan di Serian mahu pun Sri Aman, selagi Hadi Awang tidak pakai cawat dan selagi laman web pemimpin DAP tidak ditulis dalam bahasa Iban mahu pun Bidayuh maka DAP tetap rasis.  

Sekiranya DAP memang mahu memperjuangkan masyarakat Dayak maka tukarlah imej laman web pemimpin mereka yang asyik merapu dalam bahasa cina?  Gunakanlah bahasa kebangsaan untuk pemahaman bersama!

Ada ku kisah? 
DAP akan meletakkan calon di Serian dan Sri Aman

Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Serian dan Sri Aman Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Usaha untuk menawan dua kawasan luar bandar itu turut mendapat sokongan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap pada ceramah DAP di pekan Serian malam Sabtu lepas.

Susulan sokongan itu, secara tidak langsung mengesahkan Edward Andrew Luwok sebagai calon Serian dan Leon Jimat Donald sebagai calon Sri Aman.

“Leon dan Edward tidak akan lari daripada cabaran dan mereka akan berjuang demi rakyat tidak seperti ahli politik BN.

“Justeru, tolong janji dengan saya bahawa anda akan menyokong mereka apabila mereka mengharungi Pilihan Raya Umum kelak,” katanya.

Jika dimuktamadkan kelak, ini merupakan kali pertama DAP bertanding di kerusi Serian dan Sri Aman yang mana mendapat minat daripada PKR yang juga merupakan salah satu daripada parti Pakatan Rakyat.

Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP Datuk Richard Riot untuk tempoh lima penggal manakala Sri Aman disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi PRS Masir Kujat sejak 2008.

Dianggarkan sekitar 1,000 orang penyokong berkumpul untuk mendengar ceramah itu malam Sabtu lepas di hadapan Pusat Khidmat DAP Serian yang merupakan sebahagian daripada agenda DAP menawan kawasan luar bandar.

Terung dan Buah Dabai Jadi Harta!

Pasti ada yang teringat kelazatan buah dabai yang lemak dan bersalut garam.  Tidak kurang juga terung asam atau terung dayak yang direbus dengan ikan, kunyit, cili untuk menjadi lempah asam.

Kini terung dayak dan buah dabai sudah diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak.  Ini boleh diperolehi di bawah Petunjuk Geografi atau (GI) yang menjadi salah satu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).

Semoga lebih banyak usaha sedemikian diteruskan untuk menonjolkan lagi imej Sarawak di mata dunia.
Buah Dabai
Terung Dayak
Terung Dayak, dabai diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak

Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa

MIRI: Terung Dayak yang juga dikenali sebagai terung asam dan dabai kini sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI), yang juga merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pengerusinya Datuk Abdul Manan Ismail memberitahu kedua-dua buah sayuran berasal dari Sarawak itu merupakan yang terbaharu di antara tujuh tumbuhan asal negeri ini yang telah dilindungi hak miliknya dan didaftarkan di bawah GI.

“Kesemua tujuh tumbuhan asal Sarawak itu telah dipohon oleh kerajaan negeri untuk dilindungi sebagai harta intelek negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,” katanya.

Manakala produk kelapan dari negeri ini yang turut dilindungi dan telah didaftarkan sebagai harta intelek negara ialah produk paling popular, kek lapis Sarawak.

Selain dabai dan terung Dayak, lima tumbuhan asal lain negeri ini yang turut dilindungi ialah tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) serta sejenis herba yang hanya tumbuh di negeri ini.

“Apabila kesemua produk ini telah didaftarkan sebagai harta intelek, maka mudah bagi kita untuk memasarkannya sama ada dalam negeri mahupun ke pasaran antarabangsa dan secara tidak langsung menjadi cap dagangan dari negeri Sarawak dan negara ini.

“Bagaimanapun saya dapati masih banyak produk unik negeri ini dan hanya terdapat di Sarawak, yang masih belum didaftarkan sebagai harta intelek seperti garam tanah tinggi dan epal Ba’Kelalan,” katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek di sini, semalam.

Sehubungan itu Abdul Ma-nan meminta pihak berkaitan seperti industi kecil dan sederhana (IKS) mengenal pasti produk unik ini dan mendaftarkannya dengan segera sebagai harta intelek bagi melindungi hak milik Sarawak.

Pada masa ini tambahnya, garam tanah tinggi yang hanya terdapat di Bario dan Ba’Kelalan serta epal Ba’Kelalan masih belum didaftarkan lagi.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Manan memberitahu bahawa kerajaan melalui MyIPO akan memperkenalkan Model Penilaian Harta Intelek (IP Valuation Model) kepada rakyat negara ini, sebagai langkah mengiktiraf peranan harta intelek dalam pembangunan ekonomi negara.

“Di bawah Belanjawan 2013, MyIPO telah diperuntukkan sebanyak RM19 juta untuk melatih penilai-penilai harta intelek tempatan.

“Usaha ini akan membantu syarikat tempatan khususnya IKS, mengukuhkan lagi keupayaan perniagaan dan pengkomersilan produk mereka,” katanya.

Mengenai pemahaman terhadap kepentingan harta intelek di kalangan masyarakat di negeri ini, beliau berkata peningkatan statistik permohonan cap dagangan yang difailkan di Sarawak membuktikan kesedaran golongan peniaga semakin bertambah.

“Saya difahamkan sehingga Oktober 2012, sebanyak 404 permohonan harta intelek telah difailkan berbanding 301 bagi tempoh yang sama pada 2011, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 34 peratus,” tambahnya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda