Thursday, December 27, 2012

Sibuti Mohon Lebih Banyak Mesin ATM

Kawasan Parlimen Sibuti merupakan kawasan yang pesat membangun di bawah kerajaan Barisan Nasional.  Sehubungan dengan itu semakin banyak kegiatan ekonomi semakin tertumpu di kawasan tersebut.  Besarlah ertinya bagi warga Sibuti sekiranya pihak bank komersil yang terdapat di Malaysia untuk membuka cawangan mahupun mesin ATM di kawasan Sibuti.  

Ini dapat menjimatkan lagi kos pengangkutan bagi warga Sibuti yang perlu mengeluarkan belanja lebih semata-mata untuk mengeluarkan wang mereka lebih-lebih lagi musim awal persekolahan sudah tiba.  

Semoga ada pihak bank yang mendengar permintaan warga Sibuti yang disalurkan melalui wakil rakyat mereka yang prihatin. 
Perbanyak mesim ATM di kawasan Sibuti: Ahmad Lai

Utusan Borneo 25 Disember 2012, Selasa


MIRI: Bank-bank tempatan harus memperbanyak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi kawasan Parlimen Sibuti berikutan jumlah populasi penduduknya semakin bertambah.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang memberitahu, bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah tidak cukup bagi menampung keperluan penduduk di kawasan Sibuti.

“Sehubungan itu, saya memohon supaya bank-bank tempatan memperbanyak mesin ATM di lokasi strategik di Sibuti khasnya Bekenu, Lambir dan Niah untuk kemudahan penduduk,” katanya di sini semalam.

Ahmad Lai memberitahu, jika mesin ATM diperbanyakkan di kawasan luar bandar, maka ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga sebaliknya mengurangkan kos pengangkutan.

“Penduduk luar bandar tidak lagi berpusu-pusu untuk ke bandar raya Miri semata-mata ingin mengambil wang sebaliknya mereka boleh pergi ke mesin ATM yang terdekat di kawasan mereka,” jelasnya.

Mengambil kira populasi penduduk yang semakin bertambah khasnya di Lambir, beliau berharap pihak bank mempertimbang untuk menyediakan mesin ATM di kawasan terbabit.

“Kawasan Lambir kini sudah lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti sekolah, pasar raya dan sebagainya, sehubungan itu adalah lebih baik jika mesin ATM turut disediakan di kawasan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda