PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Lajim Ukin. Show all posts
Showing posts with label Lajim Ukin. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Bubar Parlimen Tapi Pakatan Haram Masih Berebut Kerusi?

Pembubaran Parlimen sudah diumumkan lihatlah Pakatan Haram masih lagi bertelagah berebut kerusi sesama sendiri!  Ikutilah laporan gelagatanwar mengenai situasi di Sabah!
PR Sabah – Retak Menanti Belah???
 
oleh gelagatanwar
Berdasarkan rekod dan siasatan politik yang dijalankan baru-baru ini, beberapa nama yang MESTI diletakkan sebagai calon sudahpun dikenalpasti. PKR sendiri, sudah menamakan senarai MESTI TANDING seperti yang diharapkan oleh aktivis cabang masing-masing.

Isu utamanya sekarang, adalah ruang yang terlalu besar diberikan kepada Bumburing dan Lajim dalam meletakkan calon mereka. Kebanyakan Ketua cabang merasakan kerjasama dengan Bumburing dan Lajim ini hanya menempah maut politik. Kedua-duanya sudah kurang pengaruh.

Di Sabah, PKR akan bertanding sebanyak 11 kawasan parlimen merupakan kawasan majoriti bumiputera Islam. Manakala APS (bumburing) bertanding 6 kawasan majoriti KDM, PAS 3 kawasan, DAP 3 kawasan majoriti cina, PPPS (Lajim) 3 kawasan bumi islam.

- Tuan Haji Ansari Abdullah – Ketua Cabang Tuaran (Ketua) – Encik Anthony Mandiau – Ketua Cabang, PKR (Kota Merudu) – Encik Saidil Bin Simoi – Ketua Cabang, PKR (Kota Belud) – Encik Zainal Bin Atim – Pemangku Ketua Cabang PKR, Putatan – Encik Affendi Bin Abdullah – Ketua Cabang PKR, Pensiangan – Encik Mazri Bin Nasir – Timbalan Pengarah Pilihan Raya, PKR Sabah (Sandakan) – Pemangku Ketua Bahagian Kudat – Ketua Cabang Papar – Ketua Cabang Semporna

Kesemua nama yang dinamakan di atas MESTI diberikan hak dan peluang bertanding. Jika parti membuat keputusan sebaliknya, kita sudah boleh berikan jaminan bahawa PKR akan tewas kerana sabotaj.

Nama seperti Ansari, Mandiau, Saidil, Zainal dan Mazri adalah mereka yang sudah lama aktif dalam PKR. Orang lama. Nasib mereka tak baik kerana selalu bergaduh dengan Azmin. Silap. Gaduh dengan Azmin, ibaratnya bergaduh dengan MALAIKAT MAUT POLITIK di dalam PKR.

Monday, February 18, 2013

[Video] Anwar Ibrahim Kutuk Pemimpin Melayu PAS!!!

Anwar yang terkenal dengan Pengajian Melayu dan boleh menjadi lebih Melayu daripada orang Melayu, lebih Cina daripada orang Cina dan lebih India daripada orang India.  

Berikut adalah bukti Anwar mengutuk pemimpin Melayu PAS di hadapan orang Cina.  Perkara ini dirakam sendiri oleh team dkmsabah. 

UST ANWAR KATA: NIK AZIZ TAK TAU AGAMA, HADI PULA PAK TURUT!!!... WOW 

 Oleh: dkmsabah.blogspot.com
 
KOTA KINABALU (10 Feb 2012) - PKR telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

Dianggarkan sekitar 1500 orang hadir pada Majlis tersebut yang bertempat Putera Ballroom Kota Kinabalu pukul 7:00-10:00malam.

Terdahulu Dato Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan telah menghadiri Program Ceramah PKR bertempat di Kg. Paginatan Ranau, Forum Suara Anak Sabah (SUASA) dan seterusnya bergerak ke sesi Dialog DSAI bersama anak muda dan golongan profesional di Hotel Megah Tanjung Aru setelah berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina tersebut.

Majoriti yang datang terdiri daripada ahli-ahli PKR yang datang dari seluruh negeri Sabah. Pengarang beranggapan, tindakan memanggil dan mengarahkan setiap daerah di negeri Sabah untuk menghantar wakil pada Majlis tersebut ada kaitan dengan nasib yang menimpa Program DAP yang hanya dihadiri oleh kurang daripada 50 orang hadirin meskipun disajikan dengan makanan percuma.

Namun bukan itu yang menjadi tumpuan Pengarang, fokus utama pengarang lebih kepada slot ceramah DSAI kepada hadirin.

Akhirnya seperti yang pengarang duga, isu kalimah Allah akan berkumandang dan akan dimainkan oleh DSAI.

Dan untuk isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS.

Kalau Pengarang ulas tanpa bukti nanti orang-orang PR dan Cybertrooper yang dibayar gaji ribuan ringgit pasti akan tuduh pengarang suka memfitnah. Oleh itu, anda tonton sendiri video tersebut. Wujud lagi satu pendedahan penting yang keluar daripada mulut DSP Lajim sendiri ketika beliau berucap di Program Kebangkitan Rakyat bersama DSAI yang bertempat di Perkarangan Rumah En Justinus Baharum (Kg Linsudan Apin-apin).

Akhirnya DSP Lajim mengakui sendiri berdasarkan keadaan semasa, PR Sabah hanya mampu memperolehi 3 kerusi Parlimen di Sabah. Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangka kan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah.

Pengarang mengandaikan ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim termasuklah, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan. Pengarang beranggapan, Kerusi-kerusi yang sebelum ini dijangkakan menang kini berhadapan dengan risiko sabotaj daripada ahli-ahli dalam PR itu sendiri dan DSP Lajim menyedari perkara tersebut.

Pengarang juga mengandaikan, ramalan 3 kerusi Parlimen tersebut mungkin juga terdiri daripada kawasan-kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon PPPS seperti di Parlimen P173 Putatan, P176 Kimanis dan P177 Beaufort.

Walau apa pun ramalan yang diletakkan, apa yang pasti, kesemua kawasan Parlimen tersebut telah ada wakil daripada PKR, DAP dan PAS. Sabotaj daripada ahli-ahli PR itu adalah sesuatu yang pasti dan kini situasi tersebut semakin menghantui DSP Lajim. 

DSP Lajim kini semakin terdesak untuk meyakinkan penyokong-penyokong beliau yang beliau tidak akan kembali kepada BN sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen P177 Beaufort kelak. Kegusaran penyokong DSP Lajim ada hubung kait dengan isu bahawa DSP Lajim masih ahli UMNO.

Kini keadaan PR Sabah semakin kritikal berbanding dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. Meskipun DSAI menggambarkan wujud kebangkitan di kalangan rakyat Sabah, namun pengarang tetap menafikan kebangkitan tersebut berdasarkan bukti bahawa hadirin yang meramaikan program PR di Sabah adalah di upah.

Bukti ini pengarang perolehi sendiri daripada adik seorang sahabat yang berada di Papar, beliau khabar kan adik beliau di upah RM30 ringgit untuk hadir pada sesi ceramah DSAI di Papat tahun lalu.

Mereka dijemput oleh sebuah van dan diberi duit RM30 ketika berada di dalam yang seterusnya membawa mereka ke lokasi tempat DSAI berceramah. Bukti sudah nyata, PR Sabah bakal kecewa lagi!



Monday, July 30, 2012

Terdapat Rahsia Antara Anwar Ibrahim dan Lajim Ukin?


Blogger Anwaraidc menceritakan mengenai rahsia antara Lajim dan Anwar Ibrahim! Betulkah ada rahsia antara mereka ini?

Rahsia Lajim & Anwar
Published by AIDC on July 29, 2012
 
Jentayu Abaka – Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa penubuhan NGO pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Kota Kinabalu, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.

Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah.

Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort.

Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.

Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).
Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.

Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.

Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin?

Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.

Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%.
Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.
Maka, mengapa perlu bimbang?

Baca Blog Dalam Facebook Anda