PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, September 15, 2012

Kek Logo 1Malaysia Terpanjang Dicatat di Institut Teknologi Riam di Miri!

Kek Logo 1Malaysia terpanjang telah dicatat di MBR.  Kek ini adalah hasil pelajar Seni Kulinari dari Institut Teknologi Riam.

Teknik terbaharu digunakan untuk mencipta kek sepanjang 29 meter ini.  Kek ini akan dijual dengan harga RM3 dan akan digunakan untuk menderma kepada Tabung Sekolah Menengah Riam.
RIT hasil kek logo 1M’sia terpanjang

Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu

MIRI: Pelajar Seni Kulinari Institut Teknologi Riam (RIT) Miri berjaya menghasilkan kek logo 1Malaysia sepanjang 29 meter untuk dicatat sebagai rekod baharu negara dalam Malaysia Book Of Records (MBR).

Bersaiz lebar 13 meter, kek itu dihasilkan oleh seramai 75 pelajar yang diketuai oleh Pensyarah Seni Kulinari RIT, Leu Kien Chung.

“Sebelum ini ada rekod untuk kek lapis Sarawak terpanjang dan kita cuba buat kelainan dengan menghasilkan kek 1Malaysia terpanjang. Kita berharap untuk menghasilkan rekod baharu negara dari pembuatan kek ini,’ jelasnya.

Beliau berkata, sejumlah hampir RM6,000 dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan kek yang didermakan oleh ahli lembaga pengurusan RIT, Sekolah Menengah Riam Road (RRSS) dan umum.

Leu memberitahu, tempoh empat hari diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya kek dan ‘fondant’ yang kemudian disusun di dewan RIT.

Sebanyak 1,400 keping kek disambung sebagai logo 1Malaysia dan dihiasi dengan lapisan ‘fondant’ yang diwarnakan mengikut warna Jalur Gemilang.

‘’Setiap keping kek akan dijual dengan harga RM3 dan hasil akan disumbangkan untuk tabung sekolah kita (RRSS),” ujarnya.

Hadir sama untuk menyaksikan majlis mengukur kek itu ialah Ahli Lembaga Pengarah Kehormat RRSS dan RIT, Datuk David Goh Kien Ping, Pengerusi RRSS dan RIT, Tan Sri Datuk Jimmy Lau dan Ketua Pegawai Eksekutif RIT, Datuk Dr Fong Onn Min.

Kelab BN di Hari Keputeraan TYT Sarawak Tiada Maksud Politik

Kelab BN tidak mempunyai sebarang maksud politik apabila menyertai perbarisan di Sambutan Hari Keputeraan TYT Negeri Sarawak.  Mereka menyatakan cuma untuk melahirkan rasa taat setia kepada TYT Sarawak.

SPDP tidak seharusnya mempolitikkan penyertaan Kelab BN di upacara tersebut, demikian diberitahu oleh Ketua Kontinjen iaitu Joshua Dungkong.

Kelab BN telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Keputeraan TYT dan kononnya terdapat ahli SPDP juga yang dituduh oleh Presiden SPDP turut serta dalam perbarisan tersebut.  

Namun Ketua Rumah Panjang TR Stewart Kayong perbarisan tersebut tidak disertai oleh mana-mana ahli SPDP.
Kelab BN hanya tunjuk kesetiaan kepada TYT

Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu

MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sepatutnya mempolitikkan isu penyertaan Kelab Barisan Nasional (BN) semasa perbarisan sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Stadium Miri Sabtu lalu.

Ketua kontinjen penyolong Kelab BN, Joshua Dungkong berkata, perbarisan itu hanya sekadar menunjukkan rasa hormat, sokongan dan kesetiaan kepada TYT dan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Sebagai Menteri Kanan dan Presiden parti, Mawan harus arif bahawa sambutan hari jadi TYT tidak wajar dicampur-adukkan dengan isu politik,” katanya semalam.

Joshua berkata demikian semasa mengulas kenyataan Mawan pada sidang media pada majlis malam penghargaan media di Kuching Selasa lalu, yang antara lain menyifatkan tindakan Kelab BN sebagai mensabotaj parti.

Justeru, katanya, tidak timbul isu mereka mensabotaj parti kerana tujuannya mereka menyertai perbarisan hanya untuk menunjukkan rasa kesetiaan kepada TYT.

“Kita di Kelab BN akan terus mara ke hadapan. Kami tidak akan terjejas dengan apa sahaja tohmahan yang dilemparkan oleh SPDP dan saya mahu tegaskan bahawa penyertaan kami dalam perbarisan itu tiada kaitan dengan SPDP,” katanya.

Menjawab kenyataan mengenai penglibatan ahli-ahli SPDP dalam perbarisan itu, Tuai Rumah Steward Kayong mengesahkan, tiada seorang pun daripada parti itu yang menyertai kontinjen terbabit.

Friday, September 14, 2012

PKR Selangor Enggan Bubar DUN Takut Kalah Teruk!!

Rupa-rupanya Selangor enggan bubar DUN kerana sedar mereka akan menang tipis sekiranya bubar bersama parlimen. 

Mereka inilah penakut dan pengecut untuk menerima kenyataan.  Kalau berani bubarkanlah DUN secepat mungkin!!!
Selangor Enggan Bubar Dun Kerana Sedar Peluang Menang Tipis, Kata Syed Ali
 
 KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan negeri Selangor yang dilapor enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang disebabkan ia sedar peluang untuk memenangi semula negeri itu tipis.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kegagalan kepimpinan kerajaan Selangor menangani pelbagai masalah menyebabkan rakyat kini mula beralih pandangan kepada Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, keputusan mahu mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan adalah bertujuan untuk mengekalkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) sahaja dan keputusan itu bukan dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat. Ia hanya untuk mempertahankan kuasa politik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat(PKR)-DAP-PAS yang baru-baru ini dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.

"Oleh itu, rakyat perlu sedar untuk menilainya...saya percaya rakyat hari ini semakin bijak untuk membuat pertimbangan di antara setiap parti itu," katanya sambil menambah pembangkang akan terus mencipta retorik demi kelangsungan politik sempit mereka.

[Bongkar] Artis Jadi Mainan Politik Untuk Memburukkan Kerajaan!!

Zed Zaidi Presiden SENIMAN mengaku terdapat kes di mana artis menerima ganjaran yang lebih banyak daripada pertubuhan politik anti-kerajaan untuk memburukkan kerajaan.  

Mereka menerima habuan yang lumayan dan lebih tinggi daripada apa yang mereka kecapi apabila bergelar orang seni.  Mereka ini disuruh turun padang semasa musim PRU untuk menarik orang ramai agar mendengar fitnah mengenai kerajaan.

Ikutilah pendedahan oleh Zed Zaidi dalam mStar.
Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan

mStar Online Jumaat September 14, 2012
Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter @niezamabdullah)
Zed Zaidi antara pemimpin persatuan artis yang lantang bersuara.
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan.

Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan.

Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis.

"Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,” katanya.

Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu.

“Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan,” jelasnya.

Sehubungan itu Zed berkata, sekiranya terdapat mana-mana artis yang mahu berubah mereka diminta untuk tidak terlibat dalam kancah politik kerana ia akan merosakkan reputasi diri mereka sendiri.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zed Zaidi mengundang para artis dan orang ramai menyertai Majlis Mega Raya MySeniman yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 17 September depan.

Acara yang akan bermula pukul 12 tengah hari itu turut membuka peluang kepada orang ramai dan para artis menjadi ahli persatuan itu.

Wednesday, September 12, 2012

Hasilkan Perkhidmatan Yang Terbaik Untuk Rakyat: Rosey

Penjawat awam yang bekerja erat bersama wakil rakyat akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.  

Penjawat awam juga diminta untuk mencerminkan keceriaan dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan apabila berurusan dengan rakyat.  Ini akan menjadikan segala urusan menjadi mudah dan perlaksanaan dasar dapat dilakukan dengan ringan.

Hubungan yang erat antara penjawat awam dan wakil rakyat juga dapat melancarkan segala tugas untuk membantu rakyat dengan mudah.  Mereka juga diingatkan untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan lagi prestasi demi keluarga dan masyarakat sekitar.
Kerjasama erat permudah khidmat untuk rakyat

Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu


JAMU SELERA: Rosey (dua kanan) dan Lily (tiga kanan) bersama-sama menikmati juadah sempena Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran SKM di pekarangan Wisma Persekutuan Fasa 2, Miri, semalam.

MIRI: Kecemerlangan kerja yang dipamerkan oleh para penjawat awam di samping kerjasama yang kukuh dan erat sesama mereka, akan menghasilkan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Pada masa yang sama, ia akan memudahkan lagi tugas-tugas berdepan dengan rakyat dan membantu melancarkan tugas-tugas wakil rakyat, demikian menurut Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus.

“Terima kasih kepada penjawat awam yang menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang bukan untuk kepentingan dan prestasi diri tetapi juga untuk keluarga, masyarakat dan wakil rakyat di kawasan mereka.

“Tanpa anda sedar, kerjasama di antara penjawat awam akan memudahkan lagi tugas-tugas wakil rakyat kerana ia membantu dalam melancarkan segala penganjuran program dan projek membabitkan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Rosey memberitahu demikian semasa berucap pada majlis perasmian Program Kesedaran Berkoperasi dan Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Miri/Bintulu, bertempat di pekarangan bangunan Wisma Persekutuan Fasa 2 di sini, semalam.

Dalam pada itu, menurut Rosey, penjawat awam perlu melihat urusniaga dengan rakyat dan pelanggan mengikut perspektif baharu dengan mengambil kira generasi pelanggan yang lebih bermaklumat, profesional serta mempunyai pengharapan yang berbeza ke atas perkhidmatan yang disampaikan oleh mereka.

“Penjawat awam perlu melakukan perubahan selaras dengan takrifan baharu ke atas konsep urus niaga dengan rakyat, melalui penyediaan perkhidmatan yang bukan sahaja dapat memenuhi kepuasan pelanggan malah melangkaui jangkaan mereka,” katanya.

Beliau memberitahu organisasi sektor awam yang gemilang juga perlu mempunyai ciri-ciri responsif dan peka dengan kehendak pelanggan, mempamerkan imej yang bersih, selain komited dan mengutamakan prestasi.

Rosey dalam ucapannya juga mengingatkan golongan penjawat awam supaya sentiasa memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, demi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Katanya, jika kesihatan mereka terjejas maka ia juga boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka dan juga akan menyusahkan keluarga yang bergantung kepada mereka.

Mengenai majlis ramah-tamah yang dianjurkan semalam, Rosey berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang untuk dijadikan wadah bagi memupuk persefahaman, keharmonian dan saling menghormati di antara sesama rakyat berbilang kaum di negara ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian SKM Bahagian Miri/Bintulu merangkap Pengerusi Wisma Persekutuan Fasa 2 Miri, Lily Fawziah Adnan serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang berpejabat di bangunan wisma berkenaan.

Tuesday, September 11, 2012

Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat Terutama Yang Berpendapatan Rendah


Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif untuk meingankan beban rakyat dalam usaha untuk mengurangkan inflasi ini.

Inisiatif yang dirancang bukan sahaja untuk jangka pendek malah turut dirancang untuk tempoh jangka panjang demi mengurangkan lagi beban rakyat.

Untuk itu, rakyat diharap bersabar demi menempuhi cabaran dalam keadaan inflasi dunia yang rumit ini. Kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap perjuangan demi memastikan hari esok adalah lebih baik daripada kelmarin!

Sama-samalah kita berdoa dan berjuang untuk mengembalikan kestabilan negara baik dari segi ekonomi dan juga politik. Jauhkanlah diri daripada politik jalanan yang bukannya budaya kita.

Kerajaan sentiasa cari inisiatif ringankan beban rakyat

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


RINGANKAN BEBAN: Sebastian Ting (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan RTM Miri yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.

MIRI: Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup semakin meningkat dengan memperkenalkan beberapa pelan induk untuk mengurangkan inflasi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar.

“Antaranya inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Program Teksi Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri kelmarin.

Beliau memberitahu, inisiatif yang dirancang untuk jangka masa pendek dan panjang itu membuktikan bahawa kerajaan cukup prihatin dengan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendahulukan kepentingan rakyat dan semua janji yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini telahpun ditunai,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan kakitangan kerajaan khasnya warga RTM supaya terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas.

“Perdana Menteri sendiri menegaskan kepentingan Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang cemerlang.

Selaras dengan dasar itu, kakitangan RTM perlu mengorak langkah untuk melaksanakan tugas agar lebih cekap, efisien dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja ke tahap lebih maksimum,” jelasnya.

Menurutnya, keterbukaan kerajaan dalam media elektronik dan cetak termasuk laman blog, Twitter dan Facebook memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.

“Adalah penting untuk kita melaksanakan perkhidmatan sebaik mungkin dan harus sejajar dengan piagam pelanggan yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti penyampaian berita dan informasi yang cepat, tepat dan berintegriti,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Fee Lin Chiew dan Pengurus Stesen RTM Miri Ramli Junaidi.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Islam RTM Miri (JBKKIS) itu turut diserikan dengan persembahan koir oleh kakitangan RTM Miri selain penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak kakitangan RTM.

- Posted using BlogPress from my New iPad

[Video] Abby Abadi Umpama Orang Buta?


Kenapa Abby Abadi disamakan dengan orang buta? Sebenarnya itu cuma perumpamaan iaitu orang buta nampak gajah! Kalau masih tidak faham ikutilah video temubual minaq jinggo dengan Ustaz Taharudin ini. Ustaz Taharudin merupakan seorang penyokong tegar PAS selama 18 tahun! Tapi itu suatu masa dahulu.



Abby Abadi Masuk PAS Ibarat Orang Buta Nampak Gajah - Ustaz Taharudin
Oleh Pisau Dotnet 7/9/2012

Bekas ahli yang 18 tahun bersama PAS Ustaz Taha mendedahkan bahawa PAS banyak berubah berbanding dibawah presiden parti yang terdahulu.Malah beliau sendiri mengakui bahawa peranan ulama sekarang ini didalam PAS sudah jauh tersisih dan peranan Presiden parti sudah menjadi tidak penting.

Peranan kalangan bukan ulama lebih menonjol maka tidak mengejutkan apabila kalangan ulama PAS sendiri diperlekehkan oleh ahli mereka sendiri.




- Posted using BlogPress from my New iPad

Monday, September 10, 2012

Hapuskan Duri Dalam Daging Parti Komponen!!!


Sememamgnya usaha untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas mana-mana orang dalam parti yang cuba menggulingkan calon BN memang patut disambut baik oleh setiap parti komponen BN.

Duri dalam daging ini sepatutnya digugurkan keahlian lebih-lebih lagi sekiranya mereka ini adalah EXCO atau Majlis Tertinggi Parti yang cuba melonjakkan kerjaya politik dengan cara yang tidak sesuai.

Tidak dinafikan bahawa hal ini sering berlaku sewaktu musim pilihan raya dan calon syok sendiri atau pengganti penyandang akan kelihatan untuk menabur fitnah memburukkan penyandang agar sokongan mereka bertambah kuat! Gula-gula 'sebab' juga akan ditaburkan untuk meraih sokongan ahli yang 'mata duitan' di mana kesetiaan boleh 'dipinjam' walau pun tidak dapat dijual beli!!!

Mereka inilah yang akan merosakkan parti dengan rasuah apabila menjadi wakil rakyat kelak!

Seharusnya usaha untuk menghancurkan golongan yang mengamalkan rasuah ini dikekang seawal mungkin demi kebaikan dan kesejahteraan parti BN!!!

Tindakan singkir ahli khianat wajar diikuti parti komponen BN
Utusan Borneo 10 September 2012, Isnin

MUAR: Tindakan UMNO menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang wajar diikuti oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.

“Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan Umno sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri kelmarin yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.

“Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.

Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkan kepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakhluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.

“Itu sudah cukup kerana dalam perlembagaan (parti) ada ahli parti berkenaan, maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.

Sehubungan itu, katanya perubahan perlu dilakukan oleh anggota UMNO bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu. — Bernama

Saturday, September 8, 2012

Kepimpinan Sarawak Tidak Ditukar Dengan Tergesa-gesa Demi Menjamin Kestabilan Politik: Taib


Sarawak dapat menikmati kestabilan politik dengan adanya proses pertukaran kepimpinan yang selari dengan kehendak rakyat. Kestabilan ini menjamin pembangunan yang terancang dan berterusan.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat akan terus menunaikan janji kepada rakyat demi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan transformasi kerajaan yang berkesinambungan. Inilah yang menjadikan Sarawak unik!

Taib jamin proses pertukaran kepimpinan Sarawak tidak dilaksanakan tergesa-gesa

MIRI 8 Sept. - Rakyat Sarawak masih dapat menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang sehingga kini kerana pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tidak dilakukan dengan tergesa-gesa.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak Sarawak menyertai Malaysia 49 tahun dahulu, negeri ini mempunyai lima Yang Dipertua Negeri dan empat Ketua Menteri yang membolehkan kesinambungan pembangunan dirancang dan dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.

"Pertukaran kepimpinan tidak berjalan dengan gopoh supaya negeri kekal aman dan stabil selari dengan kehendak rakyat," katanya semasa berucap pada majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-91 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Stadium Terbuka Miri hari ini.

Taib berkata, sejak diberi kepercayaan rakyat dengan kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri terus melaksanakan janji yang dibuat. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, September 6, 2012

Pelajar Hina Gambar PM Ditendang IPTS!!


Mat Pungkok yang berbogel di hadapan gambar pemimpin memang biadap dan memalukan kolej, sekolah menengah, sekolah rendah dan juga tadikanya!! Keluarganya apatah lagi memang sungguh malu di atas perlakuan biadap dan tidak senonohnya di ambang kemerdekaan!

Sepatutnya pelajar ini menghayati ambang kemerdekaan dengan berpuisi atau mencipta sesuatu yang bermakna dan bukannya berkelakuan tidak senonoh dan tidak patriotik langsung!

Semiga pelajar yang lain mendapat pengajaran akibat terikut pakatan haram dan himpunan haram!!

Pelajar tunjuk punggung pada gambar PM dibuang kolej
Utusan Online

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.

Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.

Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.

"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.

"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.

Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.

"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.


- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, September 5, 2012

Balai Bomba Baharu Untuk Batu Niah!!


Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa mendahulukan rakyat kini merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk memohon peruntukan demi membina balai bomba di Batu Niah.

Ini untuk tujuan keselamatan lebih-lebih lagi dalam menangani masalah kebakaran di belukar ataupun di hutan semasa cuaca yang kering dan terik.

Buat masa kini, balai bomba yang berdekatan terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Miri. Ini menyukarkan pegawai bomba untuk memadamkan walau kebakaran yang ke il kerana dalam tempoh sejam sahaja kebakaran yang kecil boleh membinasakan segalanya!

Walau pun bayangan untuk balai bomba ini sudah ada sejak 2006, namun peruntukan disalurkan untuk projek yang lebih penting lagi. Kini mungkin masanya untuk membentangkan semula.

Semoga Ahli Parlimen Sibuti dapat memohon untuk mendapatkan balai bomba dalam Rancangan Malaysia Ke-11 pula!

Permohonan bina balai bomba di Batu Niah akan dibentang lagi

Utusan Borneo 5 September 2012, Rabu

MIRI: Permohonan untuk membina balai bomba di Batu Niah akan dibentangkan sekali lagi dalam Persidangan Dewan Rakyat September ini, demikian tegas Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Beliau memberitahu, Sibuti memerlukan balai bomba baharu bagi mengatasi masalah kelambatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Miri jika berlaku kes kebakaran.

“Pemohonan untuk balai bomba baharu Batu Niah diluluskan pada tahun 2006 namun peruntukan untuk projek itu disalurkan dahulu kepada projek-projek yang diberi keutamaan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, pemohonan itu akan diusulkan semula pada Persidangan Dewan Rakyat kelak supaya kawasan Sibuti tidak tercicir daripada menerima kemudahan terbabit.

“Kita berharap pemohonan untuk membina balai bomba Batu Niah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi mengatasi masalah kebakaran di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya tapak untuk pembinaan balai bomba berkenaan telah diluluskan di Sepupok, Batu Niah namun pelaksanaannya masih menunggu peruntukan daripada kerajaan.

“Kebanyakan kebakaran yang berlaku di Niah sukar dipadamkan kerana jarak balai
bomba dari Miri terlalu jauh sementara perjalanan pasukan bomba ke lokasi kejadian memakan masa selama satu jam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mengutamakan projek ini dalam RMK-11 bagi mengatasi masalah kemusnahan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.

“Walaupun terdapat pasukan sukarelawan bomba dari Batu Niah dan Bekenu, namun ia tidak memadai berikutan kurangnya kepakaran dan kelengkapan pasukan berkenaan memadamkan api,” jelasnya.

Katanya faktor jarak menjadi masalah utama kepada pasukan bomba dari Miri bagi menjalankan operasi pemadaman dan setiap kali berlaku kebakaran, ia akan memusnahkan keseluruhan harta benda.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Tuesday, September 4, 2012

PAS Cuba Perbodohkan Rakyat Sarawak Lagi?Hadi Awang Masih Tidak Bercawat!


Penduduk Sarawak dikejutkan oleh blueprint PAS yang mirip apa yang sedang ditransformasikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri BN. Kalau nak tonjolkan kelainan gunalah yang original atau asli!

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga kebanyakan tuntutan adalah copy paste terus daripada apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini! Adakah ini bermaksud PAS menyokong apa yang dilakukan oleh kerajaan BN yang sedia ada atau PAS memang tidak pandai melakukan penyelidikan sebelum melancarkan tawaran untuk menakluk Sarawak?

Setakat hendak menukar nama kepada PAS tetapi meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan BN baik tidak payah turun bertanding!! Apa kurangnya kerajaan BN kalau hendak dibandingkan dengan PAS di Kelantan yang sentiasa mengharap ihsan kerajaan pusat untuk membangunkan Kelantan?

Berikut adalah 12 Tawaran PAS Sarawak. Kajilah dengan teliti yang mana disalin terus daripada tindakan pelan transformasi oleh kerajaan BN.

  1. Suruhanjaya Diraja untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak

  2. Kemiskinan sifar tanpa mengira kaum

  3. Lebuhraya Pan-Borneo sebagai lebuhraya terbaik

  4. SCORE sebagai hab teknologi hijau berinovatif

  5. Sarawak sebagai agropolitan pengeluar makanan utama Malaysia

  6. Jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih untuk semua

  7. Capaian sistem pendidikan yang berkualiti untuk semua

  8. Capaian sistem kesihatan yang berkualiti untuk semua

  9. Meningkatkan royalti hasil petroleum Sarawak kepada 20%

  10. Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak

  11. Tawaran Khas untuk Golongan Wanita

  12. Tawaran Khas untuk Golongan Muda


Kalau beginilah penipuan politik PAS tidak mustahil mereka akan terkubur kerana cuba memperbodohkan rakyat Sarawak!!

Hadi Awang pun belum pakai cawat lagi! Pasti 100 orang yang hadir adalah orang import dari luar untuk melihat Hadi Awang pakai cawat? Dengar-dengar ramai yang hadir adalah SB, spy leman, spy jebon, spy Aljuburi dan media beserta blogger? Berapa ramaikah yang hadir untuk melihat Hadi Awang pakai cawat? Kalau nak buat tawaran pun bajet-bajetlah yang boleh dilaksanakan! Ini setakat 12 sahaja itu pun nak kecoh? Lebih baik sokong BN!!!

PAS lancar ‘12 Tawaran’ untuk ‘takluk’ Sarawak
Utusan Borneo 4 September 2012, Selasa

MIRI: PAS Sarawak malam kelmarin melancarkan manifestonya ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum; Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua; Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Royalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.

Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.

Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menumbangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut.

“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.

“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.

Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.

“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.

“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).

“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.

“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.

“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitunya,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.

“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.
Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh mereka, Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah yang berasal dari Lundu.

Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia.

Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.

Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.


Monday, September 3, 2012

Hadi Awang Terkejut di Miri! Sambutan Hambar!


Kejutan yang dijanjikan oleh PAS Miri untuk Hadi Awang tidak berhasil! Zuar XPDC dan Iwan Syahman (pssst sape?) tidak berjaya menarik golongan belia untuk memilih PAS! Nampaknya PAS tidak lagi relevan, bukan itu sahaja PKR pun tidak disenangi akibat publisiti murahan dan juga lagak peserta Janji Bersih yang begitu keterlaluan!

Setakat 100 orang atau lebih seorang sebegini maka tidak patut untuk dibanggakan! PAS sudah menjadi riak dan jelas tidak menunjukkan keislamannya lagi!

Walau bagaimanapun sekarang sudah jelas dan sudah terang bahawa belia Miri dan Sibuti tidak memilih PAS (Pis Pus!) Inilah daya penarik Najib dan Rosmah!

BN sememangnya pilihan orang muda! Tidak sia-sialah memperkasakan UMB Sibuti-Miri untuk menangkis tohmahan dan menghiris fitnah di dunia siber!!
Lebih 100 sertai konvoi Himpunan Hijau PAS

Utusan Borneo 3 September 2012, Isnin


(Gelapnya. Nyamuk pun lebih banyak! Ada yang tertidur kerana tidak faham apa yang Hadi cakap!)

MIRI: Lebih 100 penunggang motosikal dan basikal menyertai konvoi bermotosikal dan berbasikal Xpresi Hijau Anak Muda PAS Sarawak sempena program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di sini, semalam.

Konvoi tersebut yang dilepaskan dan diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, telah memulakan perjalanan mereka dari Stadium Tertutup Miri menghala ke lokasi program di Jalan Brighton.

Turut serta dalam rombongan konvoi itu semalam ialah Ahli Parlimen Jerai Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Di hentian terakhir, rombongan tersebut disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin.

Majlis kemudian diikuti dengan majlis rumah terbuka Hari Raya bermula jam 2 hingga 4 petang semalam.

Manakala program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ pula berlangsung di Lot 1090, Jalan Brighton di Tanjung Lobang (seberang Hotel ParkCity) bermula jam 8 malam tadi.

Beberapa artis jemputan dari Semenanjung Malaysia seperti Iwan Syahman dan Zuar daripada kumpulan rock XPDC tampil menghiburkan orang ramai yang datang ke program tersebut.

Di program itu juga, para penyokong PAS berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PAS lain di peringkat negeri dan pusat.

Sementara itu petang semalam Hadi yang turut diiringi oleh pemimpin PAS yang lain turut mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di Sibuti untuk bertemu para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di sana.

Kenapa Blogger RBF Online Dihentak?


Blogger RBF merupakan otai yang paling digeruni oleh juak-juak pencacai pembangkang! Kini mereka bersorak keriangan apabila terbaca mengenai berita ini!

Kenapa blogger RBF dihentak? Kalau salah tulis tentulah buruk padahnya lebih-lebih lagi kalau isunya mengena tepat di batang hidung Husam Musa!!!

Silalah ke pautan berikut untuk berita selanjutnya.


Nik Aziz Tidak Setuju PKR Tukar Bendera Malaysia!


Nik Aziz pun tidak bersetuju dengan agenda PKR yang mahu menukar bendera Malaysia seakan -akan bendera komunis. Jalur Gemilang sudah diterima dunia dan kenapa harus ditukar? Najib pun sudah diterima dunia dan tidak patut juga ditukar kan Pok Nik? Anwar cuma diterima oleh majalah Gay di Jepun sahaja! Mahukah pemimpin dunia yang lain menerima Anwar?

Memalu dan mendukacitakan, kata Nik Aziz
Utusan Borneo 3 September 2012, Isnin


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalu dan mendukacitakan.

Beliau berkata, tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tatasusila yang tinggi sejak sekian lama.

“Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya). “Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji BERSIH yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.

Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baharu berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.

Nik Aziz berkata, bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.

“Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera…bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya,” kata beliau. — Bernama

Baca Blog Dalam Facebook Anda