Saturday, September 15, 2012

Kelab BN di Hari Keputeraan TYT Sarawak Tiada Maksud Politik

Kelab BN tidak mempunyai sebarang maksud politik apabila menyertai perbarisan di Sambutan Hari Keputeraan TYT Negeri Sarawak.  Mereka menyatakan cuma untuk melahirkan rasa taat setia kepada TYT Sarawak.

SPDP tidak seharusnya mempolitikkan penyertaan Kelab BN di upacara tersebut, demikian diberitahu oleh Ketua Kontinjen iaitu Joshua Dungkong.

Kelab BN telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Keputeraan TYT dan kononnya terdapat ahli SPDP juga yang dituduh oleh Presiden SPDP turut serta dalam perbarisan tersebut.  

Namun Ketua Rumah Panjang TR Stewart Kayong perbarisan tersebut tidak disertai oleh mana-mana ahli SPDP.
Kelab BN hanya tunjuk kesetiaan kepada TYT

Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu

MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sepatutnya mempolitikkan isu penyertaan Kelab Barisan Nasional (BN) semasa perbarisan sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Stadium Miri Sabtu lalu.

Ketua kontinjen penyolong Kelab BN, Joshua Dungkong berkata, perbarisan itu hanya sekadar menunjukkan rasa hormat, sokongan dan kesetiaan kepada TYT dan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Sebagai Menteri Kanan dan Presiden parti, Mawan harus arif bahawa sambutan hari jadi TYT tidak wajar dicampur-adukkan dengan isu politik,” katanya semalam.

Joshua berkata demikian semasa mengulas kenyataan Mawan pada sidang media pada majlis malam penghargaan media di Kuching Selasa lalu, yang antara lain menyifatkan tindakan Kelab BN sebagai mensabotaj parti.

Justeru, katanya, tidak timbul isu mereka mensabotaj parti kerana tujuannya mereka menyertai perbarisan hanya untuk menunjukkan rasa kesetiaan kepada TYT.

“Kita di Kelab BN akan terus mara ke hadapan. Kami tidak akan terjejas dengan apa sahaja tohmahan yang dilemparkan oleh SPDP dan saya mahu tegaskan bahawa penyertaan kami dalam perbarisan itu tiada kaitan dengan SPDP,” katanya.

Menjawab kenyataan mengenai penglibatan ahli-ahli SPDP dalam perbarisan itu, Tuai Rumah Steward Kayong mengesahkan, tiada seorang pun daripada parti itu yang menyertai kontinjen terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda