Tuesday, September 4, 2012

PAS Cuba Perbodohkan Rakyat Sarawak Lagi?Hadi Awang Masih Tidak Bercawat!


Penduduk Sarawak dikejutkan oleh blueprint PAS yang mirip apa yang sedang ditransformasikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri BN. Kalau nak tonjolkan kelainan gunalah yang original atau asli!

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga kebanyakan tuntutan adalah copy paste terus daripada apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini! Adakah ini bermaksud PAS menyokong apa yang dilakukan oleh kerajaan BN yang sedia ada atau PAS memang tidak pandai melakukan penyelidikan sebelum melancarkan tawaran untuk menakluk Sarawak?

Setakat hendak menukar nama kepada PAS tetapi meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan BN baik tidak payah turun bertanding!! Apa kurangnya kerajaan BN kalau hendak dibandingkan dengan PAS di Kelantan yang sentiasa mengharap ihsan kerajaan pusat untuk membangunkan Kelantan?

Berikut adalah 12 Tawaran PAS Sarawak. Kajilah dengan teliti yang mana disalin terus daripada tindakan pelan transformasi oleh kerajaan BN.

  1. Suruhanjaya Diraja untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak

  2. Kemiskinan sifar tanpa mengira kaum

  3. Lebuhraya Pan-Borneo sebagai lebuhraya terbaik

  4. SCORE sebagai hab teknologi hijau berinovatif

  5. Sarawak sebagai agropolitan pengeluar makanan utama Malaysia

  6. Jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih untuk semua

  7. Capaian sistem pendidikan yang berkualiti untuk semua

  8. Capaian sistem kesihatan yang berkualiti untuk semua

  9. Meningkatkan royalti hasil petroleum Sarawak kepada 20%

  10. Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak

  11. Tawaran Khas untuk Golongan Wanita

  12. Tawaran Khas untuk Golongan Muda


Kalau beginilah penipuan politik PAS tidak mustahil mereka akan terkubur kerana cuba memperbodohkan rakyat Sarawak!!

Hadi Awang pun belum pakai cawat lagi! Pasti 100 orang yang hadir adalah orang import dari luar untuk melihat Hadi Awang pakai cawat? Dengar-dengar ramai yang hadir adalah SB, spy leman, spy jebon, spy Aljuburi dan media beserta blogger? Berapa ramaikah yang hadir untuk melihat Hadi Awang pakai cawat? Kalau nak buat tawaran pun bajet-bajetlah yang boleh dilaksanakan! Ini setakat 12 sahaja itu pun nak kecoh? Lebih baik sokong BN!!!

PAS lancar ‘12 Tawaran’ untuk ‘takluk’ Sarawak
Utusan Borneo 4 September 2012, Selasa

MIRI: PAS Sarawak malam kelmarin melancarkan manifestonya ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum; Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua; Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Royalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.

Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.

Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menumbangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut.

“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.

“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.

Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.

“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.

“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).

“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.

“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.

“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitunya,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.

“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.
Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh mereka, Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah yang berasal dari Lundu.

Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia.

Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.

Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.


0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda