Tuesday, September 11, 2012

Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat Terutama Yang Berpendapatan Rendah


Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif untuk meingankan beban rakyat dalam usaha untuk mengurangkan inflasi ini.

Inisiatif yang dirancang bukan sahaja untuk jangka pendek malah turut dirancang untuk tempoh jangka panjang demi mengurangkan lagi beban rakyat.

Untuk itu, rakyat diharap bersabar demi menempuhi cabaran dalam keadaan inflasi dunia yang rumit ini. Kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap perjuangan demi memastikan hari esok adalah lebih baik daripada kelmarin!

Sama-samalah kita berdoa dan berjuang untuk mengembalikan kestabilan negara baik dari segi ekonomi dan juga politik. Jauhkanlah diri daripada politik jalanan yang bukannya budaya kita.

Kerajaan sentiasa cari inisiatif ringankan beban rakyat

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


RINGANKAN BEBAN: Sebastian Ting (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan RTM Miri yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.

MIRI: Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup semakin meningkat dengan memperkenalkan beberapa pelan induk untuk mengurangkan inflasi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar.

“Antaranya inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Program Teksi Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri kelmarin.

Beliau memberitahu, inisiatif yang dirancang untuk jangka masa pendek dan panjang itu membuktikan bahawa kerajaan cukup prihatin dengan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendahulukan kepentingan rakyat dan semua janji yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini telahpun ditunai,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan kakitangan kerajaan khasnya warga RTM supaya terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas.

“Perdana Menteri sendiri menegaskan kepentingan Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang cemerlang.

Selaras dengan dasar itu, kakitangan RTM perlu mengorak langkah untuk melaksanakan tugas agar lebih cekap, efisien dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja ke tahap lebih maksimum,” jelasnya.

Menurutnya, keterbukaan kerajaan dalam media elektronik dan cetak termasuk laman blog, Twitter dan Facebook memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.

“Adalah penting untuk kita melaksanakan perkhidmatan sebaik mungkin dan harus sejajar dengan piagam pelanggan yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti penyampaian berita dan informasi yang cepat, tepat dan berintegriti,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Fee Lin Chiew dan Pengurus Stesen RTM Miri Ramli Junaidi.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Islam RTM Miri (JBKKIS) itu turut diserikan dengan persembahan koir oleh kakitangan RTM Miri selain penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak kakitangan RTM.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda