PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Monday, May 20, 2013

Golden Mile Merancakkan Industri Pelancongan di Pesisir Pantai Miri Sibuti

Semakin banyak idea telah dicurahkan oleh KM Sarawak sempena acara sambutan Hari Miri atau lebih dikenali dengan Hari Bandaraya Miri.  Antaranya adalah mempromosikan aktiviti pelancongan serta menjadikan musim buah-buahan sebagai acara tahunan untuk menarik penggemar buah-buahan tempatan khususnya dari negara jiran kita di Brunei. 

Semoga lebih banyak aktiviti menggalak pelancong akan dijalankan di sepanjang Golden Mile iaitu laluan pesisir pantai antara Sibuti ke Miri .

Rancakkan aktiviti pelancongan pesisir pantai Miri

by Steve Annuar. Utusan Borneo 20 Mei 2013, Isnin

image

Promosi kawasan dari pusat bandar raya Miri ke Sibuti beri manfaat kepada penduduk kawasan berkenaan

MIRI: Penganjuran aktiviti-aktiviti pelancongan di sepanjang laluan pesisir pantai dari pusat bandar raya Miri hingga ke Sibuti harus dirancakkan sebagai cara baharu untuk menambah tarikan pelancongan di sini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, promosi kawasan yang dianggap ‘Golden Mile’ itu akan memberi manfaat menyeluruh kepada penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan selain menghidupkan lagi suasana pelancongan di sini.

Kawasan Sibuti yang terletak di pinggir bandar raya Miri memiliki banyak tarikan seperti kekayaan buah-buahan bermusim serta kawasan pantai yang cantik, sesuai dijadikan pusat percutian dan riadah untuk pelancong.

Beliau berkata Sibuti adalah lokasi terbaik untuk mempromosikan buah-buahan bermusim.

Buah-buahan di Sibuti telah menarik penduduk Brunei dan boleh menjadi tarikan pada masa depan.

“Saya cadangkan kita adakan konvoi atau festival khas untuk penduduk Sibuti yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk Miri.

“Oleh itu, perlu ada kerjasama antara Majlis Daerah Subis (MDS) dan Majlis Daerah Miri (MDM) untuk memastikan seluruh kawasan sepanjang pantai (Miri-Sibuti) dibangunkan untuk aktiviti percutian.

“Malah, kita boleh menganjurkan aktiviti ke Sibuti dengan banyak pilihan di sepanjang jalan iaitu Golden Mile Miri ke Sibuti,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Hari Bandar Raya Miri Kela-pan di sini malam kelmarin.

Menurut Taib, penganjuran pelbagai aktiviti juga merupakan syarat penting untuk memastikan setiap destinasi pelancongan terus dikunjungi.

“Miri telah memilih untuk menjadi sebagai bandar raya peranginan.

“Kejayaan sebuah bandar raya peranginan memerlukan kepimpinan yang baik dalam menganjurkan banyak aktiviti.

“Sebuah bandar raya boleh menjadi cantik, tetapi tidak akan hidup tanpa aktiviti untuk menarik pelancong yang mencari riadah dan keseronokan, tidak akan berjaya menjadi sebuah bandar raya peranginan,” ujarnya.

Taib berkata, Miri mempunyai pakej yang cukup untuk menarik pelancong iaitu makanan laut yang sedap, pelbagai restoran dan pusat beli-belah serta lokasi di pesisir pantai (memancing).

Beliau turut memuji usaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) menjana industri pelancongan selama ini dan keupayaan menarik penyertaan penduduk menganjurkan pelbagai aktiviti khasnya dalam kalendar aktiviti Miri May Fest sempena meraikan Hari Bandar Raya Miri.

“Saya rasa Miri mempunyai pengalaman yang cukup untuk membangunkan industri pelancongannya dan saya berharap MBM akan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti yang dapat menaikkan nama Miri,” jelasnya.

Untuk mempromosikan kebudayaan, beliau mencadangkan agar persembahan kumpulan kebudayaan diadakan sekali seminggu di setiap hotel.

Ini boleh dilakukan dengan bantuan promosi, sumbangan tajaan dan kerjasama daripada pihak pengurusan hotel, katanya.

Mengimbas sejarah Miri, Taib berkata: “Miri mengalami waktu sukar pada 50 tahun lalu kerana ekonominya terlalu bergantung kepada industri minyak di darat”.

Bagaimanapun, budaya menggalakkan kehadiran pelabur-pelabur luar untuk membantu membangunkan industri minyak dan pembalakan telah mempercepatkan pembangunan ekonomi Miri.

“Pada 50 tahun lalu adalah sukar untuk Miri kerana terlalu bergantung kepada industri minyak kerana minyak di darat kurang dan sedang mengusaha peralihan industri minyak ke kawasan laut.

“Masa itu, saya berdoa untuk Miri terus membangun dan tidak menyangka akan meraikan Hari Bandar Raya Miri. Miri telah bangkitkan semula kekayaannya menjadi lebih baik daripada yang disangkakan pada 50 tahun lalu,” kata Taib.

Keluasan Miri juga meluas sebanyak empat kali ganda dan berupaya menukar kawasan hutan di Tudan sebagai kawasan kediaman baharu yang luas.

Selain itu, penubuhan Curtin University Sarawak juga membantu mengukuhkan status Miri yang turut merupakan kriteria utama membenarkan Miri bergelar bandar raya baharu di Sarawak pada 20 Mei 2005.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian Curtin sehingga berjaya dikenali di seluruh Malaysia sekali gus menjadikan Miri sebagai pusat pendidikan utama di Sarawak.

“Penduduk Miri telah bekerja keras untuk masa depan Miri.

“Bukan sahaja penduduk asal tetapi juga penduduk luar dari Miri, kerana mereka juga bekerja keras dan menjadi penggerak pembangunan ekonomi Miri. Ini telah menambah populariti Miri,” katanya.

Saturday, May 18, 2013

KDN Baharu Tunjuk Taring!

Kemunculan tindakan tegas gagah berani KDN baharu disambut dengan riang olen seluruh pengundi BN. 

Semoga tiada lagi suara sumbng yang menghasut rakyat ke arah kehancuran dan kemusnahan  lebih-lebih lagi menghuru-harakan negara.

Kalau tidak suka duduk dibawah bumbung yang bocor baikilah atap, beli rumah baru atau pindah?  Jangan menyumpah air hujan atau marahkan tuan rumah tetapi masih merempat kebasahan…

Tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Friday, May 17, 2013

KENAPA DR. Azizan Lega PAS Kalah di Kedah?

Ikutilah pendedahan isu dalaman PAS di Kedah yang menyebabkan Dr Azizan berasa lega PAS tidak lagi memerintah di Kedah.  Betulkah pemimpin PAS semua keras kepala dan degil?

Kekalahan PAS di Kedah melegakan buat Azizan Razak

Oleh Md Izwan
May 14, 2013

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

“Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa  yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

“Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan (gambar) terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Azizan sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis dan bukannya serangan jantung.

Beliau turut dilaporkan koma pada 5.30 petang Rabu minggu lalu, namun sedar semula kira-kira jam 9 pagi, pada Khamis.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya 2013.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4).

Bagi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

Kenapa Orang Tak SUKA BN?

Ikutilah pendedahan bagaimana Red Bean Army atau Askar Kacang Merah DAP menjadikan kenyataan Zahid Hamidi untuk membuatkan orang benci BN…

SYA Bongkar Bagaimana Red Bean Army Pages Beroperasi – 1

21 hours ago by 1sya.com

Link - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=517689824944739&set=a.138763852837340.24257.132309263482799&type=1&relevant_count=1

Page – https://www.facebook.com/supportprdap?fref=ts

Kebenaran

PETALING JAYA (MAY 16): Newly-appointed Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Malaysians who are unhappy with the country’s political system should leave the country, stressing that loyal citizens should respect the rule of law.

( http://fz.com/content/new-home-minister-tells-unhappy-malaysians-emigrate ).

Cara DAP Cyber Troopers Menipu Untuk Membangkitkan Kemarahan Rakyat

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Analisis

Sistem politik telah bertukar menjadi Sistem Pilihan Raya

Menyembunyikan Penjelasan Ahmad Zahidi Yang Sebenar

Ahmad Zahid wrote that the illegal gatherings held across the country by Pakatan Rakyat was a form of escapism and the denial of the fact that it failed to take control of Putrajaya.

The minister added that the opposition was overconfident with the support it received from voters.

“Even if it is true that the opposition had claimed a greater majority, the measurement used by the opposition had been manipulated to follow the list system or the single transferable vote system,” he said in column entitled “Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya.” (Illegal gathering because refuses to accept failure in controlling Putrajaya)

“Malaysia inherited the political system from the United Kingdom and many Commonwealth countries also use the first past the post system where political parties contesting in the election will only have one representative in each constituency with the principle of a simple majority of votes,” he added.

He said opposition leaders, especially those from PKR and DAP, have been irresponsible in confusing young Chinese voters and their followers who are “politically blind” to dress in black to protest against the result of the 13th general election which they believe is for them due to the popular vote.

“If these people wish to adopt the list system or the single transferable vote used by countires with the republic form of government, then they should migrate to these countries to practise their political beliefs.

“Malaysia is not a country to translate their political beliefs, even if they are really loyal to this country, they should accept the political system and the existing system to form a government as enshrined in the Federal Constitution,” he said.

He said PR must recognise and accept that the voters have rejected their rule in accordance to the first past the post system.

“Illegal gatherings organised as roadshows are just an escapism by the opposition to run away from the fact that they have failed to capture Putrajaya.

“The opposition was actually over confident) with the support of the voters and manipulated the various issues with false promises in its manifesto that they know will not be able to implement,” he said.

He also pointed out that PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had already accepted the results  and disagreed with the illegal gatherings by PKR and DAP.

“People are getting fed up with the behaviour of a number of opposition leaders who are dragging in the young, especially those of Chinese descent, by fanning the flames of hatred and racism in a pluralistic society which has already fostered a sense of harmony.

“The opposition is also questioning the authority of the Election Commission (EC) which had allegedly manipulated the votes. It is an outrageous accusation when the EC have observed most of their demands including the use of indelible ink that is only used by the third world countries,” he said.

DAP Troopers Hanya Melaporkan Sekerat Daripada Kenyataan Keseluruhan Ahmad Zahidi

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya. – Laporan Cyber Troopers DAP

Implikasinya

4400 share dalam 2 jam sahaja dan puluhan ribu Rakyat Malaysia akan marah terhadap kerajaan Barisan Nasional dan ini hanya salah satu isu daripada puluhan ribu penipuan isu dan juga puluhan lagi Page DAP Red Bean Army yang Lain.

So know you all know why ORANG BENCI PADA BN ?

Wednesday, May 15, 2013

Senarai Kabinet Menteri Malaysia 2013-2018

Setinggi-tinggi tahniah buat Datuk Seri Najib kerana barisan kabinet yang unggul untuk menerajui Malaysia menuju arus transformasi yang berkesan untuk penggal 2013- 2018.  Tahniah juga kepada Menteri dan Timbalan Menteri daripada BN Sarawak.

1) Menteri di Jabatan Perdana Menteri – YB Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (PBB)
2) Menteri di Jabatan Perdana Menteri – YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun (PRS)
3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri  - YB Senator Datuk Seri Idris Jala (Sarawak)
4) Timbalan Menteri Dalam Negeri – YB Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
5) Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan -YB Dato Joseph Salang anak Gandum (PRS)

6) Menteri Kerja Raya – YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof (PBB)

7) Menteri Sumber Manusia – YB Datuk Richard Riot anak Jaem (SUPP) 
8) Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar - YB Dato Dr. James Dawos Mamit (PBB)
9) Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah – YB Datuk Aexander Nanta Linggi (PBB)
10) Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - YB Dato Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
11) Menteri Pembangunan Keluarga & Masyarakat - YB Datuk Rohani binti Abdul Karim (PBB)


Sebelum ini ada suara sumbang yang mahu bersara sekiranya tidak dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7… kah!kah! kah! sekali lagi Malaysia ditipu oleh proxy regime Israel…bersyukurlah Allah masih sayangkan Malaysia daripada nafsu serakah setan bertopengkan manusia….bila agaknya PM ke-7 mahu bersara dan menjadi pensyarah di US?  Balikla wei..balik….

Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018

by AIDC on May 15th, 2013
BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
Perdana Menteri:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)
Timb. Perdana Menteri:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR – BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
Kewangan
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
Pelajaran & Pengajian Tinggi
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
Dalam Negeri
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
Pertahanan:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
Pengangkutan
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
Pelancongan & Kebudayaan
(1) MENTERI : YB DATO SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
Luar Negara
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
Kerja Raya
1) MENTERI : DATUK FADHILAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
Kesihatan
(1) MENTERI : YB DATO SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)
Belia Dan Sukan
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
Sumber Manusia
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
Perdagangan Dan Industri
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
Pertanian Dan Industri Asas Tani
(1) MENTERI : YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
Sains Teknologi Dan Innovasi
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
(1) MENTERI : YB DATO SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
Pembangunan Wanita, Keluarga
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)
Komunikasi Multimedia
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
Wilayah Persekutuan
(1) MENTERI : YB DATO SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
Nota
1. Tiada wakil MCA dalam senarai kabinet yang baharu
2. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan dilantik sebagai menteri penuh. Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
3. Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM.
4. Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
5. Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Tuesday, May 14, 2013

[Blog] Tsunami Melayu di Singapura?

Apakah wujud tsunami Melayu di Singapura?  Ikutilah pendedahan oleh Badut Rakyat

BONGKAR !!! #PRU13 !!! 'TSUNAMI' MELAYU AKAN MENGGEGARKAN #SINGAPURA !!!

PR begitu bangga menyebut ‘tsunami Cina’ dalam memperkatakan keputusan PRU-13.Dengan analisis menunjukkan 97% kaum Cina menolak BN,maka kata-kata mereka itu tentulah berasas.BN juga telah pun menerima hakikat penolakan kaum Cina itu dan tidak pula menuduhnya satu penipuan.Apa yang berlaku ini sebenarnya mengukuhkan lagi kedudukan Melayu di dalam politik negara.Malah,keputusan ini juga memberi satu ruang yang luas untuk semua pihak mendedahkan sikap rasis akhbar-akhbar Cina selama ini.Hari ini kaum Cina tidak ada hak untuk menuduh kerajaan sebagai korup dan tidak bersih lagi kerana mereka ternyata menerima parti DAP yang telah terbukti korup di peringkat tertinggi dan tidak telus terhadap ahli sendiri apabila menipu dalam pengundian CEC.Namun,itulah hakikatnya iaitu,hipokrasi jelek kaum Cina.Berdasarkan keputusan PRU ini,jurang antara kaum Cina dan Melayu di negara ini semakin melebar. Namun, itulah yang diimpikan oleh kaum Cina selama ini.Oleh itu,ia juga dengan sendirinya meningkatkan lagi prejudis antara kaum serta menimbulkan perasaan tegang dan janggal apabila bersemuka.Sebelum ini setiap kali diasak oleh akhbar Cina, pihak Melayu akan bertindak matang dan mengambil sikap mengalah bagi mengelak ketegangan yang berpanjangan.

Sehingga ke satu tahap,Namewee yang begitu biadap dan khianat juga dimaafkan oleh kerajaan.Namun,itu dulu iaitu ketika kita masih menaruh harapan bahawa masih ramai kaum Cina yang mencintai keharmonian dan bersemangat muhibbah seperti kita.Tetapi,terima kasih kepada PRU-13 di mana akhirnya sikap sebenar kaum Cina yang tidak pernah puas hati dan tidak pernah ikhlas akhirnya terserlah.Sekali gus ia membuka mata,segolongan Melayu yang sebelum ini enggan mengakuinya hanya kerana mereka punya ramai rakan Cina yang ‘baik’.Tiada siapa yang lebih memahami penindasan kaum Cina selain dari mereka yang hidup di zaman komunis dan juga Melayu Singapura.Itupun di kalangan yang cukup matang dan bijak sahaja.Selebihnya,masih berada dalam keadaan ‘denial’ bahawa mereka ditindas dan merasakan telah diberikan peluang yang sama dengan kaum Cina negara itu. Hakikatnya,parti PAP Singapura tidak pernah mengendahkan suara Melayu.Melayu Singapura yang memegang jawatan tinggi di negara itu hampir tiada langsung.Malah,semua jawatan-jawatan rendah tetapi penting seperti di dalam bidang seperti Pertahanan atau Kastam turut tidak diberikan kepada Melayu.

Cara PAP meminggirkan Melayu tidak berbeza jauh dengan cara DAP di Pulau Pinang.Iaitu menggunakan sepenuhnya tekanan ekonomi ke atas orang Melayu yang sedia ketinggalan akibat sistem pemerintahan tinggalan British dahulu.Secara tak langsung,kebangkitan Melayu di Malaysia akibat ‘tsunami Cina’ yang berlaku dalam PRU-13 turut menyentak perasaan Melayu Singapura.Bagaikan satu suntikan semangat baru,Melayu Singapura juga mengambil kesempatan ini untuk membuka mata rakan-rakan mereka yang masih buta tentang sikap menindas dan tidak ikhlas PAP.Semua sedia maklum bahawa PAP dan DAP itu adalah bersaudara dan bahawa PAP banyak membantu DAP dalam PRU ini yang mana merupakan satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku.Jelaslah bahawa ada satu macam pakatan oleh keseluruhan kaum Cina di kedua-dua negara ini untuk menguasai keseluruhannya.Dalam kata lain,kesetiaan mereka adalah pada kaum dan bukan pada negara.Ini memberi satu idea kepada Melayu Singapura bahawa mereka juga wajar mengambil pendekatan yang sama.Jika kaum yang lebih utama,maka mereka wajar bersama-sama memikul semangat Melayu yang disemai oleh UMNO.Semangat Melayu Singapura kini sedang berkembang biak dan tidak mustahil mereka akan turut mengakibatkan tsunami Melayu di negara itu dalam sedikit masa lagi.Jika ini terjadi,jangan salahkan Melayu atau Malaysia,tetapi salahkanlah DAP dan juga PAP yang tegar ingin berkuasa atas nama kaum Cina.

Wednesday, May 8, 2013

[Video] Senjata Rahsia Kemenangan di Saluran Ranchah-Ranchah #P218 #Sibuti

Inilah senjata rahsia kemenangan di Saluran Kampung Ranchah-Ranchah.  Penduduk kampung menikmati paluan gendang daripada sepasang tangan yang gemalai tetapi mantap. 

Undilah BN esok hari pesan mereka!







Monday, May 6, 2013

[Gambar] Jom Bergendang di Kampung Ranchah-Ranchah, Bekenu, Sibuti #SokongNajib #P218 #UndiBN #PRU13

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 5, 2013

#BetterNation #Lainkalilah #P218 Sibuti 13, 348 PAS 7282 Majoriti 6066

#PRU13 Sibuti masih kekal bersama BN!
Kehadiran 73.9%

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini!!! Keputusan Tidak Rasmi #P218 Sibuti BN Tetap Dihatiku!

Bahagia dihatiku PAS Golong Tikar!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baca Blog Dalam Facebook Anda