PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Sultan Kiram III Pengamal Ilmu Batin?


Sultan Jamalul Kiram III merupakan pengamal ilmu batin? Menurut laman pengeRindu Sultan Jamalul Kiram III telah mengasap kemenyan apabila mendengar rakyat Malaysia berdiri untuk solat hajat. Apakah kegunaan mengasap kemenyan ini?

Menurut orang yang lebih dahulu makan garam, mengasap kemenyan ini merupakan salah satu upacara ilmu batin untuk menyeru pertolongan jin, iblis mahupun syaitan!

Ikutilah pembongkaran oleh PengeRindu dibawah ini.

Terkini & Gempar: Sultan Sulu Kiram Seru Jin Iblis Syaitan Bantu Tenteranya di Sabah

Oleh PengeRindu
8 Mac 2013

Sebilangan Foto Kematian Tentera Saitan of Sulu Jamalul Kiram III di tangan PDRM & ATM Malaysia. ( 52 Kematian Tentera Saitan Sulu Kiram ) 79 Ditahan . Update 8 March 2013 .


Singa Sulu kini tinggal kenangan


Kerajaan Sultan Jamalul Kiram III ( Saitan of Sulu Kiram Jamalul Tiram III ) hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Saitan Sulu juga menghidapi menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung akibat daripada terlalu banyak memuja Jin dan Iblis .

Selepas Rakyat Malaysia beramai-ramai Solat Hajat semalam dan hari ini ternyata Sultan Kiram dan tentera Suluk Kepanasan dan kini dilihat Sultan Kiram sedang membuat satu 'upacara' dinyakni sebagai 'peninding/kebal' menyeru Jin untuk bala Tenteranya di Sabah.


Kemenyan diperasap untuk menyeru 'jin-jin' bagi diresapkan dihantar kepada anak buahnya di Sabah.



Sekarang ATM & Polis Malaysia bukan berperang dengan Manusia , kini mungkin berperang dengan 'JIN' atau Syaitan dikalangan Tentera Suluk Kiram .


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 4, 2013

Lokman Adam Dituduh Pembangkang Sebagai Penasihat Sultan Sulu!

 Berikut adalah jawapan Saudar Lokman Noor Adam terhadap tuduham yang dilemparkan oleh puak Anwarinas ke atasnya.  Anwar yang semakin panas seperti cacing kena bakar kerana temberang beliau akan terbongkar dalam menghasut dan mungkin membiayai serangan Lanun Sulu ke atas Sabah?

Sekarang ini semua pencacai pembangkang mengutuk tindakan berani penduduk Kampung Senallang Lama yang mempertahankan diri mereka daripada diletupkan dengan pelancar grenade mahupun ditembak menggunakan senjata M16 milik lanun Sulu pengecut yang telah lari dari medan perang.  Dia juga berasa kecewa apabila lanun Sulu yang lain masih dikepung dan ada yang telah terkorban.  Lanun Sulu ini sekiranya tidak dibelasah mungkin akan membunuh kesemua penduduk Kampung Senallang Lama yang telah dipaksa untuk berhimpun di tengah padang!    Fikirkanlah orang yang telah lari dari medan perang, menghimpunkan penduduk kampung dan mengacu mereka menggunakan senjata M16?  

Kalau pencacai Anwarinas yang penakut ditempat penduduk Kampung Senallang Lama ini dah lama si pencacai Anwarinas akan terus tutup mulut dan tuding jari ke arah orang di sebelah agar tidak ditembak mahu pun dibom!  Bak kata pencacai dan cybertrooper PKR yang lain setakat kena bayar RM 3K sahaja siapa nak pertaruhkan nyawa!!??

Lainlah para lanun Sulu sebab Filipina pun tidak mengiktiraf kesultanan mereka dan saudara mereka di Sabah semakin maju kerana berani hidup dalam 1Malaysia berbanding dengan mereka yang suka bermain senjata dan membuang masa berangan-angan untuk menjadi Sultan Sulu yang ke 40 atau 42 mahupun ke 70!

Bak kata Johan Raja Lawak, "Kawu Ku Tumbok!!"
Jawapan Lokman Noor Adam terhadap tuduhan bodoh pembangkang ke atasnya! @LokmanAdam


 
 
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Sulu Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di pajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.
 
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013

Saturday, March 2, 2013

Bongkar!! Rupanya Kerja Orang Dalaman Isu Sabah #Standoff!

Sebelum ini kita pernah dengar bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan pusat untuk membina UNIMAS di Sarawak tetapi dihantar ke UMS di Sabah demi mendapat undi untuk menjadi pemimpin nombor 2 UMNO.  Dia memang pandai berjanji!

Entah apa pula yang telah dijanjikan dengan Sultan Sulu dan MNLF?  Adakah beliau menjanjikan Sabah milik Sulu sekiranya Pakatan Haram memerintah?  Adakah Sultan Sulu ditipkan untuk menyerang apabila Parlimen bubar?  Mungkin Anwar lupa untuk memberitahu bahawa jangkaan beliau salah bahawa Najib belum membubarkan Parlimen tetapi Sultan Sulu sudah bertindak terlebih dahulu!  Siapakah yang harus dipersalahkan oleh Anwar?  

Tahukan Anwar bahawa dua pemimpin PKR telah ke Filipina pada awal Februari 2013 seperti gambar di bawah ini?  Baca di sini

Mari kita ikuti pendedahan oleh Media Permatang Pauh di bawah.
 

DEDAH!! BUKTI PENGLIBATAN ANWAR DENGAN NUR MISUARI DI LAHAD DATU.


Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.


Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.


Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI)

Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.

Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...



Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama?



Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.

Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?

Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?

Sunday, February 17, 2013

[Video] Amah Indon Dera Bayi di Malaysia

Semoga amah indon ini dibawa ke muka pengadilan!  Berhati-hati dengan amah Indon di rumah!  Budak ini mungkin mengalami trauma akibat dilambung!

Wednesday, August 8, 2012

Pengarah Syarikat Boleh Dihalang Ke Luar Negara Akibat KWSP!!!

Pengarah syarikat yang tidak mencarum wang untuk pekerja mereka mungkin akan dihalang ke luar negara.  Pengarah syarikat hendaklah memastikan wang caruman pekerja sampai kepada KWSP sebelum 15 haribulan pada setiap bulan.  

Usaha ini adalah langkah untuk menguatkuasakan akta KWSP bagi memastikan nasib pencarum terbela.  Pekerja juga perlu menyemak KWSP mereka bagi memastikan majikan mereka mencarum setiap bulan.
224 pengarah syarikat dihalang ke luar negara kerana tidak carum KWSP 

Utusan Borneo 7 Ogos 2012, Selasa

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghalang 224 pengarah syarikat ke luar negara dari April hingga Jun lepas kerana tidak membayar caruman bulanan pekerja mereka. 

 Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Nik Affendi Jaafar berkata selain itu, KWSP memfailkan 238 saman sivil dan 746 kes jenayah terhadap pengarah syarikat serta majikan yang tidak membuat caruman bagi tempoh suku pertama tahun ini, selain mendenda 186 majikan berjumlah RM217,980. 

“Usaha gigih penguatkuasaan KWSP telah menurunkan kadar majikan tidak mencarum kepada 1.60 peratus pada suku kedua 2012 berbanding 1.83 peratus pada suku kedua tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Mengikut Akta KWSP 1991, semua pekerja termasuk tetap, separuh masa, sementara dan percubaan perlu mencarum kepada KWSP dan berhak menerima caruman daripada majikan masing-masing, yang perlu dibayar sebelum atau pada setiap 15 hari bulan. 

Sehubungan itu, Nik Affendi meminta pencarum sentiasa menyemak akaun KWSP masing-masing bagi memastikan majikan membuat caruman dengan teratur dan tepat pada masanya.

 Jika terdapat sebarang keraguan dengan akaun mereka, anggota KWSP boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 dari 7.30 pagi hingga 7.30 malam setiap Isnin hingga Jumaat, atau menghantar pertanyaan secara online di http://enquiry.kwsp.gov.my. — Bernama

Sunday, July 8, 2012

Pembangkang Cenderung Menuju Keruntuhan Akhlak!?


Pembangkang tidak suka membimbing rakyat ke arah kebaikan. Mereka suka membawa rakyat ke arah kehancuran dunia dan akhirat. Baru-baru ini mereka mendesak agar hutang tidak perlu dibayar, budi tidak payah dikenang dan janji tak payah nak kota.

Banyak contoh yang boleh dilihat dari Selangor, Pulau Pinang , Kedah mahupun Kelantan. Isu air, isu dihalau berniaga, isu perkauman dan lebih teruk lagi isu kampung dirobohkan. Isu rasuah sehingga meminta rakyat menampung perbelanjaan untuk membangunkan lebuh raya dan isu kroni yang menjadikan syarikat milik kroni kaya berlipat kali ganda apabila mendapat kontrak daripada kerajaan pembangkang.

Usahlah kita, rakyat yang cerdik lagi terpelajar untuk ditipu oleh pemimpin pakatan pembangkang yang sungguh terdesak untuk berkuasa. Sedangkan negeri pimpinan mereka tidak terkendali, inikan memerintah 1Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum, bangsa dan agama!! Usahlah bermimpi sedangkan akhlak pemimpin pembangkang banyak yang sudah runtuh!?! Ini adalah contoh yang tidakbaik untuk anak dan cucu kita! Ingatlah kerajaan hari ini adalah untuk anak cucu kita kelak!

Budi Tak Perlu Dikenang - PM Kecam Pakatan Didik Perkara Bertentangan Agama.

Friday, 06 July 2012 16:36 Radhi Razak klpos.com



PEKAN 6 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang di negara ini dilihat suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk perkara yang bertentangan dengan agama.

Beliau berkata tiga perkara tidak baik yang begitu nyata diajarkan kepada rakyat ialah "hutang tak perlu dibayar", "budi tak perlu dikenang" dan "janji tak perlu ditepati".

"Janji banyak dibuat (pembangkang) semasa pilihan raya (umum) lepas, tapi akhirnya (selepas mereka berkuasa di beberapa negeri) mereka tidak tepati pun," katanya dalam laporan Bernama menerusi Ucapan pada Majlis penyampaian sumbangan pakaian Hari Raya kepada 45 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penyerahan sumbangan 52 enjin bot untuk nelayan bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pula bukan sahaja menepati semua janji yang dibuat, malah "perkara-perkara" yang tidak dijanjikan sebelum ini seperti pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, turut diberikan.

Berkenaan hutang yang tidak perlu dibayar, Najib berkata dalam ajaran Islam, setiap hutang wajib dibayar dan sekiranya sseorang itu sudah meninggal dunia, hutang berkenaan masih perlu dibayar oleh warisnya.

Perihal hutang itu yang dimaksudkan Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada cadangan pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang juga kini meracuni pemikiran rakyat agar tidak menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Ajaran mereka ialah budi tak perlu dikenang. Berkenaan dengan bantuan untuk rakyat, saya tak tahulah kalau ada negara lain sehingga bantuan kelambu pun diberikan, bantuan gigi palsu, cermin mata, kalau jalan tar, bukan setakat kerajaan buat jalan tapi buat jalan sampai ke tangga rumah," katanya.

Najib berkata apa yang dikecapi sekarang bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kepimpinan negara tidak mempunyai kewibawaan dan wawasan.

"Kalau kita tidak punyai kewibawaan, wawasan dan buat perancangan dan mampu melaksanakannya, ianya (keadaan rakyat dan negara) akan digantikan dengan satu igauan buruk," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang dikecapi.

"Janganlah kita silap membuat perhitungan. Jika kita silap, nikmat itu akan terlepas dari kita, sudah banyak kita lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat di negara-negara lain akibat berlakunya ketidakstabilan politik," katanya.



- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, June 27, 2012

Antara Janji Ditepati Najib Razak dan Janji Ditaburi Nik Aziz?!?!

PAS memang sah parti politik yang banyak menabur janji.  Mesti orang-orang HAM-PAS ini sudah lupa janji kerajaan PAS yang masih belum ditunaikan.  Ikutilah pendedahan oleh KL BOYZ Channel di bawah ini.  

Adakah PAS mampu menunaikan janji atau tidak mampu langsung?  Najib baru memerintah selama 3 tahun sudah nampak banyak pembaharuan dan pembangunan, apa yang dapat dibawa oleh Nik Aziz sebagai Menteri Beso Kelantan?  Balak sudah habis siapa yang konyang?!!

PAS DAH MULA LUPAKAN HAL NI..!!!


Oleh kerana PAS termimpi-mimpikan ke PutraJaya walaupun pernah dimaki hamun kroni mereka pembukaan PutraJaya adalah satu pembaziran, mereka terlupa akan janji-janji manis yang dibuat mereka masih tak ditunaikan lagi.

Janji hanya sekadar janji, jangan cakap PAS tak punyai duit, kerana Kerajaan Pusat BN tetap menyalurkan wang peruntukkan kepada kerajaan PAS sehingga nilainya mencecah jutaan ringgit Malaysia. Persoalannya dimanakah perginya hilang duit tersebut..???

Satu sajalah yang paling ketara dan nampak sangat sehingga lebih 20 tahun pun masih tak selesai lagi adalah sumber air yang dibekalkan kerajaan PAS kepada rakyatnya. Tak disuling dan tak dirawat sebaiknya dan dah macam teh tarik warna air yang keluar dari paip setiap rumah rakyat Kalantan.

Beratus juta dah kerajaan Pusat BN salurkan kepada kerajaan Nik Aziz untuk memperbaiki kelemahan mereka menyediakan air yang jernih dan bersih untuk setiap rakyat Kelantan, tetapi yang hairan masalah tersebut masih tak diselesaikan lagi sehingga kini.

Dimanakah hilangnya duit yang telah disalurkan..?? Ada hati nak mintak royalti minyak untuk Kelantan..??

Tak pasal-pasal dah dapat duit royalti tersebut nanti, apa pun tak dibuat demi kebaikan rakyat Kelantan..!!!

Duit tu pula hilang ghaib emtah kemana arahnya, bukan rasuah tapi ghaibkan duit tu tak salah kata Nik Aziz...!!!

Saturday, May 5, 2012

Bongkar!!! Penipuan Meloyakini?!?!

Meloyakini telah memberikan persepsi negatif rakyat terhadap anggota polis!?!? Ini gara-gara sekeping gambar yang telah dispin kerana Meloyakini pun sebuah blog fitnah pro pembangkang dan bukan media cetak berlesen yang mesti menceritakan kebenaran?!?! Lihatlah sahaja sekeping gambar boleh digunakan untuk menukar persepsi terhadap polis yang kononnya mengadari wartawan/pemberita?!?!?




Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blog Angin Perubahan bagaimana senario sebenar sebelum kejadian polis yang membantu wartawan yang cuba rebah di atas benteng merah?!?! Janganlah begitu mudah untuk mempercayai meloyakini yang sentiasa cuba memburukkan kerajaan dan mendapat dana asing untuk membantu dasar luar Amerika yang menyokong Israel?!?!




Ibrahim, A., 'Bukti Malaysiakini Memfitnah Dalam #Bersih3', anginperubahan.blogspot.com, 2 Mei 2012, http://anginperubahan.blogspot.com/2012/05/bukti-malaysiakini-memfitnah-dalam.html dicapai pada 5 Mei 2012.




Friday, May 4, 2012

Dedah!?! Kereta Polis Diserang Anwarinas?!?!

Berikut adalah gambar-gambar bagaimana kereta polis yang ditikam dengan kon dan benda-benda tajam sehingga kemek dan pecah cermin hadapan kereta sehingga terbabas di Sogo akibat keganasan peserta Bershit yang disuruh oleh Anwar?!?!










Papagomo, 'Eksklusif Bershit 3.0-Gambar & Kisah Sebenar Kejadian Kereta Polis Diserang', www.papagomo.com, 4 Mei 2012, http://www.papagomo.com/2012/05/eksklusif-bershit-30-gambar-kisah.html dicapai pada 4 Mei 2012.

Anwar & Ambiga Bakal Kering Bayar Pampasan Akibat Bersih?!?

Penganjur perhimpunan haram Bersih 3 yang mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda pada 28 April 2012 akan berdepan dengan tuntutan pampasan oleh beberapa persatuan NGO!?!? Kerugian yang lebih daripada RM 10 juta ini memang tidak berbaloi sekiranya disalurkan untuk kerja-kerja amal dan kebajikan?!?!




Sebelum ini pemimpin pembangkang menyelar kos penerbangan PM dan TPM dalam rangka kerja mereka untuk mendampingi rakyat di seluruh Malaysia?!?! Lihatlah pemimpin pakatan haram yang tidak pernah hadir di persidangan Dewan Rakyat dan kini telah menganjur perhimpunan 'aman' yang telah merosakkan harta benda dan mencederakan pegawai keselamatan!?!? Beginilah pemimpin pakatan, mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih?!?!


Walau apapun diharap penganjur Bersih akan membayar pampasan kerana mereka berkeras mahu mengadakan perhimpunan Bersih dan kini hendaklah berkeras juga untuk menanggung akibatnya?!? Agaknya ramai orang luar yang diimport memandangkan mereka ini tidak pandai berbahasa Melayu tetapi ada hati untuk menghalau wartawan asing yang lebih fasih berbahasa Melayu daripada mereka?!?!


Jangan lupa, Anwar dan Ambiga patut disaman akibat masalah dan kepentingan seks songsang mereka orang lain yang merana?!?!



Bernama, 'Perhimpunan: 12 NGO serah memorandum tuntut pampasan', Berita Harian Online, 4 Mei 2012, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perhimpunan_12NGOserahmemorandumtuntutpampasan/Article dicapai pada 4 Mei 2012.

Thursday, April 26, 2012

Ahmad Lai Menyeru Warga Sibuti Untuk Melabur Dalam ASNB!?!!?

Warga Sibuti digesa untuk mengambil peluang yang sedia ada untuk melabur bersama ASNB!!??  Ini bersempena dengan Minggu Saham yang akan berakhir pada Jumaat ini!!?!?  Simpanlah dalam mana-mana produk ASNB terutama sekali ASB yang amat mendatangkan keuntungan kepada pelaburnya!?!?!  Ambillah peluang keemasan ini yang turut memberi pelbagai hadiah menarik sempena melabur!?!?!   Semua lapisan boleh mendaftar sebagai pelabur seawal bayi berusia 6 bulan lagi!?!?!  Ini boleh mendidik kanak-kanak untuk menyimpan duit agar mendidik mereka untuk berjimat-cermat!!?!? 

Semoga lebih ramai warga Sibuti akan menyertai produk ini!!!??


Rebut peluang melabur bersama ASNB
MIRI 25 April - Masyarakat bumiputera perlu merebut peluang pelaburan yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena promosi pelaburan di semua pejabatnya di seluruh negara selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, pelaburan bersama ASNB itu amat penting untuk bekalan pada masa depan khususnya selepas bersara.

"Masyarakat bumiputera selalunya tidak berapa berminat dalam pelaburan tetapi saya berharap sikap itu dikikis demi kebaikan masa hadapan.

"Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan pelaburan dan simpanan untuk hari tua anda," katanya selepas merasmikan kempen Promosi Pelaburan ASNB peringkat bahagian ini, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Miri, Mohd. Chee Kadir dan Pengurus ASNB Miri, Mohd. Zaidi Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad Lai berkata sempena kempen tersebut ASNB juga menawarkan pembukaan akaun unit amanah dengan pelaburan permulaan serendah RM10 sahaja iaitu skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Katanya, pelaburan dalam ASNB adalah fleksibel kerana ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat daripada usia seawal enam bulan.

Sempena promosi berkenaan, orang ramai yang berkunjung ke lokasi promosi berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

ASNB Miri menjangkakan jumlah pengunjung mencapai antara 2,000 hingga 2,500 orang menjelang hari terakhir Jumaat ini. UTUSAN

Haram Sokong Ambiga!?!?!

Haram sokong Ambiga!!?  Haram sertai Bershit?!?!?!  Kalau nak tahu kenapa sila baca petikan di bawah kenapa haram bagi umat Islam menyokong Ambiga?!??!
Haram sokong Ambiga
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR dan NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my
Ismail Mina
KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Thursday, April 19, 2012

SPR Syor Tempoh Berkempen Cuma 10 hari!?!?!

SPR bersetuju untuk mengsyorkan agar tempoh berkempen PRU13 kelak tidak kurang daripada 10 hari!!? Ini memastikan semua kawasan dapat dirangkumi!?!!?  Namun demikian hal ini berbeza di Sarawak!?!?!  Kebanyakan kawasan parlimen di Sarawak adalah begitu luas dan jentera pilihan raya tidak mungkin merangkumi kesemua ranting dalam masa 10 hari!?!!?  Keadaan sistem perhubungan yang masih memerlukan bantuan udara dan ada kawasan yang cuma dapat dihubungi melalui bot panjang sahaja!?!!?

Semoga SPR menimbang dengan sebaik-baiknya sebelum meluluskan tempoh berkempen lebih-lebih lagi sekiranya ia mencakupi kawasan yang begitu luas!?!?!

SPR Setuju Syor Tempoh Berkempen PRU-13 Tidak Kurang Daripada 10 Hari

Khamis April 19, 2012
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 adalah tidak kurang dari 10 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR pada Rabu mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.

Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.

Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih, memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan JPKP.

"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.

Beliau berkata, untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasipelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya. - BERNAMA

Kronologi Sekitar #Occupydataran dan #MansuhPTPTN Sebelum Razali Tumpang Sekaki!?!?!

Sebelum kena hentam beginilah lagak sombong peserta #Occupydataran dan #MansuhPTPTN yang mengganggu tugas PBT?!?!!?  Sudahlah sesama Melayu meninggikan suara?!?!  Banner tanpa permit dan kebenaran sesuka hati sahaja telah digantung!?!?!   Hormatilah orang tua kalau tidak menghormati paku di bahu!?!?!  Kesal sungguh melihat adab timur tidak lagi disokong!?!?!  Muka mahasewel yang pernah pecah kena jahit semasa kecoh di UPSI dululah yang sibuk mengapi-apikan mahasewel yang lain!?!?!


Setelah mahu berhimpun dengan mengatakan hak mereka!?!?! Kalau anak kepada PBT atau saudara mereka tidak geram melihat bapa mereka dihina sebegini, pastinya sesiapa yang melihat video di atas akan simpati terhadap PBT yang cuma menjalankan tugas tetapi tidak diendahkan oleh para peserta yang mengamalkan hak demonstrasi mereka seperti dalam perlembagaan kononnya!?!!?

Pada malamnya pula terjadilah sesuatu yang tidak diingini!?!?


Sekarang baru nak minta pertolongan polis?!??!  Samseng DAP pun ada?!?!  Kenapa tidak panggil mereka!?!?!  Sewaktu disuruh beredar tidak endah apabila diserang Samurai Hitam takut pula mereka ini!?!?! Memang sah sewel!!?!?

Pemerhati Barung Menjadi Kesalahan Pilihan Raya?!?!?

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya telah diluluskan!??!  Antaranya adalah tiada lagi pemerhati barung, sempadan 50 meter telah dijarakkan kepada 100 meter!!?!   Di samping itu juga membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh SPR!?!?!

Sama-samalah kita nantikan Rang Undang-undang baru yang telah digubal agar PRU13 lebih selamat dan berjalan dengan lancar!?!?!

Tiada Pemerhati Barung, Dewan Rakyat Lulus RUU Kesalahan Pilihan Raya
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang antara lain menggugurkan pemerhati barung bagi pihak parti politik.

Rang undang-undang itu diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

Cadangan akta baru berkenaan yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengambil ketetapan menggugurkan subseksyen 26 A (2) dan (3) Akta 5 kerana kehadiran pemerhati di barung menyebabkan kesukaran kepada petugas pilihan raya.

Selain itu, menerusi rang undang-undang tersebut turut memperuntukan penubuhan pasukan penguat kuasa di bahagian pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

Rang undang-undang itu juga turut membenarkan ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tetapi tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi.

Dalam pada itu, cadangan pindaan berkenaan turut menetapkan bahawa penggunaan perkataan ‘membuang undi’ akan diganti dengan ‘mengundi’ memandangkan perkataan ‘membuang undi’ boleh membawa kepada tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya.

Menerusi rang-rang undang-undang berkenaan juga dinyatakan larangan kepada mana-mana individu pada hari pengundian menunggu atau berdiri dalam jarak 100 meter dari sempadan pusat mengundi kecuali bagi maksud ke pusat berkenaan berbanding 50 meter ketika ini.

Thursday, April 12, 2012

Ahmad Lai Sokong Calon SUPP Miri!?!?!

YB Haji Ahmad Lai memang bijak untuk menyeru pengundi agar menjalankan kewajipan mereka ketika PRU13 kelak!!??   Apalah gunanya Jentera PRU13 tanpa mengira perasaan dan naluri pengundi!!??  Sekiranya pengundi tidak turun mengundi maka kuranglah data yang diambil kira untuk menentukan kemenangan sebenar atau majoriti di kawasan mengundi tersebut!!?? 

YB Haji Ahmad Lai juga menyatakan bahawa Miri dan Sibuti sentiasa bekerjasama untuk memastikan pengundi mereka menjalankan kewajipan apabila PRU13 diumumkan kelak!!??  Pengundi Sibuti yang sudah menetap di Miri akan dikenalpasti dan mungkin akan menerima kenderaaan yang disewa khas untuk menghantar mereka ke pusat mengundi di kawasan yang telah ditetapkan!?!?  Kebanyakan pengundi sudah dikenalpasti oleh jentera PRU13 masing-masing dan ini memudahkan pengangkutan dan lojistik untuk hari mengundi kelak!!!??

Sekarang cuma tinggal pengumuman tarikh PRU13 kerana jentera Barisan Nasional di semua peringkat sudah bersedia sekiranya PRU13 diumumkan dalam masa yang terdekat!!!??  Rakyat sudah mempercayai GTP dan ETP dalam jenama 1Malaysia!!??  Kalau dilihat di negeri pembangkang, kesemua janji PRU12 mereka yang lalu masih belum ditunaikan dan cuma cakap kosong sahaja!!!?? 
BN harus memusatkan kekuatan: Ahmad Lai

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on April 11, 2012, Wednesday

Harus buktikan mereka juara, bertakhta di hati rakyat untuk capai yang terbaik dalam PRU13

MIRI: Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) harus membuktikan bahawa mereka adalah juara dan bertakhta di hati rakyat untuk mendapatkan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Untuk itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai kemampuan berkenaan dengan memusatkan semua kekuatan yang ada.

Kuncinya adalah saling bersatu antara satu sama lain supaya rakyat terus memberi mandat kepada kita (BN) untuk terus memegang tampuk pemerintahan,” katanya dalam satu majlis makan malam bersama parti komponen BN anjuran SUPP Miri baru-baru ini di Parkcity Everly Hotel Miri.

Menurutnya, keempat-empat parti komponen sudah seperti adik-beradik sama ada bagi Parlimen Miri atau Sibuti dan berdiri di bawah satu bumbung sejak sekian lama.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap sesiapa pun yang bakal dicalonkan mewakili SUPP bagi Parlimen Miri dan berjanji memberi kerjasama dalam PRU13 nanti.

Bagaimanapun, setiap usaha yang dilaksanakan tidak bermakna jika rakyat tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

“Turunlah mengundi dan tunaikanlah kewajipan anda dalam pilihan raya nanti, sia-sialah walau sebanyak mana usaha dicurahkan jika anda tidak mengundi,” nasihat beliau.

Pada majlis berkenaan, setiap wakil parti komponen iaitu SUPP, PBB, PRS dan SPDP turut hadir serta memberikan ucapan.

Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin dalam ucapannya turut menyatakan bahawa Pengerusi SUPP Piasau Datuk Sebastian Ting merupakan salah satu daripada nama yang pasti dicadang untuk menjadi calon bagi mewakili parti berkenaan di Parlimen Miri dalam PRU13 nanti.

Wednesday, April 11, 2012

Daulat Tuanku!!!! Dua Kali Menjadi YDP Agong!?!!?!

Memang benar sebelum ini Yang di Pertuan Agong ke-14 adalah Yang Di-Pertuan Agong ke-5!!?!?  Semasa diisytihar sebagai YDP Agong ke-5 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain dan kini 4 dekad kemudiannya pula diisytiharkan semula sebagai YDP Agong ke-14 oleh anakanda Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak!!!??  Istidadat ini juga disaksikan secara langsung di seluruh Malaysia melalui RTM1 di Balairong Seri,  Istana Negara yang baharu di Jalan Duta.  


 Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!! Daulat Tuanku!!!

Daulat Tuanku 
Oleh Papagomo.com Wednesday, April 11, 2012

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 14 hari ini.


Belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.

Selain itu, pertabalan Seri Paduka turut melakar sejarah apabila upacara pertabalan kali ini diadakan buat pertama kalinya di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Acara pertabalan yang akan menandakan secara rasminya Tuanku Abdul Halim memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Rabu akan diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi beraja di negara ini.

Tradisi beraja dan upacara pertabalan itu, yang mungkin hanya disaksikan dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri, Istana Negara pada pukul 10 pagi dan disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Sedikit Latar Belakang Yang di-Pertuan Agong Ke 14

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Badlishah. Baginda yang juga lulusan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Wadham College Oxford United Kingdom, pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.


Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:

(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011. (IH)


Wahai orang orang Melayu, ingatlah bahawasanya kita adalah orang Melayu yang berdaulat dengan adanya raja kita di Tanah Melayu ini. Hanya kita sahaja dapat terus mengekalkan warisan nenek moyang kita dalam mempertahankan Kuasa Raja Melayu dari dihapuskan oleh anasir anasir politik jahat. Bersama sama kita menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong Sultan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tuesday, April 10, 2012

Fitnah PembangkangTerbongkar Dengan Kehadiran Bapa Altantuya!!!?!?

Kedatangan bapa mendiang Altantuya mengejutkan pembangkang apabila menafikan menerima wang 'tutup mulut' seperti yang diwar-warkan dalam youtube!!?!?  Dr Setev menafikan segala fitnah yang dilemparkan mengenai rundingan dengan kerajaan Malaysia mengenai kes pembunuhan Altantuya!!!???  

Menurut blogger Papagomo.com di sini

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.
Dr Setev Shaariibuu
Bapa Altantuya Nafi Terima Wang 'Tutup Mulut'
Selasa April 10, 2012
mStar
KUALA LUMPUR: Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Menurut Setev, khabar angin berkenaan mula tersebar di internet selepas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan pada 2008 daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun Setev berkata beliau mengetahui mengenai dakwaan berkenaan hanya selepas melihat paparan mengenainya di Youtube baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan Mongolia telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Katanya lagi beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'seorang bapa dan lelaki' bagi membincangkan mengenai kes anaknya itu.

Baru-baru ini mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya ditetapkan pada 27 dan 28 Ogos depan.

Sebelum ini kedua-dua perayu, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan petisyen rayuan mereka.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober,2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

Gempak!!!? Pembaharuan Dalam SPR!?!?!?

SPR sudah bersedia melaksanakan pembaharuan untuk PRU13.  Antaranya adalah
  1. Penggunaan dakwat kekal
  2. Pengundian awal dua hari bagi pasukan keamanan 
  3. Tiada bantahan penamaan calon
  4. Tiada penarikan diri setelah disenaraikan sebagai calon
Sekiranya ini semua tidak menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan SPR apa lagi yang dimahukan oleh Bershit!?!?!
    SPR sedia laksana pembaharuan

    by Agnes Tugong. Posted on April 10, 2012, Tuesday

    Bersedia hadapi tekanan sepanjang PRU13 yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana
    Abdul Aziz
    KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi tekanan yang bakal dilalui sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan banyak pembaharuan bakal dilaksana.

    Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, banyak perkara baharu akan diperkenalkan buat pertama kali dan perlu diambil perhatian pada PRU13.

    Antaranya, penggunanan dakwat kekal, pengundian awal dua hari sebelum hari mengundi bagi polis dan tentera, tiada bantahan penamaan calon serta tidak ada lagi penarikan diri.

    “Proses PRU13 tidak sama seperti sebelum ini yang mana banyak perkara baharu diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

    “Pada laporan pertama yang diterima Disember lepas, tujuh daripada 10 perakuan dipersetujui dan 22 perakuan lagi akan dibincangkan oleh panel penuh SPR pada 18 April ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

    Jelas Aziz, setiap perakuan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tindakan yang terburu-buru akan mengundang kepada kesilapan dan boleh dibawa ke mahkamah.

    “Kalau sempat perakuan-perakuan yang akan bakal dibincangkan dan dipersetujui pada 18 April ini akan kita gunakan pada PRU13,” ujarnya.

    Dalam pada itu proses PRU13 Sarawak dianggarkan menelan perbelanjaan RM80 juta dan ia merangkumi perbelanjaan helikopter, kapal terbang, pelbagai jenis perahu dan kenderaan berkuasa tinggi (4WD) yang akan digunakan.

    Perbelanjaan keseluruhan pilihan raya negara pula dianggarkan menelan RM300 juta dan ia banyak digunakan untuk membayar elaun memandangkan tiga jenis undi digunakan iaitu undi pos, undi awal dan undi biasa.

    Dari segi kekuatan petugas, SPR akan melantik 31 pegawai pengurus dan 120 penolong pegawai pengurus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

    Bercakap mengenai taklimat tersebut, Aziz berkata ia merupakan yang terakhir untuk negeri ini melibatkan tiga lokasi iaitu Kuching (semalam), Sibu (12 April) dan Miri pada 16 April ini.

    Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan kepada pengurus pilihan raya mengenai peraturan, dan undang-undang perjalanan pilihan raya.

    Tambahnya, pusingan kedua taklimat akan diadakan dan menjelang Jun, SPR menurutnya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU.

    Monday, April 9, 2012

    PAS Sudah Lupa Hadi Awang Pernah Hina Orang Iban Pakai Cawat!!!?!?

    PAS mudah lupa!!??  Namun orang Iban tidak semudah PAS untuk lupa akan penghinaan terhadap mereka selepas PRK Batang Ai 2009. Hadi Awang yang kecewa dengan keputusan PRK yang memihak kepada BN sehingga mengeluarkan kenyataan rasis yang menghina orang Iban di Sarawak!!?!?  Selepas itu, semua PRK yang disertai PAS terus kalah satu persatu!!??

    Rakyat Malaysia walaupun di Semenanjung sentiasa akan mengingati penghinaan Hadi Awang ke atas orang Iban di Sarawak!!?!?  Itu menyebabkan mereka tidak akan memilih parti rasis PAS yang lupa sejarah perjuangan kemerdekaan dan sesuka hati menghina kaum lain di Malaysia!?!?!  Beruntunglah PAS hanya memerintah di Kelantan kerana nasib Orang Asli di Kelantan pun tidak dibela mengakibatkan PAS kalah semasa PRK Galas?!!?  Ini menyebabkan kerajaan PAS cuba merasuah Orang Asli memandangkan hanya waktu Pilihan Raya sahaja barulah suara masyarakat Orang Asli kononnya diberi perhatian!!??  Namun pada hakikatnya PAS cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan!!??  

    Itulah keadaan yang berlaku di Sibuti dan sekitar Miri!!??  PAS akan mengorek dan mencari isu-isu semasa daripada isu jalan raya hinggalah ke lubang kubur untuk menunjukkan mereka prihatin!!??  Tetapi setelah menang mereka akan golong tikar dan tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan tersebut lebih-lebih lagi di Sarawak!!!??   Hakikatnya PAS cuma pandai bercerita dan berkata-kata untuk memenangi hati pengundi sahaja dan umpama habis madu sepah dibuang lagaknya kelak!!??  Berhati-hatilah dengan ragam PAS yang kemaruk kerusi menjelang PRU13!!?!?!

    Orang Iban tidak lupa dengan penghinaan PAS, kata Masing

    Posted on April 9, 2012, Monday
    KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, beliau antara komuniti Iban yang masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Beliau berkata selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, Hadi mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

    Ramai pemimpin BN menganggap penghinaan itu membawa maksud Iban ‘bodoh’ tetapi beberapa penyokong pembangkang mendakwa kenyataan Hadi itu bermakna pengundi Iban mudah terpengaruh dengan pengumuman projek segera diumumkan BN sepanjang tempoh berkempen.

    Masing berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi, PAS akan meletakkan calonnya berbangsa Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Beliau berkata tindakan PAS meletakkan Iban (bukan Islam) di Sibuti atau tempat lain hanyalah gimik politik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Iban.

    (Orang) Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS (Hadi) itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.

    “Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak. Oleh itu PAS tidak akan berjaya di kawasan Dayak,” tambahnya.

    Konstituensi Sibuti mempunyai 23,000 pengundi berdaftar (2008) dan daripada jumlah itu 45 peratus adalah Melayu/Melanau, Iban (30 peratus) diikuti Cina (22 peratus) selebihnya kaum lain termasuk Orang Ulu dan Bidayuh.

    Penyandang kerusi berkenaan ialah Ahmad Lai Bujang daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Pada PRU 2008, beliau memperoleh 8,238 undi manakala lawannya Dr Michael Teo Yu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), 4,590 undi.

    Manakala jumlah pengundi yang turun mengundi hanya 59 peratus.

    Baca Blog Dalam Facebook Anda