Perang psikologi sudah bermula!!?!! Antaranya adalah memecahkan jentera dalaman BN!!? Kaedah yang digunakan adalah melalui penghantaran servis pesanan ringkas ke telefon bimbit di sekitar Sibuti!?!?! Mulanya mereka hendak mengaburi mata dan hati pengundi dan penyokong YB Ahmad Lai dengan bertanyakan tahap mutu perkhidmatan beliau!?!?! Kini mereka bertanya siapakah calon yang bakal menggantikan YB Ahmad Lai!?!?! Ini menunjukkan pihak pembangkang kekurangan modal dan cuba bermain teknik Art of War atau seni perang kalau mengena?!??!
Pihak pembangkang pastinya sengal dan tidak tahu bahawa terdapat 164 orang Ketua Masyarakat di Sibuti manakala seramai 140 daripada mereka adalah penyokong kuat PBB diikuti oleh 14 orang penyokong kuat SUPP, 6 orang penyokong kuat SPDP dan 3 penyokong kuat PRS!?!?!?! Ini adalah berdasarkan kajian telefon oleh pegawai am sekretariat pada bulan lepas!?!?! Ini bukan untuk menakutkan pihak lawan tetapi cuma memberitahu bahawa penyokong kuat BN YB Ahmad Lai tidak akan memberi laluan langsung kepada pihak pembangkang untuk bertapak di Sibuti!?!?!?
Rakyat dinasihati waspada dengan gelagat ‘orang luar’
Posted on April 16, 2012, Monday
MIRI: Meskipun pembangkang sudah memulakan perang psikologi dengan memburukkan kerajaan ketika ini, namun rakyat terus dinasihati supaya berwaspada dengan gelagat ‘orang luar’.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pembangkang ketika ini mencuba masuk ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang untuk meraih kepercayaan penduduk.
“Pembangkang menggunakan seribu satu peluang untuk meraih undi rakyat meskipun kawasan yang mereka pergi merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Borneo.
Beliau memberitahu, rakyat dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan segala propaganda pembangkang yang mendakwa kerajaan berat sebelah dalam isu pembangunan.
“Tidak ada kawasan yang tercicir daripada pembangunan kerajaan dan dakwaan tidak berasas itu hanya dikeluarkan oleh orang luar yang tidak suka dan iri hati dengan kerajaan,” jelasnya.
Beliau seterusnya memberitahu, semua isu semasa yang dibangkitkan pembangkang ketika ini sebenarnya telah diselesaikan kerajaan secara berperingkat.
“Pembangkang datang dan menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti dan kemarahan orang ramai dan atas alasan itu, rakyat perlu menolak kehadiran mereka di Sarawak,” jelasnya.
Menurutnya, rakyat sudah menyedari permainan pembangkang setiap kali musim pilihan raya bahkan ada di kalangan rakyat sudah menutup pintu untuk menerima kehadiran pembangkang.
“Kita melihat bahawa sokongan rakyat luar bandar kepada kerajaan BN masih kuat dan kukuh dan usaha pembangkang untuk mengubah pendirian rakyat supaya menyokong mereka adalah sia-sia belaka,” jelasnya.
Sehubungan itu katanya, penduduk luar bandar perlu terus mengekalkan kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang dan memastikan pembangkang tidak menembusi kubu kuat BN di Sarawak.