Terima kasih Tan Sri Alfred Jabu yang merupakan orang kuat BN yang sedia tampil untuk memaklumkan bahawa pihak kami di Sibuti tidak gentar dengan siapa sahaja calon yang diletakkan oleh pihak pembangkang!!?!? Jentera pilihanraya kita di Sibuti sudah bergerak dan kami sedia maklum dengan segala pergerakan pihak pembangkang di kawasan kami!!?? Mungkin sekarang ini mereka belum diberi saingan namun selepas ini mereka akan menghadapi saingan apabila merempuh kubu kuat BN di Sibuti!!?!??!
PAS lupa bahawa sambutan mereka masih tidak disenangi dan ini boleh dilihat dari keputusan PRN 2011 yang lepas!!?!? Sekiranya mereka masih hendak bermimpi di siang hari silakanlah!!? Pihak kami akan membuktikan bahawa PAS tidak akan diterima di Sarawak selagi Hadi Awang tidak pakai cawat dan memohon maaf kepada orang Sarawak yang dihina di Batang Ai!!?!!?
BN tidak gentar dengan pengumuman PAS meletakkan calon Iban di Sibuti
Posted on April 4, 2012, Wednesday
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri tidak gentar dengan pengumuman PAS untuk meletakkan calon Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, itu terpulang kepada sesebuah parti politik untuk berbuat apa sahaja memandangkan proses demokrasi masih diamalkan.
“Dalam proses demokrasi, mana-mana parti politik boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengumuman tersebut, semalam.
Dalam laporan Bernama semalam, Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid mengesahkan yang pihaknya telah menyenarai pendek calon berpotensi dan seorang daripadanya ialah calon Iban yang dicadangkan bertanding di kerusi Parlimen Sibuti yang majoriti penduduknya Bumiputera.
Difahamkan calon Iban itu ialah profesional yang bekerja di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebagai contoh apabila PAS bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro tahun lepas, banyak pengundi Iban di situ mengundi calon PAS.
“Keputusan parti untuk meletakkan calon Iban dibuat berdasarkan trend pengundi dalam pilihan raya negeri tahun lepas, kami dapati kami mendapat sokongan pengundi Iban,” katanya