Monday, April 16, 2012

BN Mampu Meraih Sokongan Ahli Untuk Mempertahankan Sibuti!!?!!?

Memang benar BN tiada masalah sekiranya ahli Barisan Nasional di Sibuti semua turun mengundi Barisan Nasional!??!?!  PBB sahaja mempunyai keahlian seramai 10 000 orang belum lagi ditambah dengan parti komponen BN yang lain seperti SUPP, SPDP, PRS dan Kelab BN Sarawak!!!??  Sekiranya mereka ini semua mengundi BN maka pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menawan  Sibuti!?!?!  

10 tahun yang lalu Lambir dan Bekenu cuma dihubungi melalui jalan batu dan perahu panjang sahaja!!!??  Lihatlah sekarang jalan berturap, air bersih dan juga elektrik dapat dinikmati!!??  Mungkin tidak lama lagi Bekenu dan Lambir akan mengikuti jejak langkah Betong menjadi daerah di Sarawak!?!?!?  Ini akan tercapai dengan adanya pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional!?!?!?   Semoga BN tetap di hati rakyat!?!?!?
BN tiada masalah pertahan kerusi Parlimen Sibuti, kata Ripin

Posted on April 16, 2012, Monday

MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kerusi P218 Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat memberitahu, majoriti penduduk luar bandar khususnya di konstituensi Sibuti masih berpegang teguh menyokong BN.

“Kami melihat rakyat di konstituensi Parlimen Sibuti merupakan penyokong kuat BN dan kami yakin akan mempertahankan kerusi itu pada PRU kelak,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas mengenai usaha PAS meletakkan calon bumiputera (Iban) untuk bertanding di kerusi P218, beliau memberitahu ia hanya satu cara untuk meraih sokongan rakyat.

“Kami percaya masyarakat Iban berfikiran matang dan profesional dalam menentukan kerajaan yang terbaik untuk mereka dan mereka tidak akan menyokong parti yang pernah menghina masyarakat Iban,” ujarnya.

Beliau memberitahu, presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat Iban pada pilihan raya kecil Batang Ai lalu dan ia masih dalam ingatan kaum itu.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk menolak parti luar daripada menapak kaki ke Sarawak bahkan parti yang pernah menghina kaum di Sarawak dahulu perlu disenaraihitamkan,” katanya.

Ripin menjelaskan, hampir sebahagian besar kaum Iban terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan dan mereka dapat berfikir secara rasional untuk memilih kerajaan.

“Kaum Iban perlu menolak ideologi pembangkang dan cubaan mereka meletakkan calon daripada kaum itu pada PRU kelak adalah satu cara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat,” jelasnya.

Selain itu katanya, kerajaan telah banyak berusaha membangunkan kawasan luar bandar bahkan sebahagian besar kawasan itu dilengkapi infrasktruktur asas,” tegasnya

Baca Blog Dalam Facebook Anda