Tuesday, May 8, 2012

Rakyat Sibuti Berpuas Hati Dengan Pembangunan BN!: Ahmad Lai

Rakyat Sibuti bangga dengan pencapaian transformasi pembangunan oleh kerajaan BN?! Ini disampaikan melalui wakil rakyat mereka YB Haji Ahmad Lai?!?! Segala masalah dapat disuarakan terutama sekali dalam bidang kebajikan rakyat?!?


Ahmad Lai yakin kawasan Sibuti sudah bersih daripada isu lapuk dan kini menjadi kubu kuat BN di kawasan utara?!?! Kalau ada isu yang cuba dibangkitkan oleh sesetengah pihak sememangnya sudah diselesaikan oleh kerajaan?!? Selagi rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN, sentuhan kasih sayang akan dapat diteruskan untuk bersama-sama menikmati arus pembangunan di Sibuti?!?
BN berjaya selesai semua isu libatkan kebajikan rakyat luar bandar
Posted on May 8, 2012, Tuesday


MIRI: Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya menyelesaikan semua isu melibatkan kebajikan rakyat khususnya di luar bandar. Beliau berkata, kontituensi Sibuti sendiri tidak mempunyai sebarang isu besar yang berbangkit kerana sebahagian besarnya yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak, telah diselesaikan.


“Jika bercakap mengenai subsidi minyak, kerajaan masih menyediakan bantuan itu. Jika isu sekolah pula, kerajaan ada peruntukan membaik pulih sekolah manakala nelayan masih mendapat bantuan RM200 sebulan,” katanya.


Menurutnya, kawasan Sibuti bebas daripada isu-isu yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan jika adapun isu, ia adalah isu lapuk dan telah diselesaikan kerajaan.


“Saya yakin bahawa kawasan Sibuti adalah bersih dan berpotensi besar untuk dikekalkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak,” jelasnya. Menurutnya, selagi kerajaan BN kekal memerintah, rakyat akan terus menikmati kemajuan dan kebajikan mereka akan terus dijaga rapi.


“Terpulang kepada rakyat untuk menilai dan memilih kerajaan namun selagi kerajaan BN mendapat mandat rakyat, mereka akan terus menikmati pelbagai kemudahan,” katanya.


Beliau menjelaskan, sekarang adalah masa yang tepat kepada rakyat untuk menolak parti-parti politik dari luar yang hanya datang pada musim pilihan raya.


“Jangan menerima parti luar khususnya pembangkang kerana mereka hanya datang untuk merosakkan pelan pembangunan kerajaan seperti yang berlaku di Selangor selama ini,”

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda