Wednesday, May 30, 2012

PKR Pilih Calon Pasti Kalah di Batang Lupar!?!?

Maxwell Rojis, orang tua cakap berapi yang cuba merampas kerusi BN di Batang Lupar?  Apakah PKR tidak mempunyai cukup calon selain daripada orang tua yang seringkali kalah apabila menentang YB Julaihi pada tahun 1991 dahulu!?!  Nampaknya Anwar Ibrahim tetap akan bermimpi untuk menuju ke Putrajaya memandangkan calon pasti kalah yang akan diletakkan di Batang Lupar!  

Semua orang tahu baik Batang Lupar mahu pun Batang Sadong adalah kawasan kuat BN dan kini terdapat kegelinciran di dalam parti yang pasti akan selesai sebaik sahaja nama calon BN diumumkan oleh PM.  PKR mahu pun PAS tidak akan berjaya menambat hati penduduk Batang Lupar atau Batang Sadong kerana rakyat di sana sudah pun memberi mandat kepada BN untuk menjadi kerajaan.   Itulah sebabnya sekuat mana jentera pilihan raya PKR tidak akan dapat menandingi kekuatan jentera pilihan raya BN!

Kalau tidak percaya tunggu dan lihatlah kerusi Batang Lupar dan Batang Sadong pasti milik BN!?!?!
PKR laung amaran akan rampas kerusi Parlimen Batang Lupar

Posted on May 30, 2012, Wednesday

KUCHING: Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Batang Lupar melaungkan amaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa mereka pasti berjaya merampas kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Ketua Cabang PKR Parlimen Batang Lupar Maxwell Rojis berkata, semua jentera parti sudah digerakkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Batang Lupar bagi meraih sokongan rakyat di situ.

“Kami siap ‘berperang’ dengan BN di Parlimen ini dalam pilihan raya nanti… bila-bila masa, kami telah menggerakkan jentera parti kami di setiap kawasan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Tambahnya, kerusi Parlimen Batang Lupar yang selalunya ditandingi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) di situ kini telah ditukar dengan PKR selepas perbincangan dilakukan.

Beliau menjelaskan bahawa pertukaran itu turut melibatkan kerusi Parlimen Batang Sadong yang selalunya ditandingi PKR namun dalam PRU13 ini PR akan meletakkan calon daripada PAS.

“Kami telah berbincang dan bersepakat untuk menukar parti komponen daripada pakatan bagi bertanding di kedua-dua kerusi tersebut nanti.

“Malah, semua strategi sudah kami atur dan rancangkan di setiap kawasan bagi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya nanti,” tegasnya.

Pada masa yang sama Maxwell memberitahu, pelbagai isu atau permasalahan penduduk di kawasan Parlimen itu akan dibangkitkan pada PRU nanti bagi meraih sokongan pengundi majoriti Bumiputera di situ.

“Banyak masalah rakyat di sini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada BN, justeru saya menggesa pengundi jikalau hendak berubah pilihlah parti yang betul-betul membela nasib mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Cabang PKR Parlimen Batang Lupar Jol Jolhi Bee berkata, pihaknya kini mempunyai organisasi yang lengkap di setiap kawasan bagi bertempur dalam pilihan raya nanti.

“Kami sudah ada jentera parti yang lengkap iaitu terdiri daripada kalangan pemuda mahupun wanita…jadi kami siap sedia menghadapi pilihan raya, bila-bila masa sahaja,” tegasnya.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Sebuyau Soran Rebi, Ketua Wanita PKR DUN Sebuyau Mariam Sukiman dan Timbalan Ketua Wanita DUN Sebuyau Norlia Abu Bakar.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda