Tuesday, June 25, 2013

4 Personaliti POPULAR SUPP

Siapakah 4 personaliti popular SUPP yang akan dikenakan tindakan disiplin.  Adakah mereka ini terlibat untuk mensabotajkan PRU-13 sehingga Miri berjaya jatuh ke tangan PKR.

Sebelum ini calon PKR yang bertanding di Miri memang tidak ada peluang untuk menang di Miri tetapi dengan bantuan atau sabotaj ahli parti SUPP sendiri maka PKR berjaya menawan Miri daripada BN. 

Semoga ahli SUPP yang belot ini dikenakan tindakan disiplin yang tegas dan pantas!

SUPP bertindak ‘tegas dan pantas’

by Nick Fletcher. Posted on June 24, 2013, Monday

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan merujuk empat ahlinya kepada jawatankuasa tatatertib dan menimbang menghantar surat tunjuk sebab yang belum diserahkan kepada ahli selepas keputusan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan depan.

Presidennya Tan Sri Peter Chin bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang nama.

“Selepas Pilihan Raya Umum, kami telah menerima banyak aduan terhadap empat personaliti dan kami akan merujuk mereka kepada lembaga disiplin yang kemudian akan menjalankan siasatan ke atas aduan-aduan dan kemudian mengesyorkan tindakan untuk CWC.

“Bagi surat tunjuk sebab yang belum diserahkan, kami akan membuat keputusan kemudian pada mesyuarat CWC akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Pusat (CC) SUPP Yang Ke-24 di di ibu pejabat SUPP di sini, semalam.

Mesyuarat CC telah mengesyorkan tiga usul, yang salah satunya menggesa agar kepimpinan pusat parti mengambil tindakan disiplin ‘tegas dan pantas’ sebagai satu cara untuk membentuk semula imej parti dan membina kekuatan parti.

Usul lain menyentuh mengenai inisiatif untuk mendaftar ahli-ahli parti bagi meningkatkan kualiti ahli-ahli parti serta meningkatkan semangat parti.

Beliau menambah, SUPP juga perlu mengemas kini status keahlian memandangkan beberapa ahli mungkin telah meninggal dunia manakala sesetengah ahli mungkin menyertai parti-parti politik lain.

Kini, SUPP mempunyai seramai 118,000 ahli di seluruh negeri namun beliau menjelaskan adalah sukar untuk mengenal pasti ahli yang tulen.

Dalam pada itu, Chin turut menyerahkan surat peletakan jawatan pada mesyuarat CC, di mana 90 daripada 111 jumlah perwakilan CC yang hadir menolak surat tersebut.

Jelas beliau, adalah tidak wajar untuknya meletak jawatan pada mesyuarat CWC yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 bulan lepas memandangkan beliau dipilih sebagai presiden oleh CC.

“Sebab itu, saya meletak jawatan sekali lagi untuk CC tetapi ia telah ditolak.

“Mereka sebulat suara bersetuju bahawa saya tidak harus dipersalahkan kerana kekalahan pilihan raya dan juga perpecahan dalaman kami telah menyebabkan kehilangan undi tertentu,” katanya.

Chin turut menjelaskan mengenai surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi Cawangan Bekenu dan Piasau dengan berkata beliau telah bertemu dan menjelaskan kepada ROS dan kemudian akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dijangka minggu depan bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai isu itu.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda