Thursday, March 8, 2012

Miri Akan Bertambah Maju Dalam Ecopelancongan!!!??

Berita gembira diterima apabila Menteri Perlancongan mengumumkan bahawa Miri akan menjadi tarikan disebabkan adanya selarasan dalam ecopelancongan!!?? Ini semua akan menjadi kenyataan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun lagi!!??  Pembangunan di Miri yang begitu pesat hendaklah tidak dipersia-siakan!!??  

Jangan sekali-kali cuba memberi mandat yang sedia ada kepada pihak pembangkang!!??  Nescaya mereka kelak akan berebut-rebut untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi!!!??

Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan pembangunan dalam apa jua sektor di negeri ini!!??
Miri bakal tumpuan pelancong: Abang Johari

Posted Utusan Borneo on March 8, 2012, Thursday

TUNAI JANJI: Abang Johari (dua kiri) ketika menyerahkan replika cek bagi pembinaan balai raya disaksikan oleh yang lain.

MIRI: Miri bakal menjadi tumpuan pelancong dari Asia Timur dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya sedang mengusahakan penerbangan antarabangsa Miri ke laluan-laluan antarabangsa.

“Kita sedang mengusahakan penerbangan antarabangsa secara terus Miri ke Korea, Hong Kong, Jepun, China, iaitu negara-negara Asia Timur,” katanya dalam satu sidang media setelah majlis Simbolik Pembinaan Balai Raya Kampung Beraya semalam.

Turut hadir pada majlis sama adalah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.

Menurut Abang Johari, Miri secara amnya mempunyai pelbagai tarikan dan keistimewaan untuk diselaraskan sebagai ekopelancongan untuk Sarawak.

“Dalam tempoh itu (tiga hingga lima tahun), kita bangunkan kemudahan dan infrastruktur untuk pelancongan di Miri sendiri, Bakam, Bekenu, seterusnya kita tarik mereka (pelancong) datang,” jelasnya yang juga merupakan Menteri Perumahan.

Mengenai kawasan tarikan pelancong, antara kawasan yang bakal menjadi tumpuan adalah pusat bandar raya Miri sendiri iaitu ‘Laluan Wayarless’ dan Pusat Bakam yang terletak di Bakam untuk kemudahan menyelam dan memancing di laut.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan pembinaan jambatan moden ke Kampung Rambai serta tempat pesiaran pelancongan hutan paya bakau di Sungai Sibuti, Bekenu.

“Biar kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita bangga dan sekali gus mempertahankan alam semula jadi yang hanya kita ada,” ujar beliau.

Bukan sahaja itu, ia juga akan menjadi kebanggaan di mana walaupun kawasan dibangunkan, kebersihan dan keaslian tetap akan terjaga.

Mengenai balai raya berkenaan, ia merupakan kemudahan hasil permintaan oleh penduduk kampung itu pada tahun lepas untuk pelbagai kegunaan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda