Wednesday, March 21, 2012

Semakin Banyak Pusat Jalur Lebar Komuniti Dibangunkan Dalam Parlimen Di Sarawak!!???

Penduduk luar bandar di setiap parlimen akan menerima aliran jalur lebar di setiap kawasan Parlimen kelak!!??  Ini adalah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital yang sedia ada di Sarawak khususnya!!??  Setiap parlimen mungkin akan menerima 2 buah PJK untuk merapatkan jurang digital ini dan memberi peluang untuk penduduk di luar bandar agar mendapat kemudahan IT dan mendengar iTunes atau google music secara atas talian!!??!?!

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional memang menjaga pembangunan dan kebajikan IT penduduk luar bandar untuk bersama-sama mengecapi talian jalur lebar dan berhubung dengan rakan mereka di luar kawasan secara atas talian!!??  Semoga lebih banyak lagi pusat PJK dibangunkan oleh kerajaan kita di masa hadapan kelak untuk kepentingan bersama!!!???
Jurang digital terus

by Patricia Gari.Utusan Borneo Posted on March 21, 2012, Wednesday
MANFAAT BESAR: Beberapa penduduk menggunakan khidmat jalur lebar di PJK Kampung Serasot, semalam.
KUCHING: SKMM sasar wujudkan dua pusat PJK di setiap kawasan Parlimen di Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperbanyakkan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di negeri ini dalam usaha merapatkan lagi jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Ketua Bahagian Pemberi Perkhidmatan Sejagat SKMM, Mohd Shafie Othman berkata, pihaknya menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua pusat di setiap kawasan Parlimen di negeri ini dalam waktu terdekat.

Menurutnya, ketika ini terdapat 34 PJK telah ditubuhkan di 27 kawasan Parlimen di negeri ini yang kebanyakannya terletak di luar bandar dan pinggir bandar.

“Buat masa ini, kita ada 34 PJK di Sarawak tetapi jumlah ini akan kita tambah dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan rakyat di Sarawak.

“Objektif utama penubuhan PJK ini ialah menyediakan infrastruktur kepada komuniti luar bandar bagi merapatkan jurang digital,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke PJK Kampung Serasot, kira-kira 53 kilo-meter dari pusat bandar raya Kuching, semalam.

Program lawatan itu dianjurkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Mohd Shafie menambah, penubuhan PJK adalah antara inisiatif kerajaan untuk meningkatkan peratusan penembusan jalur lebar, khususnya di empat buah negeri iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Pahang.

Menurutnya lagi, ketika ini peratusan penembusan jalur lebar di Sarawak ialah 47.8 pe-ratus berbanding 62.4 peratus di peringkat kebangsaan.

Inisiatif-insiatif lain, katanya, ialah pemberian percuma komputer riba 1Malaysia kepada yang layak, Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan pembinaan menara telekomunikasi.

“Kumpulan sasaran kita ialah pelajar sekolah di kawasan luar bandar dan generasi muda dengan harapan golongan ini akan mendapat manfaat dalam bentuk informasi berguna untuk mengembangkan lagi perniagaan serta sebagai bahan bantu mengajar,” jelasnya.

Menurut Mohd Shafie, SKMM memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk setiap PJK yang merangkumi kos perbelanjaan dan penyelenggaraan selama lima tahun.

Setiap PJK, katanya, akan dibekalkan dengan 20 unit komputer, bagaimanapun jumlah komputer dibekalkan bergantung kepada keluasan pusat berkenaan kerana aspek keselesaan dan keselamatan harus diambil kira.

Mengenai PJK Kampung Serasot, beliau berkata, ia merupakan projek SKMM dan syarikat telekomunikasi Maxis Berhad selaku penyedia perkhidmatan dan ia adalah projeknya yang kelapan di ne-geri ini.

“Difahamkan, kira-kira 1,500 penduduk mendapat manfaat daripada PJK ini dan ia dibuka kepada penduduk kampung berdekatan.

“Bayaran untuk menda-patkan perkhidmatan di PJK (Kampung) Serasot juga tidak membebankan kerana hanya RM1 untuk sejam bagi bukan ahli manakala RM0.50 untuk ahli,” katanya.

Sementara itu, Maxis dalam kenyataan medianya berkata, PJK Kampung Serasot dilengkapi dengan peralatan IT, kemudahan audio video, sistem pemantauan berpusat dan peralatan lain, kemudahan bilik latihan dan penyambungan jalur lebar menggunakan rangkaian Maxis mSAT 2Mbps/1Mbps.

Projek PJK Kampung Serasot telah diberikan kepada Maxis pada Disember 2010 bersama 10 PJK lain yang dilaksanakan di wilayah ini iaitu dua di Yan, Kedah; tiga di Bau, dua di Lubok Antu, dan masing-masing satu di Daro, Maradong dan Sungai Asap, Belaga.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Pengarah SKMM Pejabat Wilayah Sarawak, Adiman Ajem dan Alexius Bong, Ketua Wilayah Maxis Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda