Saturday, March 24, 2012

PAS Kelantan Hilang Arah!?!?!?!

Kelantan di bawah PAS menjadi sarang maksiat lihat di sini!!!??  Sebelum ini didedahkan bagaimana sarang pelacuran berleluasa berdekatan dengan pejabat PAS!!??  Kini timbul pula kes tembak-menembak!!??  Gejala tidak sihat ini berpunca dari pentadbiran PAS yang hanya mementingkan kroni masing-masing mengakibatkan kurangnya peluang pekerjaan!!??  Ini mengakibatkan rakyat Kelantan menjurus ke lembah durjana dan terlibat dengan najis DADAH!!??  Ke manakah perginya iman dan Islam yang kononnya disemai oleh kerajaan PAS?!!!?  Adakah kita akan membenarkan PAS mentadbir Sarawak sebagai mana mereka mentadbir Kelantan!?!?!  
Kelantan Negeri Cowboy
Oleh RAZMAL MALAKAN

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu berkata, Pas tidak memberi pembangunan kepada rakyat tetapi Pas memasukkan Islam ke dalam rakyat Kelantan.  Selepas itu, katanya, baru datang pembangunan dan pada ketika itu, jiwa rakyat sudah terisi dengan iman serta tidak akan timbul pelbagai gejala sosial dan jenayah.

Beliau turut mendakwa gejala sosial dan jenayah di negeri ini rendah serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Namun hakikat yang sebenar amat berbeza. Kelantan sudah tidak selamat. Kelantan seolah-olah menjadi pekan cowboy - tidak mempunyai undang-undang.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Kelantan menggunakan undang-undang rimba. Undang-undang akan hanya diguna pakai mengikut tafsiran yang boleh mengguntungkan diri sahaja, contohnya, royalti minyak.

Kenapa persoalan ini dibangkitkan?. Ini semua disebabkan kes jenayah terutama tembak sudah menjadi perkara biasa.  Saban hari kes tembak berlaku di negeri. Semalam (23 Mac 2012) satu lagi kes tembak-menembak berlaku, di atas jalan utama, di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Penjenayah sudah hilang rasa takut. Kebanyakkan kes tembak berpunca daripada aktiviti dadah.  Lebih lima kes tembak dalam tempoh tiga bulan. Sudah hampir seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sehingga memaksa polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk membanteras kes ini.

Jadi, di mana iman dan Islam yang dikatakan oleh Nik Aziz kerana semua jenayah ini dilakukan oleh rakyat Kelantan sendiri, bukan orang Selangor, Perak atau Johor yang datang melakukan onar di sini.


Kenapa pula kes dadah meningkat?. Salah satu puncanya adalah tiada peluang pekerjaan yang menyebabkan anak muda mengambil jalan mudah dengan menjual dadah secara kecil-kecilan atau menjadi pengedar.

Semua ini membuktikan Nik Aziz atau Pas gagal secara keseluruhannya sama ada pembangunan jasmani atau pun rohani.  Pas hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan. Kalau benar Pas berjaya memasukkan iman dan Islam kes seperti ini tidak akan meningkat dan menjadi-jadi di Kelantan.

Fikirlah semasak-masaknya, inilah masanya untuk membawa perubahan. -kelatekito.net

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda