Friday, March 2, 2012

PBB N65 Senadin Menyokong Agar Haji Ahmad Lai Dikekalkan Di Sibuti!!!

Hari ini SS menerima perutusan daripada rakan blogger Mukapetang mengenai komentar dalam blog beliau.  Menurut beliau PBB N65 Senadin menceritakan jasa baik pemimpin dan penyandang Parlimen P218 Sibuti yang sering membantu tidak kira di dalam kawasan Sibuti mahupun di kawasan kejiranan beliau.  Mereka di Senadin berharap agar YB Tuan Haji Ahmad Lai akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk meneruskan perjuangan di P218 ini kelak!!  Tahniah kepada YB Tuan Haji Ahmad Lai yang mempunyai penyokong tegar di setiap kawasan.  Semoga permintaan N65 Senadin diambil kira semasa pemilihan calon untuk kerusi P218 ini kelak!!!
Sokongan daripada Jawatankuasa PBB N65 Senadin

YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, adalah merupakan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Selama memegang jawatan sebagai wakil rakyat kami dapati beliau betul-betul merapati rakyat dan sering turun padang berjumpa dengan rakyat bukan hanya rakyat yang dalam kuasaan P 218 Sibuti, tetapi beliau juga sering tidak menolak undangan dari kawasan P219 Miri.


Kami Jawatankuasa PBB N65 Senadin (P219 Miri), memohon kepada pucuk kepimpinan Parti PBB Pusat mengekalkan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang,dan di calon semula bagi Kerusi P218 Sibuti. Tiada sebab kita perlu menukarkan dengan calon lain jikalau wakil rakyat yang ada sekarang sudah terbukti berkhidmat dengan cemerlang.

Iklas dari Jawatankuasa PBB Cawangan N65 Senadin

Ketua: JULAIHI BIN MOHAMAD
Timbalan Ketua: ABDUL SAMAT BIN MOHAMAD ALI
Naib Ketua: AJIS @ ABDUL AZIZ BIN SEPIN
Ketua Wanita: NILA BINTI SIMAT
Ketua Pemuda: MOHAMAD TINGGAL BIN ABDUL HAMID
Setiausaha: MOHD CHEE BIN KADIR
Penolong Setiausaha: JAMIL BIN BUJANG
Bendahari: SUHAILI BIN DRAMAN
Penolong Bendahari: RAMLI BIN SAPONG
Ketua Penerangan: CHO ANAK NYALO
1. Ahli Jawatankuasa: SUHAILI BIN ABIDIN
2. Ahli Jawatankuasa: JAINI BIN BUANG
3. Ahli Jawatankuasa: HAMDAN BIN MOT
4. Ahli Jawatankuasa: HAJI BASAR BIN NASIB
5. Ahli Jawatankuasa: BOSRI BIN MOHSIN
6. Ahli Jawatankuasa: MUSAH BIN RAMLI
7. Ahli Jawatankuasa: ZANURIN BIN BUJANG

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda