Monday, March 19, 2012

PRU13 Pada 3 Jun 2012 Cuma Andaian!!???

Tarikh PRU13 yang jatuh pada 3 Jun 2012 hanyalah andaian dan bukan tarikh sebenar!!??  Begitulah yang dapat difahami apabila wartawan Utusan Borneo menghubungi Timbalan Presiden PBB iaitu Datuk Amar Abang Johari!!?/  

Menurut wartawan tersebut juga kemungkinan tarikh itu ditetapkan kerana ramai masyarakat dayak yang kembali ke kampung halaman!!??  Namun itu semua adalah andaian!!??  Walaupun demikian jentera parti hendaklah memastikan momentum kempen sudah bergerak dan tidak rasa gundah untuk mengetahui bila tarikh sebenar PRU13 kelak?!!!  Sekiranya jentera sudah bersedia maka PRU13 boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja!!??


‘Tarikh sebenar belum diputuskan lagi oleh PM’: Abang Johari
Posted on Utusan Borneo March 18, 2012, Sunday

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enggan mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan pada 3 Jun ini.

Jelasnya, seperti apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sehingga 2013.

“Saya tidak dapat memberi komen kerana ia (tarikh itu) sekadar andaian, bukan tarikh sebenar yang diletakkan (oleh Perdana Menteri).

“Tarikh sebenar belum diputuskan lagi oleh Perdana Menteri dan kita (BN) akan terus bekerja,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Seminar Pemimpin Masyarakat Parlimen Santubong di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni dan ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengerusi Seminar Pemanca Roshidi Junai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Bloomberg yang memberitahu kerajaan sedang membincangkan kemungkinan PRU13 diadakan seawal bulan Mei atau Jun.

Salah satu tarikh yang dicadangkan adalah 3 Jun, menurut tiga pegawai yang enggan dikenali.

Tarikh itu merupakan hari ketiga perayaan Hari Gawai yang disambut masyarakat Dayak, yang bakal menyaksikan kepulangan ramai masyarakat Dayak ke luar bandar untuk menyambut perayaan itu.

Sementara itu, seramai 150 pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Santubong menyatakan sokongan agar Wan Junaidi dicalonkan semula sebagai calon pada PRU13 akan datang bagi memastikan pelan pembangunan terus dilaksanakan.

Menurut Roshidi, semua pemimpin masyarakat kawasan itu akan menghantar cadangan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengekalkan Wan Junaidi.

Jelasnya, pengekalan Wan Junaidi dikerusi itu dapat memastikan pelan induk pembangunan yang kini di fasa kelima dapat diteruskan.

“Demi kebaikan Santubong dan memastikan kesinambungan projek di seluruh kawasan parlimen, kita memohon agar Datuk Wan Junaidi dikekalkan sebagai Ahli Parlimen pada PRU akan datang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda