Monday, March 19, 2012

BN Sarawak Perlu Kekuatan Rakyat!!!??

Presiden BN Sarawak mahukan kekuatan majoriti dari rakyat untuk menyokong kerajaan pusat menjelang PRU13 kelak!!??  Beliau juga mahu semua komponen parti bersedia dan memaksimumkan kekuatan demi menghadapi PRU13!!??  Sebelum ini BN berjaya mendapatkan majoriti sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak??!! Beliau mahu prestasi ini ditingkatkan lagi untuk PRU13 kelak!?!?!  

SPDP juga telah diberi mandat untuk menentukan calon Mas Gading!?!?!  Semoga SPDP meletakkan calon yang pasti menang kali ini memandangkan mereka juga sudah mengenalpasti calon yang akan bertanding kelak!!!???
Taib mahu BN menang besar

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on March 19, 2012, Monday
RASMI: Taib memukul gong sebagai simbolik bagi perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-9 SPDP sambil disaksikan oleh Mawan (tiga kiri) serta (dari kanan) Timbalannya Datuk Peter Nyarok Entrie, Naib Presiden Datuk Jacob Dungau Sagan, Bendahari Agung Datuk Seri Tiong King Sing, Setiausaha Agung Nelson Balang Rining dan ahli-ahli Majlis Tertinggi SPDP semalam.
Untuk itu beliau mahu semua parti komponen BN bersedia dengan memaksimumkan kekuatan
BINTULU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini bersedia dengan memaksimumkan kekuatan untuk mendapatkan kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pilihan raya akan tiba, dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini telah melupakan apa jua perkara dan kami mahu menang untuk BN.

Saya gembira SPDP juga begitu. Inilah masanya untuk anda memaksimumkan kekuatan dalam parti anda.

Saya percaya kerajaan boleh memperolehi lebih majoriti,” ujarnya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-9 SPDP di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Katanya, PBB, PRS, SPDP dan SUPP perlu kembali fokus untuk menghadapi pilihan raya ini.

“Pengundi akan membuat keputusan siapa yang mampu berdasarkan kepada pengalaman, justeru saya percaya kerajaan yang ada akan dapat mengembalikan majoriti lebih dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kita di Sarawak mahu kerajaan kuat di peringkat pusat serta menyokong Perdana Menteri dengan majoriti.

Untuk BN Sarawak kita akan dapatkan dua pertiga untuk menyokong BN (di peringkat pusat) dan yakin kita boleh mencapainya seperti yang dikehendaki,” katanya.

Taib menyatakan rasa gembiranya bahawa SPDP turut mampu menghasilkan kemenangan kepada BN dalam kerusi yang akan ditandingi mereka.

Saya rasa yakin kerana saya bukan meminta parti untuk kalah. Jadi kita buktikan bahawa kerusi itu untuk BN, kita boleh melakukannya,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain katanya, Sarawak membangun mengikut pelan tersendiri dan politik yang berbeza dalam melaksanakan dasar ekonomi yang dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.

Kerajaan yang kuat hanya dapat dicapai melainkan dengan kekuatan majoriti. Keadaan politik di negeri kita tidak boleh disamakan atau mengikut keadaan politik di negeri lain. Politik pembangunan untuk pelan pembangunan,” katanya.

Ujarnya, bagi BN di Sarawak untuk mempunyai parti pelbagai kaum memerlukan asas untuk membina masyarakat itu bersama.

Bagaimanapun katanya, cabaran besar adalah bagaimana untuk menarik minat generasi muda yang mempunyai banyak maklumat, mereka lebih makmur, maju dan berpendidikan.

Namun saya gembira SPDP giat untuk menarik keahlian generasi muda dalam tranformasi parti mereka. Saya yakin hasrat itu akan dapat dicapai,” katanya.

Katanya, proses penyesuaian dan untuk merubah kepimpinan generasi muda adalah sukar dan proses itu perlu difahami dengan pendekatan keikhlasan demi keutuhan BN.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda